Saturday, January 1, 2011

Tenang: PAS lawan secara gentleman


Hazayani Zakaria   
LABIS, 2 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil  PAS bagi Dun Tenang, Salahuddin Ayub memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi Umno BN secara 'gentleman', berdisiplin dan mengikut lunas-lunas demokrasi sebenar.
Bercakap sewaktu melancarkan jentera pemuda Pakatan di sini petang semalam, beliau juga menasihatkan jentera Umno agar tidak membuat sebarang provokasi sehingga mencabar kesabaran jentera Pakatan.
"Ingat lagi apa mereka buat pada jentera pemuda kita di Bagan Pinang? Mereka kepung bilik gerakan kita, pukul petugas kita.
"Kali ini kita nak beritahu mereka, walaupun kita begini, jangan cabar kita.
"Kita sedia menari ikut irama yang mereka dendangkan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Selain itu, beliau juga yakin Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan pada PRK kali ini.
Katanya, biarpun Johor dilabel kubu kuat Umno, tapi kejayaan PAS dan PR menghantar wakil rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu membuktikan label itu sudah tidak terpakai.
Dengan kekuatan dan hubungan erat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, beliau yakin, seorang lagi wakil rakyat PAS akan berjaya dihantar ke Dun itu.
"Dulu Johor dikatakan kubu kuat Umno. Tapi itu dulu, once upon a time," katanya lagi.
PRK Tenang ujarnya juga, merupakan panggilan perang dan semua jentera Pakatan harus bersedia menghadapinya.
Ianya juga sebagai medan persediaan menghadapi PRU ke 13 yang dakwanya akan berlangsung Jun tahun ini.
"Kita telah bersedia dengan gendang perang dan bersedia setiap saat.
"(Datuk Seri) Najib kena buat pilihanraya umum tahun ini juga sebab dia perlukan mandat baru.
"Mandat yang ada ini adalah mandat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi)," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.
Desas-desus PRU ke-13 tahun ini katanya makin jelas apabila Najib didakwa akan memanggil semua ahli parlimen BN membincangkan hal itu.
Hrkh

 Melayu pun kena tutup aurat

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 31 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.
Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.
“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.
Mengulas  komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.
“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.
“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.
“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang.  Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.
Hrk

 Melayu rugi jika tolak Pakatan Rakyat

Fakhri Ali   
TASEK GELUGOR, 1 Jan: Orang Melayu di Pulau Pinang akan rugi sekiranya mereka menolak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Begitu luahan rasa Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika berucap sempena Jubli Perak, PAS kawasan Tasek Gelugor di Sungei Dua semalam.
Kata beliau, sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi diberi kuasa maka banyak kerosakan sedia ada akan bertambah seperti kerakusan kuasa, skandal dan penyeleweangan serta ketidakadilan.
Tambahnya, isu PR tidak ambil peduli mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang sengaja dimainkan oleh Umno dan BN.
Menurutnya, walaupun mereka sedar PR banyak membantu mengatasi masalah yang dihadapi orang Melayu seperti penyelesaian masalah tanah dan perumahan, tetapi mereka tetap memainkan isu itu.
"Sebagai bukti dalam isu penduduk Kampung Pokok Assam di Jelutong, terbukti PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah berjaya membela nasib penduduk kampung tersebut apabila persetujuan dicapai melalui cara rumah yang diambil oleh pemaju bagi pembangunan akan diganti dengan rumah yang siap dibina dalam kawasan yang sama.
"Begitu juga dalam masalah tanah perkuburan Islam di Jelutong, turut berjaya diselesaikan oleh PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Namun begitu Umno dan BN akan memainkan isu yang diselesaikan dengan elemen lain pula untuk kepetingan politik mereka," ujarnya lagi.  
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pemerintahan singkat PR di Pulau Pinang telah berjaya mengatasi masalah penempatan orang Melayu di Jelutong yang selama ini tidak mampu diatasi oleh Umno dan BN walaupun menerajui pentadbiran negeri lebih lama dari PR.
Hrkh

Al-Fatihah : Suami Kak Liah K.Muslimat --Kembali kerahmatullah.

Solat jenazah pukul 3.00pg.

Khalid dinasihat cabar kemelut SUK di mahkamah



KUALA LUMPUR, 1 Jan – Seorang pakar perlembagaan berpendapat peluang terbaik yang ada pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

“Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid (gambar) dan pentadbiran Pakatan Selangor,” kata Profesor A Aziz Bari hari ini.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri.

“Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota ‘ex-officio’ Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan,” kata Aziz.


“Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar,” kata beliau lagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Khalid berkata, beliau kesal kerana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Pemilihan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau.

Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa hari ini dan akan mengangkat sumpah 6 Januari.

“Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.

“Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan,” kata Khalid lagi.

Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk menemu duga kesemua lapan calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Semalam, Aziz dan peguam veteran Karpal Singh melahirkan pendapat bahawa pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Karpal sedang menguruskan nasihat perundangan kepada Menteri Besar Selangor.

Mereka berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar, bukannya Sultan Selangor.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Menjelaskan lanjut, Aziz berkata, “melihat pada kontroversi yang berterusan, kemungkinan jalan terbaik bagi Menteri Besar Khalid ialah membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat bagaimana hakim-hakim akan menari kelak, sama ada mereka ada akrobatik perundangan baru untuk tunjuk kepada kita.”

Beliau juga menyebut keputusan-keputusan mahkamah selepas pilihan raya umum 2008 yang dengan jelas menunjukkan memihak Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN).

Aziz juga memberitahu, krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana.

“Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu,” kata beliau lagi.

“Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan.

“Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh),” tambah beliau.

Aziz menambah, jika mahkamah membuat keputusan memihak Umno dalam kemelutu Selangor, maka ia perlu memutuskan bahawa pindaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Akibat pendedahan menteri rogol amah, blogger Umno hentam blogger Umno!



Tidak tahan dengan isu panas yang mengaitkan menteri Ketuanan Melayu Umno merogol dan memperkosa amah warga Indonesia, beberapa blogger Umno dan team 'Nadi Rakyat' memberontak dan berang..

Papa Gomo, antara blogger tersohor Umno kali ini dilihat tidak dapat menahan sabar apabila blogger yang dilihat mesra dan pro-kerajaan (BN) sendiri telah bertindak memberi peluru kepada pembangkang dalam masa yg cukup 'tidak tepat'..isu yg dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah isu 'menteri BN rogol amah'!!


Mereka mula menabur kata-kata kecaman terhadap rakan mereka sendiri..tidak cukup dengan itu, diciptanya gambar/banner mengutuk blogger Rocky' bru dan menuduhnya blogger itu adalah 'blogger cari makan', dan tidak layak bersama pejuang bangsa!..

Antara kata-kata team Nadi Rakyat ini:
"AKU PEDULI APA KAU SIAPA!!!
TAPI KALAU NAK MENULIS SEKADAR NAK CARI KEPENTINGAN DIRI, BAIK KAU BERAMBUSSSSSS.... ORG MACAM KAU TAK LAYAK DUDUK BERSAMA PEJUANG!!
KEPADA KERAJAAN, CUKUPLAH DI TIPU OLEH MEREKA YG PERNAH HENTAM KERAJAAN!!!
TUIH!!! KAU ADA TAK UNTUNG, KAU TIADA TAK RUGI!!!"
Kalian boleh lihat sikap kebudak-budakan Papa Gomo n The Geng di SINI dan di SINI..

Untuk makluman, blogger Rocky's bru adalah blogger terawal yg membongkar isu menteri BN rogol amah ini..pendedahan ini adalah berdasarkan laporan Wikileaks, sebuah laman yang pernah 'diagung-agungkan' pemimpin2 BN serta medianya berminggu lamanya apabila sumber itu menyebut mengenai kes liwat Anwar Ibrahim..kalian boleh rujuk di SINI dan di SINI..

Selain Rocy's Bru, terdapat beberapa lagi blogger pro-kerajaan yang lain turut sama mendedahkan isu ini...antaranya ialah "bigdogdotcom.wordpress.com", "novandri.blogspot.com", "theflyingkick.blogspot.com" dan ramai lagi...mungkin Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' tidak mengetahui bahawa blogger2 pro-kerajaan ini juga adalah blogger terawal yg mendedahkan sumber dan dokumen berkaitan, bukan Rocky's bru semata-mata..
Kenapa mereka begitu berang?

Sebagaimana yg kita ketahui, Papa Gomo adalah antara blogger yg terlibat dgn misi pembongkaran isu kononnya ADUN Selising telah berzina dengan isteri orang..selain Papa Gomo, gerakan 'haram' ini dibantu beberapa facebooker seperti 'Pas Beruk' dan 'Azmy Awang Kelana Jaya' yang menggelar diri mereka sebagai team "Nadi Rakyat"..mereka inilah yg terlibat dengan filem kononnya saksi zina ADUN selising cuba dilanggar dan dibunuh dengan pedang..

