Thursday, March 31, 2011

Membeli Dinar Emas / Dinar emas Kelantan


Ditulis pada 6 July 2008 – 2:10 pm | by syukor | 



Tahukah anda? Antara cara termudah membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli dinar emas. Memandangkan dinar emas memang dijual di Malaysia, maka saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana membuat pelaburan emas menggunakan dinar emas.
Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:
1. Dinar Emas Kelantan
2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.
.
Gambar: Dinar Emas IGD dan Dinar Emas Kelantan
1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram manakala
1 dirham merujuk kepada syiling perak tulen (999.9) yang beratnya 2.975 gram
.

1. Dinar Emas Kelantan.


Gambar Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
.
Dinar emas Kelantan telah dilancarkan pada 20 September 2006.
Laman web Dinar Emas Kelantan ialah http://www.dinarkel.com/
Antara saiz Dinar Emas yang dijual adalah:
- 2 Dinar
- 1 Dinar
- 1/2 Dinar
- 1/4 Dinar

Bagaimana nak beli Dinar Emas Kelantan?

Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan.
Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk http://www.dinarkel.com/wtb.html
Bagi mereka yang tinggal di kawasan KL dan Selangor, anda boleh mendapatkan dinar emas kelantan di Ar-Rahn berikut.
Ar-Rahn KajangNo. 10 Jalan Raja Harun
43000 Kajang
Selangor
Tel: 03-87361517
Fax: 03-87367552
Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26933433
Fax : 03-26933431
Ar-Rahn Rawang 
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-60928441
Fax : 03-60928429

Bagaimana check harga dinar emas Kelantan?

Harga belian dan jualan dinar emas Kelantan boleh disemak
di laman web http://www.dinarkel.com/ .
Tengok kat penjuru kiri, bawah sikit, ada jadual seperti di bawah:

harga_dinar

Bagaimana menjual kembali dinar emas kelantan?

Jika anda hendak menjual semula dinar emas kelantan, anda boleh menjualnya di Ar-Rahn yang sama. Berdasarkan pengiraan saya pada laman webhttp://www.dinarkel.com/ didapati perbezaan antara harga belian dan jualan dinar emas kelantan adalah RM20 untuk 1 Dinar, RM10 untuk 1/2 Dinar dan RM5 untuk 1/4 Dinar.
.

2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.

Islamic Mint Sdn Bhd adalah salah sebuah institusi yang mengeluar dan mempromosikan dinar emas dan juga dirham. Laman web utama syarikat ini ialahhttp://www.islamicmint.com.my

Bagaimana membeli dinar emas Islamic Mint Sdn. bhd.?

Anda boleh membeli dinar emas Islamic Mint Sdn bhd. di institusi yang dinamakan wakala.
Terdapat banyak wakala di Malaysia yang menjual dinar emas nie.
Untuk senarai penjual dinar emas di tempat anda sila rujuk disini:
Nampaknya negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak ada wakala lagi, jadi susah sket kalau nak beli dinar emas :(

Pengalaman saya.

Untuk tujuan mendapatkan maklumat berkenaan dinar emas ini, Saya telah pergi ke wakala di Melaka iaitu Singgahsana Emas Sdn. Bhd. Lokasinya di G-09 Plaza Usahawan, Jalan Hang Tuah, Melaka. Nombor telefon ialah 06-2846572. Jadi saya ingin kongsikan pengalaman ini dengan anda.

Membeli dinar emas di wakala.

Harga dinar emas dijual mengikut harga emas harian, justeru ianya adalah berdasarkan pergerakan harga emas semasa. Dinar yang dijual pula adalah 1 dinar sahaja. Singahsana Emas tak jual 1/2 atau 1/4 dinar. Bayar cash.

Menjual balik dinar emas.

Dinar emas boleh dijual balik di wakala. Pihak wakala akan membeli balik dinar emas anda pada harga semasa -15% ke 17% . Perghh!!!!! tinggi betul.
 Kebaikan membeli dinar emas
1. Pelaburan emas dengan kos yang agak murah. Memandangkan berat 1 dinar cuma 4.25 gram, maka harganya adalah sekitar RM400 ++ sekeping (pada 6 Julai 2008).
2. Senang untuk dibeli dan dijual di wakala atau Ar-Rahn
3. Memandangkan emas ini adalah emas fizikal, maka anda boleh gadaikan emas nie kalau nak gunakan wang sementara.
4. Harga belian balik antara RM20, RM10 dan RM5 bagi dinar emas Kelantan adalah rendah dan menarik
 Kelemahan dinar emas
1. Dinar emas kelantan banyak dijual di Ar-Rahn sekitar Kelantan dan 3 cawangan di sekitar KL dan Selangor, jadi jika anda di negeri lain maka sukar sikit untuk membeli dan menjual dinar emas Kelantan.
2. Bagi dinar Islamic Mint sdn. Bhd pula, tak semua negeri mempunyai wakala, contohnya Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
2. Harga belian balik Dinar emas Islamic Mint Sdn bhd sekitar -15%-18% dari harga semasa menyebabkan ianya tidak begitu menarik.

