:: DARI TANAH MELAYU KE PENUBUHAN MALAYSIA ::
Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, dan setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar; Eropah dan Asia, namun banyak usaha dan formula yang harus dicapai untuk penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.
§ Ternyata, kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan, melalui rundingan meja bulat tidak seperti negara jajahan lain.§ Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka. Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam pembentukkan Malaysia kemudiannya.
§ Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat yang telah bertambah akibat pertambahan populasi penduduk. Selain itu pelbagai lagi rentetan dan peristiwa yang terdiri dari faktor politik, sosial dan ekonomi.
:: USUL PENYATUAN NEGERI-NEGERI ::
§ Idea penyatuan negeri-negeri di serantau Malaya telah timbul berkali-kali dalam sejarah. Keinginan itu telah timbul sejak pemerintahan British.
§ Paling awal gagasan penyatuan ini dapat dilihat dari cadangan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.§ Kemudian, paling serius pada tahun 1932, British berjaya menguasai 9 buah negeri serta Sarawak dan Borneo British. Rasionalnya, ini akan memudahkan pentadbiran tanah jajahan mereka.
§ Pada tahun 1955, David Marshall mencadangkan penyatuan Singapura dan Malaya yang juga disuarakan oleh Ghazali Shafie [1954], Tan Cheng Lock [1955]. Dan, pada tahun 1959 Lee Kwan Yew mencadangkan usul penggabungan Singapura dan Malaya. Akhirnya, cadangan yang konkrit datang dari Tunku Abdul Rahman, dalam persidangan UMNO 1955. Tunku menyatakan kesediannya untuk menerima Singapura, Serawak, Brunei dan Borneo Utara British.
§ Namun, cadangan ini menimbulkan reaksi sokongan ataupun tentangan dari pelbagai pihak.
:: STATUS POLITIK NEGERI-NEGERI DALAM USUL ::
Lima buah negeri yang bercadang untuk bergabung ialah
Brunei
Borneo Utara British [Sabah ]
Sarawak
Singapura
Persekutuan Tanah Melayu
§ Selama hampir 2 tahun, usaha terhadap rundingan penggabungan ini yang menempuhi cabaran, rintangan dan kekeliruan bukan sahaja dikalangan pemimpin malah di peringkat rakyat.Brunei
Borneo Utara British [Sabah ]
Sarawak
Singapura
Persekutuan Tanah Melayu
§ Di antara 5 negeri-negeri itu, hanyalah Persekutuan Tanah Melayu yang bebas merdeka. Singapura pada ketika itu statusnya masih berstatus koloni, sementara Sarawak, Borneo Utara dan Brunei masih dalam naungan penjajahan British.
§ Jadi 4 buah negeri itu belum merdeka, dan kemasukkannya ke dalam Malaysia membolehkan negeri-negeri itu mendapatkan kebebasan dari kuasa kerajaan British.
§ Perkara ‘ bebas melalui percantuman‘ ini menjadi satu faktor umum yang dianggap pendorong negeri-negeri bakal anggota itu menyertai Malaysia.
:: DORONGAN UNTUK PENUBUHAN MALAYSIA ::
§ ‘Bebas melalui percantuman’ inilah yang menjadi pendorong bagi semua negeri untuk merdeka. Hal ini telah disebut berkali-kali oleh beberapa pihak di Britain dan pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara.
§ Tunku sendiri kerap menekankan peluang kemerdekaan dan bukan soal pengembangan wilayah bagi kepentingan Kuala Lumpur.§ Di Singapura, Singapore People’s Alliance berkata bahawa cara terbaik untuk merdeka ialah melalui penyertaan dalam Malaysia.
§ Tunku juga sanggup bersabar dengan perihal politik dalaman Singapura, dan menyelesaikan masalah-masalah dalaman tersebut.
§ Tunku menolak sebarang fahaman berunsurkan komunisme, dan mahukan Singapura benar-benar sanggup bersikap Malaysian.
§ Satu sebab dorongan penubuhan Malaysia ialah untuk memupuk persefahaman serantau, dan melahirkan satu bangsa yang kaya warisan kebudayaannya. Dengan ini ia akan membentuk identiti yang tersendiri.
