Saturday, July 31, 2010

ceramah penerangan

Sekitar ceramah penerangan yang telah di hadiri oleh
UST.YUSOF AWANG ( KETUA PEMUDA PAS SG.PETANI )

K.DEEPAKARAN ( SETIAUSAHA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS )
SDRI AIMAN ATHIRAH AL-JUNDI ( KETUA PENERANGAN MUSLIMAT PAS PUSAT )
majlis dipengerusikan oleh UST.MAZLAN OSMAN ( AJK PAS KAWASAN SG.PETANI )
pada 31 Julai 2010 di Kg.Dakwah ( sebelah Giant ) Sg.Petani, setelah dipindahkan dari tempat asalnya di Taman Delima.

Mutivasi Muslimat - 31-7-2010.. PAS Kawasan Sg Petani

Motivator : Aiman Athirah

Wednesday, July 28, 2010

Tuesday, July 27, 2010

Mintak Perihatin

 Slm.... Kepada jemaah semua. Tolong panjangkan sms ni. From Mej Dzul! Tolong saya orang telah melarikan kereta Honda Accord dan anak perempuan saya 2 Orang didalam kereta tersebut. No pendaftaran AHA 8968 warna hitam, Mohon hebahkan TOLONG SAYA ! Kejadian berlaku d Kuala Kangsar baru 30 minit. Hubungi 019 400 8968 012 424 8588 . Mej Zvl - dr hj khatib. -- mtdba@yahoo.com

Saturday, July 24, 2010

Jom Pakat Sokong Orang Muda.. Apa Kata Mereka.

Ceramah Orang Muda Geng Kita.  31/07/2010 - Padang Awam Taman Delima jam 9.30malam .
"Islam Adil Untuk Semua"..

Adolf Hitler Pro Islam

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua…
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya… lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia Asia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkanTamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds




Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Monday, July 19, 2010

Kerajaan Pusat Pencacai Sampah di Negeri Pakatan?

PEMBERITAHUAN

Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah dengan ini memaklumkan bahawa berkuatkuasa mulai 01 Disember 2009, Majlis tidak lagi mengendalikan kerja-kerja pembersihan awam seperti yang berikut :-

1) Kutipan sampah
2) Pembersihan longkang
3) Pemotongan rumput
4) Penyapuan

Kerja-kerja pembersihan berikut kini telah diambilalih oleh KERAJAAN PUSAT dibawah pengurusan"PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA" (PPSPN).

PPSPN telah melantik syarikat E-Idaman untuk menjalankan semua kerja-kerja pembersihan tersebut berkuatkuasa mulai 01 Disember 2009

Sebarang masalah berkaitan boleh terus hubungi :

Alamat E-Idaman (Pejabat)
No. 215A & 215B, Jalan Perdana 3/1,
Bandar Perdana,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-4219194
Faks : 04-4219206

Environment Idaman
Tol Free : 1800 88 3684
Encik Zam : 019-4778633

Aduan Longkang / Rumput / Kawasan
Encik Fendi : 019-2367276

Aduan Sampah / Reba / Tong Sampah
Encik Jaafar : 019-2359170

* Aduan masih boleh disampaikan melalui MPSPK bagi disalurkan kepada E-Idaman untuk tindakan atau pengaduan terus kepada syarikat berkenaan

http://mpspk.gov.my/web/guest/pengurusansisapepejal


Sunday, July 18, 2010

Tahniah Buat Blogger PR Yang Dapat Pingat PJK


Blogger PR dapat PJK, Blogger UMNO cuma dapat gelaran Musang !!!
Kah..kah Blogger UMNO..anda jadi musang je..takde nilainya. Bukannya macam Blogger PR, bakti mereka diiktiraf. Tahniah buat blogger din binjai (sharpshooter), Zul Mamak (Kasi Pecah Laaaa....) dan Penulis blog PAS Bukit Bendera kerana dianugerahkan PJK (Pingat Jasa Kebaktian) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang tahun 2010. Tahniah buat anda semua dan teruskan agenda membela rakyat.
Blogger Din Binjai bersama penulis blog PAS Bukit Bendera
Zul Mamak @ Blogger Kasi Pecah Laaaa....
Penulis blog pas bukit bendera bersama Dato Abdul Halim Hussain, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Buat blogger-blogger lain, jangan berkecil hati tiada anugerah dalam koleksi peribadi anda. Jadikan jihad melawan UMNO, melalui penulisan blogger sebagai agenda utama. Ini lebih penting daripada menerima pangkat mahupun wang ringgit berjuta-juta.
Buat blogger UMNO..jelas bahawa tindakan anda siang malam fitnah PR tidak berbaloi. Dah la buat kerja free, pastu anda turut sama terpalit kena bayar harga minyak naik. Tak berbaloi langsung. Pemimpin UMNO langsung tak peduli akan anda. Yang miskin adalah anda, yang kaya adalah pemimpin umno yang terus rakus membedal harta rakyat..takkan tak nak fikir lagi kot..sudahlah..baik anda wahai blogger tukar jersi, masuk pakatan. Kalau taknak juga, baik anda delete blog masing-masing, dan buat blog masak-memasak. Itu lagi bagus daripada buat kerja untuk umno, tapi diri sendiri langsung tak dihargai oleh parti dan orang atasan.

