Wednesday, March 6, 2013

Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi' memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini bodoh?

SHARE THIS STORY


-
CARTOONKINI
Memasang bendera salah
 
Pada Jun 2001 saya telah dibawa ke Kamunting sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal dan bercerita panjang dengan tahanan-tahanan dari kumpulan Al-Maunah. Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya.

Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit Jenalik pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5 tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke Bukit Jenalik - tempat perkhemahan kumpulan Al-Maunah - satu kumpulan silat.

Ketika kejadian ini berlaku dunia masih ini belum melihat blog, twitter atau facebook. Hanya ada laman Mahazalim dan Malaysiakini. Laman-laman ini, terutama Laman Mahazalim telah ‘menembak' kisah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya versi United Malays National Organisation.

Lawak seram Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata lima tan boleh dimasukkan ke dalam Pajero dalam masa 15 minit. Najib Razak yang ketika itu menteri pertahanan bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya.

Maka sandiwara ‘rompakan' ini diulang pementasan sekali lagi di kem askar di Kuala Lumpur untuk disaksikan oleh media. Sandiwara kentut kerbau ini sebenarnya dipentaskan kerana Orang Melayu pada ketika itu telah turun ke jalan raya untuk menyingkirkan Mahathir keturunan Iskandar Kutty.

Rompakan di Sauk ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Orang Melayu agar jangan berani turun berdemo. Hujahnya amat senang - jika Orang Melayu turun berdemo maka akan berlaku kacau bilau. Ada kumpulan-kumpulan sulit yang akan ambil kesempatan untuk menambah kacau. Justeru, kumpulan silat Melayu bernama Al-Maunah dijadikan mangsa - dituduh hendak melawan Yang di-Pertuan Agong.

Dari perbincangan saya dengan ahli Al-Maunah dalam kem Kamunting semuanya menerima hakikat bahawa mereka telah diperangkap untuk datang ke Sauk. Ada yang dipanggil kerana ada program ceramah agama. Ada yang dipanggil kerana hendak buat latihan silat.

Ada yang dipanggil untuk jumpa-jumpa. Tidak timbul hal rompakan senjata. Tidak timbul agenda nak lawan Yang di-Pertuan Agong. Jelas Kes Al-Maunah ini adalah sandiwara Mahathir keturunan Iskandar Kutty.

Al-Maunah ini kes terbaru. Saya mahu membawa pembaca kepada ke Zaman Konfrantasi: 1963-1965. Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan, Tunku telah memberitahu dia bagaimana pegawai tentera British telah meminta soldadu Malaysia mengebom kapal HMS Eagel yang sedang berlabuh di Selat Melaka. Tulisan Said ini telah disahkan oleh Yap Chin Kwee Setiausaha Politik, Tunku Abdul Rahman.

Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk menyalahkan Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku maka Malaysia boleh mengistiharkan perang terhadap Indonesia. Dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.

Dalam istilah politik kes Bukit Jenalik dan HMS Eagel ini dipanggil ‘memasang bendera salah'. Konsep ini bermula kerana lanun dalam laut sering menggunakan bendera kapal orang lain ketika menjalankan rompakan. Dalam kes Bukit Jenalik bendera itu adalah bendera Al-Maunah. Dengan satu perancangan licik Orang Melayu dan rakyat Malaysia telah ditakut-takutkan dengan kemungkinan berlakunya kacau bilau.

HMS Eagel gagal diletupkan kerana Tunku menolak rancangan jahat ini. Tetapi dalam surah strategi ‘memasang bendera salah' ini dunia tidak akan melupakan kes Telok Tonkin. Telok Tonkin menjadi contoh terbaik sebagai rujukan dan kajian memasang bendera salah.

Pada 2 Ogos 1964 dunia telah gempar dengan berita bagaimana kapal perang Amerika USS Maddox yang berlabuh di Telok Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun pagi terperanjat melihat induk berita akhbar - Amerika diserang. Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negera sekecil Vietnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dalam dunia.

Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara elit politik Amerika telah meluluskan: Gulf of Tonkin Resolution. Dengan lulusnya ketetapan ini maka Amerika telah menghalalkan diri untuk memerangi Vietnam Utara. Hari ini kajian fakta telah membuktikan bahawa TIDAK ada serangan ke atas USS Maddox pada 2 Ogos 1964. Apa yang berlaku hanyalah satu sandiwara.

Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan kerana pada ketika saya menulis ini, ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad Datu. Bendera Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya, media antarabangsa tidak diibenarkan untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazeera telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia ibarat cendawan - disimpan dalam gelap dan dibajai tahi lembu.

