Doa Mahathir dan Utusan Malaysia
'Melayu Hilang Kuasa'. Itulah sahaja modal Mahathir dan juga akhbar Penyebar Fitnah Rakyat, Utusan Malaysia untuk mengetuk tempurung kepala orang-orang Melayu Umno agar terus menyokong dan menggendong sebuah parti perkauman tertua di Malaysia sebelum rebah menyembah ke bumi.
Mimpi ngeri pemimpin Umno akan kehilangan pelukan kuasa nampaknya semakin menyiksakan dan dengan berkat doa oleh Mahathir dan juga akhbar Utusan sepertimana yang mereka paparkan besar didada akhbar mereka akan menjadi kenyataan.
Sebenarnya, yang amat mereka takutkan bukanlah hilangnya kuasa Melayu itu tetapi hilangnya kuasa mereka sendiri untuk terus menerus mengaut keuntungan negara selagi hayat masih ada.
Adakah dengan kuasa pemerintahan ditangan PAS, Melayu akan kehilangan kuasa? Bukankah PAS dipimpin, didokong dan disokong oleh orang-orang Melayu? Begitu juga bilangan orang-orang Melayu yang bersama-sama dengan PKR. Adakah orang Umno sahaja yang dikira sebagai orang Melayu?
Retorik yang senantiasa dimainkan oleh kuda tua Umno, Mahathir dan juga lidah bercabang mereka, akhbar Utusan ternyata bakal memakan diri sebagaimana isu-isu sebelum ini yang dimainkan secara berlebihan sehingga mendatangkan mual rakyat semakin menebal terhadap Umno.
Dari Blog Muslimeen United
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com