Saturday, October 29, 2011

Ugutan bunuh: Sidang media Aziz Bari esok



| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.
Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.
Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.
“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.
 

Demo mahasiswa jika UiTM gantung Khalid



| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terhadap Khalid Mohd Ismath.
Penyelarasnya, Wan Farel berkata, ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang "menghentam" pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, baru-baru ini.
Katanya, sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Professor Dr Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan.
“Di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?” soalnya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil 'pembonsaian minda' terhadap mahasiswa.
Tambahnya, SAMM Segmentasi Mahasiswa berpendapat tindakan amaran penggantungan yang dikenakan kepada saudara Khalid Mohd Ismath adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan perkara 10(1)(B).
Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Prof Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah  keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu.
“Perkara ini membuktikan, hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh  pihak Universiti atas tindakan memanggil Saudara Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya,” kata Farel lagi.
Menurutnya, atas desakan pihak universiti Khalid terpaksa akur dan memadamkan tulisan yang ditulis di blognya.
Tambahnya, jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70-an, namun sebenarnya yang “membisukan” suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa.
“Amaran keras buat pihak pentadbiran UiTM sekiranya mengambil tindakan terhadap Khalid, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan kepada Saudara Khalid,” katanya.
 

Siasat menteri bawa masuk Yahudi


| Print |
Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 29 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak siasatan dijalankan bagaimana seorang peninju warga Israel, Ilya Grad yang mendakwa memasuki Malaysia dengan bantuan Menteri Belia dan Sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai anjuran stesen TV AXN.
Serentak dengan itu, Tuan Ibrahim mendesak menteri tersebut juga disiasat dan digantung sementara jawatannya kerana menganggap ini satu jenayah keselamatan.
“Malaysia tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan rakyatnya diharamkan memasuki negara ini dan begitulah sebaliknya. Tetapi apabila menteri sendiri yang membawa masuk, ini satu jenayah kerana melibatkan pelanggaran dasar negara.
“Sebab itu kita desak satu siasatan bebas daripada kerajaan. Sementara itu Menteri Belia dan Sukan digantung jawatannya seperti dikenakan kepada Dr Aziz Bari dulu, supaya siasatan berjalan lancar,” katanya.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bilik Gerakan & Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, di Bangau Tanjung, di sini pagi ini.
Beliau mengulas dakwaan bekas juara tinju Muay Thai Israel Ilya Grad, dalam blognya yang memasuki Malaysia sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.
Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."
Sesudah itu, barulah beliau mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia dengan pas khas, kerana pasport Israelnya tidak dicop, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.
Sementara itu dalam ucapan yang sama Tuan Ibrahim berkata, perubahan politik hampir pasti akan berlaku di negara ini kerana ia senario baru dan sedang melanda seluruh dunia.
Mengenai peluang Pakatan Rakyat (PR) di Pahang, beliau berkata tumpuan serangan BN terhadap negeri-negeri tertentu terutama di PR menyebabkan peluang PR cerah di Pahang.
“Dun Mentakab ini sendiri berpotensi besar untuk menang dengan kapasiti pengundinya 52 % Melayu dan 48 % bukan Melayu,” tambahnya.
Untuk memenangi pilihan raya, Tuan Ibrahim turut menasihatkan pendokong PAS agar melakukan kerja secara berstrategi, mengumpulkan dana yang mencukupi untuk gerak kerja dan seterusnya menjaga hubungan dengan Allah.
Turut berucap pada majlis tersebut, calon DAP Mentakab Lai Chee Meng.

Wednesday, October 26, 2011

Mahasiswa sedia himpun macam Bersih 2.0


Khaulah Azwar

GOMBAK, 26 Okt: Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika tuntutan mereka diabaikan kerajaan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata mahasiswa akan terus menerus bangkit untuk membuat bantahan sehinggalah kebebasan suara diberikan kepada pengamal akademik dan juga kepada mahasiswa.

"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat, badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," katanya pada himpunan tersebut.

Himpunan yang diserta hampir 100 mahasiswa malam tadi itu diadakan bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya mereka menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap selepas berhadapan larangan daripada pihak keselamatan universiti.

Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Perhimpunan tersebut pada asalnya bagi menyerahakn memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual hadir merasmikan satu program di kampus tersebut malam tadi.

Bagaimanapun beliau diganti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sebelum itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA Mohd Iqbal Abdul Wahab berjaya menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin di dewan berkenaan.

Mohd Iqbal pula berkata pihaknya bercadang akan buat satu program bersama perdana menteri ekoran Najib tidak hadir ke UIA malm tadi.

"Tujuannya agar PM mendengar pendapat mahasiswa yang merupakan generasi penentu masa depan negara," katanya.

Sementara itu, jurucakap SMM Mohd Zaky Sukery memberitahu pemberita terdapat dua tuntutan utama dalam memorandum tersebut, iaitu mendesak kebebasan akademik diberikan kepada ahli akademik dan mendesak agar siasatan terhadap Abdul dihentikan tanpa syarat.

