Tuesday, May 21, 2013

Adakah Dosa dan Pahala dalam Mengundi Pilihanraya?

Jawapan: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.

Zamani, Johor.

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.

2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).
Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)
“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).
Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.

3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.

4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).
Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.

6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:
“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)

7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:
“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.
Generation that think the best for UmmahDakwah Rasulullah Kepada RemajaTuesday, May 3, 2011 12:09 AMDaripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang  berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya),  lalu sabda baginda : ‘ Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu  beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan  memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan  merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah  kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah  kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia  berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka  tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang  telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul  untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan  mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah  ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta)  buku catitan.” (HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan shahih). SENI DAKWAH:    1. Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah SAW berdoa untuknya:  “Ya Allah berikanlah kepadanya pemahaman tentang din, dan ajarkanlah  kepadanya hikmah.” Apabila beliau di peringkat remaja, baginda  bermusafir bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiahnya.
   2. Oleh itu dalam berdakwah untuk remaja (yang menjadi mad’u), perlu: a. Berdoa untuk masa depannya.
b. Merancang masa depan mad’u sesuai dengan potensinya
c. Memberi bimbingan yang berterusan.    1. Baginda memanfaatkan setiap detik masa, hatta sewaktu  bermusafir pun baginda mentarbiah mad’unya yang masih remaja. Baginda  tidak merasa enteng terhadap mad’u kecil, bahkan baginda mengambil berat  hal ehwal tarbiahnya.
   2. Baginda sentiasa bersemangat untuk mentarbiah mad’unya,  sehinggakan sewaktu bermusafir pun baginda tidak melepaskan peluang  untuk mentarbiah.
   3. Baginda, seorang ketua negara yang agung dan manusia paling mulia,  tidak merasa hina menaiki kenderaan bersama remaja kecil. Baginda  memperlihatkan contoh KEDEKATAN FIZIKAL, bersentuhan dan bermesra dengan  anak remaja. Baginda tidak merasai jurang generasi dengan golongan  remaja.
   4. Baginda mentarbiah remaja dengan silibus yang berpada, ringan  tetapi berterusan – sepertimana kata baginda (yang bermaksud): “aku  ingin mengajar kamu BEBERAPA PERKATAAN”.
   5. Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid sebagai asas tarbiah  generasi muda. Generasi muda yang sering gelisah dan sering dilanda  pelbagai ketidaktentuan dan ketakutan baginda berpesan supaya bergantung  dan memohon pertolongan kepada Allah.
   6. Hakikatnya, baginda merencanakan tarbiah jangka panjang untuk Ibn  Abbas. Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai tokoh, pejuang dan pewaris  risalah baginda. Begitulah juga para pendakwah di sepanjang zaman, perlu  meletakkan satu rancangan jangka panjang dalam pembinaan generasi muda.  Cagarannya ialah pengorbanan, kesabaran, tawakkal dan istiqamah. Rujukan: Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah SAW, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.dipetik drp http://ustazazhar.net/v01/
Generation that think the best for UmmahKita Bukan Sekadar Pembangkang, Kita Adalah AlternatifWednesday, April 20, 2011 10:08 AMMoga Gagasan Ini Terus Disambut Baik Oleh Para Pemuda
SUNDAY, APRIL 17, 2011
sumber



"Kita tidak boleh berfikir seputar tentang kalangan kita sahaja atau untuk kepentingan kelompok kita sahaja, sebaliknya kita mesti mula belajar berfikir tentang rakyat seluruhnya, berfikir tentang kebajikan bangsa bukan Melayu, memberati kepentingan orang bukan Islam, menjuarai isu-isu bukan agama, prihatin terhadap orang bukan PAS, bahkan mengambil berat persoalan-persoalan antarabangsa juga.



Kita mesti meninjau sama persoalan-persoalan yang lebih besar seperti pentadbiran negara, pengurusan ekonomi awam, perancangan dasar-dasar awam dan sebagainya, yang sedang mendesak kita untuk memiliki kemahiran-kemahiran tambahan. Ahli-ahli Pemuda mesti sentiasa memperdalami ilmu dalam pelbagai bidang, tidak terhenti dengan kemahiran agama yang menjadi fardhu 'ain sahaja, sebaliknya kemahiran keduniaan yang menjadi fardhu kifayah juga dipertingkatkan.



Kita mesti belajar untuk bergerak dalam satu pasukan kepimpinan yang berkesan, bukannya lagi secara individu. Kita sudah berupaya melahirkan murabithun di semua peringkat, tetapi malangnya kebolehan para murabithun untuk menjadi pemikir masih ditahap yang rendah. Kita tertunggu-tunggu pimpinan baru yang berupaya mencetuskan wawasan besar, berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan. Kegagalan kita melahirkan pemimpin-pemikir (qiyadah-mufakkir) telah mengakibatkan kelesuan perjuangan kita.



Saya mencadangkan supaya pemimpin-pemimpin Pemuda yang ada supaya memulakan budaya penyelidikan melalui institusi-institusi persendirian. Lebih penting jika boleh mewujudkan pasukan pemikir dan institusi pemikir persendirian yang boleh membantu meningkatkan keupayaan kognitif kita dalam perjuangan. Kita melihat pemimpin-pemimpin besar dunia memiliki beberapa pusat kajian untuk membantu mereka menjadi pemimpin yang baik, dan tiada sebab untuk kita tidak memulakan langkah yang sama demi kecemerlangan gerakan kita.



Sesungguhnya usaha ini bukan sekadar persiapan untuk kita mengambil alih pemerintahan negara, tetapi juga untuk memenuhi keperluan kepemimpinan pada masa depan yang lebih mencabar.



Menjadi pembangkang yang berkesan di negara ini bukan bermaksud membangkang segalanya atau sentiasa ’membuat bising’ untuk menggugat kerajaan yang ada. Tetapi pembangkang yang berkesan ialah apabila kita boleh menjadi pembangkang berwibawa (credible opposition) dan pembangkang taat (loyal opposition), yang bersedia duduk semeja dengan kerajaan untuk kepentingan rakyat dan kita sanggup memberikan konsensus untuk kepentingan negara.



Kini perubahan zaman juga menuntut ulama’ supaya maju beberapa langkah lagi untuk memastikan peranan mereka lebih berkesan dan lebih relevan dalam dunia kontemporari. Ulama’ juga perlu lebih proaktif dalam meneliti fenomena masa kini, menangani kerencaman isu dan masalah moden, serta memimpin perubahan dalam masyarakat masa kini."


Petikan Ucapan Dasar YB Salahudin Ayub,
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-49
Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak
13 dan 14 Ogos 2008Generation that think the best for UmmahIjtima' Tarbawi Pemuda PAS PusatFriday, April 15, 2011 3:58 PM


Satu point menarik nak kongsi dari ustaz nik zawawi dalam forum tarbawi....

katanya : jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya... maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini

point dari dato' bentara setia tuan guru haji nik abdul aziz nik mat

ambe meninggalkan pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu
1. baca quran setiap hari
2. qiamulaill
3. solat dhuha


point dari ustaz yahya othman, murabbi pas pusat

tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya
pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi

pemuda hendaklah
1. memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat
2. naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah

pesanan kepada pemuda
1. mesti berilmu
2. mesti mengamalkan ilmu
3. bercakap benar
4. bermaaf-maafan
5. baca quran

jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat (amanat terakhir ustaz yahya othman)


point dari ustaz nasharuddin mat isa , timbalan presiden pas

kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas

pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran!

kunci beramal dengan quran
1) membaca al-quran
2) melihat terjemah al-quran
3) melihat tafsir quran
4) beramal dengan al-Quran
5) istiqamah dengan Al-Quran


Khalid Mesyal (hamas, palestin) kata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP , jadi , berbanggalah menjadi ahli PAS!

point dari ustaz nasrudin hasan at-tantawi, ketua pemuda pas pusat

berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara, antaranya kerana

1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu
2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas
3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas

tetapi yang perlu ialah kita mestilah intima kerana aqidi (aqidah)

point dari ustaz ahmad yahya, ketua pemuda pas kedah

tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi

rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang

soalan untuk semua? apa yang dirasai selepas solat?
jika kata rasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi ....

point dari ustaz zulkifli ismail, ketua dewan ulama pas melaka

pemuda pas hendaklah menguasai

1.fiqh marhali
2. fiqh aulawiyay
3. takzim al waqt (memuliakan waktu)
4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadai untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan

point dari ustazah nuridah salleh, ketua dewan muslimat pas pusat

pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja, hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas

point dari tuan guru dato seri hj hadi, presiden pas

abdullah b mubarak menulis surat kepada fudhail b iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatannya dan pergi ke medan jihad

berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cubaan/dugaan

wallahua'lam (dipetik drp seorang sahabat)Generation that think the best for UmmahSejarah Tuan Guru Haji Yusof Rawa (1922 - 2000) Bhg 1Friday, April 15, 2011 3:51 PM


Latar Belakang

Yusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8 Mei 1922.

Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau dari Sumatera berdagang Al-Quran, kitab-kitab dan alat-alat kegunaan untuk ibadat seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.

Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu Jalan Carnavon dan kemudiannya di Sekolah Charausta.

Pendidikan menengah beliau ialah di Government English School dan kemudiannya di Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior Cambridge.

Selepas itu bapanya menghantar beliau ke Makkah untuk menuntut dalam bidang agama.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Tuan Guru Yusof Rawa terus menetap di Makkah untuk mendalami pengetahuan agama. Beliau menetap di sana selama 12 tahun.

Menghadapi Ujian

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal keluarga Tuan Guru Yusof Rawa dihujani dengan bom dari pesawat udara Jepun.

Bapanya, Hj Abdullah Hj Nordin sempat menyelamatkan anak-anak dan isterinya.

Walau bagaimanapun, tatkala keluar sekali lagi untuk mengambil sesuatu yang masih tertinggal di kedainya, sebutir bom gugur dekat dengannya.

Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai.

Peristiwa itu berlaku semasa Tuan Guru Yusof Rawa berada di Makkah.

Semasa di Makkah di zaman remajanya, Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah diburu oleh pihak polis Masjidil Haram. Beliau terpaksa bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan daripada ditangkap polis.

Peristiwa ini berlaku ekoran perkelahian di antara anak-anak Jawi dengan remaja Arab Makkah.

Sekembalinya Tuan Guru Yusof Rawa dari Makkah, beliau menerbitkan majalah Al-Islah. Di atas kegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah Inggeris yang mengesyaki beliau terbabit dengan gerakan Islah di Mesir.

Penglibatan dalam PAS

Tuan Guru Yusof Rawa mendaftar menjadi ahli seumur hidup pada awal penubuhan PAS iaitu pada tahun 1951.

Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Beliau kemudian dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat yang ketika itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin dari Pantai Timur dan Kedah.

Sejak dari zaman Dr. Burhanuddin Al-Helmy lagi, Tuan Guru Yusof Rawa sudah pun dianggap sebagai salah seorang pemimpin kanan PAS.

Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama dan Naib Yang Dipertua kedua adalah Ustaz Fadzil Noor.

Krisis kepimpinan dalam PAS menyaksikan Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Hassan Adli mengosongkan jawatannya. Tuan Guru Yusof Rawa mencabar Dato’ Abu Bakar Omar untuk jawatan tersebut tetapi kalah.

Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS dan menang.

Pergolakan PAS pada tahun 1982 telah memaksa Dato’ Mohd Asri Muda meletakkan jawatan.

