Friday, December 31, 2010

Utusan usaha jauhkan bukan-Islam daripada memahami Islam


Media cetak pengampu umno-apco yang mencatatkan kerugian pra-cukai lebih RM10 juta, nampaknya masih terus berusaha untuk menggandakan jumlah kerugian dengan sengaja mencipta isu-isu sensitif yang melibatkan agama Islam.
Utusan mempergunakan isu agama untuk meraih simpati masyarakat Islam sedangan majoriti masyarakat Islam telah menolak fahaman ekstrem yang cuba dibawa Utusan.
Utusan sanggup bersusah-payah mencipta isu remeh-temeh untuk menghalang kesediaan masyarakat bukan-Islam untuk memahami dan bergaul dengan umat Islam. Sebaliknya Utusan akan diam membisu sekiranya puak islam umno melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.
Baju ketat: Keluarkan senarai 'OK tak OK', kata Teo
Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

youth convension 111210 teo nie ching"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

NONEMemetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.

Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.

Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama
Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan"memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."

"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.

Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.

"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"
"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.

Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percayaUtusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu. -M'kini

 SUK mula tugas angkat sumpah depan MB


SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.
Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).
Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.
Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.
Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.
Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.
"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.
"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.
"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.
Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.
Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.
Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.
"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan. -Hrkh

PRK Tenang : "Projek Mee Segera" telah bermula


Artikel ini ditujukan buat semua pemimpin tak kira samada dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional..



Bila berlakunya saja Pilihanraya Kecil biar dikawasan mana sekalipun, kita akan menyaksikan berbagai-bagai projek dilaksanakan di kawasan tersebut biarpun kawasan tersebut selama ini seolah-olah tiada di dalam peta Malaysia.

Antara yang biasa dilihat ialah penurapan semula jalanraya, balairaya yang rosak dibaiki semula, Jambatan yang usang dijanjikan akan digantikan, penoreh getah dibantu oleh pemimpin Negara.. dan yang paling menarik sekali ialah Wi-Fi percuma dijanjikan di Galas..


Wi-Fi?? Kah.. kah.. kah.. kenapa menteri yang menjanjikannya diam membisu agaknya sekarang ya??

Sambung balik cerita pembangunan di kawasan Pilihanraya Kecil tu.. Kita akan melihat berduyun-duyun pemimpin Negara akan bertandang ke kawasan itu.. menemui penduduk kampong yang selama ini hanya melihat mereka dikaca TV sahaja..

Rakyat akan mendengar berbagai-bagai janji yang indah-indah dari mereka, Rakyat pasti akan terpegun bila mereka menjanjikan pembangunan yang luar biasa.. Rakyat juga akan terpaku bila mendengar minyak akan diturunkan harga..

Ketika itu mereka benar-benar melihat rakyat sebagai Raja.. ketika itu juga mereka amat menghargai rakyat, apa yang rakyat pinta akan mereka laksanakan dengan seberapa segera agar undi menjadi milik mereka.. biarpun sebelum itu sudah bertahun-tahun rakyat merintih meminta diadakannya..

Ketika itu juga mereka belajar untuk merasai kesusahan hidup rakyat, mereka belajar untuk makan bersila menggunakan tangan melupakan sudu dan garfu bersalut emas mereka..

Mereka sanggup berhujan berpanas untuk menemui rakyat, mereka sanggup meninggalkan kereta mewah mereka di tepi jalan raya semata-mata untuk berjalan kaki menyusuri denai-denai dan lorong-lorong kecil bagi menemui rakyat yang daif hidupnya..

Ketika itu mereka sanggup meningalkan kerusi empuk mereka, meninggalkan pejabat berhawa dingin mereka, meninggalkan setiausaha yang cantik mereka.. hanya kerana rakyat.

Dan ketika itulah mereka menjadi manusia yang amat HIPOKRIT!!!

Tapi… hanya ketika itu.. selepas itu kembalilah rakyat dunia yang nyata… dunia yang amat berbeza suasananya jika dibandingkan ketika Pilihanraya Kecil berlangsung..

Kini sekali lagi mereka akan mengulanginya.. mereka akan mengulanginya di kawasan DUN Tenang pula….


Berikut adalah sedikit gambar Projek Mee Segera di DUN Tenang..



Semak samun di tepi jalanraya dibersihkan sempena menyambut PRK

Berbahagialah Peneroka kita..