Beliau berkata, walaupun pergantungan tugas terhadap Prof. Aziz Bari telah ditarik balik tetapi semua mahasiwa masih tidak berpuas hati kerana kerana masih ada siasatan di kenakan kepada beliau.

"Prof. Aziz Bari disiasat seolah seperti seorang jenayah sedangkan beliau bersuara atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang ditulis. Tindakan UIA adalah tidak wajar dan sangat terdesak," katanya.

Bookmark and Share

Laporan audit sahkan kerajaan BN perlu diganti

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Ketirisan yang didedah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan betapa urus tadbir kerajaan BN perlu diganti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau yang meyifatkan pendedahan itu sebagai "raja segala pembaziran" berkata, ia sekaligus menjelaskan bahawa tahap pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat buruk.

"Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas tersenarai dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen," katanya merujuk laporan yang dibentang lewat 17 hari itu.

Menurutnya yang juga ketua penerangan PAS Perak, rakyat juga boleh menilai sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bahawa jumlah miskin dan miskin tegar di Sabah dan Sarawak semakin bertambah.

Katanya, ini memberi makna bahawa program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah gagal sama sekali.

"Umno BN sebagai peneraju kerajaan pusat dan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap belanja “berhemah” ini pastinya telah menutup isu pembaziran besar-besaran ini dari terdedah ke pengetahuan rakyat melaui media pro mereka iaitu Utusan, TV3 RTM dan lain-lain," katanya lagi.

Selama Umno BN mentadbir Pusat ujarnya, situasinya bukanlah ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh 'tangan-tangan hitam' dengan gandaan harga belian barangan untuk kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.

Dalam laporan audit tersebut, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilaporkan membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Ianya termasuk Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100, Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90, Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79, Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60.

Sementara itu juga laporan audit tersebut turut mencatatkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Sehubungan itu kata Khalil Idham, segala ketirisan seperti yang dilaporkan oleh ketua audit negara tersebut hanya boleh dibendung dengan menukar kerajaan.

"Poket pencuri wang rakyat hanya dapat dikosongkan dengan memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat, undi kerajaan baru dari Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti bagi menjamin negara yang lebih telus dari segi pengurusan wang negara," katanya.

TLDM: Najib, Zahid perlu beri penjelasan

Mohd Firdaus

KOTA KINABALU, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia yang didakwa melibatkan anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.

“Ramai anggota tidak diberikan pangkat petter officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka,” dakwanya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.

Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.

“Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.

“Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.

Beliau mendakwa penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.

“Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain,” katanya.

Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.

Dakwa Zulfikar, walaupun perkara itu berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan yang didakwa itu wajar dijawab oleh Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.

Dokumen penyelewengan tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen yang turut hadir pada sidang media itu.

Audit: Bukti Umno BN gagal urus wang negara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu kelemahan pengurusan kewangan kerajaan adalah disebabkan oleh kerakusan Umno BN memerintah negara dengan secara boros, tidak berhemah dan berlaku penyelewengan kuasa yang serius sehingga menyebabkan kehilangan wang kerajaan.

“Kelemahan ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Katanya, Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kerajaan selama ini sememangnya tidak pernah mengambil peduli terhadap perjalanan sistem pengurusan kewangan yang berhemah dan telus.

Ini, katanya kerana budaya kerja Umno BN telah membarah dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme walaupun telah ditegur oleh Ketua Audit Negara tahun-tahun sebelum ini.

Selain itu, ujarnya disebabkan kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Pusat juga memberi kesan terhadap syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan yang mana 19 daripada 47 syarikat mengalami kerugian pada tahun 2009.

Jumlah kerugian bernilai RM0.71 billion iaitu penurunan RM3.83 billion berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 billion pada tahun 2008.

Terbaru, sebuah badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) melahirkan kebimbangan negara akan mempunyai hutang sebanyak RM1 trillion menjelang 2020 sekiranya kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaannya.

Ini adalah kerana defisit negara kini berada pada RM437 billion, dua kali ganda bajet defisit berbanding RM217 billion pada tahun 2004.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

Justeru, kata Sany, pihaknya meminta supaya pihak kerajaan menghentikan amalan pengurusan yang tidak berhemah dan boros dalam berbelanja.

Ini kerana, ujarnya akan menyebabkan negara menanggung hutang yang banyak dan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar balik hutang tersebut melainkan dengan membebankan rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah.

Oleh itu, tambah beliau Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia keseluruhannya supaya menolak Umno BN di dalam pilihan raya umum yang akan datang kerana Umno BN terbukti gagal di dalam mengurus kewangan negara, mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi dan kroni.

“Tolak BN untuk selamatkan Malaysia,” serunya.

Audit: Bukti Umno BN gagal urus wang negara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu kelemahan pengurusan kewangan kerajaan adalah disebabkan oleh kerakusan Umno BN memerintah negara dengan secara boros, tidak berhemah dan berlaku penyelewengan kuasa yang serius sehingga menyebabkan kehilangan wang kerajaan.

