Wednesday, October 20, 2010

Siapa Raja Bersiong ?..Majistret? Lawyer?..Ahli Musik..!!!

Siapa Raja Bersiong ?..Majistret? Lawyer?..Ahli Musik..!!!


'Raja Bersiong' lakonan Ahmad Mahmud dan Sarimah pernah difilemkan pada 1968 dan di bawah teraju utama, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul


Kota Aur di Gubir, Kedah dipercayai milik Raja Bersiong

Pokok yang tumbuh dalam bangunan istana.

sumber foto; BeritaHairan

Kasihan nasib warisan sejarah Kedah ini..sebenarnya Kedah menyimpan "raja segala raja" rahsia betapa Bangsa Melayu amat gemilang suatu masa ketika dahulu..namun semuanya hancur akibat dari ketamakan kuasa,rasuah dan kepentingan diri sendiri serta kroni oleh pemerintah-pemerintah kecil yang diberi amanah untuk menjaga negeri dan juga daerah..
Dari apa yan ditulis didalam artikel Berita Hairan mengenai kisah Raja Bersiaong ini iaitu ;-

Catatan Hikayat Merong Mahawangsa dan Sastera Rakyat Negeri Kedah menyatakan ia kisah legenda dan tiada sesiapa yang dapat membuktikan dengan tepat atau mempunyai bukti fizikal peristiwa itu memang berlaku.

Namun begitu sekiranya terdapat usaha yang agresif dan aktif untuk mengorek rahsia yang sekian lama tersembunyi..amat pasti segala kebenaran dan kemusykilan selama ini yang bermain disetiap fikiran rakyat Malaysia khususnya Bangsa Melayu akan terlerai..

Disini sedikit info dari SejarahNagaraKedah.blogspot mengenai "Raja Bersiong"..

"Raja Kubang Pasu ketika itu bernama Paduka Sri Sultan Sulaiman ."
"Ayahandanya ialah Paduka Seri Per Abu,Sultan Nara Wanara(Kelantan dan Terengganu) yang berkahwin dengan keturunan Batak dari Sumatera"
"Tengku Sulaiman telah membunuh seorang demi seorang tentera Cina Manchu (anggaran 10 orang) lalu memasak dan memakan daging mereka"

info lanjut kat sini; http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/raja-bersiong-berahman-indera-dan-balai.html

Serba sedikit petikan dari blog tersebut..seandainya info ini diperhalusi dan dikaji sudah tentu Hikayat Raja Bersiong ini sudah tentu akan menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai..dan bukanya seperti apa yang dapat kita lihat gambar diatas..terbiar dan tidak mendapat perhatian pihak yang bertangungjawab..




Gambar-gambar ekskavasi terkini di Sg Batu, Lembah Bujang, Merbok Kedah

Kerja-kerja di jalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Sama-sama kita saksikan (klik untuk besarkan imej),

Tuanku Nai Long Kasim, Waris Mutlak Yang Di Pertuan Kedah bersama Tuanku Nai Long Jaafar turut hadir untuk melihat kesan-kesan sejarah yang diekskavasi. Dihadapan beliau adalah ketinggian aras yang telah ditimbus. Lihat pokok kelapa sawit yang lebih tinggi dari pohon yang lain.
Terkini,inilah yang ditemui terkambus sedalam 1-2 meter..
Lihat tebing pada kiri dan kanan gambar atas dan bawah, ia membukit pada ketinggian 1 meter seperti dikambus. Kawasan ini hari ini adalah ladang kelapa sawit.
POSTED BY ANAIANAI


