Monday, June 13, 2011

Isu yang harus di baca dan di fahami




Moga terus berkibar


Telah lebih seminggu berakhirnya muktamar PAS yang berlangsung di Taman Melewar. Seminggu lebih jugalah media2 berat sebelah UMNO memainkan pelbagai isu yang berkait dengan keputusan muktamar yang lalu. Geram dan meluat dengan isu2 yang dimanipulasikan dan dikelirukan membuatkan aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku dapati dan fahami dari muktamar yang lalu.

Sebelum kita terus kepada isu2 yang di bangkitkan mari kita lihat perbezaan suasana muktamar PAS dengan Mesyuarat Agung UMNO. Kita tengok tempat pun cukup lah. Dengan tengok tempat berlangsungnya muktamar pun kita sudah dapat tahu perbelanjaan wang untuk menjayakan muktamar tersebut. Selidik pula UMNO di mana tempatnya. Kalau nak dibandingkan perbelanjaan dari sudut persediaan tempat ternyata PAS tewas di situ. Tapi persoalannya dari mana datangnya dana tersebut? UMNO.. Sudah pasti mereka menggunakan wang kerajaan yang mereka anggap duit kerajaan adalah duit UMNO sendiri. PAS.. hanya mampu menggunakan duit parti yang juga tempat simpanannya adalah didalam kocek ahli sendiri. Ini baru kita tengok tempat berlangsungnya program. Belum kita tengok tempat perwakilan menginap. Umno.. Perwakilan di sediakan hotel yang selesa. PAS.. Pandai2 la perwakilan sendiri. Kalau takde duit. Kat dalam kereta pun jadi la.

Mari kita tengok isu2 yang dimainkan selepas muktamar berakhir. Pertamanya persoalan perubahan pucuk pimpinan. Kalau kita tengok sebelum muktamar berlangsung media2 UMNO sibuk mencanang bahawa gandingan ulama’ antara Tn Guru Hj Hadi dan Ustaz Nasa adalah satu gandingan yang sangat mantap. Apa tanda di situ? Mereka sangat takut andai Mat Sabu pemidato yang vokal dalam isu2 negara dari memenangi jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya apa yang ditakuti UMNO menjadi kenyataan apabila keputusan pemilihan muktamirin memihak kepada pimpinan yang diistilahkan pimpinan perang di angkat menjadi pimpinan. Bila berlaku perkara ini mereka mula mencanang tentang isu kepimpinan ulama’ disisihkan pula.

Kita kena faham bahawa hiraki kepimpinan PAS tidak sama dengan UMNO. Kalau dalam UMNO ulama’ di letak di bawah biro agama semata2. Tapi jauh berbeza di dalam PAS. Ulama’ telah di letakkan khas di tempat tersendiri. Setiap keputusan yang ingin diputuskan akan di syurakan di majlis syura yang sememangnya terdiri dari ulama’. Penegerusi Majlis Syura ataupun dikenali Mursyidul Am PAS selaku penasihat tertinggi pula adalah merupakan seorang ulama’ haraki yang di segani kawan mahupun lawan iaitu Tn Guru Nik Aziz Nik Mat. So kat sini kita boleh lihat ulama’ tetap diletakkan di hiraki tertinggi dalam pembuat keputusan2 akhir yang melibatkan pergerakan parti.

Timbul pula isu golongan professional. Ini pun aku tak faham. Dulu ketika PAS di dokongi kebanyakan dari golongan ulama’ UMNO mengatakan Gerakan Islam berbentuk parti ini adalah JUMUD kerana hanya didokongi oleh golongan berkopiah. Namun kini, Setelah fikrah PAS berkembang dari sekolah pondok ke bilik bedah, ke bengkel kereta, ke makmal sains, ke meja akauntan, ke cerun batuan, ke meja jurutera dan ke setiap ceruk minda professional masyarakat maka mereka kecoh pula tentang ulama’ di sisihkan. Memprofessionalkan ulama’ dan mengulama’kan professional. Usaha yang sangat menarik yang berjaya dilaksanakan oleh PAS. Jika dahulu Ulama’ hanya pandai mengajar kitab kuning di pondok2. Tapi kini telah berubah. Begitu banyak ulama’ yang begitu hebat dari sudut organisasi dan skill interpersonal. Golongan professional pula kini sudah mampu untuk ke hadapan memberi ceramah memetik ayat2 quran dan hadith di dalam ceramah mereka.

