Wednesday, June 24, 2009

PR Tolak Kerajaan Perpaduan - Umno Menangis lagi.







TERKINI : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno/Barisan Nasional yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.Dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen sebentar tadi, ia menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat.Bagaimanapun, ia menyatakan Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu yang membabitkan kepentingan negara."Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan," menurut kenyataan yang ditandatangani pemimpin tiga parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul hadi Awang dan Lim Kit Siang.
Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PASWan Nordin Wan YaacobMon Jun 22, 09 3:02:54 pm MYTKUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) -Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihanya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan."Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermakna tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Jubli Emas PAS



Report: Larian Jublee Emas PAS


Date: 20 November 2009
Venue: Padang Awam, Guar Chempedak, Gurun.
Distance: 7km

Just a simple event. Organized by political party - PAS, conjunction of their 50 years of anniversary. The Guar Chempedak branch organised a few events for 3 days such as ceramah, cooking, coloring, sukan rakyat including larian jublee emas and etc.

Maybe because of Friday, only one category offered and maybe not enough promotion done, so not many kaki turn-up but the pro... yeah! they always turn on the sonar.

Guar Chempedak not far. Only 20mins from my home. Took a leave today. 7am sharp..chow! Meet-up with PakYa, Adry and friends from Kulim. R.Muniady and the geng also turn-up at Padang Awam Guar Chempedak behind Balai Bomba.

Should start on 8:00am but extend and waiting for more participant until 8:40am. All of us paid and registered on that morning. Not many join this event. I guess between 50~70. The kaki.. less than 20, base on their apparel.

It is 7km running distance. From Padang Awam we heading to Yan, until Kolej Komuniti Guar Chempedak we turn left, run straight facing the Mount Jerai. There were green paddy field laying on left and right of us. It was nice weather that time. Some farmers were chatting, others busy appying pesticide.

Able to overtook 2 runners who ran ahead of me since 3km at 5km. Both gave me enough mental games. Nearly to let them go. Luckily they slow down once i overtook. Aim another runner when running along Kampung Kaki Gunung Jerai which lead us to main road.

Turn into main road the marshal noted my running position. Felt comfortable with it, i maintained the pace until crossed the finish line.

Got 10th. My time was 31.35mins.

During prize ceremony the organizer gave 50 hampers for top50. RM50 cash prize for 20th-4th and RM100, RM300, RM500 for respective position. Too bad no medal, even for top3.

Anyway.. Yeay! I got RM50! PakYa 17th.. lagi gumbira - first time got cash prize. "Berbaloi-baloi.." said the 6th winner, Adry.



With geng R.Muniandy

The finish line


Jean or slipper.. Just do it!






Pakya kena sedut lemak

Walking for prize ceremony



I think everybody got hamper

Pakya

Mohd Zaidi from Kulim


Premkumar - anak murid Cikgu

Adry - 6th

This chinese boy talks indian - Tan Wei Heng, 5th

Top3 winners

Berbaloi-baloi..

Pakya gumbira - hamper and RM50 for first time.

Result

Click on image for XL size
Labels: 






Tuesday, June 23, 2009

Mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat penuh dengan semangat ukhuwah Islamiah