Jawatan Yang Dipertua PAS telah dipangku oleh Tuan Guru Yusof Rawa.
Dalam Muktamar PAS ke-29 pada tahun 1983, Tuan Guru Yusof Rawa telah sebulat suara dilantik Yang Dipertua PAS.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Tuan Guru Yusof Rawa telah dipilih sebagai Mursyidul Am yang pertama pada tahun 1987.

Di atas sebab-sebab kesihatan, Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua pada tahun 1989 tetapi kekal memegang jawatan sebagai Mursyidul Am.

Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am pada tahun 1993.

Jawatan itu dipegang seterusnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Mursyidul Am PAS yang kedua.

Menangani Krisis Peralihan

Tuan Guru Yusof Rawa mengambil alih kepimpinan ketika PAS berhadapan bukan hanya dengan kemelut dalaman PAS tetapi juga dalam angkatan gerakan Islam.

Kemelut dalaman PAS berlaku apabila terpinggirnya Dato’ Asri dan angkatan pemimpin-pemimpin eranya. Ekoran itu berlaku pula tindakan dan ancaman terhadap PAS daripada penyokong-penyokong Dato’ Mohd Asri.

Kemelut dalaman di kalangan angkatan gerakan Islam pula berlaku apabila rakan kongsi perjuangan Islam, Anwar Ibrahim daripada ABIM membuat keputusan untuk menyertai UMNO.

Tuan Guru Yusof Rawa amat kecewa apabila Anwar Ibrahim mengambil keputusan menyertai UMNO. Dalam perbualan telefonnya dengan Anwar, Tuan Guru Yusof Rawa menyatakan: ”…tindakan anda itu umpama menikam kami dari belakang”

Dengan pendedahan dan pengalamannya yang luas, dimantapkan dengan sikap keterbukaan dan kesederhanaannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya menampung kemelut ini sehingga PAS berjaya ditempatkan dalam arus perdana perjuangan Islam di negara ini.

Pendekatan dan mesej perjuangan Islam yang dibawa oleh Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya menarik minat angkatan muda dan pencinta-pencinta perjuangan Islam menyertai PAS.

Dalam menangani era peralihan ini, Tuan Guru Yusof Rawa amat beruntung kerana dibantu oleh tokoh-tokoh besar seperti Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Hasan Shukri, Mustafa Ali dan tokoh-tokoh muda PAS yang lainnya.

Menangani Gejala Dalaman

Setelah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua, Dato’ Mohd Asri Muda balik ke Kelantan dan mengadakan perjumpaan terbuka dengan penyokongnya mengecam pimpinan baru regu Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor.

Kumpulan ini mengancam untuk bertindak menggempur pimpinan baru PAS. Laporan yang diterima dari Kelantan melihat ancaman itu membahayakan perpaduan jamaah.
Demi menjaga keutuhan parti, Tuan Guru Yusof Rawa melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin telah membuat satu keputusan yang amat berat sekali.

Keputusan tegas dan berani telah dibuat dengan Ustaz Hasan Shukri selaku Setiausaha Agung telah mengeluarkan surat kepada Dato’ Mohd Asri Muda yang menyebut:

”Jawatankuasa Disiplin parti menggantung keahlian saudara daripada menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mulai dari tarikh keputusan ini dibuat sehingga kepada masanya diberitahu kelak.

Dengan demikian maka terlucutlah segala hak keahlian saudara dalam PAS seperti yang disebutkan oleh Fasal 14(10(a) hingga (e) mula tarikh di atas, 9 Rabiul Akhir 1403/23 Januari 1983 hingga masanya diberitahu kelak”

Bersama-sama Dato’ Mohd Asri Muda yang dikenakan tindakan disiplin ialah 12 orang lagi yang mana ada di antaranya dipecat, digantung dan diberi amaran.

Sebahagian besar daripada mereka adalah ahli Jawatankuasa Agung.

Tindakan ini dikira sebagai tindakan paling berani yang diambil oleh gandingan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil demi menyelamatkan parti daripada ancaman krisis.

Mengasaskan Kepimpinan Ulama’

Isu kepimpinan ulama’ timbul dalam PAS apabila krisis melanda PAS di bawah kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda, terutama pada tempoh terakhirnya.

Ia bermula dengan polimik apakah PAS parti Islam atau parti nasionalis?

Walaupun PAS tidak pernah berganjak bahawa ia adalah sebuah jamaah Islam, namun pandangan yang melihat PAS sebagai lebih kepada arah nasionalis amat berpengaruh pada era Dato’ Mohd Asri Muda.

Pertembungan pemikiran ini melemahkan daya tahan pimpinan angkatan Dato’ Mohd Asri Muda.

Ada yang berpandangan bahawa malang yang merundung PAS ialah kerana ia tidak dipimpin oleh ulama’.

Tidak pula dinafikan pengaruh daripada kepimpinan ulama’ dalam Revolusi Iran mempengaruhi suasana dalam PAS pada masa itu.

Kejayaan umat Islam meruntuhkan rejim zalim Shah Iran dilihat sebagai kejayaan cemerlang kepimpinan ulama’.

Dalam suasana inilah tampil tokoh besar dalam PAS seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh pelapis seperti Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang.

Berlatarbelakang senario ini, Tuan Guru Yusof Rawa merintis jalan ke arah kepimpinan ulama’.

Sikap keterbukaan dalam gaya kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa telah menjadikan seluruh lapisan keahlian menerima dan terus memartabatkan kepimpinan ulama’ dalam PAS.

Dengan itu, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya memantapkan paksi perjuangan PAS sebagai parti politik Islam, gerakan dakwah dan harakah Islamiyyah melalui konsep kepimpinan ulama’.Generation that think the best for UmmahDilema Kepimpinan UlamaFriday, April 15, 2011 2:56 PM


Isu 'Kepimpinan Ulama' tidak pernah sejuk tiap kali berlangsungnya muktamar tahunan PAS. Malah isu ini juga nampaknya mudah menggoyahkan penyokong parti bila diusik oleh parti lawan. Soalnya haruskah PAS selama-lamanya diterajui oleh ulama, atau golongan yang berlatar belakangkan pendidikan agama semata-mata?

Baru-baru ini juga YB Husam Musa, yang terkenal dari sudut ketokohan dari sudut pentadbiran, gaya fikir dan politik, telah dicalonkan untuk bertanding di kerusi Presiden. Ia dilihat sebagai satu permintaan dari petugas parti, agar tokoh sebegini diangkat menerajui kepimpinan. Walaubagaimana pun, Husam menarik diri.

Di bawah merupakan satu pandangan yang dipetik dari laman blog Hasbie Muda http://hasbiemuda.wordpress.com/

1. Mohammed Badie adalah lulusan pengajian perubatan vateriner. Beliau kini dilantik sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, pertubuhan gerakan Islam paling berpengaruh di dunia.

2. Hassan Al Hudaybi, juga seorang Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin adalah lulusan undang-undang. Beliau dipilih menggantikan Mursyidul Am yang pertama iaitu Hassan Al Banna.

3. Di Indonesia, Presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS) iaitu Tifatul Sembiring adalah lulusan IT dan komputer. PKS adalah gerakan Islam terbesar di Indonesia yang terlibat dalam bidang politik.

4. Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin yang juga pimpinan utama Hamas adalah lulusan sastera Arab dari Universiti Islam Gaza.

5. Ada banyak lagi contoh yang menguatkan hujah bahawa peranan meneraju gerakan Islam bukanlah milik tokoh lulusan pengajian Islam semata-mata. Kriteria paling utama adalah nilai competency serta accountability. Sifat Al Qowwi dan Al Amin bukan hanya untuk memilih pemimpin tetapi dalam semua pekerjaan.

6. Saya faham benar mengapa ramai ahli-ahli dan para pimpinan PAS di Malaysia mendokong kuat konsep ‘Kepimpinan Ulama’ yang antara lain menetapkan bahawa jawatan utama parti mestilah dipegang oleh lulusan agama. Saya juga pendokong kuat konsep tersebut tetapi atas definisi yang sedikit berbeza.

7. Pelbagai masalah dalam era pentadbiran Datuk Asri Muda adalah ‘sakit’ PAS yang sangat kritikal pada era 70-an dan awal 80-an. Masalah itu diburukkan dengan musibah PAS diterajang oleh BN manakala Kelantan dirampas dengan cara yang penuh tipu helah. Ahli PAS yang asalnya mengkagumi Datuk Asri mulai membencinya.

8. Pelbagai usaha dibuat untuk menjatuhkan beliau, ramai pimpinan parti yang keluar tanda protes namun tetap gagal.

9. Penawar untuk ‘sakit’ itu adalah dengan menggagaskan konsep ‘Kepimpinan Ulama’.

10. Sebenarnya ramai tidak sedar bahawa Ustaz Yusuf Rawa adalah dari kelompok ahli perniagaan (profesional) by profession. Manakala Datuk Asri adalah guru agama (ulama’) by profession. Maknanya konsep kepimpinan ulama’ bukanlah bermaksud ulama’ semestinya menjadi Presiden parti.

11. Tetapi konsep ini adalah pada kewujudan Majlis Syura Ulama’ yang dipimpin oleh Mursyidul Am. Institusi ini diwujudkan sebagai badan semak dan imbang dalam pentadbiran parti. Perlunya semak dan imbang supaya dominasi dan penyalahgunaan kuasa tidak berulang.

12. Saya berdoa mudah-mudahan gerakan Islam di Malaysia ini akan terus dipelihara oleh Allah



Apakah perlaksanaan mengubah latar belakang pemimpin bakal membawa satu kebaikan besar buat PAS?Generation that think the best for UmmahJemputan (kali kedua) Bagi Yang MAHUSunday, November 7, 2010 1:13 PMMasih adakah hati merindu pada 10 malam terakhir Ramadhan yang lalu?

Hari ini, Allah telah menyeru hati-hati itu

Menjemput semua yang mampu, datang ke rumah terbukaNya di tanah Haram

Tapi bagi yang tiada upaya ke sana

Lambaian kaabah kita sampaikan dari jauh

Moga ada kiraan dariNya

Ayuh jiwa-jiwa!

10 Ramadhan yang disia dulu,

Diisi dengan 10 hari pertama ini

Zulhijjah!

Selamat datang buat sesiapa yang mahu


Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Rujukan : Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.comGeneration that think the best for UmmahRaikan CintaWednesday, September 15, 2010 5:37 AM
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untukmu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.

Dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu adalah keterangan (yang nyata) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Teristimewa buat kedua-dua. Setulus rasa, moga bahagia selama-lama.


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

- Fadzil Far East


Saat majlis begini berlangsung
Bukan sedikit gembira yang dirasa
Tapi
Bukan sedikit juga tangis dan sebak di dada
Ibu, ayah, keluarga, sahabat handai,
Semua merasa yang sama
Manjanya dia, bukan lagi milik kami semua
Maka, wahai sang lelaki
Bila mana, saat terasa untuk mengabaikan haknya, ingatlah
Betapa banyak jiwa yang akan terluka
Kami layarkan sepenuh harapan
Didoakan kalian, sampai ke perhentian

Dunia memang penjara buat mukmin. Tak pernah mengizinkan kita bercinta lama-lama. Ayuh tentera Allah, kita berjuang sungguh-sungguh, kemudian kita berteduh sama-sama di syurga!
“Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu
Kepada pengantin suami isteri.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan
Dari permulaan hingga pengakhirnya.

Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan
Hingga ke akhir usia
Dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya
Dalam kehidupan di dunia
Lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -


Salihah & Abg Dzulhuzmi

Kami sayang kamu berdua sungguh-sungguh!
-Myteam Muttaqin-
Generation that think the best for UmmahMata-mata Rantai PerjuanganMonday, July 12, 2010 9:35 AM                                      AL MURAABITUN
Muqaddimah
Umat Islam yang diamanahkan untuk mentadbir dunia sudah tentu memerlukan pendukung yang komited dan memiliki tasawur Islam yang jelas. Pendukung-pendukung dan pejuang-pejuang yang berjiwa besar ini hendaklah bersedia untuk berkorban masa, harta dan jiwa untuk mempastikan Islam diletakkan di tempatnya yang tinggi lagi mulia.
 Sudah sekian lamanya PAS berusaha dan berjihad untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini seruan dan laungan PAS telah menampakkan petanda positif penerimaan ummah. 
Sokongan ini hendaklah dipertahankan dan dipertingkatkan agar seluruh umat Islam khususnya dan manusia amnya dapat menerima dan menikmati keadilan dan kebenaran serta kesejahteraan yang dijuarai oleh Islam. 
Tugas dan tanggungjawab yang besar lagi berat ini hendaklah dipikul oleh para petugas sepenuh masa yang diistilahkan sebagai Al-Murabitun. 
KONSEP AL-MURABITUN
 Apabila Islam semain berkembang maka menjadi suatu keperluan untuk menjaga keutuhan pemerintahan dan mempertahankan sempadannya sepanjang masa daripada diancam oleh musuh. Kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa ini dikenali sebagai al-Murabitun. 
Kalimah ini juga digunakan bagi merujuk kepada orang-orang beriman yang berkekalan di dalam Masjid Nabawi selepas solat Maghrib untuk menunggu solat Isya’. 
Takrifan di atas bolehlah dirumuskan bahawa al-Murabitun itu adalah kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa untuk tujuan-tujuan tertentu. Apabila sesuatu tugas itu dilaksanakan secara sepenuh masa maka sudah tentu ianya merangkumi sumbangan masa, tenaga dan pemikiran. 
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Ali ‘Imran: 200) 
Daripada nas di atas, dapat difahami bahawa menyediakan petugas sepenuh masa “al-Murabitun” merupakan suatu kewajipan. Antara rasional kewajipan ini ialah: 
a) tenaga perofesional
 b) menjimatkan tenaga
 c) menjimatkan kos
  Apabila sesuatu golongan itu ditugaskan secara sepenuh masa maka sudah tentu akan lahirlah para petugas yang berpengalaman yang mana hasil dari pengalaman ini menjadiakn seseorang itu pakar dalam bidangnya dan disebut sebagai professional. 
Aspek ini dianggap sangat penting untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan yang optima. Iannya juga penting untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahihan sesuatu rancangan mahupun tindakan. 
Petugas sepenuh masa tentu menjimatkan tenaga memandangkan tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian, dan factor ini sudah pasti boleh menjimatkan kos yang merupakan salah satu daripada ajaran Islam. 
Tenaga-tenaga yang dimaksudkan di atas telah dijanjikan ganjaran oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud: 
Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.” 
(Riwayat al-Bukhari) 
Maksudnya: Daripada ‘Aisyah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan bahawasanya sebaik-baik pekerjaan kepada Allah ialah yang paling berkekalan walaupun sedikit.” 
(Riwayat al-Bukhari) 
Kedua-dua hadith di atas memberi keyakinan kepada pendukung yang memahaminya untuk berkorban masa, tenaga dan jiwa demi kepentingan Islam dalam apa jua bidang yang ditugaskan. 
KEPENTINGAN AL-MURABITUN DALAM GERAKAN ISLAM 
Gerakan Islam masa kini menamakan al-Murabitun dengan al-Mutafarr’ghun. Adalah tanggungjawab al-Mutafarrighun masa kini agak mencabar dari masa-masa yang lampau memandangkan penyebaran Islam telah sampai ke segenap pelosok dunia serta pesatnya perkembangan teknologi moden. 
Dengan meningkatnya tahap keintelektualan manusia, maka keperluan kepada al-Murabitun menjadi semakin mendesak lebih –lebih lagi bagi negeri-negeri yang belum berdaya maju. 
Perkara ini berdasarkan kepada pengalaman beberapa buah negeri yang mula menerima Islam di mana factor penting kepada kejayaan tersebut disandarkankepada kesedaran rakyat hasil daripada pengorbanan al-Murabitun yang tidak jemu-jemu dalam menjalankan tugas. 
Terdapat beberapa bidang yang memerlukan al-Murabitun di dalamnya antaranya: 
1.Penyelidikan 
Bidang ini amat penting diutamakan untuk merancang strategi, kedudukan dan tindakan yang bakal dilaksanakan seperti Jabatan Pilihanraya Negeri. 
2.Pendidikan 
Pendidikan memainkan peranan utama dalam menyedarkan rakyat jelata yang berbilang latar belakang maka keperluan kepada tokoh-tokoh yang bekerja sepenuh masa dalam bidang ini haruslah diutamakan seperti para mursyid dan nuqaba’. 
3.Penerangan 
Dalam melaksanakan prinsip menerang bukan menyerang kita memerlukan para murabitun yang terdiri dari tenaga-tenaga penceramah yang berkemampuan secukupnya.
4.Ekonomi
Tidak dinafikan bahawa bidang inipenting dalam menggerakkan jentera gerakan Islam. Justeru itu, kita memerlukan pakar-pakar ekonomi seeprti para usahawan yang bertugas sepenuh masa untuk membiayai program-program dan aktiviti-aktiviti gerakan Islam.
5.Perundangan
Pakar-pakar di bidang ini haruslah dilahirkan dan dikaderkan dalam bilangan yang mencukupi untuk mempastikan proses pemulihan kuasa dan pelaksanaan undang-undang Islam dapat dijalankan.
CABARAN DAN HALANGAN
Terdapat beberapa cabaran dan halangan untuk melahirkan para murabitun di setiap negeri antaranya:
a) sifat fasik dan jumud
b) tidak sanggup berkorban
c) tidak mempunyai tasawur yang jelas
PENUTUP
Kemenangan Islam dapat dilihat apabila cabaran-cabaran di atas dapat diatasi. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak untuk membincangkan perkar di atas dan mencari jalan penyelesaian demi untuk memastikan keutuhan dan kekuatan gerakan Islam dapat diperkembangkan dari masa ke semasa.                            dipetik dari ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com
Generation that think the best for UmmahMuslimat Penggerak Kemenangan Penyelamat UmmahThursday, June 10, 2010 4:16 PMUCAPTAMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT MUKTAMAR KE 50
Oleh: Ustazah Nuridah Mohd Salleh

Yang dikasihi Puan Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia pemerhati-pemerhati PAS Pusat bagi muktamar ini,

Yang dikasihi YB Timbalan Ketua DMPP beserta saf kepimpinan DMPP,

Yang dikasihi Ketua-Ketua DMP Negeri dan Ketua-Ketua DMP Kawasan beserta para perwakilan,

Yang dihormati Wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS dan para pemerhati,

Yang diraikan seluruh para tetamu yang terdiri daripada mantan-mantan Ketua DMPP, pimpinan pimpinan wanita PAKATAN RAKYAT, YB-YB wanita PAKATAN RAKYAT, Isteri-isteri pimpinan AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya- Pesuruhjaya Negeri, suami-suami AJK DMPP, veteran-veteran PAS, Wakil-wakil media, seterusnya para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang dihormati sekalian,

BETULKAN NIAT KITA

Firman Allah SWT pada surah al-An’am: ayat 162; Yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, kegiatan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Pemelihara dan Pentadbir seluruh alam.”

Sekata dengan ayat tersebut marilah kita bersama berniat agar muktamar ini hanyalah untuk menyempurnakan pengabdian dan ketaatan kita kepada Allah SWT semata-mata. Semoga Allah SWT sentiasa memimpin dan memandu perjalanan muktamar kita ini menuju ke arah keredhaanNya jua.

Saya bagi pihak DMPP mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya majlis perasmian muktamar kali ini telah dapat disempurnakan bersama-sama dengan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda pada malam tadi oleh Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kepada beliau kita mengucapkan jutaan terima kasih.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran tuan-puan, saudara-saudari sekalian sejak dari malam tadi hinggalah ke pagi ini pada muktamar kita kali ini. Semoga dengan kehadiran semua akan dapat memeriahkan lagi dan melancarkan perjalanan muktamar kita ini serta berjaya merumuskan satu natijah yang cemerlang.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

PERUBAHAN YANG POSITIF

Buat pertama kalinya dalam sejarah PAS, muktamar Dewan-Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat kali ini diwakili oleh perwakilan yang diangkat daripada peringkat kawasan-kawasan seperti yang telah termaktub pada Perlembagaan PAS (Pindaan 2009). Bukan lagi perwakilan yang dipilih oleh muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri-Negeri seperti yang telah dijalankan pada masa lalu.

Saya bersama-sama dengan saf kepimpinan DMPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh anggota parti yang telah berani membuat perubahan dan pembaharuan ini ke arah sebuah gerakan yang lebih demokratik.

Sememangnya PAS sebagai sebuah gerakan siasah dan dakwah merupakan satu gerakan massa yang bertunjangkan Islam yang dinamik , maju dan memberikan keadilan serta harapan untuk semua. Satu landasan Islam yang diperjuangkan secara istiqamah, iaitu Islam sebagai “ad-Deen” – satu cara hidup yang amat relevan untuk hari ini hingga datangnya hari kiamat.

Sebagai sebuah gerakan yang dinamik, PAS tentu sekali akan terdedah kepada perubahan dan pembaharuan mengikut keperluan semasa. Perubahan dan pembaharuan pada pendekatan dan tatacara gerak kerja yang berhikmah tanpa menggadai prinsip-prinsip Islam dan perjuangan parti.

Sebenarnya perubahan dan pembaharuan ini tidak menjejaskan matlamat perjuangan Islam, bahkan akan semakin menyemarakkan lagi arus perjalanan parti dan menggalakan setiap anggotanya agar proaktif dan siap-siaga sepanjang masa.

Firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’dd: ayat 11; Yang bermaksud: “…. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Oleh itu besarlah harapan kita bersama agar perkembangan dan perubahan ini; iaitu penglibatan Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan secara langsung bermuhasabah dan merancang hala tuju di dalam muktamar DMPP, akan mencapai matlamatnya serta mengukuhkan parti.

Kita juga yakin bahawa perubahan dan pembaharuan yang berlaku ini akan membuahkan hasil yang baik bagi menjamin kelangsungan sebuah gerakan yang tersusun rapi; antaranya:

i. Menguat dan mengemaskinikan struktur organisasi parti,

ii. Mempereratkan ukhuwah Islamiyah di antara ahli-ahli dan pimpinan di semua peringkat,

iii. Ahli-Ahli akar umbi mendapat dan menerima amanat serta maklumat secara langsung dari peringkat tertinggi parti

iv. Merancakkan lagi aktiviti-aktiviti parti yang terancang disemua peringkat, setelah pimpinan DMPK mendapat input dan meneliti pelbagai pandangan yang telah dirumuskan oleh semua pihak terlibat,

v. Membantu dan memandu pimpinan tertinggi parti memahami permasalahan dan keperluan anggota parti di peringkat akar umbi,

vi. Melatih kepimpinan di peringkat akar umbi untuk bersedia menjadi anggota sebuah parti pemerintah yang prihatin terhadap suasana sekitar dan keperluan masyarakat,

vii. Menyerlahkan lagi PAS sebagai sebuah gerakan siasah dan dakwah yang demokratik serta dinamik.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

50 TAHUN PERJUANGAN MUSLIMAT

Sesungguhnya masa begitu cepat berlalu, secara sedar atau tidak muktamar kali ini adalah muktamar buat kali ke 50. Perjuangan muslimat telah mencapai ke usia emas. Adalah amat baik sekali kita menoleh ke belakang sejenak bagi memintas halangan dan melaju terus ke depan dengan yakin dan betul ke arah destinasi yang dituju.