Kesimpulan.

Dinar emas adalah satu cara termudah dan termurah membeli dan menyimpan emas. Saya amat menggalakkan anda membeli dan menyimpan dinar emas.
Kalau nak beli, cuba beli satu dinar bukan 1/2 atau 1/4 dinar.
.
p/s: Memandangkan harga belian balik yang tinggi (tolak 17% dari harga semasa) oleh wakala kat Melaka nie, saya tak jadi beli dinar. Saya beli dirham je… :) sekeping RM10
.
Gambar depan Dirham (klik untuk besarkan)
Gambar belakang Dirham (klik untuk besarkan)
Jika ada sebarang komen emelkan kepada admin@jutawanemas.com
.
Bacaan berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 108 Responses to “Membeli Dinar Emas / Dinar emas Kelantan”

  2. By zan on Jul 6, 2008 | Reply
    salam,bagus info2 sini,saya juga baru saja lepas beli emas dari etika emas sebyk 2 bar:)..semoga semuanya berjalan lancar,mengenai branch ar-rahn di luar kelantan,saya ada juga mula2 bercadang nk beli dinar dari ar-rahn sbb modal die murah sikit,tapi hanya kelantan saja boleh dibeli,tapi tgk2 ada 1 branch di kajang,limitation dia,hanya boleh beli tapi tak boleh simpan,kena simpan sendiri atau di bank.:(
    reply: Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Boleh berikan alamat branch Ar-Rahn kat kajang? saya nak letak dalam blog ini.
  3. By razif on Jul 8, 2008 | Reply
    Salam,
    Boleh tanya, kenapa harga silver dirham tu tinggi mcm tu? campur komisyen sekali ke? saya buat kira2, nilai semasa 1 dirham lebih kurang RM6.50,
    Harga silver semasa (USD) gram * 3 gram (dirham) * 3.2 (MYR) = Nilai 1 dirham dalam Ringgit
    reply: Harga yang dibayar memang agak tinggi. Mungkin campur untung diorang sekali.
    Tapi saya tak galakkan beli dirham sebab tak boleh jual balik kat wakala. Nak buat koleksi jer ok la….
  4. By anje on Jul 9, 2008 | Reply
    tapi kan, yg emas etika tuh…kita beli emas then gadaikan. tak ke ada tempoh gadaian…if tak selesai bayar dlm temph tuh kira barang gadai tu terlepas la kan….tak ke rugi nanti. Lg pun kita mana tau etika tu bayar ke tak kat bank tuh nanti kan.
    jawapan: Tempoh gadaian ialah 6 bulan. lepas tu etika akan bayar semua upah simpan dan juga wang gadaian kepada bank. etika emas akan contact pembeli sebelum agreement tamat utk gi bank selesaikan bayaran upah simpan.
  5. Salam
    Thanks kepada semua yang telah menghubungi saya by phone. last week sebuk sikit sebab ade urusan dengan MDEC. So sori ye kalau jawapan yang di berikan tu agak kurang memuaskan! hehe..rase nya macam ok jek…Anyway, jemput2 la beli emas. Future investment untuk mid to long term. Next week (Isnin) sy akan ke Etika Emas. Kalau ada ape2 kemusykilan, roger saya. saya akan sampaikan sebarang soklan kepada mereka supaya kita same2 clear. ok!
    Btw, ImamMuhriz…kite kawan sekolah ek? Sekolah kat Permas Jaya ke Sains Johor?
  6. By nasya on Jul 14, 2008 | Reply
    salam.. tumpang tanya sket.. hrap dpt beri pndpt, antara urusniaga dinar emas compare ngan urusniaga emas di pb,maybank @ uob, yg mana lebih menguntungkan (utk org2 yg x brp nak ada modal joint etika emas nih).. tq..
    jawapan syukor: Paling senang beli syiling Kijang Emas dulu. Lebih untung. kalau UOB lebih dekat, then beli gold coin kat UOB
  7. By sanjoe on Jul 16, 2008 | Reply
    1.saya nak tahu lebih lanjut tentang dinar emas kelantan berapa harga bagi setiap saiz?
    2.tempat jual balik,adakah laku dijual di bank rakyat ,pajak gadai atau hanya diambil harga tinggi ditempat yang kita beli?
