Sunday, October 31, 2010

Piala Malaysia: Hadiah sempena 20 tahun Kerajaan PAS

Piala Malaysia: Hadiah sempena 20 tahun Kerajaan PAS

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan yang memenangi Piala Malaysia 2010 malam tadi.
Ustaz Hadi berkata, kemenangan itu merupakan hadiah kepada rakyat Kelantan sempena 20 tahun pemerintahan Islam di negeri itu.
"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2010.
"Jadikanlah ia sebagai hadiah sempena perayaan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam," tulis beliau di laman sosial facebooknya pagi tadi.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang telah menunjukkan permainan yang cemerlang dan semangat berpasukan sepanjang perlawanan berlangsung.
"Syabas untuk Negeri Sembilan yang bertungkus-lumus untuk mempertahankan kejuaraan," katanya lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut mengucapkan tahniah kepada The Red Warriors berharap kemenangan itu turut dibawa ke Galas dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini.
"Tahniah kepada Kelantan juarai Piala Malaysia. Galas Piala Malaysia lepas ni Galas untuk PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Kemenangan Kelantan di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.
Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.
Kelantan memperoleh gol penyamaan pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Hairuddin Omar yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.
Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.
Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, menggembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.
Turut mengucapkan tahniah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
"Tahniah daripada DPPP Kelantan bawa pulang trofi Piala Malaysia. Ia jadi hadiah untuk pemerintahan Tok Guru Nik Aziz dan juga Sultan baru," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini.

Kelantan layak menang Piala Malaysia

JURULATIH Kelantan, B Sathianathan berkata, pasukannya sememangnya layak bergelar juara Piala Malaysia, kerana memberikan prestasi terbaik sepanjang musim.
Menurutnya, rekod hanya tewas dua kali dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang musim ini, akhirnya diiktiraf dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia, apabila mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Thursday, October 28, 2010

Tuesday, October 26, 2010

Kita ke GALAS .. persekitaran penamaan Calon

HEBAT: Gambar sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas.





































































[Video & Bergambar] Sekitar Penamaan Calon Galas

Gua Musang: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusof, 47, dan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad, 44.

Hanya mereka berdua tampil mengemukakan kertas pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sebelum proses pencalonan selama sejam tamat pada 10 pagi tadi.

Satu bantahan diterima tetapi tiada pencalonan ditolak.

Pegawai Pengurus PRK DUN Galas, Wan Mustapha Wan Ab Hamid, mengumumkan kelayakan mereka bertanding pada jam 11.30 tadi.

Abdul Aziz Yusof tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.05 pagi dan menyerahkan kertas pencalonannya dua minit kemudian.

Beliau diiringi Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Mustapa Mohamed; dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Turut sama mengiringi ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, dan pemimpin BN lain.
Calon Pas Dr Zulkefli Mohamad pula menyerahkan kertas pencalonan pada 9.33 pagi.

Beliau diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Turut sama mengiringi calon PAS ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Abdul Khalid Ibrahim, dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali.

Laluan masuk ke pusat penamaan calon itu mula dibanjiri lebih 6,000 penyokong kedua-dua parti seawal 7.30 pagi tadi.

Kumpulan penyokong yang membawa sepanduk dan bendera parti masing-masing, diasingkan pada jarak 100 meter antara satu sama lain di luar pagar Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Selain petugas pilihan raya, pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di sekitar pusat penamaan calon itu untuk memastikan ketenteraman awam.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS merampas kerusi DUN Galas dengan majoriti kecil 646 undi apabila calonnya, Chek Hashim mengalahkan penyandang dan calon BN, Mohamad Saufi Deraman.

DUN Galas adalah satu daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gua Musang, Kelantan, selain Nenggiri dan Paloh. -BH

Gambar dan Video: Pelbagai sumber.. syukran jazilan kepada pemilik-pemiliknya. -GB














Adik ipar Tony Blair peluk Islam


Adik ipar Tony Blair peluk Islam
Harakahdaily   
LONDON, 26 Okt: Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail Ahad lalu.

Beliau berkata, "sekarang ini saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al Quran setiap hari.  Kini saya sedang membaca pada muka surat ke 60.

"Saya juga tidak minum alkohol dalam 45 hari ini, satu tempuh masa yang terpanjang dalam 25 tahun.  Peliknya sejak saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam, saya tidak mahu lagi menyentuh alkohol," katanya.

Sebelum memeluk Islam, Booth sangat simpati dengan Islam dan menghabiskan masa yang lama di Palestine. Beliau juga menentang keras peperangan yang dipaksakan ke atas Iraq.

"Saya selalu kagum dengan kekuatan dan keselesaan yang diberi (oleh Islam)," katanya.

Monday, October 25, 2010

SENARAI KESAN PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN HARTA WARISAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PADA TAHUN 1876 MASIHI.

SENARAI KESAN PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN HARTA WARISAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PADA TAHUN 1876 MASIHI.


1. Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah iaitu Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah mati dibunuh di Gurun, Kedah. Al-marhum dimakamkan diMakam Diraja Siam, Kampung Tualang, Mukim Tualang, Kedah Darul Aman.
2. Paduka Perdana Menteri Benua Islam Siam Kedah iaitu Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai juga dibunuh diPermatang Harimau, Mukim Lesung, Kedah. Al-marhum dimakamkan di puncak bukit di Kampung Permatang Harimau. Isteri almarhum ialah puteri raja cina Manchu (dua beradik dengan permaisuri Syed Alang Alauddin). Tentera cina Manchu serta isteri al-marhum juga dimakamkan di puncak bukit tersebut. Makam mereka berdua dan keturunan mereka masih ada hingga kini. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi adalah merujuk kepada nama baginda
3. Nai Long Ibrahim Putera Sultan Nai Long Abu Toha Raja Siam Selama, Perak mati dibunuh dan dimakamkan bersama para syuhadah yang menentang penceroboh iaitu tentera raja Buddha Rama V Chula Luang Khun. Mereka dimakamkan di tanah perkuburan Islam Kubur Panjang (kubur beramai-ramai), Mukim Rambai, Pendang, Kedah.
4. Pada tahun 1876 masihi juga Laksemana Khweng Wi dan para Syuhadah dibunuh Di Kampung Alor Berhala, Padang Besar Tobiar,Tobiar, Pendang, Kedah.
5. Di Bukit Raya daerah Pendang juga mereka membunuh cucu Sultan Idris Jammu Patani iaitu Radin Megat Haji Osman Ibni Radin Megat Mad. Beliau dimakamkan di Makam Diraja Patani, masjid Kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang. Warisnya berjaya disembunyikan dan masih ada hingga kini.
6. Laksemana Tunku Ibrahim menemu ajalnya dengan dibunuh diKampung Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah. Makamnya terdapat diMakam Langgar, Sungai Emas, Kuala Muda, Kedah.
7. Manakala Raja Siam Negeri Salama Benua Islam Siam Kedah, Sultan Nai Long Abu Toha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (adinda Long Jaafar) dibunuh di Kampung Ayer Melintas, Kepala Batas, Pulau Pinang (ayahanda Nai Long Ibrahim). Salasilahnya membawa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
8. Sultan Ismail Raja Kinta dan Sultan merangkap Menteri Larut Matang,Nai Ngah Ibrahim,ditangkap di Kampung Raja Berlindung, Sidim, Baling, Kedah oleh Inggeris setelah kembali dari majlis pengkebumian Almarhum Sultan Jaafar Muadzam Syah dan dibuang ke benua Afrika. Maklumat kedudukkan mereka di Baling ini diberikan oleh Sultan Abdul Hamid bakal Sultan Kedah yang mahukan kuasa dan sanggup berpakat dengan thai untuk membunuh Nai Long Jaafar @ Sultan Jaafar Muadzam Syah, Raja Besar Benua Siam terakhir, dari waris Bani Hashim.
Paduka Seri Sultan Abdul Hamid : Cantikkan pakaian ala barat ini? segak dan bergaya tanpa jubah mahu pun serban. Pelaris di kedai-kedai?…betulkan iqtikad anda dahulu. Cuba bandingkan dengan pakaian rasmiRama V Chulalongkorn yang memerentahkan agar Sultan Jaafar Muadzam Syah dibunuh dalam tahun 1876 dahulu. Tak banyak bezanya, bukan. Dah tengok gambar Sulltan Selangor yang pertama? berbaju melayu, bertanjak atau Sultan Yusuf Al Mahdi yang segak bersongkok. Cuba anda buat perbandingan.
9. Selain membunuh sultan dan pembesar negeri, penjajah raja Buddha juga memusnahkan banyak harta-harta peninggalan yang membuktikan sejarah keagongan Islam Benua Siam Kedah. Antaranya,
i. Istana Raja Iskandar Zulkarnain dan masjid di Lakhokna (Laguna Merbok) Pulau Tiga Sungai Merbok. Masjid tersebut adalah tempat perlindungan Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah, Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada tahun 1876 Masihi. Ini sudah pasti tidak diceritakan akan tetapi yang di ceritakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah pun pernah singgah di istana ini sebelum berangkat ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka.
ii. Penceroboh juga memusnahkan Istana Pho Diset Sultan Saidina Jamalul Alam Badrul Munir di Ayut’ia Pinang Tunggal, Kedah Darul Aman.
iii. Istana Sultan Syed Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Muniryang terletak di puncak Bukit Choras dan gudang yang terdapat di Bukit Gedong juga dimusnahkan.
iv. Mereka memusnahkan istana Sultan Saidina Hussin Ali Rah yang terdapat di Kota Pagar Ayer, Mukim Limbong, Kedah
v. Istana milik Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussin Syah Ali Rahyang berada di Alor Raja, Mukim Langgar, Kedah turut dimusnah. Makam Sulltan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi dijumpai ditimbus bagi mengelak ia di musnahkan oleh penjajah thai dan kini berada di Tanjong Inggeris, Langgar.