PENINGGALAN SEJARAH DI SG MERBOK

Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang lebih 1 km di sesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal layar yang besar di zaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan Tanjung Dawai di utaranya.
Sekiranya kita memudik sungai ini dari kuala ke hulu sungai, di kanan kita adalah Kuala Muda sementara di kiri ialah Lembah Bujang. Memang ada pun nama kampung seperti Kg Pengkalan Bujang dan Kg Segantang Garam di kiri sungai ini. Di kanan pula terletak Kg Sungai Layar tempat membaiki kapal layar zaman dahulu. Nama-nama ini sudah pasti ada kaitan dengan aktiviti perniagaan masyarakat setempat ketika itu. Oleh sebab itu nama-nama lain seperti Sg. JagongSg. TukangSg. LayarSg. Pasir dll disekitarSungai PetaniTelok BayuBendang Rajakolam Duli merupakan kawasan perdagangan di raja pada zaman dahulu. Di kawasan Sungai Merbokinilah terdapat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan terutama sekali dikawasan yang di panggil Istana Pulau Tiga.
Peninggalan sejarah disini kami boleh bahagikan kepada tiga iaitu,
1) Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
2) Peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu untuk membuat arang dan batu bata
3) Peninggalan kubu tentera British
Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
Terdapat 3 buah pulau kecil dalam Sungai Merbok, iaitu Pulau satuPulau dua dan Pulau Tiga. Pulau tiga turut juga dikenali sebagai Pulau Kunyit. Pulau-pulau ini walau pun hari ini dikelilingi oleh pokok bakau akan tetapi tanah dibahagian tengahnya kejap dan rata, sesuai untuk didirikan bangunan.

Menghampiri Pulau Tiga. Walaupun berpaya bakau disekelilingnya, dibahagian tengah nya mempunyai tanah dan batu yang kukuh.

Pak Saad menceritakan semula sejarah, setakat yang diketahuinya. Tanah yang didudukinya berhampiran Sg Merbok dikatakan milik raja, raja mana tak pasti pulak.
Menurut seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampiran, berusia 73 tahun iaitu Pak Saad terdapat sebuah istana yang didirikan di atas air berhampiran dengan Pulau Tiga. Sewaktu air surut kesan-kesan batu-bata istana ini boleh dilihat didalam air. Istana ini telah dirobohkan sekitar tahun 1876-1881 sewaktu negeri Kedah dijajah oleh tentera Thai. Malah tanah kampung yang mana Pak Saad mendirikan tanah diklasifikasikan sebagai tanah milik raja, bermula dari jambatan Sembeling hingga ke Laguna Merbok.

Alor Sungai Tukang telah pun ditutup untuk membina kawasan perumahanBandar Laguna Merbok. Sungai Tukang adalah tempat di mana kapal-kapal layar zaman dahulu berlabuh untuk dibaiki.
Di dalam buku sejarah Mahawangsa terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ada menyebut bahawa Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah bersemayam di Istana Pulau Tiga sewaktu melarikan diri dari tentera thai dahulu. Kalau dicari istana ini hari ini, sememangnya tidak akan dijumpai lagi. Ia telah lama dimusnahkan oleh tentera penjajah di zaman dahulu dan serpihannya dibuang  ke dalam air. Bumi bertuah ini sejak zaman dahulu tidak pernah dilanda gempa bumi, untuk merobohkan binaan ini semua. Sekiranya ada, pasti serpihannya dapat dilihat oleh kita hari ini. Begitu juga candi di Lembah Bujang yang sengaja ditimbus untuk menutup sejarah bangsa.
Di riwayatkan bahawa Istana Pulau Tiga adalah sebuah istana lama yang dibina semenjak zaman Iskandar Zulkarnain lagi. Malah dikatakan juga pembinaan istana di Mandalay oleh Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I adalah mengambil kira saiz dan rekabentuk bangunan tersebut. Hari ini, kesahihannya sudah pasti tidak dapat dipastikan lagi. Dari segi keupayaan masyarakat setempat sememangnya ada keranaBorobodur yang jauh lebih besar pun mampu didirikan di Pulau Jawa. Yang tinggal hanyalah dinding-dinding kotanya sebagai bukti untuk generasi kita hari ini.