    jawapan: Harga harian dinar emas kelantan boleh diperolehi kat webhttp://www.dinarkel.com
    2. Jual balik cuma kat Ar-Rahn. tapi kalau nak gadai, kat Ar-Rahn pun boleh, bank rakyat pun boleh, agro bank pun boleh. harga ambil biasanya standard 65% atau 70% daripada harga emas tu.
  8. By mirej on Jul 17, 2008 | Reply
    Salam,
    Selain dari dirham kelantan, di mana lagi saya boleh membeli perak tulen 99.9? Terlalu tinggi harga dirham kelantan yg ditawarkan.
    1)Adakah bank negara turut mendagangkan perak?
    2)Adakah terdapat peluang lain pelaburan perak di Malaysia?
    Setakat ini saya menyimpan syiling perak (dengan nilai muka rm50), dikeluarkan oleh Bank Negara (syiling keluaran khas).
    3) Bagaimana syiling itu dinilai sekarang? Adakah berdasarkan nilai muka atau nilai harge perak semasa atau berdasarkan nilai estetika syiling peringatan tersebut?
    jawapan:
    1. Perak tulen boleh dibeli kat ebay.com atau amazon.com
    2. bank negara tidak menawarkan jual beli perak.
    3. Pelaburan silver merupakan salah satu pelaburan yang mendatangkan pulangan yang menarik. namun agak malang bagi kita di Malaysia kerana pelaburan perak ini boleh dikatakan tidak wujud. Kita tiada mekanisme pelaburan silver. Peluang terhampir pun ialah membuka akaun silver saving account di singapura. sila rujuk website UOB bankhttp://www.uob.com.sg/pages/personal/deposits/savings/preciousmetals/index.html
    4. Tentang nilai syiling perak tu, saya tak pasti nilainya. mungkin kena lelong dulu baru tahu berapa nilainya. Most likely nilainya adalah berdasarkan nilai estetika syiling berkenaan.
  9. By Mohd Nazri Johari on Jul 17, 2008 | Reply
    Salam,
    Saya tak berape faham dengan pelaburan emas ni… bolehkah pelaburan ini memberikan keuntungan? adakah keuntungannya lebih baik daripada pelaburan unit trust?
    Sekian
    Terima kasih
    Jawapan: Emas disimpan berdasarkan nilainya yang semakin meningkat. Keuntungan akan diperolehi apabila harga emas meningkat dan emas tersebut dijual. Emas tidak memberikan sebarang pulangan dividen/interest sebaliknya memerlukan kos penyimpanan (kalau simpan kat bank).
    Sebaiknya emas nie dijadikan sebahagian daripada portfolio pelaburan bersama-sama unit trust, saham dll (dalam 30%).Dari segi pulangan, ada unit trust yang memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada % kenaikan harga emas dan ada unit trust yang lebih rugi dari pelaburan emas.
  10. By mirej on Jul 19, 2008 | Reply
    Maaf salah taip. syiling peringatan perak keluaran bank negara mempunyai nilai muka 25ringgit.
    Thanks En.Syukor. Memang belum ade lagi trading perak di malaysia.
  11. By rashid on Jul 24, 2008 | Reply
    Assalamualikum w.r.t
    Lokasi saya – untuk saya membeli DINAR EMAS adalah jauh lebih mudah berbanding untuk membeli KIJANG EMAS.
    Merujuk kepada jawapan En. Syukor pada Response di atas, beli kijang Emas lebih UNTUNG. Ini membuat saya serba salah. Boleh explainkan sket tak apa yang untungnya beli Kijang Emas berbanding dgn Dinar Emas. Adakah disebabkan margin selling dan buying kijang emas itu lebih kecil? Atau adakah sebab2 yang lain? Sekian, terima kasih

    Reply: Dinar emas ker dinar emas kelantan? Kalau dinar emas kelantan, ok. kalau dinar islamic mint, premium dier tinggi.
    Kelebihan Kijang Emas
    1. Margin buying and selling yang rendah (utk 1 Oz)
    2. Emas 24K