vi. Di Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah, iaitu di Kota Sarjana mereka memusnahkan istana Sultan Mohammmad Syah Yang Adil bergelar Baba Ghiyai.
vii. Istana Kota Naga milik Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Syah yang Adil. Baginda bergelar Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia dan tapak istana itu terletak di Kampung Naga, Jenan, Kubang Pasu, Kedah juga turut jadi sasaran penjajah ini. Baginda Sultan Rijaluddin ini lah yang bergelar Parameswara sewaktu semenanjong ini masih bergelar semenanjong Melaka.
viii. Selain itu istana di Kampung Kota Siputih, daerah Kubang Pasu, Kedah juga dimusnah. Istana tersebut ialah milik Aishah Begum @ Mah In Intatiral dari Dinasti Ayut’ia 1530 masihi. Baginda adalah permaisuri Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Bahadur@ Babur, Raja Monggol India.
ix. Istana Raja Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja Abu Kasim yang terdapat di Kota Kerengga Gunong, Kedah turut dimusnahkan.
x. Istana Kota Meang Kuang yang terletak di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu, Kedah milik Maharaja Siam dinasti Ayut’ia ke 33 iaitu Boromoraja V Ekataat Maha Dammai Yaza Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah.
xi. Istana Persinggahan Tong Bau Kerut Raja Siam Songkhla milik Nai Lang @Syed Alang Alauddin yang terdapat di Kampung Tualang, Mukim Tualang, Kedah juga turut menjadi mangsa kemusnahan.
xii. Istana milik Sultan Tunku Long Taha iaitu raja negeri Legeh juga turut dimusnah. Istana bernama Kota Burha tersebut terletak di Kampung Chelong, Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.
xiii. Istana Kota Bukit yang terdapat di Kampung Kota Bukit, Jeniang, Kedah milik Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah juga dimusnahkan.
xiv. Istana Kota Ruman milik Radin Megat Tamtunggal, Radin Megat Tamtunggal ialah putera Raja Jammu Patani. Istana tersebut didirikan diKampung Kuala Ruman, Sik, Kedah juga jadi sasaran penceroboh untuk melenyapkan keagongan Benua Islam Siam Kedah.
xv. Di Kampung Pelantik, Sik, Kedah terdapat Istana Kota Aur milik Sultan Idris Jammu Patani juga turut dimusnahkan tentera mereka.
xvi. Di Kuala Ketil, Kedah Istana Tanjung Puteri milik Tunku Dayang, (juga turut dibunuh).
xvii. Istana Kota Palas, Gunong Raya, Padang Mad Sirat, Langkawi, Kedah ialah milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah turut dimusnahkan (rujuk Undang-undang Kedah ms 17). Makam baginda ditimbus dengan tanah dan baru sahaja ditemui semula. Taktik yang sama digunakan untuk menggaburi mata penceroboh Buddha Thai sepertimana mana pada makam Sultan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi.
xviii. Istana Raja Siam Khun Waran Wangsa dinasti Ayut’ia tahun 1548 M iaitu Sultan Jalil Yaacob Syah (UUK,ms2) yang terletak di Tanjung Kuah, Pulau Langkawi, Kedah juga jadi sasaran kemusnahan oleh penceroboh.
xix. Istana ayahanda Raja Negeri Kubang Pasu Nai Doi. Manakala istana Sultan Maharaja negeri Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja yang terdapat di Kampung Pulau Maharaja, Mukim Padang Perahudaerah Kubang Pasu juga turut dimusnahkan.
xx. Dengan kekuatan peledak (bom) yang dibekalkan oleh penjajah Inggeris kepada penceroboh, mereka terus menerus cuba melenyapkan bukti-bukti kegemilangan pemerintahan raja Islam Benua Siam di sini. Mereka terus memusnahkan Istana raja Siam Kamboja iaitu Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III Kedah yang terletak di Dusun Raja, Padang Sanai, daerah Padang Terap Kedah.
xxi. Di belakang masjid Kampung Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah ada terdapat Istana Putera Maharaja Siam Ligor Pho Chan Koya Long Mud Zafar Syah III Kedah. Istana tersebut juga turut dimusnah.
xxii. Di Kampung Pengapit Batu, Mukim Tajar Kedah istana raja daerah Kota Setar iaitu Sultan Datuk Tajuddin Yahya (Nai Inderajaya) ibni Sultan Mudzafar Syah III Kedah juga dimusnahkan. Ada yang mengubah sejarah dengan mengatakan bahawa baginda adalah Ahmad Tajuddin Halim Syah II. Ini tidak benar.
xxiii. Istana Bukit Mariyam (merujuk kepada Syarifah Mariyam, permaisuri Raja Merong Mahawangsa) di Kuala Muda, Kedah juga dimusnahkan oleh penceroboh raja kafir Thai. Hari ini bukit tersebut ditukar nama kepada Bukit Meriam bagi menutup sejarah realiti.
(Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk dapatkan maklumat ini untuk tatapan saudara/i. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh para syuhadah yang berjuang menegakkan agama islam dizaman itu – Al Fatihah)