Wednesday, December 14, 2011

Blogger dan Aktivis Maya Umno Kedah sertai PAS



BLOGGER dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.





Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat.

Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.



Sumber: [Lidah Rakyat]

ReJaM "Tembelang Papagomo bakal dibongkarkan oleh anak murid dia?"


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/blogger-dan-aktivis-maya-umno-kedah.html#ixzz1gaHPlho0

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com