Dalam usia emas ini, destinasi murni perjuangan kita di dunia ini seperti apa yang tercatat dalam Perlembagaan PAS, Fasal 5; iaitu memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah SWT, masih belum terhasil sepenuhnya.

Perjalanan kita masih jauh lagi ke depan, namun kita tetap bersyukur ke hadarat Ilahi, walaupun laluan yang kita tempuhi ini dipenuhi dengan onak dan duri. Kita masih lagi diberikan kesempatan, peluang dan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus beristiqamah.

Perjuangan yang kita warisi ini dari para anbia’ merupakan sunnah perjuangan kebenaran yang berlikuliku yang menuntut kita terus istiqamah dan bergantung harap serta memohon pertolongan dari Ilahi.

Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah: ayat 42; Yang bermaksud: “ Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka…..”

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Di dalam medan pilihan raya telah terbukti para muslimat dengan izin Allah SWT menunjukkan prestasi gerak kerja yang cemerlang. Muslimat PAS terlibat terus dengan semua gerak kerja perancangan dan kempen serta tugasan di hari mengundi.

Penglibatan muslimat PAS dalam pilihan raya secara tradisi mampu menjadi satu “weightage” – nilai tambah bagi membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat. Gerak kerja terancang muslimat menjadi satu aset penting dan strategik dalam menyusun jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.

Muslimat PAS sanggup meredah bukit dan lurah, berpanas dan berhujan untuk sampai ke pengundipengundi yang akan disantuni dengan baik. Walaupun berbagai sindiran, tomahan keji dan maki hamun di lemparkan oleh mereka yang jahil dan terpengaruh dengan hasutan serta strategi jahat lawan.

Syabas! kepada para muslimat. Sebenarnya tiada siapa boleh menafikan bahawa kejayaan Pakatan Rakyat menghalang Barisan Nasional untuk mendapat jumlah kerusi dua pertiga di Parlimen, juga kejayaan Pakatan Rakyat menawan lima buah negeri pada PRU 12 lalu adalah sebahagian dari sumbangan dan titik peluh serta keringat anggota-anggota jentera pilihan raya muslimat PAS.

Oleh itu rakyat telah dapat melihat sendiri dan telah menjadi bukti kukuh bahawa penglibatan muslimat di dalam medan pilihan raya adalah sebagai penggerak kemenangan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada para muslimat yang terlibat sekalian di atas pengorbanan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan, baik pada pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

Terkini pada Pilihan Raya Kecil Sibu, berkat dari pengorbanan dan komitmen yang telah diberikan oleh muslimat bersama kontinjen PAS bagi membantu kempen , Pakatan Rakyat telah berjaya menawan kerusi parlimen Sibu.

Sebenarnya Muslimat PAS mampu berganding bahu bersama Pakatan Rakyat dalam menjayakan hasrat bagi membawa harapan baru untuk Malaysia. Muslimat PAS bersedia bersama pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang lain untuk memimpin wanita di seluruh Malaysia mengorak langkah menuju ke arah Malaysia yang adil, sejahtera dan berkebajikan untuk rakyatnya.

Justeru itu Muslimat PAS mestilah terus bangkit menyusun saf, siap-siaga memperkemaskan diri untuk mendepani tugas dan tanggungjawab yang telah lama kita pikul bersama. Tugas dan tanggungjawab siasah dan dakwah yang berjalan selari dengan segala kesungguhan.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj: ayat 78; Yang bermaksud: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang bersungguh-sungguh. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama Nya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…”

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

DASAR PENDEKATAN POLITIK PENYELAMAT

Pendukung dan penyokong PAS kini tidak lagi terbatas atau tertumpu pada sesuatu golongan saja. Kita telah sama-sama menyaksikan dengan izin Allah SWT Yang Maha Bijaksana, perjuangan PAS telah memecah tembok dan melampaui sempadan kaum, budaya dan agama. “PAS For All” – PAS untuk semua, sudah hampir menjadi kenyataan.

Sesungguhnya inilah satu nikmat dan kemuliaan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, Ya zal jala liwal ikram, pada pejuang-pejuang agamaNya. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa terhadap pemberianNya itu.

Pada kesempatan ini, Dewan Muslimat ingin mengulangi beberapa dasar utama yang menjadi pegangan parti kita. Dasar-dasar yang telah teruji dan telah menjadi penyelamat politik negara yang kini sudah hampir hancur. Keadaan negara sekarang sebenarnya sebagaimana yang telah digambarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Idris Jala boleh jadi bankrupt dalam tempoh 9 tahun lagi, hanya kerana tidak cermat dan telus mengurus strategi pemberian subsidi.

Dasar-dasar utama yang telah disepakati itu haruslah kita hazam dan hayati agar kita tidak akan mudah terpesong dengan umpan dan pujukan serta diperalatkan oleh lawan atau musuh kita. Antara nya ialah:

   * Muwajahah silmiyah – perjuangan secara aman

   Dewan Muslimat akan terus istiqamah dengan dasar muwajahah silmiyah yang didukung oleh PAS di bawah kepimpinan Ulama’. Komitmen kita teguh terhadap perjuangan dengan mengambil pendekatan aman dan menafaatkan peluang suasana demokratik dalam menyelesaikan permasalahan ummah.

   Dasar perjuangan yang mengutamakan kebijaksanaan menangani permasalahan secara bermesyuarah di meja perundingan, memberikan penerangan dan berjuang di pentas rakyat, berdakwah dan berdebat serta berhujah di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

   * Muttaqin na imaama – pemimpin yang bertaqwa

   Dewan Muslimat akan terus mempertahankan konsep kepimpinan Ulama’. Kita akan terus berjuang di bawah kepimpinan yang bertaqwa kerana taqwa sajalah dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Rabbul Jalil dan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.

   Firman Allah SWT di dalam surah an- Nur: ayat 52; Yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah serta bertaqwa (menjaga diri dari azab Allah), maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”

   Sesungguhnya tanpa taqwa kita akan mudah tertipu oleh bisikan hawa nafsu yang tidak mengenal batas serta tipu muslihat dan hasutan syaitan yang durjana. Walaupun kita mungkin cemerlang di bidang akademik, pakar dalam perniagaan, cekap dalam pengurusan, tiada sesiapa yang dapat menolong kita dari ketelanjuran tanpa hidayah serta taufik dari Allah SWT.

   * Tahaluf siasi – kerjasama politik

   Dewan Muslimat akan terus mendukung dasar tahaluf siasi yang dilaksanakan oleh PAS Pusat. Kita akan bersama-sama mengukuhkan penglibatan dan sumbangan Dewan Himpunan Penyokong PAS dan bersama-sama berperanan dalam Pakatan Rakyat.

   Kita juga tidak menyokong sama sekali sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan Barisan Nasional yang telah mengkhianati amanah rakyat serta sangat memusuhi perjuangan kita. Namun kita masih bersedia membuka pintu dialog dengan sesiapa saja demi menjaga maslahah dan kesejahteraan ummah.

   Sikap terbuka ini selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) pada Fasal 6 ceraian (11) yang menegaskan bahawa PAS akan melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang Negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

   Firman Allah SWT di dalam surah an-Nahli: ayat 125; Yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

   * PAS for all – PAS untuk semua

   Dewan Muslimat akan terus mendukung dasar dan strategi terbuka “Pas For All”. Keyakinan dan sokongan bukan Islam atau belum muslim terhadap kita di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS sendiri ataupun NGO-NGO di luar akan diperteguhkan.

   Kita akan mempereratkan hubungan dan dialog antara budaya dan agama dengan berbagai golongan dan etnik minoriti bukan Islam. Muslimat peringkat akar umbi akan diminta mendekati dan menyantuni kalangan minoriti yang tertindas serta melebarkan ruang dakwah Islamiyah pada kesempatan yang ada.

   * Negara berkebajikan

   Dewan Muslimat akan terus menjadikan kebajikan rakyat antara agenda utama gerak kerja terancang. Selama ini kerja-kerja kebajikan telah dapat menjernihkan pandangan serong dan label-label jahat yang ditanam oleh musuh kita kepada masyarakat awam. Agenda membantu rakyat miskin ini akan berterusan tanpa mengira musim. Adalah menjadi tuntutan Islam untuk kita membantu golongan miskin dan tertindas ini.

   Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah: ayat 48; Yang bermaksud: “…. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebajikan (beriman dan beramal soleh)..…”

   Kemiskinan yang berleluasa terutama di luar bandar dan penempatan peneroka di pinggiran bandar bukan saja dalam bentuk miskin harta malah juga miskin aqidah. Dewan Muslimat akan bersama-sama meneruskan misi dakwah dan kuliah-kuliah pengajian awam bagi membantu mereka keluar dari kejahilan.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

DAKWAH JATI DIRI HIDUP MUSLIMAT

Seringkali kita diingatkan bahawa kerja-kerja dakwah, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar adalah jati diri ataupun “core business” kita.

Sebenarnya dengan melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar ini sajalah satu-satunya ciri yang selamat untuk melayakkan kita menjadi sebaik-baik umat serta penyelamat umat. Juga melayakkan kita untuk mendapat pertolongan dari Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam surah ali Imran: ayat 110;  Yang bermaksud:  “Kamu adalah sebaik-baik umat yang keluar kepada manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”

Dakwah Islam mesti bergerak tanpa henti dan terus meresap masuk ke dalam jiwa manusia di luar sana. Disamping tidak mengabaikan tarbiyah di kalangan ahli-ahli muslimat sendiri, program-program keluar yang menyentuh isu-isu kehidupan sekitar masyarakat bagi memantapkan aqidah dan iman hendaklah diketengahkan dan disusun dengan rapi.

Pendekatan yang kreatif dalam menyaji hidangan dakwah yang berunsur hiburan bersahaja tetapi menyelitkan pendidikan akhlak terutama untuk menarik para remaja kini yang semakin terpesong dari landasan Islam hendaklah dijana dengan penglibatan remaja itu sendiri.

Sesungguhnya kemelut maksiat dan kemungkaran yang berleluasa kini dalam bentuk gejala penderaan pembuangan bayi, lari dari rumah, berzina, sakit mental dan kemurungan, penyalah gunaan dadah berbahaya dilihat bertambah serius, menunjukkan keperluan dan tugas dakwah menjadi amat penting bagi merawat barah penyakit sosial ini.

Dewan Muslimat mengajak semua terlibat, badan-badan amal dan dakwah, NGO kebajikan dan sukarelawan, institusi pembangunan modal insan awan dan swasta, juga institusi berwajib di pihak pemerintah bersama-sama berganding bahu melaksanakan agenda besar merawat barah sosial ini.

Dewan Muslimat juga ingin menegaskan bahawa sebarang pendekatan bagi mendepani kemelut sosial ini perlulah selaras dengan prinsip-prinsip fitrah kejadian manusia itu sendiri. Antaranya ialah;


   * Pengabdian diri kepada Allah SWT

   Pengabdian diri kerana Allah semata-mata adalah teras kepada kesedaran bagi mereka yang telah terpesong untuk mengenali diri dan pulang ke pangkal jalan. Prinsip asas dari rukun iman yang pertama ini akan menyedarkan mereka kepada tanggungjawab terhadap Allah SWT daripada terus terpesong hanya mengejar kemasyhuran dan nama, wang ringgit dan harta benda, pangkat dan kemewahan dunia.

