Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 KL

Jam 12:30 tgh hari  28/4/2012


Jam 2:58 PM 28-4-2012 .. Permulaan kekecohan bermula dari seorang penyamar polis membuka halangan ke dataran merseka..



Jam 3.03 PM  bom asap pertama mengakibatkan ramai yang tercedera 


Lautan Manusia yang membanjiri KL....
Kuning kuning ..Najib Pening..


Lihat betul-betul .. kejam tak pemandu kereta polis ini



Kalau di negara lain.. Ketua Polis or SPRM kene lengsing di rakyat dah...

PLEASE SHARE OUT, THIS IS MALAYSIA POLICE!!! 28/4/2012 Kekejaman melampau.

fuhhh...Polis oh o


Real Ganasss...Puluhan Polis "Belasah" Seorang Peserta..!!



Inilah yang dikatakan Polis tidak ganas???Yang ganas peserta Bersih?? Mamat tu berdiri kat tepi saja beb,
yang polis peronda "Barua" and "Pencacai" pegi kejar,tangkap dan belasah ramai-ramai apa hal..??Kalau lu tak dapat nak control nafsu syaitan lu orang,lebih baik lu buang uniform dan jadi Gangster!!
Gua rasa kalau video nii..berlaku kat luar negara,wa pasti polis nii kantoii habis,atau rakyat negara tersebut akan merusuk gila-gila,seperti apa yang pernah terjadi di US.Tapi negara kita,polis ada kuasa penuh dan dilindungi 200% oleh pemerintah "Bangsat" dan meluat..bagi menghalang rakyat daripada bangun meyuarakan bantahan terhadap kezaliman Kera jaan BN!!




Friday, April 6, 2012

PAS lipat ganda sebar Harakah selepas dikoyak


Koyak Harakah tanda Umno takut rakyat bermaklumat


07 Apr 2012
Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah percuma mencerminkan ketakutan mereka terhadap rakyat bermaklumat.

Mereka sedar kalau rakyat membaca Harakah atau media alternatif, rakyat akan mendapat maklumat sebenar tentang sesuatu isu yang berlaku. Inilah yang ditakuti mereka.

Kerisauan mereka juga timbul kerana sedar akan tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.

Umumnya tindakan membakar mengoyak atau memboikot mana-mana akhbar dilakukan kerana berita yang terkandung di dalam akhbar tersebut. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati.

Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah juga yang ditakuti oleh mereka.

Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno-BN.

Sehubungan tindak-balas Umno yang menggalakkan itu, PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipat gandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam PRU akan datang.

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 April 2012
Harakahdaily,07 Apr 2012
KUANTAN, 7 April: Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah mencerminkan ketakutan mereka kepada rakyat yang mendapat maklumat sebenar terhadap sesuatu isu yang berlaku, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

“Inilah yang ditakuti mereka. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati,” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Usaha PAS Putrajaya untuk menyebarkan fikrah PAS melalui pengedaran Harakah secara percuma kepada penduduk di kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutaun itu mula memberikan kesan dan meresahkan Umno.

Ini menyebabkan Umno Putrajaya bertindak mengoyak Harakah di Presint 8 kelmarin.

Tuan Ibrahim menyifatkan tindakan Umno Putrajaya itu aneh dan mencerminkan ketakutan mereka terhadap tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.

“Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah yang ditakuti oleh mereka. Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno BN,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Sehubungan tindak-balas Umno itu, Tuan Ibrahim berkata PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipatgandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Putrajaya, Uzir Abdullah berkata beliau bersama petugas PAS di sana mengedarkan 1,000 hingga 1,500 akhbar Harakah setiap minggu secara percuma kepada penduduk Putrajaya.


Ia diedarkan dari rumah ke rumah untuk memberikan maklumat tambahan kepada penduduk di kota pentadbiran negara yang kebanyakannya didiami oleh kakitangan kerajaan itu.