    Kalau lebih mudah dapatkan dinar emas, maka encik simpan dinar pun tak apa. janji simpan emas dah ler…
  12. By rosli on Jul 25, 2008 | Reply
    Apa khabar en.syukor…..harap sihat hendaknya..saya ada seperkara yg ingin dikongsikan bersama iaitu pasal pulangan pelaburan yg ditawarkan pihak etika….saya terbaca diwebsite ust. zaharruddin.net …mana-mana pelaburan yg menjanjikan pulangan secara berjadual (fixed profit) adalah terbatal dari segi syarak…..anyway boleh cx kat http://www.zaharruddin.net bab pelaburan ….wallahhualam…
    reply: Terima kasih atas makluman, saya nak minta tolong sket kat saudara rosli, boleh tak tolong dapatkan link tersebut. saya dah pergi tengok, banyak sangat isu/topik kat dalam web tu.. tak terjumpa pula topik berkenaan. saya perlu baca dan faham sebelum reply apa-apa.
  13. By zacko on Jul 28, 2008 | Reply
    Mana lebih untung? beli dinar emas atau 1/2 dinar atau 1/4 dinar? memang dari segi modal, untung beli 1 dinar, tetapi margin 1 dinar lebih besar dari margin 1/4 dinar. so, kalau harga naik, bila jual nampak macam lebih menguntungkan 1/4 dinar.. tak gitu?
    reply: Mari kita lihat pengiraan. Dinar emas kelantan punya perbezaan harga belian dan jualan bukan dari segi peratus harga tapi dah fix dari segi RM iaitu:
    Beza harga belian dan jualan 1 dinar Emas ialah RM20
    Beza harga belian dan jualan 1/2 dinar Emas ialah RM10
    Beza harga belian dan jualan 1/4 dinar Emas ialah RM5
    saya ambil contoh harga pada 28/7/2008:
    Monday, July 28, 2008 from http://www.dinarkel.com
    DINAR BUYING SELLING
    1 Dinar 415.38 435.38
    1/2 Dinar 213.22 223.22
    1/4 Dinar 112.61 117.61
    Memandangkan 1 Dinar bersamaan 4 keping 1/4 Dinar,
    maka perbezaan harga jualan dan belian antara 1 Dinar dan 1/4 Dinar
    ialah RM20 tu kira memang saksama.
    Tapi, kalau tengok dari segi harga pula, yang mana lebih baik?
    beli 1 dinar atau beli 4 keping 1/4 dinar?
    1 Dinar = RM435.38
    4 keping 1/4 Dinar = RM117.61 x 4 = RM470.44
    Perbezaan harga = RM35.06
    So, adalah lebih menguntungkan membeli 1 keping Dinar berbanding 4 keping 1/4 Dinar.
  14. By zacko on Jul 29, 2008 | Reply
    er… cuba tengok kira-kira saya buat ni,
    berdasarkan harga semalam dan hari ini untuk dinar emas kelantan..
    andainya saya ada 1 keping dinar emas, dan 4 keping 1/4 dinar emas, dan nak jual semua tu:
    Monday, July 28, 2008
    DINAR BUYING
    1 Dinar 415.38
    1/4 Dinar 112.61
    Tuesday, July 29, 2008
    DINAR BUYING
    1 Dinar 416.50
    1/4 Dinar 112.90
    kalau saya jual 1 dinar emas hari ini berbanding semalam, saya untung rm1.12 (416.5 – 415.38)
    kalau 1/4 dinar emas pula, saya untung rm1.16 (112.90 – 112.61 X 4)
    lebih 4sen..
    kalau dalam kuantiti yang banyak, seperti 10 dinar emas dengan 40 1/4 dinar emas, saya dapat 11.2 dari jualan 10 dinar emas, sebaliknya 11.6 dari jualan 1/4 dinar emas, untuk perbezaan sehari..
    memang dari segi modal, kita belanjakan lebih untuk dapatkan yang 1/4 dinar berbanding 1 dinar. tetapi nampak macam untung lagi bila jual beli.
    berbeza dengan 1/4 kijang emas, yang tak untung berbanding jual beli 1 kijang emas, ikut kaedah yang sama tadi..
    p/s: sorry kalau nampak kelakar kiraan ni, tapi sebab mengira tu kerana 1 dinar cepat habis dulu, tinggal yang 1/2 dan 1/4 je
    1 Dinar = RM435.38
    4 keping 1/4 Dinar = RM117.61 x 4 = RM470.44
    Perbezaan harga = RM35.06
    Reply: Pengiraan zacko memang betul, kalau soalannya tentang beli dinar emas, maka lebih untung beli 1 dinar berbanding 4 keping 1/4 dinar.
    Kalau soalan berkenaan menjual dinar, maka jual 4 keping 1/4 dinar lebih untung :)
  15. By azam on Jul 29, 2008 | Reply
    salam,
    sorry en syukor…takpe ye sy jawap soalan en rosli. saya nk kongsi sket pasal hibah nh. Sefaham saya yg dibayar oleh Etika selama 6 bulan itu adalah DISKAUN berjadual, kita beli emas dgn etika dan diberi diskaun yg dibayar secara ansuran selama 6 bulan pada kadar RM1 setiap gram. berbeza dgn keuntungan tetap dari pelaburan. Lebih tepat, skim itu adalah skim beli emas…bukan labur pada pendapat saya.