   Kesedaran terhadap tanggungjawab mereka kepada Allah disamping mengenali diri sebagai hamba Allah, akan dapat menghapus sifat-sifat mazmumah yang bertuhankan hawa nafsu.

   * Ibadah yang penuh keikhlasan

   Prinsip menunaikan ibadah dengan penuh keikhlasan ini dapat mengawal diri kita daripada melakukan pengkhianatan, penyelewangan dan penganiayaan terhadap sesama manusia. Prinsip dari rukun iman kedua iaitu percaya kepada malaikat ini akan menjadikan kita telus dan berhati-hati terhadap tindak-tanduk kita kerana keyakinan bahawa malaikat raqib dan atiq di kiri kanan kita sentiasa tidak leka dari mencatat segala amalan kita untuk dibentangkan di akhirat kelak.

   * Kehidupan merupakan satu proses pembelajaran

   Melayari bahtera kehidupan memerlukan kita belajar mendepani rintangan dan mencari panduan. Prinsip pembelajaran dari rukun iman ketiga iaitu percaya kepada kitab (al-Quran) ini memandu kita ke arah kesejahteraan dan kejayaan . Tanpa panduan wahyu dari Allah, kesudahan hidup kita akan kecewa kerana kita akan teraba-raba dalam kegelapan dan tidak berupaya menghadapi segala rintangan serta menjadi mangsa pada mereka yang lebih cerdik dan kuat dari kita.

   * Makhluk ciptaan Allah memerlukan kepimpinan

   Kehidupan manusia akan terumbang-ambing tanpa kepimpinan. Prinsip kepimpinan dari rukun iman keempat iaitu percaya kepada Rasul, akan membimbing kehidupan kita ke matlamat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Rasul yang diutuskan oleh Allah sebagi “uswatun hasanah” – contoh teladan yang perlu diikuti. Contoh teladan yang dapat menyelamatkan kita dari kemusnahan.

   * Mencapai kejayaan perlukan wawasan

   Melayari bahtera kehidupan memerlukan wawasan atau matlamat dan destinasi yang hendak dituju. Prinsip ini dari rukun iman kelima iaitu percaya kepada hari akhirat melahirkan manusia yang tahu kemana arah yang hendak dituju. Wawasan yang akan melahirkan manusia yang sentiasa menghitung setiap tindak-tanduknya agar mencapai matlamat yang dituju dengan jayanya. Wawasan ini juga akan dapat memelihara kita dari tersasar dan keluar dari landasan sebenar.

   * Wawasan perlu kepada keyakinan dan keupayaan mencapai matlamat

   Mencapai wawasan yang kita idam-idamkan perlu kepada keyakinan diri dan keupayaan kita berusaha sampai ke matlamat yang dituju. Prinsip dari rukun iman keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar Allah dapat memandu dan membantu kita ke arah kejayaan. Allah SWT Maha Pencipta sudah pasti Maha Mengetahui akan keperluan yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya. Di atas qada dan qadarNya kita diberikan al-Quran sebagai panduan dan Rasul sebagai pemudah cara.

Semua keperluan manusia telah dicukupkan oleh Allah SWT. Lantas tiada apa lagi yang kita perlukan, kecuali hanyalah kurniaan dan lempah rahmatNya.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

MERUNTUH JURANG YANG MELEMAHKAN

Muslimat PAS mesti keluar dari budaya negatif yang merugikan jamaah kita. Jauhilah sikap mencari kesalahan sahabat seperjuangan di dalam jamaah hanya disebabkan perselisihan pendapat. Bagi kita kepelbagaian pendapat dan pendekatan adalah satu rahmat. Ianya perlu bijak diuruskan pada landasan syarak agar menghasilkan rumusan serta natijah yang cemerlang.

Hindarilah budaya hanya pandai memberi kritikan melulu yang tidak berhemah, menyakiti hati sesama anggota jamaah yang akan menghilangkan rasa hormat terhadap pemimpin dan orang yang dipimpin. Semua kritikan bernas mestilah disusuli dengan tindakan yang berkesan dan praktikal. Utamakanlah akhlak berjamaah dalam segala urusan setiap masa, agar kita dapat menghimpun sebanyak mungkin pahala berjamaah untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Firman Allah SWT di dalan surah al-Baqarah: ayat 195;  Yang bermaksud: “ Dan infakkanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

Semestinya para pendukung PAS perlu menghindari budaya mempercayai berita-berita negatif angkara propaganda media tajaan musuh Islam tanpa usul periksa terlebih dulu dari mana puncanya berita itu. Saranan keperluan berhati-hati terhadap berita ini dirakamkan oleh Allah SWT pada al-Quran di dalam surah al-Hujuraat: ayat 6;  Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”

PENUTUP

Muslimat yang dikasihi sekalian, sedarilah bahawa apapun jawatan yang diamanahkan kepada kita, sama ada Ketua dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat di pelbagai peringkat, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, EXCO dan Ahli Parlimen mahupun Senator, jika kita hayati dan amalkan initipati dari dari ayat-ayat Allah SWT tersebut, insya Allah kita akan berada pada jalan yang betul untuk mencapai keredhaanNya.

Penghayatan terhadap nilai-nilai yang luhur tersebut akan menyerlahkan kewibawaan kita serta meletakkan para pendukung muslimat PAS mampu memimpin dan menjana perubahan untuk kesejahteraan yang diingini oleh semua rakyat Malaysia.

Juga melayakkan kita memikul amanah besar yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT yang lain. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzaab: ayat 72;  Yang bermaksud:  “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya.”

Akhir sekali, marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar Allah SWT memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 50, supaya berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan yang matang.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wa Salaamu’Alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Dewan Muslimat PAS Pusat.
Putik, Pengkalan Chepa,
Kelantan Darul Naim, 9 Jun 2010Generation that think the best for UmmahANTARA SABAR DAN MENGELUHFriday, May 28, 2010 12:24 AM
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.Generation that think the best for UmmahC.U.T.I = Cuti Untuk Tingkatkan ImanMonday, May 24, 2010 11:38 PMCuti semester kembali lagi. Bagi kebanyakan mahasiswa/i khususnya di IPTA seluruh negara, inilah masa yang ditunggu-tunggu kerana azab bebanan sepanjang semester akhirnya dapat ditamatkan. Tetapi, bagi sesetengah mahasiswa pula, cuti merupakan masa yang terbaik untuk mereka menambah pengalaman dengan melakukan kerja separuh masa. Ada yang jadi pengawal keselamatan, guru tuisyen, pelayan di kedai-kedai makan dan tak kurang juga yang pulang ke kampung mengerjakan kebun dan sawah bendang. Juga, bagi sekelompok mahasiswa lain, termasuk rakan-rakan saya, cuti ini termasuk dalam sesi pengajian mereka dengan penglibatan dalam Latihan Industri.



Justeru, CUTI boleh didefinisikan dengan pelbagai maksud. Semuanya akan bergantung kepada sejauh mana cuti itu hendak dimanfaatkan. Sememangnya pengertian cuti ini memang berbeza-beza bagi semua orang. Ada yang meletakkan cuti sebagai masa terbaik untuk mereka berehat. Maka, CUTI = REHAT. Ada pula yang merasakan cutilah masa yang terbaik untuk menambah duit poket dengan bekerja di mana-mana agensi atau kedai. Maka, pada mereka CUTI = KERJA+DUIT POKET. Apa pula pengertian cuti pada saya?



Pada saya, apa jua CUTI itu hendak ditafsirkan, ia perlu ditimbangkan terhadap sejauh mana manfaatnya kembali pada seseorang. Jika dalam Situasi A, beliau merupakan seorang mahasiwa yang sangat aktif di kampus. Memegang jawatan tertinggi dalam beberapa persatuan dan masih menjadi AJK dalam persatuan yang lain. Malah, di bawah kelolaannya berjaya membawa Perdana Menteri Malaysia masuk ke dalam kampus untuk merasmikan majlis beliau. Namun, bila cuti menjelma seolah-olah tiada langsung kaitan persatuan dengan dirinya. Tidak ada sikit pun masa yang diambil untuk memikirkan masa depan persatuannya. Maka, adakah manfaat terhadap persatuan beliau jika begitu?



Akhirnya, semuanya akan berbalik kepada individu itu sendiri. Pada saya, walau apa pun cara cuti tersebut dihabiskan, apa yang penting adalah sejauh mana pengisiannya. Jika disia-siakan begitu sahaja, maka rugilah cuti yang ada sebulan atau dua. Maka, formula terbaik yang saya boleh fikirkan bagi CUTI adalah



C.U.T.I = Cuti Untuk Tingkatkan Iman



Maka, formula ini mengajak semua pembaca khususnya mahasiswa untuk menggunakan cuti yang ada dengan meningkatkan lagi pengisian diri. Baru la bermanfaat. Apa yang perlu dibuat untuk tambah pengisian? Mudah saja. Segala apa yang tidak berjaya dilaksanakan semasa sesi pengajian dek kerana masa yang begitu menghimpit, maka lakukan pada masa cuti. Contoh:



1.       Solat 5 waktu berjemaah di surau/masjid

2.       Mendengar tazkirah atau kuliah-kuliah maghrib/subuh di masjid

3.       Menambahkan bacaan al-Quran setiap hari dengan konsisten

4.       Menambahkan pembacaan buku

5.       Mendapatkan maklumat semasa MALAYSIA dan DUNIA melalui medium akhbar/berita dll

6.       Menziarah jiran tetangga/saudara mara

7.       Menghadiri seminar atau ceramah umum

8.       Dan beribu-ribu lagi aktiviti yang anda boleh lakukan



Mudah kan? Bukankah ini antara perkara-perkara yang menjadi alasan kebanyakan kita pada sesi pengajian dek kerana kesempitan masa belajar dan menghadap buku akademik? Maka, gunakan masa cuti sebaiknya untuk menambah lagi sisi hidup anda dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Gunakan masa yang ada sebagai persediaan untuk sesi pengajian yang seterusnya, bukan dibazirkan begitu saja dengan bermain, tidur, menonton TV 24 jam dan seumpamanya. Mahasiswa merupakan aset penting MALAYSIA dan DUNIA yang menuntut setiap masa yang ada untuk dimanfaatkan.



Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua.

Jangan biarkan REHAT menghantui masa CUTI anda yang sangat berharga.



Sekian.


M.Waliyuddin Bahza

Sains Makanan & Pemakanan

UKM BangiGeneration that think the best for UmmahNasihat Buat Para Aktivis DakwahMonday, May 10, 2010 4:51 PMPort tarbiyah MYTEAM zaman dolu2..

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Sumber: AFN
Generation that think the best for UmmahIsteri PerkasaTuesday, May 4, 2010 8:24 AM
Saat bunga yang lain menyelimutkan anak dan suami di rumah, bunga ini merencana agenda ummah

Mereka mahukan muslimat perkasa
Yang mampu berdikari
Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi
Yang lantang bersuara memberi pandangan
Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan


Cuma dia rasa seperti mahu bertanya


Mahukah mereka pada isteri perkasa?
Yang dirindu di tengah malam
Tapi siang tak kunjung pulang
Yang acapkali terkena sejuknya angin malam
Kadang-kadang panas terik dan juga hujan
Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan
Yang selalu memberi pandangan atau kritikan


Namun dia berserah dan cuba
Untuk tidak ambil kisah
Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah
Kuat hatinya seperti Nusaybah
Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah
Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah
Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah


Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang
Kerna musuh itu sedang menyerang
Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme
Jadi dia perlu terus bergerak
Mempertahankan Islam dan kebenaran
Membantu para muslimin di medan juang
Walau kadang dia bertanya
Perlukah sebagai muslimat, isteri, ibu
Untuk terus berdiri di medan perjuangan?


