Wednesday, March 6, 2013

Bangkai ikan paus terdampar di Pantai Merdeka

Bangkai ikan paus terdampar di Pantai Merdeka
 
Penemuan bangkai seekor ikan paus dipercayai spesis yu paus, dianggarkan seberat satu tan dan berukuran lima meter panjang, menggemparkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan perkelahan Pantai Merdeka, dekat Sungai Petani kelmarin.
  
Ikan paus itu dipercayai berenang dari Lautan Hindi seterusnya memasuki kawasan Laut Andaman, sebelum tersesat dan terperangkap di Selat Melaka.
  
Seorang nelayan yang enggan dikenali berkata kehadiran ikan paus itu mula dilihat terapung di perairan berkenaan kira-kira 4 petang kelmarin, sebelum ditemui terdampar di pesisiran pantai beberapa jam kemudian.
  
"Pada mulanya saya terlihat objek besar seperti longgokan sampah di tepi pantai namun setelah dihampiri, ia adalah bangkai seekor ikan," katanya.
  
Penemuan mengejutkan itu merupakan kejadian ketiga melibatkan penemuan bangkai haiwan marin gergasi selepas berlaku tsunami pada 26 Disember 2004, yang mana pada 18 September 2006, seekor penyu besar ditemui penduduk Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda.
  
Pada 10 Februari 2011, bangkai seekor ikan paus dari spesis bryde's whale, dianggarkan seberat 4,000 kilogram (kg) dan ukuran panjang 12 meter, ditemui di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda.
   

- Bernama
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com