  16. By Mazmi on Jul 29, 2008 | Reply
    Web jutawanemas ini amat baik untuk kita memahami konsep pelaburan emas. Sebelum ini sy memang jahil tentang pelaburan emas ini tapi sekarang dah rasa menyesal kerana tak libatkan diri dari dulu lagi. Kepada semua kekawan yang menyimpan emas sy ucapkan tahniah kerana pulangan yang menguntungkan. Dikesempatan ini saya nak war-warkan bahawa kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Kijang Emas disekitar Negeri Pahang dan Terengganu bolehlah berhubung dengan saya di talian 019-4108802. Syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd menjalakan urusniaga emas pada setiap hari. Pulangan yang amat memberangsangkan. Kepada sesiapa yang ada wang yang lebih, tukarlah wang anda kepada emas yang dijamin tidak akan jatuh harganya. Insyallah..
  17. By mambo on Jul 30, 2008 | Reply
    salam…
    Ada org ckp, emas yg jual kat kedai emas kelantan tak sama yg dijual dikedai emas kat KL..kenapa ye?Awak tau x?..Ada yg kata emas kelantan lebih elok dan ada yg kata x elok…yg mana satu betul?
    tq
    reply: Emas nie sebenarnya bergantung kepada jenis yang anda beli samada 24K, 22K, 18K dan sebagainya. Itu jer perbezaan emas. 24K tu yang paling tulen, takder campuran, yang lain-lain tu dikira emas yang dicampur logam lain untuk menguatkannya.
    Emas dari Kelantan atau mana-mana di seluruh dunia semuanya adalah sama.
  18. Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd – Tipah Tertipu Lagi?
    (Imej ini dari laman ini yang mana nombor siri emas nya agak sama dengan nombor siri gambar bar emas di laman web Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd .. ooopps!)
    (Ini gambar emas dari laman web Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd)
    Diberitakan satu syarikat bernama Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd menawarkan konsep pelaburan diskaun berjadual. Wah apa tu? Bunyi macam best saja!
    Plan A:
    Anda beli 100g emas dan syarikat beri diskaun RM100 selama 6 bulan.
    Plan B:
    Simpan emas di Ar-Rahnu.
    Anda beli 100g emas dan syarikat beri tambahan 200g lagi dan anda terima diskaun RM300 selama 6 bulan.
    Wah gila apakah syarikat Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd ini? Jual emas dan kemudian beri diskaun. Alangkah baiknya jika syarikat jual kereta guna modus operandi seperti ini, beli kereta dan dapat diskaun sebanyak RM5000 sebulan selama 6 bulan. Ha ha ha! Ha ha ha! Jangan jadi rambang mata. Siasat dulu sebelum terkena. Susah payah orang mendulang emas di Mersing, syarikat ini senang-senang beri diskaun pula. Sebab beli bulk ke? Wah.. sejak bila pembelian emas dah jadi macam belian bulk baju bundle dari Jepun sampai boleh ada diskaun sebegitu banyak?
    Oooo yea, kalau tak salah kami, dulu pun ada pembelian berdiskaun macam ini..ceritanya produk nya dulu ialah kad topup prepaid ye? Seminggu dua masih ada stok, bila dah banyak, delay seminggu, sebulan..lepas tu senyap kan? Ha ha ha! Ha ha ha! Jangan jadi bodoh. Jangan pisang berbuah dua kali. Maaf, kad topup bukan dijual oleh Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd. Tapi caranya agak sama.
    Pasal bisnes emas dari Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd ini, ada beberapa kemusykilan yang bermain di benak kami:
    1. Laman web syarikat ini saling tak tumpah seperti laman web HYIP, siap dengan Pelan 1 & 2, kenapa ya? Mudah sangat ke buat pelaburan di Malaysia. Beli emas ke labur emas? Laman web warna hitam (biasanya laman web korporat berwarna cerah), mungkin hitam itu mencerminkan hati si pencipta peluang kekayaan ini? Hitam legam. Ha ha ha!
    2. Laman web berdaftar Julai 2007, belum sampai setahun. Khabarnya program seperti ini sudah 40 tahun dijalankan di Eropah. Lama sangat ke teknologi dari Eropah nak sampai ke sini hingga perlu ambil masa selama 39 tahun? Ha ha ha! Ha ha ha!