“Kelemahan ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Katanya, Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kerajaan selama ini sememangnya tidak pernah mengambil peduli terhadap perjalanan sistem pengurusan kewangan yang berhemah dan telus.

Ini, katanya kerana budaya kerja Umno BN telah membarah dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme walaupun telah ditegur oleh Ketua Audit Negara tahun-tahun sebelum ini.

Selain itu, ujarnya disebabkan kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Pusat juga memberi kesan terhadap syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan yang mana 19 daripada 47 syarikat mengalami kerugian pada tahun 2009.

Jumlah kerugian bernilai RM0.71 billion iaitu penurunan RM3.83 billion berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 billion pada tahun 2008.

Terbaru, sebuah badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) melahirkan kebimbangan negara akan mempunyai hutang sebanyak RM1 trillion menjelang 2020 sekiranya kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaannya.

Ini adalah kerana defisit negara kini berada pada RM437 billion, dua kali ganda bajet defisit berbanding RM217 billion pada tahun 2004.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

Justeru, kata Sany, pihaknya meminta supaya pihak kerajaan menghentikan amalan pengurusan yang tidak berhemah dan boros dalam berbelanja.

Ini kerana, ujarnya akan menyebabkan negara menanggung hutang yang banyak dan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar balik hutang tersebut melainkan dengan membebankan rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah.

Oleh itu, tambah beliau Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia keseluruhannya supaya menolak Umno BN di dalam pilihan raya umum yang akan datang kerana Umno BN terbukti gagal di dalam mengurus kewangan negara, mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi dan kroni.

“Tolak BN untuk selamatkan Malaysia,” serunya.

Tuesday, October 25, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010: Kajian Ringkas

http://www.hasanhusaini.com
Sengal tulang dan bengkak urat serta otot akibat terjun tiruk bersama KIA Sedona masih belum hilang. Tapi, badan menjadi gagah tiba-tiba setelah mendapat sepucuk SMS dari seorang teman di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara dah keluar. Itu isi mesejnya.
Saya bangkit dari pembaringan, menekan suis laptop dan melayari internet. Web Jabatan Audit diakses dan terus memuat turun fail. Berbekalkan segelas susu dan beberapa keping biskut Ulker, saya meneliti audit tersebut. Beberapa bahagian penting dicetak keluar untuk simpanan anak cucu.
Ringkasan audit 2010 :
KEMENTERIAN PELAJARAN
RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.
KEMENTERIAN PERTAHANAN
  1. Rak akhbar dan majalah : RM 1445
  2. Ubahsuai katil : RM 950
  3. Katil Bujang : RM 700
  4. Kerusi Plastik : RM 761
  5. Meja Kayu kecil : RM 950


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
  1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
  2. Makanan tamat tempoh.
  3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.




KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.
  1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
  2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
  3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
  4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
  5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
  6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal
JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :
  1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
  2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
  3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
  4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
  5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
  6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
  7. Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


MAJLIS SUKAN NEGARA
MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.
KEMENTERIAN KESIHATAN
Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut.
SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.


5. Penurunan Untung Sebelum Cukai
Secara ringkasnya, 40.4% sayrikat GLC mengalami penurunan untung sebelum cukai. Berakhir 2009, RM 3.83 billion kerugian akibat penurunan untung sebelum cukai kepada RM 92.35 billion pada tahun 2009 berbanding RM 96.16 billion pada tahun 2008.

6. Pinjaman Belum Selesai

Terdapat 17 syarikat GLC yang menanggung hutang sehingga 2009 yang berjumlah lebih RM 12 Billion. Menduduki senarai tertinggi ialah, Perwaja Terengganu, Indah Water, Malaysia Debit Ventures dan Bank Pembangunan Malaysi Berhad.

Laporan Audit bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Setakat pengetahuan saya dalam hal ini, ia hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Kebarangkalian untuk lebih teruk atau lebih baik masih sangat besar.

Kajian ini pula adalah kajian ringkas yang tidak merangkumi perincian lain yang bakal mendedahkan lebih banyak kecacatan, pengkhianatan dan tidak amanah terhadap pengurusan kewangan.

Sumber : Laporan Ketua Audit Negara 2010 : LINK

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Bukan tengok batang getah tapi perempuan bergetah

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 25 Okt: Pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman mahu masyarakat sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi juga melibatkan persoalan tauhid dalam diri seseorang sebagai tunjang.

Selebriti yang lebih dikenali sebagai Bob Lokman itu, berkata malangnya ramai yang terpengaruh dengan istilah ‘Melayu itu Islam’ sehinggakan tidak pernah untuk menilai semula tauhid atau pun menuntut ilmu.

“Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar...tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam.

“Pegangan itu membuatkan saya rasa sentiasa selesa. Sepatutnya semua kena sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi persoalan tauhid pun jarang dibicarakan, sedangkan tauhid itu tunjang,” katanya.

Tambahnya, sebahagian besar keluarga Melayu rasa tidak kisah jika pergi konsert buka, aurat dan pergaulan bebas, semuanya kerana selesa dengan pegangan Melayu itu Islam.