Ini adalah gambar Istana Ananda Paagan bermaksud ‘Anakanda bawa wang’ yang tersergam di MandalayMyanmar (Burma) hari ini. Di riwayatkan bahawa Raja Mandalika (Mandalay adalah sempena nama baginda) Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I (di Ayuthia) melihat contoh Istana di Pulau Tiga untuk membina istana ini di sana. Raja Mandalika inilah dimana namanya terpahat pada Batu Bersurat Terengganu. Adakah Pagaan @ Bagan di Bagan (Serai), Pulau Pinang mempunyai persamaan?

Duit dinar matahari yang dikatakan pernah dijumpai di Pulau Tigadisamping serpihan pinggan mangkuk China. Duit dari ‘cowries’ iaitu sejenis siput turut pernah digunakan di Siam. Dengan itulah penduduk di Utara menyebut kupang untuk sen hinggalah ke hari ini.

Tambak Bunga seperti yang ditunjukkan oleh Saudara Yusuf merupakan tambakan pejal yang kini ditumbuhi pokok jenis Acasia. Di hadapan inilah dikatakan terletaknya Istana Pulau Tiga terapung diatas permukaan air. Pada tambakan ini perahu akan terus bertemu dengan tanah pejal bukannya paya pokok bakau. Ada kemungkinan juga istana tersebut serpihannya berada didalam air sungai (dibuang kesitu) akan tetapi lokasi sebenarnya adalah diatas darat.
Di samping itu terdapat tambak yang ditanam dengan pokok-pokok bunga sebagai backdrop kepada istana tersebut. Hingga sekarang tambak yang rapat ke gigi air ini masih lagi dikenali sebagai Tambak Bunga.
Tidak jauh di seberang Sungai Merbok terdapat kolam-kolam ikan peliharaan yang dinamakan Kolam Duli. Nama seperti Kolam DuliTambak Bungatelah kami perolehi melalui wasiat dan kami tidak menyebutnya kepada Saudara Yusuf Saad yang membawa kami mudik Sungai Merbok. Beliau sendiri yang menyebutnya dan menunjukkan kepada kami kawasannya.
Namun begitu kesan-kesan di atas daratan masih lagi jelas kelihatan di antaranya dinding kota istana Pulau Tiga. Batu bata yang digunakan adalah jenis lebar dan leper sepertimana bata-bata candi di Lembah Bujang dan juga binaan pintu gerbang Kota Kuala Muda (Lembah Bujang hanya 15 min sekiranya berkereta).
Walau bagaimana pun rekabentuk binaannya pula tidak pula seperti rekabentuk candi yang dijumpai dengan begitu banyak sekali di Lembah Bujang ini. Kota ini ada tanda-tanda dirobohkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti diterbalikkan dsbnya. Yang anehnya kenapa kewujudan kota ini tidak dihebahkan? Adakah kerana rekabentuknya yang lain dari rekabentuk candi lembah bujang (walaupun bahannya sama) akan menyebabkan ‘contradict’ dengan maklumat sedia ada yang mengatakan candi adalah untuk penganut agama Hindu?
Gok untuk membakar Kayu Arang dan Bata
Gok adalah merupakan tempat membuat kayu arang menggunakan kayu-kayu bakau yang banyak kedapatan di pesisiran Sungai Merbok. Kawasan Sungai Petani ini tanahnya berbukit-bukit dan sesuai untuk mendirikan bangunan yang lebih tinggi berbanding Alor Setar dimana tanahnya berlumpur.
Sekiranya baru dikorek, tanah disekitar ini kelihatan merah seperti luka kerana baru dikorek. Tanah yang berwarna hitam hampir tidak ada di kawasan ini. Dengan peninggalan sejarah sedia ada, adakah kawasan ini, Tanah Merah atau‘the red earth land’ yang dimaksudkan dalam penulisan sejarah zaman dahulu itu? Cukup untuk kita renungkan seketika.