    3. Betul ke syarikat beroleh harga emas yang rendah kerana beli secara bulk? Entahnya dapat bulk macam kad prepaid topup tak? Diskaun virtual saja, guna duit pembeli yang lain untuk beri diskaun pada pembeli yang lebih awal. Ha ha ha! Ha ha ha!
    4. Betul ke tidak ada risiko? Kalau tak ada risiko kenapa 65% cagaran yang dikeluarkan oleh Ar-rahnu perlu beri pada syarikat? Kalau syarikat bankrap atau cabut, mana duit itu untuk tebus emas dari Ar-rahnu?
    5. Untuk Pelan ke-2 HYIP ini, sorry, pelaburan ini, kenapa pula perlu syarikat menambah emas itu dengan 2 kali ganda? Tidak kah bermakna 65% itu hanyalah duit syarikat? Kalau duit syarikat, apa perlunya peranan pembeli? Pusing duit sendiri sajalah kalau macam tu. Ha ha ha! Ha ha ha! Oh kau memancing dengan umpan besar ye?
    6. Kalau bisnis menjual mesti ada produknya pak! Mesti ada gambarnya juga. Tapi di mana yah? Di laman web kamu cuma ada gambar jongkong emas yang biasa dilihat di mana-mana laman web juga. Gambar ini sudah lama pak! Jika belian dalam bulk, mestinya gambar nya juga emas yang bulk. Ha ha ha! Ha ha ha!
    7. Contact nya di mana? Laman web syarikat dengan bisnes sebegini besar tidak ada profail syarikat dan ahli pengurusannya. Takut dirompak kah?
    8. Ada 250 website lain dalam server di etikaemas.com. Dengan kata lain, shared hosting. Tidak ada kesalahan di sini, tetapi bagi syarikat yang mementingkan bisnes nya, imej agak penting. Malu lah!
    9. Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd beroperasi dari hotel? Data whois menunjukkan domain etikaemas.com didaftarkan dari alamat Holiday Villa, Ampang. Syarikat begini besar tak berani dedahkan alamat sebenar semasa register domain?
    10. Pendaftaran domain menggunakan anonymous identity. Cara biasa digunakan scammer?
    Kami berpendapat, peratusan program ini bertukar menjadi scam agak tinggi. Sekiranya anda telah terjebak dengan syarikat ini, maka cepat-cepatlah minta untuk emas itu dijual semula dan dapatkan wang anda kembali seberapa segera. Sekiranya anda tidak terjebak, tetapi tahu ada rakan yang lain turut terjebak, sekurang-kurangnya forward kan artikel ini untuk membantu sesama Melayu. Kenapa Melayu? Kami tahu hanya Melayu yang terjebak dengan skim sebegini.
    Pssst! Satu-satunya cara untuk memastikan anda tidak tertipu ialah dengan COD. Bayar duit, dapat emas. Pegang emas tu, bawak balik, jangan tengok je. Jangan tunggu minggu depan. Bayar dan ambil emas on the spot. Jangan delay. Pergi test sendiri di Bank Rakyat atau kedai emas. Kemudian simpan sendiri emas tu, jangan bagi syarikat tolong simpan. Method ini terpakai untuk Pelan A. Itu baru membeli namanya. Kalau beli hari ni dapat minggu depan, itu dah nak jadi prepaid topup scam. Ha ha ha! Ha ha ha! Dan pastikan kawan-kawan lain yang membeli pun dapat emas mereka on the spot. Jangan tukang promote je yang dapat.
    Berhati-hati, do you smell something fishy?
    “Belia Benci Scam”
    ambil di sini
    http://mungkinscam.blogspot.com/2008/06/etika-jahat-emas-estet-sdn-bhd-tipah.html
    reply: Saya dah baca dah posting nie. Kalau tanya pendapat peribadi saya, posting nie adalah anonymous, kita tak tahu siapa pengarangnya, jadi siapa yang nak bertanggungjawab kalau ada unsur-unsur fitnah kat sini?
    Walau bagaimanapun, pengarang berniat untuk mendidik pembaca tentang kesedaran dan ilmu yang diperlukan utk mengelakkan kena scam.
  19. By wan on Jul 31, 2008 | Reply
    Tapi ada benarnya apa yg di bgtau oleh pengarang tu.Sbb cthnye adalah website com nampak too simple..Saya at first place x begitu yakin dgn company ni punya status.That one of the reason knapa sy end up dgn Pbank.
    reply: yup, memang simple.
  20. By fiq on Jul 31, 2008 | Reply
    maybe shukor boleh tolong design website diorg kasi cantek sikit…
    artikel dari mungkinscam tu mmg byk poin dia tak tepat dan boleh argue…tp malas lak nak ulas kat sini…
    tih..tih..tih
    sy pun masih hold lg niat nk beli di etika…
    satu soal kompeni yang belum ada track record yg pjg
    yg kedua soal rate bank rakyat yang berlainan dr rate kitco,