Seterusnya isu merubah dasar parti. Sebelum cakap banyak aku cadangkan UMNO pergi baca dulu dasar PAS dan bandingkan dengan dasar diorang. Di mana islam itu diletakkan dalam kedua dasar parti tersebut? Dari negara islam ke negara kebajikan. Isu dasar yang dimainkan oleh media UMNO. Sebelum tu kita perlu memahami tentang negara islam terlebih dahulu. Kalau diikutkan sememangnya istilah negara islam dalam islam sememangnya tidak wujud. Yang ada adalah wilayah islam ataupun Darul Islam. Dalam usaha menghalau penjajah lah yang memangkinkan munculnya istilah negara islam yang ditambah lagi dengan tercetusnya Revolusi Iran.

Jenama dan pengisian. Istilah seterusnya yang perlu kita beri perhatian. Antara kedua jenama dan pengisian ini mana yang lebih penting? Kita melihat negara kita telahpun dijenamakan sebagai negara islam namun di mana letaknya pengsianya dari segala aspek? Dalam membentuk sesuatu ada 2 method yang kita boleh pilih. Kita analogikan dengan perbuatan ingin menunjukkan air milo kepada kawan kita. Pilihan pertama kita mengambil mug milo percuma dan mengatakan ini adalah air milo.(walaupun di dalamnya mungkin hanya air bio aura je.) Pilihan kedua adalah kita buat dahulu air milo itu di dalam mug nescafe. Kita tunjukkan kepada kawan kita. Ini adalah airi milo. Bila sampai satu masa yang sesuai kita tuangkan ke dalam mug milo yang tersedia. Hakikatnya ianya masih terisi dengan air milo bukan?

Pandangan aku yang kerdil di gelanggang siasah ini merasakan pilihan kedua ini yang cuba dilakukan oleh pimpinan PAS. Substance nya masih sama cuma jenamanya berubah atas dasar kedinamikan jemaah itu sendiri. Prinsipnya masih sama cuma perlaksanaannya sedikit diharmonikan dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain. Memetik kata2 Ustaz Asri di webnya.

“Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam”

Begitu juga kata2 Tn Guru Hj Hadi..

“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Inlah yang terjadi di Malaysia. Meletakkan jenama Negara Islam sebagai satu jenama sempena rakyatnya yang majoritinya adalah umat islam. Namun kita selidiki di mana perlaksanaannya di medan masyarakat? Islam itu hanya diletakkan sebagai nama semata2.


PAS kini menerima sokongan bukan ISLAM

Negara kebajikan adalah satu istilah yang menjadi titik temu antara PAS PKR dan DAP. Dalam memacu perubahan di Malaysia titik temu seperti ini amat penting. Namun harus diingat prinsip dan dasar utama masih kekal. Semoga suatu masa nanti air milo di dalam mug nescafe ini mampu di tuang ke dalam mug milo.

Cukup sekadar ini sedikit ulasan aku di atas isu2 yang berlegar di media berat sebelah BN kini. Mereka memanipulasi kenyataan dan cuba mengelirukan masyarakat bahawa PAS telah mengubah prinsipnya. Perlu jelas disini bahawa prinsipnya masih kekal hanya penjenamaan yang berubah seperti yang telah aku nyatakan di atas. Semoga sedikit ulasan ini mampu memperjelas fikrah korang dan terutamanya juga kepada aku yang bersama dengan Jemaah Islam PAS ini.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com