Apapun dia sentiasa katakan pada diri
Bahawa hidup ini hanya untuk Tuhan
Manusia itu hanya sandaran
Jadi biarlah Tuhan yang menentukan
Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang
Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah menerima isteri perkasa?


@Busyral HudaGeneration that think the best for UmmahOrientalis Tanam Bibit Perpecahan UmmatSaturday, April 3, 2010 10:30 AMMenulis sirah nabi SAW tanpa menggunakan "sanad" sebagaimana yang dilakukan oleh para orientalis dan penulis-penulis upahan,amat merbahaya bukan sahaja kepada kesahihan sesuatu fakta malah lebih jauh dari itu ialah boleh menyebabkan terputusnya hubungan antara ummah dengan Nabi Muhammad SAW

Kenapa orientalis mengenepikan kaedah sanad ini?hakikatnya mereka mempunyai agenda yang tersembunyi dalam mereka mengolah sesuatu fakta atau sejarah dan akhirnya boleh membawa umat Islam akhirnya terputus hubungan dengan Nabi SAW

Hakikatnya golongan ini sering menyerang ulamak-ulamak,mempertikaikan hadith-hadith Nabi SAW sehingga menggesa supaya kedudukan hadith nabi dikaji semula.kononnya mereka menyeru umat Islam hanya berpegang dengan Al-Quran sahaja.Penekanan yang diberikan bahawa Islam hanya bersumberkan dari Al-Quran

Dari ini maka lahirlah golongan anti hadith yang menular kedalam masyarakat samada kita sedar atau tidak.kemungkinan umat Islam suatu hari nanti akan meninggalkan solat tatkala hanya merujuk Al-Quran yang merupakan intisari kepada syariat ibadat solat.Sedangkan syariat ibadat solat yang selengkapnya datang daripada sunnah Nabi SAW kerana solat secara kaifiyatnya  adalah bersumberkan Sunnah Nabi SAW

Selama dua hari berturut-turut Jibril mengajar Nabi SAW dengan mengerjakan ibadat solat dihadapan Nabi SAW.disitu Nabi SAW mempelajari secara terperinci  segala syarat dan rukun solat

Kemuncak kepada maksud tersembunyi golongan ini apabila mereka berjaya meracuni umat Islam supaya meninggalkan solat bererti mereka telah meruntuhkan agamanya.nauzubillah..

Begitulah halusnya musuh merancang untuk menghancurkan umat Islam melaui doktrinisasi dan cara berfikir dengan memberikan pendapat yang menimbulkan perpecahan dikalangan ummah

LajdatGeneration that think the best for UmmahTip Untuk Hilangkan StressWednesday, March 31, 2010 5:00 PMAssalamualaikumwarahmutallah...

Pertamanya, jutaan kemaafan kerana membiarkan blog SA ini terlalu lama tidak di'update'. Bukan sengaja, tetapi kekangan masa dan peluang me'limit'kan perjalanan wadah MyTeam ini. Sempena musim final exam ini, saya ingin berkongsi satu artikel untuk hilangkan stress yang telah diupload oleh Nazri aka Nazoro di dalam YG.

Moga bermanfaat untuk semua pembaca.

Antara tips yang boleh diamalkan:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Selain itu kita juga akan diangkat darjat dan dicintai Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (Hadis riwayat Muslim)”

Firman Allah:

”…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih (Al-baqarah : 222)”

2) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa bersama rakan pergi beriadah. Ikatan persahabatan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda dan sebagainya. Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar panah seraya mengalakkan mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian’

Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’

Pepatah Arab yang berbunyi “Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”

3) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Hazrat Abu Sa’id r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Allah Taala berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiku dan berdoa kepadaku kerana sibuk dengan al-quran maka aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaku. Ketinggian perkataan Allah Taala ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah Taala ke atas segala makhluk (ciptaanNya) .” (Hadis riwayat Tirmizi, Darimi, dan Baihaqi)

"Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah yang menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang dengannya dan berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba' dengannya)".

4) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Fakta Sains menyatakan:
“Tekanan dapat mengurangi vitamin B dari tubuh dan mengurangi penyerapan nutrisi vital. Menjadi penting untuk memastikan makanan memiliki diet yang seimbang. Sikap dalam satu pengalaman atau bagaimana merespon terhadap peristiwa stress tergantung daripada seberapa banyak diet makanan seperti halnya pada kecakapan induvidu. Memakan makanan yang betul dan menjaga diet seimbang dapat menolong mengurangi stress dan mendorong lebih banyak tenaga. Cuba untuk membuat waktu makan menjadi tenang dan santai. Makan dalam perjalanan biasanya membuatkan pemilihan makanan yang buruk dan suatu persekitaran penuh kesibukan yang hanya akan menyumbang terjadinya tekanan yang lebih besar.”

5) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

"Dan pada sebahagian malam dirikanlah solat sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu akan meletakkan engkau di suatu tempat yang terpuji." (Surah al-Israk : 79)

6) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Petikan kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah:
Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan semua yang kita buat. Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu Anda kena berlatih mengawal perbuatan Anda dan mengawal percakapan Anda. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap. Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila Anda bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan Anda dikawal oleh emosi. Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila Anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai Anda, bukan Anda yang menguasai emosi. Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan. Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya. Jika sebelum ni Anda orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya Anda merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri.

          Orang yang kita nampak konfiden, biasanya tenang-tenang saja. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

          Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
          Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

7) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang kemahuan tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan untukmu. (Surah al-Mukmin: 60)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah) bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)

8) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu dalam situasi memahami dan menyintai orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang terbaik. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Senyuman itu umpama pemakai wangian yang bukan hanya si pemakainya sahaja yang harum, namun keharuman itu turut dirasai orang sekitarnya.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan jasmani dan rohani.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.
Cinta rohani membangkitkan rasa yakin dan ingin mendekati Al-Khaliq yang mana segala apa sesuatu di bawah kendalian-Nya.

Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” – Mutafakun alaih.

9) Mengadu hanya kepada Allah
Mungkin tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati kadangkala boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain, hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Bagaimanapun langkah terbaik sebagai Muslim ialah bersabar dan mengharap Allah semata-mata.

Firman Allah swt
“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

“Orang2 yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28)

Nabi SAW bersabda bermaksud :
“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah SWT melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan” (hadith riwayat Abu Daud)

10) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Yakinlah yang ianya adalah kesilapan dari kita sendiri. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi (bakhil kedekut); apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan pabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut." (Al-Maarij:19- 21)

“Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak.” (Al-Bukhari)

“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya”

• Semoga bermanfaatGeneration that think the best for UmmahBukan Tak Ada, Cuma Sedikit LambatWednesday, January 27, 2010 12:28 PM

"Hidup kita ni Tiqah, memang betul-betul unik. Tiap orang ada rezeki masing-masing"

"Em..."

"Yelah, dulu waktu kat Matrik, tengok kawan-kawan dapat result UPU, teruja cek SMS dapat universiti mana, memang terasa sangat. Patah hati!"

"Tapi siapa sangka, kan? Dari budak fail matrik macam K.Shie ni, masuk universiti pun separuh jalan, macam tak ada masa depan, tup tup dapat medik. Sekarang ni K.Shie rasa, Allah bagi rezeki yang lebih baik dari apa yang K.Shie minta"

Ah, sudah tamat satu semester!


KANVAS MASING-MASING LAIN GAMBARNYA

Ya, bila hari ini tiba, berakhirnya penggal pertama sebagai pelajar Perubatan, hati ini berasa bercampur gaul.

Betapa, macam-macam warna yang Dia lakarkan atas kanvas hidup kita. Gambar yang awalnya gelap tak berbayang, tak berbentuk,  malah nampak sedikit buruk. Mata cemburu melihat kanvas orang lain yang lebih ceria.

Tapi berus terus menari, menambah warna-warna lain. Tahun yang berlalu bukan mudah, hati yang patah bukan sedikit, air mata yang mengalir bukan setitis. Tapi berus itu terus menari mengikut rentak masa. Mengikut bentuk taqdir.

Akhirnya mulut tersenyum puas. Gambar yang dibentuk menunjukkan rupa, memberi ceria. Malah terasa, lebih berwarna dari yang lain.

Dari pelajar yang agak cemerlang di MRSM, kemudian gagal di matrikulasi, patah hati ke universiti, tiba-tiba terbang ke Jordan menadah ilmu agama, akhirnya telah pun bergelar pelajar Perubatan. Siapa sangka?

HARI-HARI PERTAMA



"Akak tahun berapa?", tanya Madihah, pelajar cemerlang SPM Malaysia.

Saya dan Tim tergelak besar!

"Eh, akak batch awak la.. Ape la awak ni"
"Ooo.. Akak mesti terer kan?"
"Kalau akak terer, tak de la awak keluar paper, akak yang keluar. Hehe"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



"Syie nak duduk rumah siapa? Zue cadangkan duduk rumah, senang. Nak rumah yang sebaya dengan Syie ke, nak rumah yang 2nd year?"

"Em, Syie rasa nak duduk sakan je, duduk dengan satu batch. Yelah, Syie dah la private, nanti makin payah rapat dengan adik-adik ni kalau duduk luar. Nanti apa-apa hal tentang bacth sure terlepas"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Syie, macam mana hari pertama?", tanya Weam, teman Arab di Mafraq dahulu.

"Ya Allah, ta3ban jiddan jiddan. Al yom tobakhtu buka-an (Penat sangat! Hari ni saya masak sambil menangis)"

"Leisy habebti..? (Kenapa sayangku?)"

"A-shan, hia akbar min jami3-atuna wa ba3id minas sakan (Universiti ini jauh lebih besar, tambah pula ia jauh dari asrama saya"

"Ya Allah, miskin enti. Insha Allah kher.. Birbalik a3la halik. (Kesiannya kamu, insha Allah semuanya akan baik-baik sahaja)"

"Insha Allah. Ana mushtaq laki. Abadan, mafi Arabiyat zai enti ya sodiqati (Saya rindu pada kamu. Sekali-kali tak ada teman Arab seperti kamu"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Rajinnye K.Shie baca buku"

"Mestilah. Takut kot nak lawan best student macam korang ni. Terpakse la usaha lebih!"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Syie, K.Bun nok mari Irbid nih."

"Doh mari ah. Tido sakan aku. Buleh tolong masok skali, aku ekzeng besoknye. Tapi mitok maapla, dok dang nok layang nanti"

"Dakpe-dakpe, K.Bun nok tumpang tido je"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"K.Shie, bila nak mari melawat Tirah...."

"Alamak sayang, K.Shie hujung minggu memang exam.. Hari Jumaatnye pun bukan cuti sangat, ada kelas tafaquh siang tu. Tirah la datang sini.."

"Ala, K.Shie, hirom (selimut tebal) K.Shie Tirah guna. K.Shie nak semula tak?"

"Guna je lah. Ntah bila K.Shie nak singgah sana.."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



"Nak masak hari apa?"

"Kite tak kesah, tapi Kimah tiap hari kot balik lambat"

"Letak je lah mana-mana, K.Shie balik awal hari Ahad, Selasa, Khamis"

Geng Dulang!

Entah macam mana kita jadi geng ye?

Ayam Palembang, memang masakan rasmi kita!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"K.Shie, nah"

"Ape ni K.Bie, saspen je.."

Sampul surat dibuka, dan isinya dibaca.

"Aaaa!! Rasa macam dapat masuk AF!!"



PERTENGAHAN JALAN, PANCIT DAH!

"Dulukan, selalu tengok K.Shie baca buku Campbell tu.."

(***Sengeh je la***)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



"Syie datang sini tak raya Haji nanti?"