    cuba try g forum cari hangat jugaak kat situ
    mungkin boleh ulas komen sy yg saya tertinggal ke..:)
    Reply: Actually, saya nie tak berapa minat develop website. Diorang boleh hire web developer sendiri.
    Pasal rate bank rakyat yang berlainan dengan Kitco, saya dah buat posting berkenaan benda nie
    http://jutawanemas.com/v1/?p=129
  21. By fiq on Jul 31, 2008 | Reply
    berkenaan rate tu memang sy dah bandingkan harga kijang emas, PB dan Maybank…
    ketiga2 institusi menunjukkan penurunan tetapi tidak pada rate bank rakyat
    copy paste dr cari
    =================================
    pada 24/7 emas ditutup pada lebih kurang 920usd/oz dan rate bank rakyat pada keesokan harinya(25/7) ialah RM113.26
    semalam emas ditutp pada 919usd/oz, rate bank rakyat pulak RM115…lebih tinggi RM2 dr 25/7
    dan hari ni pulak emas ditutup pada 905.4usd/oz (byk tu turun ) tapi rate bank rakyat RM 113.58 tinggi 20 sen berbanding 25/7 yg ditutup pada lebih kurang 920usd/oz
    so soalannya
    bank rakyat ni guna rate sehari sebelumnya ke utk hari ni?
    maknanya buyers yang berminat kena tunggu esok utk beli pada rate yang sepatutnya digunakan utk hari ni?
    atau jual/beli emas ni pun kena tolak inflasi jugak?
    -======================================
    biasanya memang saya guna harga di kitco(tutup pada 515 NY) sebagai rujukan untuk buat anggaran harga pasaran Malaysia pada keesokan hari…
    selalunya memang begitula…
    pasaran di Malaysia turun kalau harga yg ditutup di NY turun n vice versa
    reply: Well, ini pendapat peribadi saya berdasarkan maklumat yang saya ada.
    First sekali, harga emas nie tiada kawalan, so berapa rate institusi nak letak pun tak pe.
    Bank Rakyat letak rate tinggi supaya orang suka gi pajak emas kat dia. So, ini mungkin strategi pemasaran dan nak control market. Lagipun business dia bukan jual emas, tapi pajak gadai.
    Contoh, kalau ada 2 money changer berhampiran. Kita nak tukar RM kepada USD, money changer mana yang kita nak pilih? sudah tentu yang menawarkan rate yang terbaik betul tak?
    Berdasarkan interview saya dgn tokey emas, banyak tokey-tokey emas nie prefer gi pajak emas kat bank rakyat atas 3 sebab:
    1. Rate emas dia lebih tinggi dari tempat lain
    2. Maksimum RM yang dia boleh bagi untuk seorang pemajak ialah RM50K.
    3. 50K tu boleh ambil terus pada hari yang sama.
    Tak seperti Agrobank yang cuma bagi RM10K max sehari, kalau nak 50K kena pi gadai emas selama 5 hari.
  22. By bobby on Jul 31, 2008 | Reply
    Saya berasa musykil juga , bagaimana etika emas boleh bertahan dan dapat memberikan pendapatan bulanan yg tetap ? Lebih2 lagi
    kalau pelabur menyambung urusan lebih dari empat tahun……….ini adalah dlm perkiraan saya .
    Mana mungkin dengan belian emas borong semurah 65% dari harga asal dapat memberikan keuntungan yg berkekalan ? Saya rasa pelabur yg terkemudian akan menghadapi masaalah dan terpaksa menebus semula emas yg digadaikan ……seandainya etika emas gagal dlm menjalankan kontraknya . Jadi bersedialah backup nya jika tidak ….terpaksa menanggung sedikit kerugian ..
    reply: Kalau nak baca pasal risiko, boleh refer posting nie:
    http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1810959&postcount=245
  23. By fiq on Jul 31, 2008 | Reply
    ok pendapat yg boleh diterima…
    patutla boleh buat untung etika ni…
    tapi tak patutla bank rakyat guna rate yg tak selari dgn harga pasaran dunia..
    kalau harga pasaran dunia turun patutnya rate pun turun jugak…
    tp sy nak tengok rate bank rakyat esok utk test hipotesis sy sebelum ni(ceh)
    nnt sy update di sini lagi
    bobby,
    menurut agen memang dia guna konsep rolling
    so kesan yg awak sebutkan tu mungkin boleh berlaku…
    so spare duit sikit utk tebus emas tu kalau terjadi sesuatu pada etika
    byk benda boleh berlaku yang memungkinkan etika tidak dapat membayar hibah, tebus balik, kos simpan di ar-rahnu…
    so perkara2 ni perlu diambil kira sebelum turut serta program di etika