Penurapan jalan giat dilaksana

Semua gambar-gambar datangnya dari Selatan Online

Thursday, December 30, 2010

Rogol amah: Najib, Pak Lah diminta jawab


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.
Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

"Mantan PM Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kenapa terus zzzzz? Bangun la hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara bangsa dan agama.

"...tak kan nanti sampai orang kata kenapa simpan perogol dalam jamaah menteri Malaysia," ulas bloger Misaimerah dalam blognya.

Keghairahan dan kesungguhan mencari siapa menteri yang dimaksudkan itu terus mendapat perhatian mereka apatah lagi dalam keadaan negara dalam mood perang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang Januari ini.

Semua kelompok bloger ini yakin isu tersebut mampu menjadi senjata ampuh khususnya kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan PRK Tenang, malah juga untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung Mac atau April tahun hadapan.

"Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Tenang.

"Sesiapa saja yang dituduh mesti dibawa ke muka pengadilan...apatah lagi yang didakwa ini adalah seorang pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat," tulis bloger Anak Sungai Derhaka.

Biarpun kredibiliti WikiLeaks itu dipertikai, namun tindakan Umno BN yang mengajak rakyat mempercayai pendedahan berhubung isu liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memakan diri apabila rakyat juga 'terpaksa' percaya bahawa benar seorang menteri BN telah merogol amahnya.

Jika sekalipun WikiLeaks tidak boleh dipercayai, namun pendedahan sokongan oleh pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita, Migrant Care dan bloger Tukar Tiub, sudah cukup untuk rakyat mempercayaai bahawa ianya memang wujud.

Namun yang lebih wajar dipercayai adalah pendedahan sepucuk surat aduan daripada adik mangsa yang menceritakan secara jelas apa yang berlaku yang juga didedahkan dalam laporan Harakahdaily sebelum ini.

Sehingga kini juga, belum ada mana-mana pihak khususnya dari pimpinan Umno BN yang berani mengulas isu tersebut.

Penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sangat ditunggu-tunggu semua pihak.

"Tunggu dan tunggu, kita tunggu apa yang akan berlaku.

"Siapa akan kena saman?," tulis bloger Tukar Tiub merujuk laporan Harakahdaily yang turut disiar di blognya.

Hrkh Daily

 Tiger show: Jabatan agama diminta bertindak

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.
"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.
Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian. 
"Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya. 
Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.
Individu tersebut kemudiannya telah menyerahkan 4 keping gambar kepada beliau bagi membuktikan keadaan majlis tersebut yang ternyata amat mengaibkan.
"Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan gambar asal yang dikirimkan kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan. 
"Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya. Hrkh

 Kedah umum cuti Ahad ini

Mohd Shubihi Muhamad Zain   
ALOR SETAR, 30 Dis: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 nanti sebagai hari cuti umum bagi negeri itu ekoran kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi.
Azizan membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan kakitangan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, dekat sini, pagi tadi.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemain dan pegawai-pegawai pasukan yang bertungkus lumus menjulang nama negara.
Perlawanan akhir kedua malam tadi yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen di seluruh negara menyaksikan Malaysia berjaya mengekang kemaraan Indonesia untuk menang dengan aggregat 4-2.
Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang piala tersebut selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010.
Hrkh

PAS tak akan biarkan Umno BN rampas Kedah

Biarpun adanya perubahan pada pucuk kepimpinan Umno negeri di Kedah, ia tidak akan memberi apa-apa impak terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS selama ini.

Mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah yang baru, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berikrar untuk merampas semula pemerintahan negeri dalam pilihan raya umum yang akan datang, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalu-alukan hasrat murni pemimpin Umno tersebut.

"Hasrat dan cita-cita beliau itu adalah sesuatu yang baik. Namun begitu, sekiranya pimpinan baru yang dilantik menerajui kepimpinan tidak dapat membuat reformasi yang lebih efektif dari kepimpinan terdahulu, maka adalah lebih baik teraju sebelum ini dikekalkan.


"Walau apa pun aspirasi mereka, PAS tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada Umno untuk meneruskan hasrat mereka untuk mencapainya dengan jalan yang mudah. Siapa saja yang menjadi pesaing kepada parti lawan, kita akan terus berjuang tanpa menyerah kalah kepada mereka," tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Bashah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata menggantikan Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Rombakan yang dibuat itu juga sebagai salah satu alternatif Umno bagi menguatkan barisan kepimpinan negeri yang terdiri dari pemimpin tempatan menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan bermula tidak lama lagi.