§ Kerana itulah, Tunku menekankan Malaysia dalam lingkungan kelima-lima buah negeri bukan mendahulukan kepentingan Singapura.
§ Satu sebab lagi ialah mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan serantau. Pengekalan majoriti penduduk berketurunan Melayu dan sukukaum pribumi dapat menjamin keamanan dan kestabilan serantau.
§ Faktor yang lain ialah mengenai soal keselamatan, keamanan dan kestabilan politik serantau. Pada ketika itu pengaruh Komunis kian menular. Inggeris berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat membendung rebakan semangat komunisme di Singapura, Serawak dan Brunei.
§ Kebimbangan ini sangat dirasai oleh British kerana kepentingan pelaburan dan kepentingan ekonomi mereka di timur.
§Faktor ekonomi juga menjadi pendorong penubuhan Malaysia. Ringkasnya, Singapura dengan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan pelancongannya, Brunei dengan hasil minyaknya, Sabah dan Serawak dengan hasil hutan sementara Malaysia dengan hasil galian dan pertaniannya.
RINGKASAN NOTA
POLITIK
Mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah
Membanteras ancaman komunis, lalu mengekalkan keamnan dan kestabilan politikMempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah
Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan
EKONOMI
Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota
Kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik [ ancaman komunis ]
SOSIAL
Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya
:: REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA ::
Komitmen Tunku Abdul Rahman dan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu menimbulkan pelbagai reaksi dan positif .Dalam negeri-negeri anggota terdapat keputusan atau ulasan yang sering berubah-ubah, dan kadangkala mengelirukan.
1. Singapura
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui cadangan yang diusulkan. Bagaimanapun, ramai sangsi dengan ketelusan dan keutuhan Malaysia. Pada awalnya memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan sehingga menyebabkan kekalahan part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2 pilihanraya kecil di Singapura. Sungguhpun begitu Lee Kwan Yu masih tetap dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui cadangan yang diusulkan. Bagaimanapun, ramai sangsi dengan ketelusan dan keutuhan Malaysia. Pada awalnya memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan sehingga menyebabkan kekalahan part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2 pilihanraya kecil di Singapura. Sungguhpun begitu Lee Kwan Yu masih tetap dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.
2. Brunei
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya juga tentangan antara beberapa pihak samada pro ataupun kontra terhadap usul penubuhan tersebut.
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya juga tentangan antara beberapa pihak samada pro ataupun kontra terhadap usul penubuhan tersebut.
3. Sabah dan Serawak
Penyertaan Sabah dan Serawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan British. Mereka juga percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah diatasi secara bersama dalam satu pemerintahan yang baru.
Penyertaan Sabah dan Serawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan British. Mereka juga percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah diatasi secara bersama dalam satu pemerintahan yang baru.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak khuatir kepada ‘Malayan domination’. Orang-orang bukan Melayu khususnya, takut didiskriminasikan atau tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan ini timbul kerana kuasa politik dipercayai akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.
4. Persekutuan Tanah Melayu
Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat. Pemimpin-pemimpin sering menimbangkan untung ruginya jika penubuhan Malaysia ini dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga pemimpin-pemimpin yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia]
Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat. Pemimpin-pemimpin sering menimbangkan untung ruginya jika penubuhan Malaysia ini dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga pemimpin-pemimpin yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia]
5.Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara dasarnya Britain menyerahkan kembali tanah jajahan yang mereka niliki ke asalnya. Namun, mereka masih mempunyai kepentingan ataupun keuntungan dari segi pelaburan ekonomi mereka.
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara dasarnya Britain menyerahkan kembali tanah jajahan yang mereka niliki ke asalnya. Namun, mereka masih mempunyai kepentingan ataupun keuntungan dari segi pelaburan ekonomi mereka.
Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang melambatkan proses penubuhan. Justeru itu, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat rakyat dan kerjasama British sehingga Malaysia lahir.
:: KAJIAN KE ATAS PENUBUHAN MALAYSIA ::
Tunku melakukan kunjungan muhibbah ke Sabah dan Serawak [1961], tujuannya ialah supaya Tunku dapat meyakinkan kepada rakyat Sabah dan Serawak terhadap gagasan penubuhan Malaysia. Tunku juga berjaya mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum ini.
