Wednesday, December 14, 2011

SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN NFC WAJIB BERUNDUR!!!


Tahniah YAB Menteri Besar Kedah kini bergelar Dato’ Seri DiRaja




YAB Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menerima anugerah Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Dihormati (S.H.M.S) yang membawa gelaran Dato’ Seri DiRaja dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah.



PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana ‘lebih bersalah’ dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat.

“... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin yang kini merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Gesaan agar Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan semakin meningkat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas apa-apa termasuk saranan Dr Mahathir Jumaat lalu.

'Lembu umno' sudah gila tahap gaban!

Pada ketika penceramah Pakatan Rakyat daripada PAS sedang menyampaikan ceramah, seorang pendokong umno memasang pembesar suara dan menjadi 'ahli panel tak diundang' menjawab pelbagai isu yang sedang disampaikan penceramah Pakatan.
Tindakan 'ahli panel tak diundang' melalak dan terjerit-jerit seolah-olah telah diserang sawan babi. Sudah hilang nilai kesopanan dan kesusilaan. Memalukan bangsa dan agama. Memang 'lembu'lembu' umno ni dah jadi gila tahap gaban!
Mari sama-sama kita tonton aksi 'panel tak diundang' menjawab dan mengganggu ceramah PAS yang diadakan bersebelahan di DUN Bukit Baru, Melaka. 



Awas di bahagian akhir video: Bunyi kanak-kanak ketawa terbahak-bahak.

Betullah kata orang tua-tua... apabila seseorang itu telah menghampiri waktu senja kehidupan, ia akan kembali ke zaman kanak-kanak kecil yang belum cukup umur dan seterusnya akan melalui fasa zaman bayi baru lahir...  Umno memasuki fasa 'main tahi'... di mana-mana, sekarang kita dapat melihat, itulah standard orang umno sebelum umno menemui ajalnya. Dan bangganya kita kerana umno yang kununnya memperjuangkan 'melayu' ini, sedang disiksa untuk dibunuh oleh puak-puak mandeliar. Tengok di Pulau Pinang, dan kini di Melaka...

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com