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan - Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa(gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).

Saturday, July 10, 2010

PAKATAN RAKYAT SEBELUM MERDEKA

PUTERA-AMCJA Gabungan Pakatan Politik Terawal

Tokoh politik tanah air Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmy pernah berkata: Tuntutan kemerdekaan Malaya tidak akan tercapai kecuali ketiga-tiga kaum terbesar di negara ini bersatu dan menuntutnya bersama. Atas kesedaran inilah gabungan pertubuhan Melayu PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan gabungan pertubuhan Bukan Melayu AMCJA (All Malaya Council Joint Action) menubuhkan Pakatan Rakyat yang terawal pada tahun 1947. Matlamat utama pakatan ialah menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sepenuhnya disamping menentang penubuhan Federation of Malaya yang telah dicadangkan oleh British untuk kekal memerintah.

AMCJA ditubuhkan pada 22 Disember 1946. Diantara pertubuhan-pertubuhan yang menganggotai AMCJA ialah Malayan Democratic Union (MDU), Malayan Indian Congress (MIC), New Democratic Young Leauge (NDYL) Pan Malaya Federation Trade Union(PMFTU) dan lain-lain pertubuhan perniagaan China negeri-negeri Tanah Melayu. AMCJA diketuai oleh Sir Tan Chin Lock semasa bergabung.

PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat adalah gabungan pertubuhan politik dan semi politik Melayu. Ia ditubuhkan pada bulan Disember 1947. Hampir 100 pertubuhan dan persatuan Melayu hadir dalam mesyuarat penubuhannya. Matlamat utama PUTERA ialah menuntut kemerdekaan, menerima perlembagaan rakyat sebagai alternatif kepada perlembagaan persekutuan tajaan British. Mendesak raja-raja dan UMNO supaya berhenti menyokong dan bekerjasama dengan British dalam agenda mereka mengekalkan kuasa imperialis melalui pembentukan Federation of Malaya menggantikan Malayan Union yang ditentang bersama. Di antara pertubuhan-pertubuhan Melayu yang menyertai PUTERA ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Malaya National Party (MNP), Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Gerakan Angkatan Muda (GERAM) Barisan Bertindak Tani (BATAS) dan Majlis Agama (Islam)Tertinggi (MATA). PUTERA dipimpin oleh Dr. Burhaniddin dan Ishak Haji Muhammad.

Sebelum itu UMNO telah ditubuhkan pada bulan Mei 1946 di Johor Bharu. Matlamat utama UMNO ialah menyatukan orang Melayu dalam usaha menentang Malayan Union. Tidak dinafikan kejayaan UMNO menentang Malayan Union sehingga parlemen British mengeluarkan kertas putih cadangan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM bertindak keluar dari UMNO kerana perbezaan pendapat. PKMM bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi mahu menuntut kemerdekaan dan membentuk sebuah Kerajaan Melayu merdeka dan berdaulat. Manakala UMNO pula menyokong pembentukan Federation of Malaya di bawah tajaan British.

Pakatan PUTERA-AMCJA telah membentuk Perlembagaan Rakyat setebal 60 muka surat, hasil usaha Ishak Haji Muhammad yang dirumuskan bersama oleh pakatan dan diluluskan pada bulan Ogos 1947. Sebahagian daripada kandungannya ialah:

-Persekutuan Tanah Melayu merdeka termasuk Singapura.
-Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat.
-Kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan.
-Hak istimewa orang Melayu dan Ketuanan Orang Melayu diutamakan.
-Bendera dan Lagu Kebangsaan ditetapkan.
-Taraf warga negara samarata kepada semua penduduk yang taat setia.
-Melayu sebagai nation (negara bangsa) bukan Malayan.
-Agama Islam ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Khas.

Biro PUTERA-AMCJA ditubuhkan di London dalam usaha perundingan dengan Kerajaan British. Parlemen British menolak semua cadangan dan tuntutan PUTERA-AMCJA. British, walaupun dalam keadaan hampir muflis dan mahu membebaskan tanah jajahannya tetap meneruskan agenda Federation of Malaya.

British telah berjaya mendapat sokongan dari raja-raja Melayu dan UMNO bagi mengekalkan kuasa pemerintahannya. British memiliki kepentingan aset di Tanah Melayu. Demikian juga dengan memisahkan Singapura dari persekutuan sebagai Crown Colony, supaya dapat mengawalnya dari segi geopolitik.