PAS nampaknya benar-benar mahu melupakan krisis dalaman mereka. Ini dibayangkan oleh tindakan presiden parti itu, Datuk Abdul Hadi Awang yang menolak usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menyalahkan 10 anggota Parlimennya yang membuat kenyataan bersama menolak kerajaan perpaduan.The Malaysian Insider difahamkan, dalam mesyuarat khasnya malam tadi, ada AJK PAS Pusat yang mempertikaikan tindakan 10 anggota Parlimen itu yang disifatkan memberikan imej yang buruk kepada PAS.Kesepuluh mereka adalah Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).Namun, sebaik sahaja isu itu dibangkitkan, Abdul Hadi menolaknya dengan berkata, perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi."Ini adalah kuasa pengerusi," Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata dalam mesyuarat itu apabila seorang AJK membangkitkannya.Ketegasan Abdul Hadi menolak perkara sebegini dijangka akan meredakan segera pertembungan dalam PAS sebelum ini. Abdul Hadi pula mengambil tindakan ini dalam keadaan kenyataan itu seolah-olah menyerang beliau sendiri selaku pihak yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan ini.Sebelum ini sudah ada cakap-cakap yang mendesak 10 anggota Parlimen ini dikenakan tindakan kerana melanggar keputusan yang telah dicapai oleh PAS untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehinggalah kata sepakat dicapai.Kesepuluh anggota Parlimen ini membuat sidang media di lobi Parlimen 18 Jun lalu dan menegaskan agar PAS bersama dengan Pakatan Rakyat dan menolak kerjasama dengan Umno.Kenyataan ini dikeluarkan selepas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan meminta timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Bachok dan menyertai Umno jika terus hendak kepada kerajaan perpaduan.Petang semalam, Nik Aziz dan Nasharudin bertemu dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka dan kemudiannya bertemu dengan media penuh dengan wajah ceria."Jikalah Abdul Hadi membuka ruang untuk membahaskan tindakan 10 anggota Parlimen itu dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat semalam, nescaya tidak pernah habislah isu ini," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.Mesyuarat semalam dimulakan dengan Presiden PAS yang mempengerusikan mesyuarat itu membacakan dua kenyataan iaitu kenyataan bersama tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang menolak kerajaan perpaduan dan kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz yang menarik balik kenyataannya terhadap Nasharudin sebelum ini.Dengan permulaan baik itu, mesyuarat khas malam tadi telah berjalan lancar dan penuh dengan semangat ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) yang kukuh di kalangan pemimpin PAS.Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Nik Aziz sendiri di samping dua AJK Pusat yang dilantik Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.Mereka akan bertemu lagi 18 dan 19 Julai depan dalam retreat khas sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai yang bakal menyaksikan pasukan PAS akan pergi dalam bentuk yang satu tanpa pecah-pecah lagi.

MAJLIS PEGUAM AKAN SAMAN KERAJAAN


Majlis Peguam Malaysia menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz, membantah sekeras-kerasnya penahanan lima peguam yang memberi khidmat guaman kepada tahanan polis pada 7 Mei lalu.Presidennya, Ragunath Kesavan berkata Majlis Peguam memandang serius penahanan ini kerana ia secara langsung menafikan hak tahanan kepada proses undang-undang yang adil.Memorandum itu mahu kerajaan menjamin hak tahanan mendapatkan khidmat guaman serta memastikan polis tidak lagi bertindak di luar bidang kuasa mereka.Lima peguam terbabit ditahan atas tuduhan perhimpunan secara haram dalam usaha mereka memberi khidmat bantuan guaman kepada 15 individu yang ditahan polis kerana terbabit dalam perhimpunan solidariti untuk aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat.Wong ditahan di bawah Akta Hasutan selepas melancarkan kempen pemakaian baju hitam sebagai tanda berkabung untuk rampasan kuasa BN di Perak.Fadiah Nadwa Fikri, Murni Hidayah, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Shuhaini Safwan dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur dibebaskan selepas ditahan di Balai Polis Brickfields."Akses kepada peguam adalah aspek penting sistem keadilan dan pada hemat saya kita perlu kembali semula kepada asas: menghormati kedaulatan undang-undang."Sesuatu yang malang untuk yang tertuduh apabila peguam mereka ditahan sebaik sahaja menjejak kaki ke balai polis. Menahan peguam semasa mereka menjalankan tugas-tugas mereka secara jelas melanggar sistem keadilan," kata Ragunath.Ragunath menambah tindakan undang-undang terhadap polis bagaimanapun akan tetap diteruskan."Kami tetap memfailkan tindakan mahkamah bagi pihak lima peguam terbabit," kata Ragunath.Sementara itu, Nazri berkata beliau akan meneliti kandungan memorandum ini dan akan mengambil tindakan positif keatas isu ini sementara dalam isu yang membabitkan polis, beliau akan serahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Salinan memorandum itu juga akan beliau serahkan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.Nazri mengelak menjawab soalan wartawan apakah polis telah melakukan kesalahan menahan peguam-peguam terbabit namun beliau akui bahawa kedaulatan undang-undang harus dipertahankan.