Pada pertengahan 1961 juga, Tunku melakukan kunjungan ke Brunei atas tujuan yang sama. Ekoran daripada itu, Sultan Brunei menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.
àPada Ogos 1961 satu rundingan telah dibuat antara Malaysia dan Singapura. Antara persetujuan yang dicapai ialah Singapura mendapat kuasa autonomi dalam hal-hal pendidikan dan buruh. Kerajaan pusat akan bertanggungjawab atas soal pertahanan , hubungan luar dan keselamatan dalam negeri.
Pada Julai 1962, Tunku dan beberapa orang penting dari Malaysia melakukan satu lagi rundingan di London. Antara perkara yang tidak disenangi oleh Tunku ialah perlaksanaan Malaysia dalam 2 peringkat yang mengambil masa tempoh selama 5 tahun. Pada kali ini, rombongan Tunku mengalami cabaran besar untuk meyakinkan pihak Britain tentang usul mereka. Pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold mengemas laporan untuk disiarkan secara rasmi pada 1 Ogos 1962
Pada Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold telah dilancarkan. Ia dipimpin oleh Lord Cobbold dengan empat anggota lain [ 2 British dan 2 rakyat Malaysia] meninjau pendapat rakyat Sabah dan Serawak. Lebih 70 peratus penduduk dua buah negeri itu bersetuju. Seterusnya mereka memperakukan supaya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.
Malaysia tanpa Brunei
Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan baginda tidak dipenuhi.
Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan baginda tidak dipenuhi.
Malaysia dan tentangan luar
Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Indonesia cuba menghalang pembentukkannya dan terus memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir.
Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Indonesia cuba menghalang pembentukkannya dan terus memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir.
Filipina pula mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagiannya daripada milik negerinya. Jadi pembentukkan Malaysia yang memasukkan Sabah ke dalam Persekutuan baru itu akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sungguhpun majoriti rakyat Sabah menyokong penubuhan Malaysia, Filipina terus membantah lalu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya.
Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno, menumumkan dasar Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’ . Penubuhan Malaysia didakwa akan menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya. Dasar ini telah memuncak dengan keganasan, yang melancarkan serangan di sekitar sempadan Sabah dan Serawak. Sukarno juga menghantar gerilanya mendarat di pantai barat Johor untuk mengintip.
Pada tahun 1965, Parti Komunis Indonesia gagal dalam usahanya merampas kuasa di Indonesia, dan Sukarno berjaya digulingkan. Seterusnya Sukarno digantikan dengan Jeneral Suharto. Rundingan damai berjaya dicapai dan ditandatangani pada bulan Ogos, 1966.
:: PENGUNDURAN SINGAPURA DARI MALAYSIA ::
Pelbagai masalah dalaman timbul di Singapura hingga minat Singapura untuk kekal dalam Malaysia tidak kekal.2 tahun selepas pembentukkan Malaysia mengalami polarisasi kaum yang berbahaya, antara pelampau-pelampau Cina Singapura dan pelampau-pelampau Melayu, yang mengancam toleransi hubungan Melayu-Cina secara menyeluruh.
Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam suasana pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964. Keretakan ini timbul apabila Singapura mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
Keretakan ini berpanjangan dan berbagai usaha penyelesaian dilakukan berkali-kali. Akhirnya pada 7 Ogos 1965 Tunku dan Lee Kwan Yu menandatangani perjanjian perpisahan. Pada 9 Ogos 1965 parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan. Dengan itu Singapura keluar daripada malaysia dan menubuhkan republik.
:: KONKLUSI ::
Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya tidak mempunyai tahap-tahap yang lama seperti ditempuh dalam mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua atau tiga tahun sebelum penubuhan yang menimbulkan reaksi penentangan, konflik antara negeri dan kesemuanya ini adalah perkara-perkara mustahak untuk difahami.
Peristiwa – peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan selepas hasrat penubuhan malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul Rahman, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Rujukan:
1. Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayuim A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
2. Nazaruddin M. Jali, Nazami Kuntum dan Ismail Rashid, 1996. Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia, [Edisi Baru], Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.3. Noordin Sopiee, 1974, From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com