Mengikut laporan awal bendera yang tercacak di Lahad Datu ini bersangkutan dengan Yazid Sufaat yang baru kena tahan dibawah undang-undang ISA Baru. Apa sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja. Pada awalnya umum telah diberitahu ada 100 gerila lengkap bersenjata telah mendarat di Lahad Datu. Tetapi tidak diketahui pula dari busut jantan mana Sang Gerila ini datang. Tetiba, beberapa hari kemudian laporan mula beralih.

Jumlah 100 kini menjadi 40 orang. Ke mana 60 orang lagi menikus walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah. Sang Gerila hanya datang dengan penggali dan cangkul.Setelah beberapa hari, muncul pula berita yang melaporkan Sang Gerila ini ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut laporan - sesudah bertemu dengan ‘personaliti ‘ ini Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti yang ingin ditemui ini?

Apakah Sang Gerila ini hendak berjumpa Ziana? Atau personaliti yang dimaksudkan ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.

Terakhir media memaparkan gambar Hishammuddin Hussein meneropong dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu yang sedang tercacak. Perangai meneropong dari jauh telah menjadi tabiat menteri dalam negeri semenjak dia diberi teropong untuk melihat cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu.

Apakah teropong ini hadiah hari jadi dari Ziana atau dari adik Ziana. Ini masih tidak jelas.

Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar Filipina - jumlah gerila ini bukan 40 orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Filipina memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan senjata moden. Gerila ini datang untuk mengancam.

Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan memasang bendera ini? Siapa di belakang bendera ini?

Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja Sabah tentang kad pengenalan palsu sedang bersidang di Kota Kinabalu. Kita juga wajib menyedari bagaimana ‘kilang undi haram dari Sabah' kini telah runtuh.

Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira serangan Mahathir keturunan Iskandar Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.

Setelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah baik untuk Najib. Bendera ini amat cemerlang untuk United Malays National Organsiation. Pada tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini. Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk memasang bendera ini akan meraih keuntungan.

Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek untuk dijadikan sebab musabab oleh Najib untuk menggantung pemilihan di Sabah. Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin dalam tahun 1982.
Pada 1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United Malays National Organisation memasang bendera salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah melompat-lompat berdemo di Kota Bahru. Akhirnya Dewan Undangan Negeri Kelantan di gantung dan Parti Pas tersingkir.

Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga minggu. Dalam laporan Bernama pada 24 Februari yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi' memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini bodoh?
Apakah Najib sudah nyanyuk? Biji durian akan mengeluarkan hasil setelah lima tahun ditanam. Padi boleh dituai setelah tiga bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah empat bulan ditanam.

Mustahil ‘transformasi' ini akan memperlihatkan hasil dalam masa dua bulan. Sesuatu dasar akan dilihat ketrampilan dan kejayaan dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih lama. Rancangan Felda yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya berhasil 15 tahun kemudian.

Justeru soalan wajib ditanyakan: Apakah salah pasang bendera di Lahad Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika pilihan raya Sabah ditangguhkan maka Najib dapat menyelamatkan diri. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Bekas Panglima Tentera darat Malaysia - HOT


 
Bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein berpendapat pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

NONEKatanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

"Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini saya tak fikir ia berlaku.

"Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.

"Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Beliau yang bersara pada 2002, bagaimanapun menjelaskan bahawa pendangannya itu mungkin berbeza sekiranya melihat sendiri keadaan di lapangan.

Bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Pakistan itu hari ini mengumumkan menyertai PKR dan menyokong Pakatan Rakyat secara rasmi.

NONESementara itu para MP Pakatan Rakyat hari ini mengulangi gesaan mereka agar satu sidang Parlimen khas diadakan untuk membincangkan pencerobohan Lahad Datu.

MP Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong, berkata amalan demokrasi menetapkan soal keselamatan dan soal hubungan luar negara diputuskan secara dwipartisan.

"Sebagai ahli parlimen, kami mahu diberi peluang memahami latar belakang isu ini.

"Isu ini mewajarkan satu sidang khas parlimen diadakan," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang media sebelumnya.

NONETurut hadir dalam sidang media itu ialah ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini juga mengulangi gesaan agar Putrajaya menyebarkan lebih banyak maklumat berkenaan insiden itu seperti yang dilakukan Manila.

"Dalam beberapa hari yang pertama, kita dapat lebih banyak maklumat daripada Manila berbanding Malaysia," katanya.