Pintu masuk ke Gok jelas mempunyai rekabentuk Siam Parsi. Mungkin ini adalah ikutan dari rekabentuk pintu masuk ke Istana Pulau Tiga yang masih ada lagi sewaktu Gok ini dibina dahulu.
Gok ini didirikan sekitar tahun 1850an sahaja memandangkan bata yang digunakan adalah sepertimana saiz bata pada hari ini. Dari jumlah Gok yang berbelas-belas terdapat disini kami yakin ada satu industri membuat arang yang luas di kawasan ini disamping juga untuk membuat batu-bata. Apakah kegunaan arang ini sebenarnya disamping untuk membuat dapur arangmembakar kemian, atau menggerakkan kapal steam yang kekurangan arang batu di satu ketika dahulu? Walau apa pun, industri sebegini yang kami kira besar di zaman dahulu pasti dimiliki oleh pembesar di zaman dahulu.
Memandangkan Sungai Merbok ini luas dengan air yang tenang ia mudah dimudiki oleh kapal-kapal di zaman dahulu apatah lagi kapal-kapal layar yang mengutip barang-barang dagangan. Yang pasti, Sungai Merbok menyimpan seribu misteri sejarah negara berlatarbelakangkan Gunong Jerai yang juga mempunyai kisah yang tersendiri.
Pengusaha dari keturunan China dikawasan ini sudah pun meninggal dunia dan keturunannya yang masih ada tidak lagi ingin meneruskan kerjaya tersebut, lalu Gok ini dibiarkan/ditinggalkan begitu sahaja. Walaubagaimanapun usia Gok ini sudah pasti telah menjangkaui lebih 150 tahun.
Peninggalan kubu tentera British
Objektif kami bukannya mencari kubu tentera Inggeris. Akan tetapi di atas maklumat yang kami dapat, kami turun padang mencari setiap tinggalan sejarah yang ada kaitan dengan pengkajian kami. Di kawasan ini terdapat banyak tinggalan kubu-kubu tinggalan tentera Inggeris teutama sekali di sekitar kawasan peninggalan istana Pulau Tiga. Kubu-kubu ini mungkin didirikan mungkin seawal tahun 1900 ke atas sahaja. Terdapat juga bilik-bilik pegawai yang membawa dari satu ruang ke satu ruang yang lain.
Terletak di bawah tanah, ia didirikan dengan binaan bata moden dan di plaster dengan simen sebagai kemasan akhir. Terdapat ‘Cubicle’ untuk tentera berlindung dari serangan. Kami sertakan gambar-gambarnya.



Nama tempat dalam bahasa siam.