Ekoran dari tindakan menolak tuntutan PUTERA-AMCJA, berlakulah peristiwa HARTAL pada bulan Oktober 1947 diseluruh Malaya dan Singapura. British menggunakan alasan komunis telah terlibat secara langsung dalam kebangkitan tersebut. Hampir 1500 orang dari kesatuan pekerja dan pertubuhan PUTERA-AMCJA ditahan termasuk sebilangan besar para pemimpin. Pakatan menjadi lumpuh. PUTERA-AMCJA diharamkan. Pada 1 Januari 1948 Federation of Malaya ditubuhkan. wallahualam

http://salamnaiman.blogspot.com/2009/06/putera-amcja-gabungan-pakatan-politik.html

Sejarah Realiti ? Dapatkan segera

Sejarah Realiti menjadi REALITI..Dapatkan Di Pasaran



Usaha kami tidak pernah luntur, dapatkan majallah ini di pasaran atau kedai buku berdekatan anda.

DEMO Natrah sebelum MERDEKA : Sejarah membuktikan dari dulu lagi Orang Melayu dan Islam menolak undang-undang penjajah


Kes Natrah: Melayu Tolak Undang Penjajah. -Dr Mohd Hashim

BY ASYOK KUMAR

NATRAH (kanan) menziarahi ahli keluarga angkatnya, Kamariah Mad Dahan sewaktu kembali ke Kemaman pada 1997.



Natrah (kanan) bersama suaminya (kiri) & ibu angkat (depan).

Orang Melayu marahkan penjajah.


'PERISTIWA Natrah' adalah lambang penentangan dan penolakan rakyat Islam Melayu terhadap perundangan penjajah yang dipaksakan ke atas penduduk di negara ini. Demikian pendapat yang dikemukakan oleh Dr Haji Mohd Hasyim atau nama samarannya Ibnu Hasyim, apabila mendapat berita Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Dr Haji Mohd pernah menulis sebuah buku sejarah '1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' terbitan GG Edar 1993 setebal 672 muka surat, antaranya menyebutkan Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy Yang Di Pertua Agung PAS ke 3, dituduh terlibat dalam ‘kes Natrah’, ditangkap oleh penjajah Inggeris pada Disember 1950, dan di tahan di Singapura. Antara tulisannya menyebutkan..

"Natrah (ada juga tulis Nadra), nama asalnya Maria Hertogh, adalah anak perempuan seorang soldadu Belanda yang ditahan tentera Jepun di Jawa Indonesia. Untuk selamatkannya, anak itu diberikan oleh ibunya kepada seorang wanita Melayu di Terengganu dari keluarga yang berada. Natrah dibesarkan di negeri Terengganu dalam masyarakat Melayu-Islam, dan akhirnya berkahwin denganpemuda Islam bernama Mansur Adabi.

Tetapi pada tahun 1950, ibubapa Natrah yang berada di Belanda meminta mahkamah Singapura kembalikan balik Natrah kepada mereka. Walaupun proses penghakiman penjajah telah menyetujuinya, namun ia ditentang oleh Jawatankuasa Bertindak Natrah yang dianggotai oleh Dr Burhanuddin. Beliau (Burhaniddin) dituduh ‘membangkitkan kemarahan orang ramai melalui tulisannya, berakibatkan rusuhan orang Islam menuntut hak secara Islam, yang akhirnya ramai terkorban di pulau tersebut.’ Setahun kemudiannya, beliau dibebaskan.
" (Sila rujuk Sejarah PAS dalam blog ini..
Saturday, April 5, 2008 'Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin')

Berita BERNAMA pula menyebutkan:

Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia

Natrah digendong oleh ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed. Gambar ini diambil sekitar tahun 50-an.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. – BERNAMA

"Sejarah membuktikan dari dulu lagi Orang Melayu dan Islam menolak undang-undang penjajah yang di bawa ke timur ini sebagai lanjutan dari Perang Salib menentang Islam, di Eropah." Kata Dr Mohd lagi sewaktu dihubungi pagi tadi. "Sehingga sekarang perjuangan tersebut masih diteruskan, walaupun kononnya kita sudah merdeka, tetapi masih mengekalkan undang-undang penjajah ciptaan Lord Ried itu. Merdeka apa?" (AK)

Mari kita mengenal siapa Dr. Burhanuddin Hilmi


Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi


Rujukan


TahunPeristiwaCatatan
1911
  • Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bte Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.
  • Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minagkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908
  • Sharifah Zaharah berasal dari Melaka
1926
  • Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minagkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera
  • Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah
  • Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin.
  • Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'
1927
  • Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang
1934
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.
1942-1945
  • Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika Pendudukan Jepun
1950
  • Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura
1956
  • Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu(PAS).Kemudian,beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias
1959
  • Menang Kerusi Parlimen Besut,Terengganu Pada Pilihan Raya Umum 1959
1964-1966
  • Ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) kerana kononnya menjadi ajen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia
  • Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda
  • Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.
10 Oktober 1969
  • Meninggal Dunia akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA
Penyandang TerdahuluYang Dipertua Agung/Presiden PAS
25 Disember 195610 Oktober 1969
Penyandang Kemudian
Dato' Dr Haji Abbas AliasTan Sri Dato' Mohd Asri bin Haji Muda