Tambahnya, kerajaan sekurang-kurangnya perlu mengadakan satu sidang meja bulat secara tertutup dengan Pakatan Rakyat.

Thursday, January 24, 2013

Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2?


PAS Sarawak kecam Ibrahim Ali


Anak muda penentu PR ke Putrajaya- Dr Abu Hassan
Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 hour ago
KUALA LUMPUR : Golongan muda akan menjadi penentu kejayaan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya, kata Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah. Beliau berkata, meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 belum diumumkan, namun momentum sokongan golongan muda pada masa ini lebih menyebelahi PR. “Banyak isu yang berlegar berkaitan dengan anak muda menjadi topik hangat, daripada tuntutan pendidikan percuma, hapus PTPTN dan AUKU. Oleh sebab itu PR dilihat dekat dengan mereka. “Golongan ini sebenarnya akan memberikan kesan memandangkan mereka tidak mengundi berdasarkan kepopu... more »

Kantoi!! 4 Menteri Gagal Ujian SPRM, Di Nasihat Elak Bertanding PRU13

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 hour ago
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang. Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.Difahamkan, perkembangan te... more »

[Edisi Kejam & Zalim] Saksi Dakwa Lihat Polis, Samseng Belasah Lelaki Bergari Hingga Mati

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 hour ago
Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini. Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui. Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi. Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk. Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30... more »

Panas ! 5 Ketua Cawangan Umno Mengamuk, Tutup Bilik Gerakan..!!!

Muslimeen-United at Muslimeen United - 22 hours ago
*Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup* SEBAHAGIAN besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Kali ini rakyat kena cerdik jangan percaya lagi janji-janji BN yang puluhan tahun yang mengarut, mereka lebih mementingkan kroni dan perut dari rakyat. Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU1... more »

Selamat menyambut Maulidul Rasul: Mari kita ikut Nabi

Muslimeen-United at Muslimeen United - 22 hours ago
*PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Firman Allah SWT yang bermaksud : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah i... more »

UMCEDEL: Integriti & Salahgunakuasa BN Akan Beri Kesan Buruk Dalam PRU

Muslimeen-United at Muslimeen United - 22 hours ago
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN. "Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin... more »

Debat Nizar vs Zambry: Gagal dalam berjaya

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
Debat Darul Ridzuan di antara Nizar dan juga Zambry, sepertimana yang diketahui ramai bahawa Zambry telah menyatakan ketidaksanggupannya untuk hadir kerana tidak sama taraf di antara mereka. Ini dinyatakan Zambry melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 23 Januari 2013. Bukan melalui jawapan kepada surat rasmi yang dihantar Pakatan Rakyat Perak ke pejabat Umno Negeri tempohari. Maka, debat ini tidak jadi walaupun penganjur masih meneruskan program sepertimana yang dirancang tanpa kehadiran Zambry dan Exconya. Gagal Program debat yang diadakan di Hotel Excelsior... more »

[VIDEO] Bekas Jenderal Dedah Kementerian Pertahanan Beli Senjata Secara Rasuah

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah). Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu. Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir. Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut. Men... more »

Usaha ketepi Najib dari kepimpinan Umno macam 'real' nampaknya

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
Terperanjat juga saya mendengar ‘rumors’ yang berkisar hebat di kalangan UMNO yang Najib sudah sampai masa untuk diketepikan untuk menyelamatkan UMNO dari dihumbankan oleh rakyat dalam pilihanraya ini. Malahan isu ini telah pun ditulis oleh beberapa pihak dalam 'cyber space' yang usaha untuk memaksa Najib meninggalkan jawatan atau membuangnya mengikut saluran parti sedang berjalan rancak. Ada penafian dibuat di kalangan UMNO tetapi penafian di kalangan UMNO itu selalunya adalah cara untuk mengiyakan apa yang dikhabarkan itu adalah perkara benar. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim mena... more »

Memalukan!! Kunjungan Najib ke Gaza dikecam Presiden Palestine..

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
Kesian kat Najib dan pencacai-pencacainya.. tak sampai 24 jam pencacai-pencacai UMNO berbangga dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Gaza.. Laporan mengenai kunjungan Najib ditolak oleh Presiden Palestine dan dikecam oleh beliau pula dikeluarkan oleh pegawai berita WAFA. Laporan tersebut telah dipetik dan disiarkan oleh media milik Israel iaitu Israel Nation News dan juga VIVA.co Indonesia. Israel Nation News Ini apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.. GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presi... more »

100K Sambut Muhyiddin Di Melaka Malam Tadi?