Jump to Comments
Kalau nama-nama tempat di Kedah sudah tentu perlu dirujuk dari bahasa Siam. Nama Raja Kedah yang terawal pun daripada bahasa Siam. Bah kan masyarakat Melayu yang bertutur dalam bahasa Siam masih wujud di beberapa tempat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Ada pengkaji yang menggelarkan mereka ini sebagai etnik Sam Sam.
Mungkin ada yang tidak sedap hati dan memohon nama tempatnya ditukar, seperti Kg Mani (mai sini) minta ditukar kepada Kg Manis, Sungai Ma (sungai anjing) ditukar kepada sungai Mas. Pendekatan Linguistik dapat menjelaskan hal-hal tersebut. Berikut nama-nama yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu daripada mereka yang arif dan fasih dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai).
Merong Maha Wangsa- Naga pembesar bangsa Harimau
Jitra-Berhenti rehat
Pendang- senapang berbunyi (ada mengatakan Pendang adalah dari perkataan pendiat, namun ia masih kurang tepat)
Sik-empat
Nami – muka beruang
Changloon – gajah jatuh (gajah duduk)
Gurun – gerun, ngeri
Tajar – Pengkalan gergasi
Jerai /Che rai - nama apa?
Kokbah – pulau gila
Kokdiang – pulau merah
Chenang – nama puteri
Arau – kami
Perlis - bedak
Kangar -betis patah
Tobiar - heboh maklumkan
Ayuthiya, (Ayuthiya di Thailand dan Ayodhiya di India) – istana
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah 1060 Hijrah didapati banyak kata pinjaman dari bahasa Siam seperti:
Kweng – pegawai
Raja Tui Yangkam Yukbad – Raja yang derhaka enggan serah kuasa
Ka – Bunuh
Menura – kesenian
Yang pertamanya kita harus ingat jatidiri kita. Jangan cepat melatah dengan nama-nama tempat yang pelik-pelik ni. Setiap nama tu pasti ada sejarah. Namun banyak sejarah bangsa dan tanah air kita dipadam oleh pihak penjajah. Umpamanya pada tahun 1821 tentera Thailand dinasti Chakri (bukan Siam dinasti Ayuthiya) membakar habis habisan naskah-naskah Hikayat Merong Mahawangsa kerana hikayat itu mendakwa Kedah yang mengasas Benua Siam (Ayuthiya 1350M-1767M).
Antara faktor lainnya menurut orang tua-tua ialah wujudnya ancaman bunuh daripada pihak penjajah jika ada orang kita yang berbicara soal sejarah Melayu. Objektif kekangan yang diatur penjajah ternyata berkesan apabila hari ini ramai yang tidak kenal sejarah tempat sendiri. Berapa ramai tau wilayah Setul/Satun dulu hak Kedah?.
Kedah pernah digelar negeri Saiburi (Bangsa Pelayaran). Di Thailand orang masih memanggil Kedah sebagai Meang Sai (Saiburi). Menariknya sungai Saiburi terletak di Thailand, bahkan jauh, nun di sana utara lagi dariCangwat/Wilayah Patani. Sejarawan pun pernah mengatakan Kedah dahulunya lebih luas dari yang ada sekarang hingga ke perbatasan Beruas. Kemungkinan besar juga raja-raja dan rakyat jelata Kedah dulu bertutur dalam bahasa Siam sebelum datangnya pengaruh bahasa Melayu.
Ikut cerita orang tua-tua Sultan Badlisyah pun berbahasa Siam ketika menziarahi adik-beradiknya di Mukim Tajar. Perlu diingat di sini, bahasa Siam di Kedah sangat berbeza dengan bahasa Thai sekarang. Mungkin di situ kita boleh beza dan bertemu kembali dengan bahasa tok nek kita….
Nama-nama tempat semacam bahasa Siam di sini dulu saya cuba terjemah daripada orang tua-tua. Mereka bagitau, saya salin ja. Betul kah tidak Wallahuaklam… sekadar tinjau-tinjau… Orang terdahulu berpesan “Nya Pein Kiat Jou Tai Keperok” (Jangan jadi Katak di bawah tempurung).
Naka – bendang lengkuas
Nako Nambua – bendang rumpun padi air mata air
Nawa – bendang keriang
Kuala Muda (Mua Dat) – himpun belerang
Kethon – jeram
Tekai & Tokai – saudagar
Sik – empat
Padang Sanai (Ser nai) – tentera dalam negeri
Tanjung Dawai (Than Wai) – pertahanan awal
Choras – mashyur bersemanyam
Palantik – bawa pindah tempat
Jit Niang – berhenti diam
Bedong – riuh rendah
Kokhap – minta lauk
Kurong Hitam – Kreang Hitam (lopak air tempa besi)
Burma (sekarang ditukar kepada Myanmar) – puak pendatang
Derga – yang hukum pancung
Pengkalan Kakap – saya menyanyi/berzanji
Baling (Banling) – kampung kera
Siung – empat ekor Dekan/Panda?
Maha Podiset – pembesar lelaki terbaik
Ban Nai – Kampung dalam/ kampung penghulu
Bedor – riuh di sana
Kampar – langkah hutan
Beruas – puak kaya
Lenggong – turun duit
Gangga - persisiran perniagaan
Kangsar – tepi harimau/tentera/laksamana




No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com