Bob Lokman berhujah demikian dalam forum wacana ilmu bertajuk ‘Belia: Antara Seni dan Maksiat’ sempena Karnival Belia Muslim di Taman Kubang Gajah di sini malam tadi.

Turut menjadi panel ialah Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman dan pendakwah Ustaz Mujiburrahman Ishak.

Menceritakan pengalamannya sebagai artis apabila ditanya oleh pengerusi majlis, Bob Lokman menyindir bahawa pakcik-pakcik yang bekerja menoreh getah tidak pernah naik syahwat apabila melihat pokok getah.

“Tapi saya bekerja sebagai pelakon banyak bergaul dengan perempuan. Maknanya saya bukan tengok batang getah tapi saya tengok perempuan yang bergetah yang boleh menimbulkan syahwat,” katanya sambil diiringi derai ketawa kira-kira 1,000 yang hadir.

Bob Lokman mengingatkan, budaya suka berhibur sehingga melalaikan (hedonisme) sebenarnya sengaja dicucuk oleh Yahudi ke dalam masyarakat Islam tanpa disedari.

“Malangnya kalau dulu persembahan konsert dianjurkan syarikat perniagaan, tetapi sekarang ini konsert dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan parti pemerintah sendiri kerana nak ajak orang datang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Shahril Azman berkata jika kita mahu melihat bagaimanakah sesebuah negara pada masa akan datang lihatlah keadaan belianya pada hari ini.

“Jadi jika semua pihak mahu melihat negara baik pada masa akan datang maka semua pihak mesti berusaha menjadikan belia hari ini kekal baik.

“Namun Islam datang bukan untuk menyekat hiburan yang menjadi kegemaran naluri manusia, tetapi Islam datang untuk mengawal. Sebab itu kerajaan yang bertanggungjawab dia mesti kawal,” jelasnya.

Mujiburrahman pula berkata seni dan hiburan tidak salah tetapi telah dipesongkan cara berhibur dan pergaulan.


Najib hanya bersandiwara tarik balik kes Aziz Bari

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hanya bersandiwara baik dengan mengarahkan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari, semalam.

Walaupun penggantungannya telah ditarik balik, Dr Aziz masih terus menghadapi pelbagai tekanan termasuk terus disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia yang menemuinya di rumah dan dipelbagai tempat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, selain itu, Dr Aziz turut mengalami kepayahan kerana terpaksa mengajar tanpa peralatan penting, khususnya laptopnya akibat diambil oleh pihak berkuasa untuk tujuan penyiasatan.

Menurut beliau, dalam keadaan seperti itu, sesiapa pun dapat bayangkan betapa rumitnya keadaan Dr Aziz yang terpaksa meneruskan kembali tugasnya untuk mengajar para pelajarnya yang akan mendudukui peperiksaan tidak lama lagi.

Katanya, tindakan pihak kerajaan terhadap pakar Perlembagaan itu tidak ubah seperti berhadapan dengan penjenayah kerana terus disiasat tanpa batasan masa terutama oleh dua agansi terbabit walaupun penggantungannya telah ditarik balik.

"Dengan itu, tidak hairanlah jika Dr Aziz Bari sendiri turut bertanya, "kenapa aku terus disiasat? Adakah aku ini penjenayah?" yang jelas menggambarkan tekanan yang dialami olehnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan fenomena yang berlaku, menurut beliau, orang ramai pasti tertanya sama ada arahan Najib supaya penggantungan terhadap Dr Aziz itu ditarik balik bertolak dari sikap baiknya sendiri atau mempunyai tujuan tertentu.

Katanya, yang jelas kelihatan kepada orang ramai, arahan Najib itu bukan berpunca dari sikap baiknya sendiri, tetapi hanya untuk menunjukkan kebaikannya kepada orang ramai bagi melepaskan diri dari tekanan yang dialaminya ekoran penggantungan terhadap Aziz.

"Datuk Seri Najib sendiri cukup faham, tindakan penggantungan terhadap pakar Perlembagaan itu telah menimbulkan kemarahan para mahasiswa dan orang ramai sehingga boleh menjejaskan Umno BN.

"Untuk menunjukkan dia baik dan melepaskan dirinya dari tekanan akibat tindakannya yang tidak popular itu, Najib terpaksa mengarahkan Rektor UIA menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz Bari, tetapi dalam masa yang sama meletakkan Dr Aziz terus berada dalam tekanan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kini setelah penggantungan itu ditarik balik, menurutnya, Dr Aziz terpaksa membeli kumpoter khususnya laptop lain untuk keperluan mengajar, tetapi laptop barunya itu tentunya ketiadaan data-data yang diperlukan yang disimpannya sendiri untuk mengajar.

Surat penggantungan tugas yang diberikan oleh UIA kepada Aziz baru-baru ini, katanya, jelas membuktikan ahli akademik itu akan terus disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia secara berpanjangan dan pada bila-bila masa serta tempat walaupun penggantungan terhadapnya telah ditarik balik.