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
Beginilah suasana sambutan yang diberikan oleh rakyat Melaka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM dalam satu majlis anjuran UMNO/BN dinamakan MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT 1MALAYSIA GELOMBANG BIRU NEGERI MELAKA..walaupun diadakan cabutan bertuah. LOKASI: KAWASAN PARKIR KOMPLEKS PKNM, AYER KEROH, MELAKA. PAKAIAN: KORPORAT BN Dengan hampir semua guru dipaksa hadir termasuk kakitangan kerajaan, serta disediakan pengangkutan percuma, makan minum disediakan tetapi begini juga sambutan yang diberikan. MAKNANYA...TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU UMNO TAHAN DENGAN PROGRAM GELOMBANG BIR... more »

Gambar Petanda Umno BN Bakal Berkubur PRU 13..

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
Cuba anda perhatikan betul-betul baju yang di pakai ali rustam, muhyiddin Addin tak perasan. Ali rustam pakai baju BN di majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan. Gambar ni di rakamkan di smk tun hj. abdul malek, cheng. Amat terdesak umno bn, duit rakyat dikatakan duit mereka. Inilah candu pilihanraya.. bagi RM100 untuk tempoh 5 tahun. Anda cuba bahagikan ler.. berapa yang kita dapat. Projek membodohkan rakyat menjelang pru13.. Baca berita berkaitan di sini.

Perbuatan Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur amat memalukan

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
[image: Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur] Dalam satu majlis pertunjukan fesyen di mana Kavita Kaur menjadi salah sorang modelnya, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah telah turut menjadi tetamu. Melihat kepada kelaku Sharafuddin Idris Shah, timbul beberapa persoalan dihati saya. Lihat dulu turutan gambar yang dipaparkan dan kemudiannya saya amat berharap Mufti Selangor dapat menjawab beberapa soalan *saya di sini*. [image: Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur] [image: Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur]... more »

TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
Kota Bharu: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam. ”Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada. “Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap. “Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat... more »

NASHA Terus Cabar PAS - Iringi Najib di Gaza

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menggulung usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin menerusi kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza bermula 14 November lalu.mk Kahkahkah! Kesian terpaksa menebalkan muka demi menunjukkan diri sebagai penyokong Islamis. Sedangkan dalam dunia sebenar mereka m... more »

'Mansang ngelaban': PAS gempur Kota Samarahan

Muslimeen-United at Muslimeen United - 1 day ago
** *(Mansang ngelaban...jerit penyokong Pakatan Rakyat Sarawak)* *KOTA SAMARAHAN:* Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekali lagi menggempur Parlimen Kota Samarahan Sarawak kelmarin di dalam misinya menyampaikan mesej penerangan di samping menyalurkan maklumat terkini kepada umum. PAS Kawasan Kota Samarahan selaku penganjur utama “Program Kebangkitan Rakyat Sarawak” itu telah berjaya mendapat perhatian dan sokongan yang jitu daripada penduduk di Samarahan. Dua (2) program utama yang diadakan telah mendapat sambutan luar jangka daripada penduduk setempat terutamanya golongan muda di kawas... more »

BERITA GEMPAR ! BUMI KELANTAN (DARATAN) ADA TELAGA MINYAK...PATUT UMNO GILA NAK TAWAN KELANTAN..!!! (+video)

Muslimeen-United at Muslimeen United - 2 days ago
** * *Menurut sesetengah pihak juga sumber info dari Petronas Negeri Kelantan ( DARATAN ) mempunyai Minyak mentah. Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan menulis surat kepada Petronas untuk membuat kajian seismik sendiri terhadap kemungkinan itu. Kerajaan Kelantan percaya kemungkinan wujudnya telaga minyak di daratan negeri itu yang membolehkannya mendapat hak milik royalti 100 peratus untuk diagihkan kepada rakyat. Exco Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pihaknya mendapat maklumat Petronas sudah pun membuat kajian seismik membuktikan Kelantan mempunyai telaga simpanan minyak di... more »

Terbaikkkk : Koleksi Gambar Gambar Ustaz Azhar Idrus [UAI]

Muslimeen-United at Muslimeen United - 2 days ago
Adakah anda Like PAS..ujar UAI UAI bersama anak manjanya Uai Bersama Gurunya UAI bersaantai bersama warga kota Fuiyoooo..UAI..Ikon Baru Anak Muda..Koleksi dan klik lagi berita menarik di sini Nukilan Abu Luqman

Thursday, October 18, 2012