Saturday, October 9, 2010

Jamuan Ramah Mesra Bersama PAS DUN Bakar Arang.

Daftarlah sebagai pemilih!.. Undi anda penentu masa depan Negara.
Add caption

2:30PM Para hadirin telah mula memenuhi kerusi di khemah yang disediakan.Majlis akan bermula pada jam 3:00PM.

Para jemputan mengambil tempat dan menanti upacara perasmian Jamuan Mesra bersama PAS DUN Bakar Arang, Sungai Petani.

Sambil menanti majlis bermula, para hadirin sempat menyemak daftar pemilih SPR. 

Juadah disediakan mengikut Cawangan PAS yang terdapat di DUN Bakar Arang. 
Para Muslimat juga sibuk menyediakan makanan untuk tetamu muslimat.
Begitu juga di bahagian Muslimin bersedia untuk menerima tetamu yang hadir.

Juadah Raya masih disediakan walaupun Syawal telah meninggalkan kita.
Semakan sumbangan Kerajaan Kedah kepada pelajar baru ke IPTA bagi pelajar peringkat Diploma dan Ijazah.

Masyarakat bukan Islam sudah tidak rasa kekok bermesra dengan kumpulan PAS... PAS FOR ALL.

AJK Majlis Tindakan Dun (MTD) Bakar Arang

Barisan pimpinan PAS DUN Bakar Arang.
AJK  Unit Peti Undi (UPU) serta jawatankuasa pengelola Majlis Ramah Mesra. 


Petugas Muslimat dah bersedia untuk melayani para tetamu untuk menjamu selera.

Ucapan aluan dari Pengarah Majlis Tindakan DUN, Beliau merakamkan ucapan terimakasih yang tak terhingga dengan sonkongan berbagai lapisan masyarakat terhadap program PAS. Kehadiran tetamu pada hari ini dapat mengukur penerimaan masyarakat di DUN Bakar Arang terhadap PAS. Beliau juga menceritakan perkembangan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mana kaum bukan Islam tidak merasa kekok dengan orang2 PAS.





Kehadiran Muslimat amat mengalakan.





Doa dibaca menandakan program jamuan bermula. Doa dibacakan oleh Ust Othman Che Mee


Sumbangan kepada waris pelajar IPTA


Sempat juga Pengarah MTD beramah mesra dengan pengunjung yang bukan Islam




Walaupun sumbangan tak seberapa tapi yang penting ada hubungan yang baik antara semua kaum.






Dato' Johari Abdul MP Sungai Petani sempat juga berucap sepatah dua kata.


Wow ramai sungguh anak anak yang hadir.. merekalah yang menambah kecerian majlis Ramah Mesra ini.


Masih ada lagi duit raya ...ramainya adik2


Lemang dan rendang adalah salah satu menu tumpuan ....

Para Ustaz juga berkesempatan beramah mesra dan bergurau bersama..

Pendaftaran sebagai Pemilih berjalan sambil menjamu selera.
Veteran pimpinan PAS juga tidak dilupakan.. Dato' Hj Mohd Muslim
Ketua Kampung dan MKK turut serta memeriahkan suahsana - MKK Taman Delima En Ismail adalah tuan rumah untuk Majlis pada kali ini.


Majlis ini dapat mempertemukan dan mengeratkan hubungan MKK dan Ketua UPU di DUN Bakar Arang.
Ahli Majis Perbandaran Sungai Petani juga hadir memberi sokongan.


Tuan S'Usaha PAS Kawasan Sungai Petani En Rosli Darus.
Para petugas mula berehat selepas bertungkus lumus melayani tetamu yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com