"Ini meletakkan Dr Aziz Bari terus berada dalam tekanan hanya disebabkan pakar Perlembagaan itu mengeluarkan pandangan akademiknya baru-baru ini berhubung suatu isu," ujar beliau.

Dr Aziz Bari, tegas beliau, merupakan pihak yang menjadi mangsa kesilapan tindakan Kerajaan BN, manakala untuk membolehkan pemangsa pulih tidak semudah hanya dengan menarik balik hukuman penggantungan tugas terhadapnya, lebih-lebih lagi apabila beliau terus dikenakan tekanan yang tidak sewajarnya.

Pensyarah kanan yang telah 22 tahun berkhidmat di UIA itu, katanya, adalah pakar Perlembagaan yang cukup dihormati di dalam dan luar negara dan tidak sewajarnya diperlakukan sedemikian setelah mengeluarkan pandangan yang baik dari sudut akademik bagi mengulas sesuatu isu untuk kepentingan negara.

Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada ‘peti undi’ apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan.

Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang.

Sebagai contoh, kata Tuan Ibrahim, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).

“Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya.

Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tuan Ibrahim juga membangkitkan keborosan dalam Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan.

Yang paling menjengkelkan, kata beliau ialah pembelian satu binokular oleh JLTM pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

“Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga Mara,” tegur beliau lagi.

Selain itu, kata Tuan Ibrahim syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Pada skop yang lebih besar, kata beliau ialah kenaikan hutang negara sebanyak 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion pada 2009.

“Ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%,” kata beliau.

Penyelewengan di atas, kata Tuan Ibrahim menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN.

“Justeru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini,” tambah beliau.

Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat bahawa kekecewaan itu akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab.

Saturday, October 22, 2011

Media Baru perlu masuk ke segenap kampung





KUALA LUMPUR :Kesemua ahli-ahli PAS yang terbabit dengan Media Baru diminta memainkan peranan lebih aktif bagi membolehkan maklumat-maklumat yang disampaikan turut dibaca bukan hanya di kalangan penduduk di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung di seluruh negara.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan PAS di kawasan luar bandar, di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman berpunca dari kegagalan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa.

Menurut beliau, setiap ahli PAS khususnya mereka yang terbabit dengan Media Baru perlu sedar perkara itu bagi membolehkan kesemua pihak  mengambil inisiatif bagi membolehkan Media Baru tidak hanya berligar di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung.

Katanya, Media Baru memainkan peranan amat penting dalam menjawab segala tuduhan dan perkara yang tidak benar mengenai PAS yang dilakukan oleh Umno BN dan ia merupakan satu peperamgan secara damai.
"Jadi ICT atau Media Baru merupakan senjata penting bagi PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13," katanya menerusi pesanan khas  melalui video yang ditayangkan pada Persidangan ICT 2011 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, menurut beliau, setiap penulis dan bloger-bloger PAS perlu memainkan peranan dengan baik dengan hanya menyampaikan maklumat yang benar dan tepat serta menggelakkan diri dari menyebarkan fitnah.

Katanya, tanggungjawab setiap ahli PAS adalah menyampaikan syariat Islam kepada orang ramai, manakala menyampaikan syariat itu merupakan fisabilillah.

'Jadi tanggungjawab ini mestilah ditujukan kepada semua pihak termasuk  kepada Umno bagi membolehkan mereka kembali ke jalan Allah, manakala yang bukan Islam pula turut memahami ajaran Islam.
"Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, ia mestilah dilakukan dengan uslub supaya penyampaian kita itu benar dan kena kepada sasarannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Penekanan seperti itu, menurutnya, perlu dilakukan sepanjang masa demi kepentingan Islam dan ia pasti lebih mendesak dalam keadaan negara kita yang mengamalkan demokrasi tempang sekarang, sehingga seluruh media hanya dikuasai Umno BN.

"Disebabkan demokrasi tempang yang diamalkan oleh para pemimpin Umno BN, maklumat-maklumat yang benar tidak sampai kepada orang ramai terutama di kampung-kampung, kecuali di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar yang dapat meniklmati kewujudan Media Baru," katanya.

Sekiranya Media Baru tidak sampai ke kampung-kampung, katanya, penduduk di kawasan luar bandar pasti akan terus gagal berpanjangan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar yang diperlukan untuk dijadikan pertimbangan dalam memilih parti yang akan memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, beliau mengingatkan setiap ahli PAS khususnya bloger-bloger parti agar ikhlas kepada Allah dalam melaksanakan tangguingkawab masing-masing kerana hanya dengan keikhlasan sahaja yang boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan itu masuk ke dalam hati pihak terbabit, di samping dinilai sebagai ibadat oleh Allah. -Hrkh

Najib disabotaj isu Aziz?


| Print |
Ahmad Lutfi Othman   
Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.

Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan "keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat".

Misalnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Apakah hanya kerana mempunyai pandangan berbeda tentang sejarah perjuangan kemerdekaan negara, maka mahkamah terpaksa dipilih untuk mengadili Mat Sabu, dan bukannya melalui perdebatan, perbahasan atau dialog?

Terkini, tambah membebankan Najib apabila pakar undang-undang perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari, digantung tugas dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disebabkan pandangan beliau terhadap isu yang  berkaitan dengan bidangnya.

Gejala ini bukan perkara baru. Sebelum ini ramai tenaga akademik menerima surat amaran daripada pentadbiran universiti ekoran pandangan atau kenyataan akhbar yang dilihat menimbulkan "kegemparan", walaupun ia menyentuh bidang kepakaran atau hasil penyelidikan mereka.

Hanya kerana isu jerubu melanda negara atau masalah sosial generasi muda, yang ditimbulkan oleh pensyarah dalam bidang berkenaan, mereka boleh mendapat "surat cinta" dan terpaksa "menutup mulut" kemudiannya. Ada juga pensyarah sains politik yang ditegur kerana bercakap dengan pihak akhbar mengenai tuntutan bertindih dengan negara jiran.

Justeru, golongan cendekiawan kita semakin bersendirian, tinggi di menara gading, terpisah dengan realiti masyarakat, ibarat "mati di pucuk". Mereka seperti dilarang menyumbang idea dan menyalur pandangan bernas terhadap pergolakan atau konflik di persekitaran. Waduh ... bukan saja malang berganda tetapi juga membazirkan wang rakyat.

Ternyata, kebebasan akademik dan hak bersuara warga kampus dinafikan serta dicabuli pentadbiran (baru) UIAM. Reaksinya, seperti diduga, merata dan merebak dengan cepat. Suara simpati dan sokongan terhadap Aziz segera tumpah di mana-mana, terutama di laman sosial, facebook.

Dalam waktu singkat, selepas sehari Aziz digantung tugas, aksi protes melalui demonstrasi berjaya digembleng, di UIAM sendiri.  Anak-anak muda, mungkin sebahagiannya anak murid beliau, bingkas bangun bersuara lantang. Selama ini kampus Gombak itu tidak pernah mengizinkan kelompok mahasiwa pro-Umno menerajui gerakan pelajarnya.

Ia juga difaktorkan oleh kewibawaan dan keberanian Aziz, yang diakui ramai. Malah beliau pernah membidas keras Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan polemik dalam parti. Suatu bukti Aziz bersuara tanpa takut, tanpa segan.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang juga prof madya undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, Akta Hasutan sendiri membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Baginya, Aziz  semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan. Menurut Azmi, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Prof Madya Dr Rosli  Mahat turut melahirkan rasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang dikenakan terhadap Aziz.

"Aziz seorang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dari Universiti Oxford, London, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras: "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Ia tindakan mengampu dan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran."

Secara peribadi Aziz mudah didekati, tidak lokek idea, dan sebagai pengamal media, saya begitu senang sekali dengan minat mendalamnya terhadap dunia penulisan dan penerbitan. Lebih 10 tahun lalu, semasa saya menerbitkan majalah Detik, Wasilah dan siri akhbar tidak berkala di Medan Idaman, tidak jauh daripada kampus UIAM Gombak, Aziz agak kerap mengunjungi pejabat Penerbitan Pemuda.

Selain bertukar-tukar fikiran dan cerita, Aziz cukup prihatin dengan mutu bahan penerbitan kami. Lebih mengujakan, ziarah beliau bersama-sama  bahan yang kami boleh manfaatkan. Bukan sekadar kritikan membina, tetapi juga tulisan yang boleh dikongsi pembaca.

Lama sebelum komentarnya terhadap Sultan Selangor, bicara Aziz menampakkan beliau benar-benar independen. "Selepas Prof Jomo KS ke PBB, saya lihat satu-satunya tokoh pemberani di kalangan ahli akademik adalah Prof Aziz Bari. Hairan ya, dia seperti tidak takut langsung untuk bersuara," kata seorang sahabat lama dari Skudai, Johor.

Saya kira tekanan ke atas pentadbiran UIAM untuk mengambil tindakan ke atas Aziz bukan semata-mata disebabkan kenyataan terakhirnya itu. "Dendam" ini sudah lama meruap. Pihak tertentu hanya menunggu masa sesuai untuk "memerangkapnya".

Apa pun, yang pasti, episod gelita ini bukan sahaja meninggalkan kesukaran berpanjangan  buat Najib tetapi telah menggagalkan usaha tungkus-lumusnya membina imej baru BN menjelang PRU13. Tokoh sehebat Aziz tidak rugi apa-apa jika disingkirkan. Peluangnya terbuka luas di tempat lain.

"Soalnya, apakah ini petanda jelas ada perancangan untuk sabotaj Najib daripada dalam? Generasi muda dan masyarakat kelas menengah terkesan dengan isu Aziz Bari ini," kata seorang editor kanan, yang mengakui hairan dengan tindakan drastik UIAM itu.

