|
Welcome to Pas Kawasan Sungai Petani
Aktiviti Masjid Persekitaran >> >> >> > Online Kuliah MABAS / PASSP LIVE / Masjid Al Muhsinin SP-Pusara Islam
Wednesday, September 29, 2010
Babri mosque: Goons cannot be allowed to take benefit
Ceramah Penerangan DUN Pantai Merdeka 7/10 & 16/10
Markaz Telok Wang
Ustaz Sidek Noor & YB Amirudin
16hb Oct 2010
Markaz Batu Lintang
Ustaz Nor Azli Musa & Cikgubard.
Semua lapisan masyarakat dijemput hadir..
Warwarkan.
Sunday, September 26, 2010
Ribut Melanda Kg Bukit Kechik
Petugas sukarelawan PAS telah mendirikan Khemah untuk menyediakan makanan untuk penduduk kampung tersebut.
Kemah telah didirikan di perkarangan Rumah MKK dan di Masjid.
Pihak kebajikan Masyarakat juga menyediakan makanan dan selimut bertempat di Dewan Risda.
Saturday, September 25, 2010
UMNO yang menjahanamkan Melayu & Islam - YB Saifuddin Nasution
Selatanonline Dotnet and 2 other friends shared a link.
Jawapan YB LIM GUAN ENG tentang tuduhan sumbangan wang judi
Pemuda Pas Pulau Pinang and Junaidah Yahya were tagged in Mohd Zan Durany's video.
Umno patut malu, mereka lulus lesen judi
|
Thursday, September 23, 2010
Doa Mahathir dan Utusan Malaysia
Doa Mahathir dan Utusan Malaysia, at 24.9.10,
Wednesday, September 22, 2010
Minyak naik Woi!.... Ada penyelarasan lagi ker?..!
Minyak naik lagi! BN pencekik dalam senyap. Kita ada hanya 2 pilihan!, at 22.9.10,
Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.
Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia? Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!
Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik." Hah... nasib ko le Labuuu....
Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!
Tuesday, September 21, 2010
Foto Nik Abdul Aziz Nik Mat - Ziarah keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati
Foto Nik Abdul Aziz Nik Mat - Ziarah keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati, at 21.9.10,
Monday, September 20, 2010
Tok Guru Lawat Keluarga Sosilawati
|
Hapuskan Semua Kumpulan Gangster, Bukan India Sahaja
Sent: Tuesday, September 21, 2010 10:38 AM
To:
Sunday, September 19, 2010
Juara program realiti TV 'Imam Muda' bersama Lim Guan Eng dan Karpal Singh!
Juara program realiti TV 'Imam Muda' bersama Lim Guan Eng dan Karpal Singh!, at 19.9.10,
Oleh: Pria Malaya
Harap penyokong fanatik Umno tidak menuduh Juara Imam Muda 2010 ini sudah 'tidak suci', kena samak (sbb sentuh org bukan Islam) dan pelbagai fitnah dan 'seranah' semata2 beliau bergambar dan berdampingan dengan pemimpin dari DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng...
Jauh dari itu, harapan semoga Saudara Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (rakan penulis) terus maju dan berjaya..jangan ditakutkan dengan ugutan dan sogokan wang demi berundur atau lari dari perjuangan..sesungguhnya rezeki datangnya dari Allah, bukan dari pihak kerajaan atau mana-mana pihak...wallahua'lam...
Thursday, September 16, 2010
Penyelarasan Subsidi; Mengapa Harga Tiket Bas Naik
Penyelarasan Subsidi; Mengapa Harga Tiket Bas Naik, at 17.9.10,
Timbalan Perdana Menteri dipetik media Perdana 16 Julai berlata penyelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan termasuk gula dan petrol yang diumumkan oleh kerajaan akan disusuli dengan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan.
Menurut Muhyidin, kenaikan harga beberapa barangan seperti gula dan petrol ekoran pengurangan subsidi masih mampu diserap oleh peniaga.
"Apa-apa tindakan yang diambil kerajaan untuk melaraskan subsidi juga dilihat tidak membebankan rakyat secara keterlaluan kerana sebahagian besar barangan yang dijual masih dikawal oleh kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu, Terengganu.
Namun 'cakap kosong' dan 'janji politik' pemimpin No;2 Umno itu kini jelas.
Setelah dua bulan berlakunya penyelarasan subsidi, ternyata kerajaan BN benar-benar mendahulukan rakyat, dengan harga hampir semua barang dan perkhidmatan yang diperluan oleh rakyat, meningkat.
Beberapa penumpang perkhidmatan bas ekspres yang ingin menuju ke beberapa destinasi tanah air sempena Aidilfitri baru-baru ini terkejut dengan kenaikan harga tiket antara lima hingga sepuluh peratus bagi setiap perjalanan.
Pengguna, Mohd Danish Fauzi,21 berkata, syarikat pengangkutan awam tersebut telah menaikkan harga tiket sebanyak RM3 berbanding harga biasa.
“Untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, harga biasa adalah antara RM33, tetapi sekarang apabila saya beli tiket untuk balik raya, ia naik kepada RM36.
“Kenaikan harga tiket dikatakan untuk menampung kos perkhidmatan, perkara ini tidak sepatutnya dibebankan kepada pengguna,” kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun itu.
Noreezah Asyikin Mohd Yehasan, 18, berkata, sebagai anak orang miskin yang terpaksa menampung kos perbelanjaan tinggi ketika belajar di pusat pengajian tinggi, kenaikan sebanyak RM3 itu amat besar bagi mereka.
“RM3 kami sudah boleh makan sepinggan nasi goreng. Jadi, bagi kami yang masih lagi belajar dan segala perbelanjaan ditanggung keluarga, jumlah itu agak besar,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian. -BO
Gambar sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah 2010M/1431H
MERIAH: Gambar sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah 2010M/1431H, at 17.9.10,
Meriah, cukup meriah!..itulah perasan yang dapat digambarkan tatkala melihat kehadiran puluhan ribu rakyat pelbagai kaum ke Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan negeri2 Pakatan Rakyat pada tahun ini!..rakyat di setiap pelusuk negeri sanggup hadir dari jauh semata-mata mahu bersama Menteri Besar dan Ketua Menterinya menyambut Aidilfitri..jelas terpancar perasaan gembira, ceria dan terharu di wajah mereka..
Apa yang menarik, sambutan kali ini menerima kunjungan yang hebat dari rakyat non-muslim...sungguh harmonis dan tenteram kehidupan mereka pelbagai kaum dan agama..tahniah diucapkan kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di 4 buah negeri, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang...kami rakyat tetap bersama anda!