"Tak rasanya, Syie raya sini lah K.Aina.. Hari tu Raya Puasa dah kat sana, kita kena la adil, dulu kampung belah sana, sekarang kampung belah sini la pulak kan.. Hehe"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



"Nur, kemari"

"Alamak, Dokter nak marah aku ke...."

"Nur, awak sudah tak hadir 2 kali. Macam mana kesihatan awak?"

"Alhamdulillah, kadang-kadang sakit semula. Maaf doktor, markah saya pun tak berapa bagus kan?"

"Eh, ok ni. Cukup baik bagi orang yang jarang hadir ke kelas. Tak mengapa, saya tahu awak kurang sihat"

PENGHUJUNG YANG PENUH DEBAR



".........."

"K.Shie, jangan risau.. Dulu Fizik saya teruk. Belas-belas je. Second exam boleh je dapat fullmark. Insha Allah, kena usaha lagi.."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"K.Shie, K.Shie tau tak kitorang risau sangat dengan K.Shie. Mase K.Shie demam tu K.Shie sedar tak keadaan K.Shie? Daripada bising-bising macam ni, tiba-tiba teruk sangat sakit"

"Ke K.Shie rindu rumah sampai sakit-sakit ni?"

Bila bangun dari tidur, tiba-tiba nampak Qalbi sedang baca buku di penjuru katil.

"K.Shie lapar?"

"Mana semua orang? Qolbi...?"

"Semua pergi program API tu. Tu yang Qolbi datang jaga akak"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Syi nanti cuti nak pergi mana?"

"Saya tak pergi mana-mana la kak. Duit tak ada. Baik saya duk sini hafal Quran. Oh ya, masukkan je nama saya untuk apa-apa kerja sepanjang cuti ni. Sedia berkhidmat"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Eh korang? Oh, nak sambut birthday Husna ye. Sambut la ye, K.Shie tengah tension ni. Sory ye?"

"Eh, apa ni Bibot?"




"K.Shie, kitorang semua sayang K.Shie. Bukan kitorang nak halau K.Shie balik, tapi nak suruh K.Shie pulihkan balik semangat K.Shie. Lepas tu balik Malaysia cek kesihatan tu.."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"K.Shie, saya tak bawa calculator!"

"Hah?? Biar benar Nana! Dah macam mana Fizik ni?"

"Saya pinjam-pinjam je lah. Nanti saya minta taw"

"Orait, mintak je. K.Shie rasa K.Shie tak guna sangat pun. Hehe....."

Lepas exam.

"Cemana?"

"Ntah la. Susah juga. Fasya tak ingat rumus!?

"Same la. Ade yang dah ingat rumusnye, tapi tengah jalan lupa rumus lain. Adoi.. K.Shie kena bawa balik buku Fizik ni ke Malaysia. I have to get ready for MAKE UP exam!"

"Hm.. Dah, jom celebrate. Dah habis sem!"



"Huh, tak rasa apa-apa pun!"



Hidup ini, banyak perkara yang menanti kita. Jika di pertengahan jalan, terasa sudah seperti tak mampu melangkah, bertatihlah sikit-sikit. Jangan pernah berhenti, jangan pernah rasa diri itu malang dan tak beruntung. Kerana tiap manusia di dunia ini, ada rezekinya tersendiri. Mungkin bukan hari ini, siapa tahu ia akan menjadi sesuatu yang JAUH lebih baik. Pokok pangkalnya, SABAR.

Kita bukan tak bertuah, cuma tuah itu menanti waktu yang tepat untuk muncul!
Generation that think the best for UmmahBermula Dengan HatiWednesday, January 27, 2010 12:18 PMNukilan : Nur Azim Fahada Ahmad



Bermula dengan niat amal terbina, tempatnya di hati bekas yang sememanganya terisi dengan hakikat cinta. Antara dua sama ada rajanya kecintaan akhirat atau kecintaan duniawi yang menyinggahi tahta yang berkerusi satu. Dekatnya hamba pada Al Khaliq adalah kerana cinta dan taat kepadaNYA.

Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerakerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam menjalani ruang lingkup tarbiyah yang sungguh luas, niat menjadi suatu perkara teras yang sepatutnya dijelaskan dalam awal tindakan sesuatu perkara kerana terbinanya sesuatu amal itu niatnya terletak pada perlakuan pertama amalnya, boleh jadi dengan langkahnya, menekan keybord dan membaca bismillah di awal pertuturan.

Niat yang baik tidak memadai jika tidak berdasarkan petunjuk yang betul. Dalam soal muamalat atau kehidupan biasa agama begitu luas. Ianya bukanlah sesempit seperti dalam soal ibadah khusus yang membabitkan solat, puasa, doa khusus dan seumpamanya. Namun begitu, janganlah dalam kealpaan kita menguruskan urusan dunia, maka perlaksanaan perkara-perkara yang baik dibuat dalam bentuk yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam.

Bulatnya niat yang baik bakal menghasilkan amalan yang mabrur. Oleh karena itu, bagi seorang Muslim, mengikuti sunnah atau tidak bukanlan suatu "kebebasan memilih". Sebab mengamalkan ajaran Islam sesuai garis yang telah ditentukan oleh Rasulullah adalah kewajiban yang harus ditaati, sebagaimana difirmankan dalam Qur'an : "Dan apa yang Rasul berikan untuk mu, maka terimalah ia, dan apa yang ia larang bagimu, maka juhilah." (Q.S. al-Hasyr : 7)
Perilaku Muhammad (saw) disebut sunnah (sama ada percakapan, perbuatan, taqrir ). Menurut Islam, sunnah Nabi adalah sumber hukum kedua setelah Qur'an. Keseharian dan perilaku Rasulullah, bahkan diakui oleh para sarjana Barat yang merupakan gambaran kesempurnaan utuh seorang manusia. Dan tidak ada satupun seorang manusia di muka bumi yang diikuti perilakunya oleh berjuta-juta orang hingga detik ini dalam sejarah peradaban manusia. Akhlak Nabi (saw) merupakan kesempurnaan akhlak pada diri seseorang. Siti Aishah pernah menegaskan : "Akhlaq Nabi adalah Qur'an". Allah berfirman : "Sungguh telah ada pada diri Rasulullah suri tauladan yang baik bagimu." (Q.S. al Ahzab : 21). Pada firman Allah yang lain : "Dan tiadalah kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam." (Q.S. al Anbiya' : 107) Semua itu telah tercatat dalam sejarah Islam yang merupakan ketetapan Allah (swt). Berapa banyak kalangan salaf (generasi terdahulu) yang mengagumi dan berusaha menyelaraskan kehidupan mereka dengan sunnah. Sejak pagi hingga malam hari.

Menjadi suatu kebaikan bagi kita umat yang sememangnya jauh dari zaman Nabi tetapi menjadi suatu kebanggan bagi Nabi kerana akan wujudnya umatnya yang memiliki 'Iman yang ajaib' di mana jauh zamannya dengan Nabi tetapi Kecintaan dan Ketaatan terhadap Allah dan Rasulnya tetap menjulang tinggi. Sememangnya golongan hamba ini sangat hampir dengan perlaksanaan kesemua sunnah Nabi dalam menelusuri hidup Ad Deen (ISLAM).

Aku mengharapkan pada diriku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, ummahku, negaraku dapat mendapat kefahaman Islam yang penuh dengan kejernihan dan ketinggian kerana ianya Manhaj Rabbani serta dapat beramal sebaiknya jauh dari fitnah dunia dan seisinya.

Singgahsanaku di dunia hanyalah pondok yang terbina dengan papan atau batu kerikil,, bagaimana agaknya pondoku di akhirat kelak?Generation that think the best for UmmahPERCAYA untuk BERJAYAWednesday, December 23, 2009 4:35 PM

Sumber: Saifulislam.com

Semoga Bermanfaat.. (^_~)Generation that think the best for UmmahBAHTERA PENYELAMAT - Bahagian 3Tuesday, December 22, 2009 12:18 AMSambungan dari BAHTERA PENYELAMAT - Bahagian 2

Orang Munafiq Yang Benci Kpdnya

Org2 munafiq memang ada di mana2. Dorongan merangkul kepentingan duniawi telah mewujudkan gologan munafiq ini. Kdg2 ia berselindung di sebalik taqwa & agm utk smpai kpd tujuannya.

Ada yg jadi munafiq dgn tujuan mncetuskan krisis, melaga-laga & memecah-belahkan  barisan umat Islam. Ada yg berbuat demikian krn niat jahatnya sendiri & ada pula yg mndapat arahan dr org lain. Mrk ini sanggup menjual agama semata2 utk mndpt bayaran kesenangan dunia.
Manusia munafiq mempunyai sifat2 & perwatakan tertentu. Rasulullah saw tlh menerangkan ciri2 mrk spy dikenali oleh para mukminin.

Ada 3 sifat; siapa yg memilikinya maka dia adlh munafiq walaupun ia berpuasa, solat, naik haji, mengerjakan umrah & mengaku Muslim. Iaitu org yg berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji & mgkhianati amanah. (Rwyt Abu Ya’la)

Semasa hayat Rasulullah saw, glgn munafiq ini xpernah diam. Asal ada saja kesempatan pasti mrk eksploitasi utk tujuan2 tertentu. Allah mgungkapkan niat mrk dgn firmanNya:
"Mrk hndak memadamkan nur Allah dgn mulut mrk namun Allah pasti menyempurnakan cahayaNya meskipun org2 kafir benci."

Sekitar peristiwa fitnah terhadap isteri Rasulullah saw, Sayyid Qutb dlm Tafsir Fizilalil Qur’an menulis:

“sesiapa pun mesti akan merasa aneh walaupun hingga kini, terhadap peristiwa ini. Bagaimana sehingga berlaku dlm suatu jemaah Muslimin boleh brleluasa tersebar berita buruk & cerita dusta spt ini. Berita ini psti meniggalkan kesan yg berat dlm jemaah, menimbulkn luka yg dlm, di dlm jiwa yg paling suci & paling tggi.

Ssgguhnya kemelut yg dihadapi oleh Rasulullah saw & terutamanya yg diharungi oleh jamaah Muslimin & Islam ketika itu adlh kemelut yg paling hebat yg prnah dihadapi oleh baginda & baginda dpt mengatasinya. Baginda dpt terus melindungi kewibawaannya, mmbuktikan kelapangan dada & kesabarannya. Sungguhpun ujian begitu perit,namun Allah swt masih melindungi jamaah Muslimin. Allah x menurunkan kpd mrk azab @ seksanya, padahal prbuatan yg tlh dilakukan wajar diganjari dgn seksa yg pedih; seksa yg setimpal dgn pnderitaan Rasulullah saw, isteri baginda & shbt karib baginda, yg sentiasa menaruh baik sangka terhadapnya. Setdk2nya seksa yg setimpal dgn kejahatan fitnah yg tersebar luas di klgn jamaah Muslimin seimbang pula dgn fitnah yg mncemarkn nilai2 quddus yang dihormati & mnjadi asas kehidupan jamaah Islam itu sndri.

Fitnah trsbut brkembang & tersebar dr mulut ke mulut, dr satu lidah ke satu lidah tnpa usaha meneliti & memstikan kebenarannya trlbih dahulu. Kata2 trsebut seolah2 diterima mentah2 tanpa diserapkan akal & dihalusi oleh hati & seterusnya.” (petikan dr tafsir surah annur).

Rujuk surah al-baqarah (8-15) & surah al-mukminun (1-11).