Kalian boleh rujuk 'filem' panas 'arahan' Papa Gomo yang TERKANTOI di bawah (18PL):
SIRI 1
SIRI 2

Ya, atas sebab inilah Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' bergitu berang dan marah dengan tindakan beberapa blogger pro-kerajaan kerana mendedahkan isu panas melibatkan menteri BN ketika asyik mereka menjaja isu ADUN Selising, menyebabkan isu yg mereka bawa tidak mencapai klimaks sepertimana yg diharapkan..
Isu menteri rogol amah menenggelamkan isu ADUN zina..

Apa tidaknya, mereka inilah yg bersungguh2 menjaja berita isu ADUN Selising di serata ceruk maya dengan harapan ianya bakal menjadi isu PANAS penghujung tahun 2010, dan berita GEMPAR bagi pembuka tirauitahun baru 2011..namun ternyata malang, isu yg mereka bawa tenggelam dek isu besar yang lebih menggemparkan negara, yg mana bukan sahaja melibatkan Malaysia, malah hubungan dengan negara jiran..


(Bannar yang dihasilkan oleh facebooker pro-PR memperli tindakan Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' menghentam Rock's bru gara-gara isu yg mereka jaja tidak mendapat sambutan...)

Kini, Papa Gomo dan rakan-rakannya di Facebook telah dipandang sinis oleh pengguna facebook yang lain..sudahlah isu lakonan saksi ADUN Selising terkantoi di tengah jalan, ditambah pula isu lebih besar melibatkan moral pemimpin Umno oleh blogger mesra kerajaan menenggelamkan isu yg mereka cipta...sungguh memalukan..
Oleh: Pria Malaya

Ambang SEJAHTERA KEDAH DARULAMAN.- Dari Dataran Zero SP.

Ambang Sejahtera 2011 tepis pandangan serong

SUNGAI PETANI, 1 Dis: Sambutan tahun baru yang dianjurkan buat kali keduanya selepas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah berjaya menepis pandangan serong segelintir masyarakat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
"Apabila kita berada dalam majlis Ambang Sejahtera 2011 ini, saya masih teringat suara-suara yang menyatakan bahawa apabila pihak saya mengambil alih menerajui kerajaan negeri, maka program seperti ini tidak akan dianjurkan lagi.
"Saya ingin membetulkan perspektif tersebut, sebenarnya kita masih boleh mengadakan sambutan dan majlis pserti ini, cuma kita hendaklah membuat penambahbaikan dari segi pengisiannya untuk mengelak dari timbul permasalahan lain seperti pergaulan bebas dan seumpamanya," kata Azizan ketika menyampaikan perutusan tahun baru 2011 di Dataran Zero Kilometer, malam tadi.
Azizan juga turut mengingatkan golongan ibu bapa agar sentiasa menemani anak-anak yang berhasrat menghadiri majlis dan program keramaian seperti itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
"Telah berulang kali saya peringatkan terutamanya ibu bapa agar sentiasa mengambil tahu hal dan aktiviti luar anak-anak dan seboleh-bolehnya temani mereka kalau nak ke program seperti ni.
"Selain dapat mengeratkan kasih sayang sesama keluarga, ia juga dapat menghindari pelbagai gejala negatif yang menanti anak-anak kita bila keluar bersendirian atau ditemani kawan-kawan yang sebaya mereka," katanya.
Turut hadir memeriahkan sambutan adalah exco-exco Kerajaan Negeri dan sebahagian besar wakil-wakil rakyat dari seluruh negeri itu.
Pelbagai acara telah mewarnai sambutan kali ini termasuklah perlawanan bolasepak persahabatan di antara skuad Liga Super Kedah dan Liga Presiden Kedah pada sebelah petangnya, diikuti bacaan Yaasin perdana selepas solat maghrib, persembahan kebudayaan tiga kaum utama, persembahan pentas oleh artis-artis alternatif dan tembakan bunga api menjelang detik 12 malam yang disaksikan hampir 10 ribu pengunjung. -Hrkh










ingatan kembali Tahun pertama kedah sejahtera 




Persembahan seni silat Gayung

11 MEI 2009

PROGRAM EXCO BERSAMA PENIAGA PEKAN RABU