Saturday, July 10, 2010

DEMO Natrah sebelum MERDEKA : Sejarah membuktikan dari dulu lagi Orang Melayu dan Islam menolak undang-undang penjajah


Kes Natrah: Melayu Tolak Undang Penjajah. -Dr Mohd Hashim

BY ASYOK KUMAR

NATRAH (kanan) menziarahi ahli keluarga angkatnya, Kamariah Mad Dahan sewaktu kembali ke Kemaman pada 1997.



Natrah (kanan) bersama suaminya (kiri) & ibu angkat (depan).

Orang Melayu marahkan penjajah.


'PERISTIWA Natrah' adalah lambang penentangan dan penolakan rakyat Islam Melayu terhadap perundangan penjajah yang dipaksakan ke atas penduduk di negara ini. Demikian pendapat yang dikemukakan oleh Dr Haji Mohd Hasyim atau nama samarannya Ibnu Hasyim, apabila mendapat berita Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Dr Haji Mohd pernah menulis sebuah buku sejarah '1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' terbitan GG Edar 1993 setebal 672 muka surat, antaranya menyebutkan Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy Yang Di Pertua Agung PAS ke 3, dituduh terlibat dalam ‘kes Natrah’, ditangkap oleh penjajah Inggeris pada Disember 1950, dan di tahan di Singapura. Antara tulisannya menyebutkan..

"Natrah (ada juga tulis Nadra), nama asalnya Maria Hertogh, adalah anak perempuan seorang soldadu Belanda yang ditahan tentera Jepun di Jawa Indonesia. Untuk selamatkannya, anak itu diberikan oleh ibunya kepada seorang wanita Melayu di Terengganu dari keluarga yang berada. Natrah dibesarkan di negeri Terengganu dalam masyarakat Melayu-Islam, dan akhirnya berkahwin denganpemuda Islam bernama Mansur Adabi.

Tetapi pada tahun 1950, ibubapa Natrah yang berada di Belanda meminta mahkamah Singapura kembalikan balik Natrah kepada mereka. Walaupun proses penghakiman penjajah telah menyetujuinya, namun ia ditentang oleh Jawatankuasa Bertindak Natrah yang dianggotai oleh Dr Burhanuddin. Beliau (Burhaniddin) dituduh ‘membangkitkan kemarahan orang ramai melalui tulisannya, berakibatkan rusuhan orang Islam menuntut hak secara Islam, yang akhirnya ramai terkorban di pulau tersebut.’ Setahun kemudiannya, beliau dibebaskan.
" (Sila rujuk Sejarah PAS dalam blog ini..
Saturday, April 5, 2008 'Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin')

Berita BERNAMA pula menyebutkan:

Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia

Natrah digendong oleh ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed. Gambar ini diambil sekitar tahun 50-an.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. – BERNAMA

"Sejarah membuktikan dari dulu lagi Orang Melayu dan Islam menolak undang-undang penjajah yang di bawa ke timur ini sebagai lanjutan dari Perang Salib menentang Islam, di Eropah." Kata Dr Mohd lagi sewaktu dihubungi pagi tadi. "Sehingga sekarang perjuangan tersebut masih diteruskan, walaupun kononnya kita sudah merdeka, tetapi masih mengekalkan undang-undang penjajah ciptaan Lord Ried itu. Merdeka apa?" (AK)

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com