Sejarah tlh mmbuktiksn tntg bhy golgn ini trhdp gerakan Islam dlm menimbulkn ftnah & krisis. Krn adany glgn munafik ini, grakan Islam byk menemui pukulan yg hebat di smping aktivis2nya trseksa dgn parah. Disebbkan dorongan rasa takut @ mudh dibeli, mrk snggup mnjual ayt2 Allah dgn hrga yg murah. (rujuk surah al-ankabut: 10-11).

Bekalan seorg daie dlm mghdpi hal ini ialah sntiasa tabah mghdpi kesusahan, sntiasa brlindung di bwh rhmat Allah. Allah swt shj tmpt mengadu & tmpt brlindung dr kjhtan insan munafik & syaitn yg direjam.

Ssgghnya sikp baik sgka trhdp Allah swt, percaya akan keadilan rahmat & qudratNya adlh merupakan sebaik2 hiburn bg para pndkwah di jln Allah. Sifat mrk slaras spt yg diungkapkan dlm Al-Quran:
"Mrk bersifat sabar menempuh pnderitaan & kesusahan, malah ktka mgharungi pnderitaan tersebut." (al-baqarah: 177)

Akan ttpi apbl kita menyatakan bhw para daie brlindung dgn Allah swt dlm mghdpi bencana munafiq tdk brmakna mrk mndiamkn diri meliht perbuatan angkara glgn munafik ini tnpa berusaha menyedrkan org lain tntg bencana glgn ini @ tnpa usha menumpskan mrk. Malah para daie wajib brtndak demikian. Kewajibn ini tdk harus dibiarkan @ diabaikn oleh para daie jesteru mmbiarkn penyakit terus menular dlm jasad; sudh psti lama kelamaan akan mggugat jasad trsbut. Tndkn mmbndung bencana ini hndklah dilksanakan dgn teliti & bijksana hgga tdk melibtkn org2 yg tdk brdosa.

Allah swt berfirman:
"Hai org2 yg briman, jika dtg seorg fasiq kpd kamu mmbawa berita pastiknlah agar kamu tdk mengapa-apakan satu golongn scra jahil sehingga akhirnya kamu menyesal trhdp prbuatan yg terlanjur yg tlh kamu lakukn." (al-hujurat: 6)

wallahualam
slaveGeneration that think the best for Ummahsalam maah hijrah 1431Friday, December 18, 2009 4:20 AMAssalamualaikum wbt

sedikit perkongsian buat sahabat2 sempena maal hijrah ini

bertepatanlah dgn sekarang yg mana kt melangkah ke tahun baru hijrah yang mana memberikan makna yg besar bagi kita umat Islam krn sejarah yg besar tercatat rentetan penghijrahan penuh makna junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dari mekah ke Madinah yang memberi kita pelbagai hikmah dan pengajaran bagi mereka yang celik dan berfikir serta mengkaji..

Antara perkara penting yang dapat kita ambil daripad kisah hijrah Nabi SAW selain perubahan sikap,perangai negative kepada positif ialah erti persaudaraan yang sebenar ditanam dalam diri umat islam sehingga perpecahan dan perbalahan sesame sendiri antara penduduk asal madinah iaitu aus dan khazraj dapat diselesaikan serta persaudaraan golongan muhajirin dan ansar. Apabila Islam dijadikan pegangan utama maka segala masalah dapat diselesaikan termasuk membuang sikap dendam dan bermusuh serta hasad dengki yang membahayakan.

Maksud Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

“ Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia”

Maksud riwayat Bukhari dan Abu Daud danAnnasai :

Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

utk solusi yg lepas ada dibincangkan mengenai perubahan.
pentingnya diri kita untuk berubah.bukan selamanya kita nak kekal dgn alam kanak2.jadi kita perlu berubah utk menjadi remaja.bukan selamanya kt nak jadi remaja.nanti akan jadi dewasa(selagi usia dilanjutkan)
nak x nak kt tetap kne berubah walau berat hati mcm mne pn krn zaman mendesak kiter kpd perubahan.sbb itu perubhan juga perlu dirancang agar perubahan yg berlaku pada kita tidak berlaku secara dipaksa atau memaksa..

diselitan ulasan artikel dari solusi isu no 13 :

MERANCANG PERUBAHAN
By: Ir Ahmad Jais Alias


   1. ANALISA JURANG  

-bandingan sekarang dengan perubahan yang dihajatkan
-bagaimana jurang ini perlu diatasi
-apa halangan2 yang menanti dihadapan


   2. PENENTUAN MATLAMAT

-beberap matlamat ditetapkan bagi menjayakan perubahan
-matlamat perubahan perlu digariskan dengan betul
-apakah bayangan2 usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat


   3. PENETAPAN LALUAN & MARHALAH

-perangkaan kearah matlamat
-kenalpasti bentuk laluan samada susah atau senang
-perjuangan & usaha diperlukan untuk mencapainya
-susun mengikut peringkat2nya


   4. PERANCANGAN STRATEGI

-perancangan mestilah bijak dan mampu membuahkan hasil
-strategi mestilah mampu dibuat dan realistic
-Perlu kepada kaedah yang pelbagai agar matlamat tercapai


   5. PENILAIAN (MUHASABAH) & PENAMBAHBAIKAN                

-penilaian perlu dibuat dari semasa ke semasa
-penilaian di setiap peringkat perlu dibuat
-buat postmortem dan dapatkan pelan tindakan


sambungan kepada merancang perubahan adalah "memahami perubahan"
untuk memahaminya dgn lebih lanjut sila baca solusi isu no 14..



electrical engineering
University technical malaysia malaccaGeneration that think the best for UmmahHari Esok Untuk IslamMonday, December 14, 2009 4:36 PM
Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh  yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka  bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai  alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin  seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir  alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang  sepatutnya  dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w,  Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenang an yang bakal  diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja  Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah  menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada  ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan  komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami  keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alamtelah mula melaungkan slogan Islam. Keban gkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad.  Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam.  Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia.  Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan  yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama:  Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia.  Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"(Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.  

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah" .. Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah" . Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.Generation that think the best for UmmahBAHTERA PENYELAMAT - Bahagian 2Sunday, November 22, 2009 1:12 AMOrang Mukmin Yang Dengki Kepadanya

Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya kerana ia bisa menghakis iman seseorang mukmin jika dia tidak kembali bertaubat kpd Allah swt. Sabda nabi saw:

• Penyakit umat sebelum kamu telah menular kpd kamu; iaitu hasad dengki & prmusuhan. Permusuhan tersebut pengikis @ pencukur. Saya tdk maksudkan ia mencukur rambut, ttp (yg sy maksudkn) ialah ia mengikis agama. (hr: al-baihaqi)

• Bencana melepaskan 2 ekor serigala yg lapar dalam kandang kambing tdk lbh besar drp bencana yg menimpa pegangan agama seorg muslim dr sifat serakah terhdp harta (tamakkan harta) & hasad dengki. Ssgghnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis spt api menjilat kayu kering. (hr: al-tirmidzi)

Para duat sentiasa terdedah kpd cacian & tipudaya org2 hasad khasnya yg mndapat smbutan baik dlm dakwah, yg cergas, yg masyhur & berbakat. Golongan2 pendengki ini merasa dengki pd ilmu & kelebihan2 yg ada pd para duat. Mrk sentiasa mengintai & menunggu masa yg sesuai utk menjatuhkan para duat ini.

Org2 yg dengkikan kelebihan, kebolehan & ilmu yg dianugerahkn oleh Allah swt kpd para duat sbnrnya mempunyai jiwa yg berpenyakit & hati yg berkarat. Mrk sanggup mmbuat tipudaya terhdp saudara mrk sndri demi melepaskan kemarahan yg meluap dlm dada mrk. Sikap inilah jg yg mendorong qabil membunuh saudr kndungnya, habil.

Bencana hasad dengki ini apbila tlh berkobar bisa mndorong org berkenaan melakukan brbagai2 kebodohan, keburukan & hal2 yg dilarang. Mrk juga bisa berdusta mncipta kebohongan & fitnah utk merugikan manusia lain yg mnjadi lawannya.

Marilah sama2 kita mengambil kira peringatan rasulullah saw ini:

• Org yg berhati dengki, yg mnjadi batu api, beramal dgn yg karut marut bukan drp umatku & aku bukan ikutan mrk.
• Riba’ itu ada 72 pintu, yg paling kecil dosanya ialah spt melakukan hubungan jenis dgn ibu sndri & sebesar2 riba’ ialah seorg itu menghakis nama baik sdrnya. (hr: al-tabarani)
• Mengumpat itu lebih buruk drp zina. Shbt bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seseorg yg berzina itu kalau bertaubat mgkin taubatnya diterima Allah. Akan tetapi org yg mengumpat tdk akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah org yg diumpatinya itu memaafkannya. (hr: al-tabarani & al-baihaqi)

Oleh itu marilah kita mengamalkan perintah Allah yg menyuruh nabi & umatnya berlindung dr bencana golongan pendengki.

Firman Allah:
Katakanlah: “ Aku berlindung kpd Tuhan Yg Menguasai Subuh, dr kejahatan makhluknya, & dr kejahatan malam apbl telah gelap-gelita, & dr kejahatan wanita2 tukang sihir yg mghembus pd buhul2, & dr kjahatan org yg dengki apbl ia dengki.” ( surah al-falaq : 1-5)


wallahualam,
slave

Generation that think the best for UmmahBERSEDIALAH UTK MATI...Wednesday, November 18, 2009 5:03 AMKita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.
Hanya Allah jua yang maha mengetahui.
Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.

Antara persediaan yang boleh dilakukan :
- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. " (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

wallahualam

regards, slaveGeneration that think the best for UmmahBAHTERA PENYELAMAT-bahagian satuSaturday, November 7, 2009 11:00 AMRINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH   Allah swt pasti mengenakan cubaan kpd mu. Dia akan menguji hakikatmu.   alif lam mim. Adakah manusia mengira bhw mrk akan dibiarkan sj utk mengaku bhw Kami telah beriman & sedangkan mrk tdk diuji lg? sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mrk, mk sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg bnr & sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg berdusta. (Al-Ankabut : 1-3)   hadith:   org yg paling berat dicuba ialah para nabi, kmdn yg paling baik selepasnya, kmdn org yg paling baik selepas itu.   Sesungguhnya allah swt, apabila mengasihi Sesuatu kaum, dicubanya mrk itu (dgn berbagai cubaan), barangsiapa yg rela dgn cubaan itu maka mereka mndpt kerelaanNya (Allah swt). Barangsiapa yg benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah swt.   Pengakuan keimanan memerlukan kpd bukti. Jihad adalah jln yg penuh derita & sengsara.   Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jln ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.    Seorg daie sedang berada di ambang bencana & musibah yg besar bilamana dia tdk berada di bwh perlindungan Allah swt, tdk brhubung terus dgnNya, tdk bertawakal kpdNya, tdk berpegang kpd kitabNya & tdk pula mengikuti sunnah Nabinya.   rasulullah saw tlh meramalkan cabaran & dugaan2 yg dihadapi oleh para mukmin:   org mukmin sentiasa berada di ambang 5 dugaan yg susah:   1.    Mukmin yg dengki kpdnya.   2.    Munafiq yg benci padanya   3.    Kafir yg memeranginya.   4.    Syaitan yg menyesatkannya   5.    Nafsu yg sering bertarung utk mengalahkannya.   Maka mrk hndaklah menyiapkan bekalan yg cukup spy mrk dpt mengatasi sgl halangan & rintangan dgn selamat.   Sesungguhnya kebijaksanaan adlh laksana barang yg hilang dr seorg mukmin. Maka dimana saja ia temui dialah yg berhak mengambilnya.   Wallahualam. .slaveGeneration that think the best for Ummah