  24. By zacko on Aug 1, 2008 | Reply
    nak bertanya, bagaimana kalau betul Etika tidak berjaya meneruskan operasinya (tutup).. ok, emas yang dipajakkan di bank kita kene tebus sendiri. tetapi selepas itu di mana nak kita jualkan emas etika ini?
    hari tu tanya satu kedai POh Kong, terima ke gold bar / coin yang dibeli dari tempat lain selain Poh Kong?
    dia kata, kami tak beli emas kalau bukan dari Poh Kong, kalau tukar dengan barang kemas kami boleh la…
    maknanya? di mana kita nak jualkannya kalau etika sudah tidak wujud? berapa pulak susut nilainya kalau ada yang sanggup nak beli?
    Reply: Boleh jual kat orang yang beli emas terpakai, ataupun sesiapa sahaja yang nak beli emas. Sebenarnya jual emas tak susah. Kalau kat kedai, akan tolak sekitar 15% ke 20%. Kalau pandai cari buyer, boleh dapat sekitar 8% ke 10% sahaja. Ini kerana emas tersebut ada brand dan sijil.
  25. By fiq on Aug 1, 2008 | Reply
    rate bank rakyat hr ni turun 112.78..
    so konfirm diorg pakai rate sehari sebelum untuk transaksi harian
  26. By bobby on Aug 1, 2008 | Reply
    OK kita sambung…bicara . Kalau kita beli 1 bar – Campur etika 2 bar ..
    Jadi Etika jual pada pelabur ..katakan Rm 10,000 – 1 bar.
    Etika sudah untung sebanyak Rm 3,500 sebabnya harga borong oleh Eika ia lah 65 % dari pembekal .( Rm 6,500 ) – Andaian sahaja .
    Apabila digadai Rm 30,000 – 3 bar – Dapat Rm 19,500 Tolak upah simpan gadaian selama 6 bulan RM 500 , Jadi tinggal Rm 19,000 .
    Etika akan dapat membeli 2-bar lagi dengan harga Rm 18,000 dan begitulah seterus nya ……selebihnya Rm 1,000 Tak tau nak kata !!!!!!!
    Jadi kalau lah Etika ada mempunyai pelaburan perkilangan , pertanian atau sebarang perkhidmatan dan melaburkan semula keuntungan dari urus niaga diatas kepada perniagaan tersebut ,
    saya rasa boleh terima…….dan boleh mencuba tapi……..wallahu aallam .
    Banyak lagi yang perlu dianalisa ………apakah kegiatan Etika Emas ini .
    Beringat dahulu sebelum terkena …….kadang2 terfikir juga Public Gold account …..ada trillnya………….jelas dan sahih .
  27. By bobby on Aug 1, 2008 | Reply
    Maaf pembetulan…………………
    Etika akan dapat membeli 2-bar lagi dgn harga Rm 13,000 dan selebehnya Rm 6,000 ……….tak tau nak kata !!!!!!!!!!!
    ……………………………….
    ……………………………….

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com

Post a Comment