Memasang bendera salah
Pada
Jun 2001 saya telah dibawa ke Kamunting sebagai tahanan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal
dan bercerita panjang dengan tahanan-tahanan dari kumpulan Al-Maunah.
Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya.
Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit Jenalik pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5 tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke Bukit Jenalik - tempat perkhemahan kumpulan Al-Maunah - satu kumpulan silat.
Ketika kejadian ini berlaku dunia masih ini belum melihat blog, twitter atau facebook. Hanya ada laman Mahazalim dan Malaysiakini. Laman-laman ini, terutama Laman Mahazalim telah ‘menembak' kisah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya versi United Malays National Organisation.
Lawak seram Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata lima tan boleh dimasukkan ke dalam Pajero dalam masa 15 minit. Najib Razak yang ketika itu menteri pertahanan bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya.
Maka sandiwara ‘rompakan' ini diulang pementasan sekali lagi di kem askar di Kuala Lumpur untuk disaksikan oleh media. Sandiwara kentut kerbau ini sebenarnya dipentaskan kerana Orang Melayu pada ketika itu telah turun ke jalan raya untuk menyingkirkan Mahathir keturunan Iskandar Kutty.
Rompakan di Sauk ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Orang Melayu agar jangan berani turun berdemo. Hujahnya amat senang - jika Orang Melayu turun berdemo maka akan berlaku kacau bilau. Ada kumpulan-kumpulan sulit yang akan ambil kesempatan untuk menambah kacau. Justeru, kumpulan silat Melayu bernama Al-Maunah dijadikan mangsa - dituduh hendak melawan Yang di-Pertuan Agong.
Dari perbincangan saya dengan ahli Al-Maunah dalam kem Kamunting semuanya menerima hakikat bahawa mereka telah diperangkap untuk datang ke Sauk. Ada yang dipanggil kerana ada program ceramah agama. Ada yang dipanggil kerana hendak buat latihan silat.
Ada yang dipanggil untuk jumpa-jumpa. Tidak timbul hal rompakan senjata. Tidak timbul agenda nak lawan Yang di-Pertuan Agong. Jelas Kes Al-Maunah ini adalah sandiwara Mahathir keturunan Iskandar Kutty.
Al-Maunah ini kes terbaru. Saya mahu membawa pembaca kepada ke Zaman Konfrantasi: 1963-1965. Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan, Tunku telah memberitahu dia bagaimana pegawai tentera British telah meminta soldadu Malaysia mengebom kapal HMS Eagel yang sedang berlabuh di Selat Melaka. Tulisan Said ini telah disahkan oleh Yap Chin Kwee Setiausaha Politik, Tunku Abdul Rahman.
Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk menyalahkan Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku maka Malaysia boleh mengistiharkan perang terhadap Indonesia. Dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.
Dalam istilah politik kes Bukit Jenalik dan HMS Eagel ini dipanggil ‘memasang bendera salah'. Konsep ini bermula kerana lanun dalam laut sering menggunakan bendera kapal orang lain ketika menjalankan rompakan. Dalam kes Bukit Jenalik bendera itu adalah bendera Al-Maunah. Dengan satu perancangan licik Orang Melayu dan rakyat Malaysia telah ditakut-takutkan dengan kemungkinan berlakunya kacau bilau.
HMS Eagel gagal diletupkan kerana Tunku menolak rancangan jahat ini. Tetapi dalam surah strategi ‘memasang bendera salah' ini dunia tidak akan melupakan kes Telok Tonkin. Telok Tonkin menjadi contoh terbaik sebagai rujukan dan kajian memasang bendera salah.
Pada 2 Ogos 1964 dunia telah gempar dengan berita bagaimana kapal perang Amerika USS Maddox yang berlabuh di Telok Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun pagi terperanjat melihat induk berita akhbar - Amerika diserang. Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negera sekecil Vietnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dalam dunia.
Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara elit politik Amerika telah meluluskan: Gulf of Tonkin Resolution. Dengan lulusnya ketetapan ini maka Amerika telah menghalalkan diri untuk memerangi Vietnam Utara. Hari ini kajian fakta telah membuktikan bahawa TIDAK ada serangan ke atas USS Maddox pada 2 Ogos 1964. Apa yang berlaku hanyalah satu sandiwara.
Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan kerana pada ketika saya menulis ini, ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad Datu. Bendera Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya, media antarabangsa tidak diibenarkan untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazeera telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia ibarat cendawan - disimpan dalam gelap dan dibajai tahi lembu.
Mengikut laporan awal bendera yang tercacak di Lahad Datu ini bersangkutan dengan Yazid Sufaat yang baru kena tahan dibawah undang-undang ISA Baru. Apa sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja. Pada awalnya umum telah diberitahu ada 100 gerila lengkap bersenjata telah mendarat di Lahad Datu. Tetapi tidak diketahui pula dari busut jantan mana Sang Gerila ini datang. Tetiba, beberapa hari kemudian laporan mula beralih.
Jumlah 100 kini menjadi 40 orang. Ke mana 60 orang lagi menikus walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah. Sang Gerila hanya datang dengan penggali dan cangkul.Setelah beberapa hari, muncul pula berita yang melaporkan Sang Gerila ini ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut laporan - sesudah bertemu dengan ‘personaliti ‘ ini Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti yang ingin ditemui ini?
Apakah Sang Gerila ini hendak berjumpa Ziana? Atau personaliti yang dimaksudkan ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.
Terakhir media memaparkan gambar Hishammuddin Hussein meneropong dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu yang sedang tercacak. Perangai meneropong dari jauh telah menjadi tabiat menteri dalam negeri semenjak dia diberi teropong untuk melihat cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu.
Apakah teropong ini hadiah hari jadi dari Ziana atau dari adik Ziana. Ini masih tidak jelas.
Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar Filipina - jumlah gerila ini bukan 40 orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Filipina memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan senjata moden. Gerila ini datang untuk mengancam.
Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan memasang bendera ini? Siapa di belakang bendera ini?
Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja Sabah tentang kad pengenalan palsu sedang bersidang di Kota Kinabalu. Kita juga wajib menyedari bagaimana ‘kilang undi haram dari Sabah' kini telah runtuh.
Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira serangan Mahathir keturunan Iskandar Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.
Setelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah baik untuk Najib. Bendera ini amat cemerlang untuk United Malays National Organsiation. Pada tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini. Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk memasang bendera ini akan meraih keuntungan.
Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek untuk dijadikan sebab musabab oleh Najib untuk menggantung pemilihan di Sabah. Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin dalam tahun 1982.
Pada 1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United Malays National Organisation memasang bendera salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah melompat-lompat berdemo di Kota Bahru. Akhirnya Dewan Undangan Negeri Kelantan di gantung dan Parti Pas tersingkir.
Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga minggu. Dalam laporan Bernama pada 24 Februari yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi' memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini bodoh?
Apakah Najib sudah nyanyuk? Biji durian akan mengeluarkan hasil setelah lima tahun ditanam. Padi boleh dituai setelah tiga bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah empat bulan ditanam.
Mustahil ‘transformasi' ini akan memperlihatkan hasil dalam masa dua bulan. Sesuatu dasar akan dilihat ketrampilan dan kejayaan dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih lama. Rancangan Felda yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya berhasil 15 tahun kemudian.
Justeru soalan wajib ditanyakan: Apakah salah pasang bendera di Lahad Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika pilihan raya Sabah ditangguhkan maka Najib dapat menyelamatkan diri. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak
semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com