70 ahli Umno Kelantan masuk PAS


| Print |
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Seramai 70 orang ahli Umno di Kelantan telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, semalam.
Borang keahlian PAS mereka diserahkan sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu majlis di Kota Bharu, semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, kesemua mereka adalah bekas ahli-ahli Umno di kawasan Kota Bharu, manakala kemasukan mereka ke dalam PAS pula melambangkan perjuangan PAS sudah semakin difahami oleh orang ramai.

Katanya, sebelum ini sudah banyak ahli-ahli Umno di Kelantan menyokong PAS, tetapi sebahagian daripadanya berbuat demikian secara sembunyi-sembunyi.

"Perjuangan PAS adalah perjuangan yang benar yang mewarisi perjuangan Nabi Muhammad saw. Umno sendiri tahu kebenaran perjuangan PAS.

"Tentangan mereka terhadap PAS bukan kerana perjuangan PAS tidak betul, tetapi kerana kedegilan mereka sendiri untuk menerima kebenaran," katanya ketika merasmikan Persidangan ICT 2011 Media Baru "Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU Ke-13" di Dewan Datuk Fadhil Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Berucap pada Seminar anjuran Lajnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat itu, beliau berkata, realiti itu samalah juga dengan tentangan orang-orang kafir terhdap Islam yang bukannya kerana mereka tidak tahu dengan kebenaran Islam, tetapi kerana kedegilan mereka sendiri untuk menerima kebenaran.

Katanya, itulah juga sikap yang ditunjukkan oleh Abu Jahal terhadap Islam ketika hayat Rasulullah saw dulu, namun ia tetap tidak melemahkan perjuangan Islam seperti yang telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw.

"Setiap ahli PAS perlu faham perkara itu. Jadi, kita mestilah sentiasa bersedia menjawab segala persoalan dan segala bentuk tentangan yang ditimbulkan oleh mereka atau pihak Umno dengan baik dengan ilmu yang kita miliki," katanya.

Dalam konteks media baru, menurutnya, tugas tersebut amat perlu dilaksanakan dengan baik dan berkesan oleh para penulis, bloger-bloger yang menyokong perjuangan PAS dan mereka yang bertugas di bahagian penerangan.

"Setiap jawapan yang kita berikan dalam bentuk penulisan dan termasuklah juga dalam ceramah-ceramah mestilah berasaskan "Al-haq" atau kebenaran iaitu menyebarkan maklumat yang benar sahaja," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Mengambil contoh pentadbirannya di Kelantan sejak PAS memerintah negeri itu, beliau telah melakukan banyak perubahan ke arah yang lebih islamik berbanding semasa Kelantan berada di bawah pemerintah BN dulu.

"Sebaik memerintah Kelantan, saya telah mengarahkan kesemua wang kerajaan dipindahkan ke dalam sistem perekonomian Islam untuk mengelakkan terjebak dengan riba.

"Walaupun pada awalnya dipersoalkan oleh beberapa pihak, tetapi apabila kita jelaskan dengan betul dan kena caranya, akhirnya mereka sendiri dapat memahaminya dan dapat menerima tindakan kita itu dengan baik," katanya.

Selain itu, beliau juga turut memperkenalkan cuti 2 hari seminggu bagi setiap kakitangan kerajaan di Kelantan yang juga turut ditentang oleh Umno dengan pelbagai dakwaan, termasuk mengatakan beliau mengajar dan mendorong rakyat menjadi malas.

"Tetapi akhirnya langkah yang baik dan turut memberikan keadilan kepada para pegawai atau kakitangan kerajaan itu juga turut ditiru oleh Umno," tegasnya.

Sejak memerintah Kelantan, beliau juga turut mengajar Al-Quran dan menjadi imam solat yang kesemua itu tidak dilakukan oleh pemimpin Umno semasa memerintah negeri itu.

"Maknanya, apabila menjadi ketua kerajaan, kita tak boleh hanya melakukan kerja-kerja pentadbiran sahaja. Sebaliknya kesemua perkara yang dibuat oleh Nabi Muhammad saw mestilah kita lakukan termasuk dalam persoalan memimpin rohani rakyat," katanya.

Menurutnya, pada bulan Ramadhan pula, Kerajaan PAS Kelantan turut berusaha menyedarkan orang ramai dengan tidak memanggil bulan Ramadhan sebagai bulan puasa, tetapi bulan Ramadhan.

Dengan itu, katanya, falsafah bulan Ramadhan akan berjaya diserapkan ke dalam hati orang ramai dengan lebih berkesan dengan tidak hanya melaksanakan ibadah solat dan puasa sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi diperkembangkan dengan majlis-majlis ilmu, memperbanyakan bacaan al-Quran, memperbanyakkan amalan-amalan baik dan berzikir.

Beri kebebasan ahli akademik berakademik- Nik Aziz


| Print |
Nazri Abdullah   
GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka.

Mengulas isu penggantungan Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata  ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.

"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya sebagai membantah tindakan penggantungan oleh UIAM itu.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni," soal Tuan Guru Nik Aziz.

Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

PAS bawa kes Aziz Bari ke Parlimen


| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Okt: PAS akan membawa kes penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa ke persidangan Dewan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan mengemukakan usul bagi menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan 18(1) bagi membincangkan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.
Berikut adalah usul beliau bertarikah 21 Oktober kepadaYang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia.
Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) ingin mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkenaan penggantungan ke atas pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari disebabkan pandangan akademik beliau yang disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini.
Pada 13 Oktober 2011, Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah memberikan pandangannya berkenaan titah Sultan Negeri Selangor terhadap kes serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kepada portal Malaysiakini atas kapasiti selaku pakar Undang-Undang Perlembagaan khususnya berkaitan dengan kuasa dan fungsi Raja Berperlembagaan.
Akibat dari pandangan tersebut, media arus perdana dan pemimpin UMNO dan NGO pro-UMNO telah melancarkan kecaman bertubi-tubi ke atas Abdul Aziz tanpa memberikan beliau peluang mempertahankan dirinya. Kemudiannya beberapa laporan polis telah dibuat oleh ahli dan penyokong UMNO diseluruh Negara.
Kemuncak dari tindakan tersebut, Abdul Aziz bukan sahaja disiasat oleh Polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi juga telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pengurusan UIAM pada 19 Oktober 2011 dan telah digantung perkhidmatannya berkuatkuasa serta merta. Justeru, usul yang dibawa ini adalah perkara yang tertentu.
Dewan yang mulia ini seharusnya memandang serius bagaimana seorang ahli akademik yang kepakarannnya diiktiraf diperingkat nasional dan antarabangsa telah ditekan, dimalukan dan dihukum hanya kerana memberikan pandangan beliau di dalam subjek yang memang menjadi bidang kajian beliau. Fakta ini jelas menunjukkan hal yang berlaku ini menyentuh kepentingan awam.
Episod ini menampakkan seolah-olah UIAM sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertaraf antarabangsa menuruti tekanan politik pihak-pihak berkepentingan tanpa mempedulikan tindakan sebegini boleh mencemarkan reputasi dan prestij UIAM di mata dunia. Pihak kerajaan dan universiti nampaknya tidak mempedulikan langsung jaminan kebebasan akademik terhadap ahli akademik/pensyarah yang terkandung di dalam suatu dokumen bertajuk “Recommendation Concerning the Status of Higher-Education Teachin Personnel” yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
Natijahnya menampakkan bahawa janji-janji keterbukaan dan transformasi politik yang acapkali dilaungkan oleh YAB. Perdana Menteri adalah hanya sekadar mainan di mulut sahaja tetapi realitinya semakin kuat tekanan dikenakan kepada mereka yang berbeza pendapat dengan parti pemerintah. Jika Abdul Aziz terus digantung tanpa beliau didapati bersalah, ini amat menjejaskan nama UIAM dan Malaysia di mata antarabangsa di samping memberikan kesan kepada ratusan pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar Phd di bawah selian Abdul Aziz. Justeru, usul ini perlu disegerakan.
Tuan Yang DiPertua,
Saya mohon mencadang.

Ikram harap polis, majikan telus pada Aziz Bari


| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) sebagai sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan, yang memperjuangkan kecemerlangan akademik berprinsip, menyatakan kegusaran dan rasa kecewa di atas tindakan yang sedang dikenakan ke atas ahli akademik dan pakar undang-undang perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Presidennya, Dr Parid Sheikh Ahmad berkata, Ikram berpendirian bahawa kebebasan memberi pandangan adalah hak setiap rakyat Malaysia, khususnya bagi seorang ahli akademik, yang dijamin oleh Perlembagaan.
“Ikram percaya bahawa sebagai seorang ahli akademik, Prof. Abdul Aziz berhak menyatakan pandangannya dalam bidang kepakaran beliau demi kepentingan masyarakat dan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, pihaknya turut bersimpati di atas segala celaan dan tohmahan yang dilontarkan ke atas peribadi Prof. Abdul Aziz, dan sepatutnya mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau membalas dengan hujah secra professional.
Justeru, beliau mengajak seluruh masyarakat, terutamanya para pemimpin, untuk mengambil iktibar daripada peristiwa Amirul Mukminin Khalifah Umar al-Khattab ditegur oleh seorang wanita yang bercanggah dengan hasrat Khalifah untuk menetapkan kadar mahar bagi wanita yang hendak dikahwini, dan teguran itu telah diterima oleh Khalifah dengan sikap berlapang dada.
Ikram, ujarnya menyokong kebebasan akademik yang termaktub dalam artikel-artikel 26 dan 27 dokumen UNESCO yang bertajuk Recommedations Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel yang menegaskan bahawa para ahli akademik mempunyai hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi dan mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa hukuman semata-mata kerana menggunakan hak tersebut.
Tambahnya, Ikram berharap pihak polis dan majikan Prof. Abdul Aziz akan bertindak secara telus serta memberikan keadilan yang sewajarnya kepada beliau.