Friday, July 29, 2011

MASIH INGATKAH ANDA MASTERMIND INI?


PAS akan membongkar penyelewengan SPR berkaitan daftar pemilih yang bercelaru. Pakar-pakar IT PAS dengan peralatan sistem yang canggih sedang mengumpulkan bukti-bukti sebanyak mungkin. Pendedahan itu akan dilakukan dalam seminggu dua ini.

Bukan sekadar membongkar, yang paling wajar ialah menyaman pihak berkenaan sekiranya PAS dapat mengenalpasti mastermind yang memanipulasikan daftar pemilih. Sejak PRU11, kita didedahkan dengan fakta-fakta yang menunjukkan ada pihak yang bermain kotor. Kita tidak lupa bagaimana peratus pertambahan pengundi di Terengganu mencecah ke angka yang paling tinggi dalam sejarah negara.

Alasan SPR ialah pengundi bertambah mendadak kerana kecenderung rakyat Terengganu untuk menumbangkan kerajaan PAS yang memerintah ketika itu. Apakah justifikasi yang sama akan digunakan oleh SPR apabila peratus pengundi juga sedang meningkat tinggi di Selangor dan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekarang?

Satu persoalan timbul; mengapa mantan MB Terengganu merangkap mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu diangkat menjadi Pengarah Pilihanraya UMNO pada 2010? Apakah keistimewaan Idris Jusoh sehingga dipilih oleh PM Najib untuk menduduki kerusi yang amat penting itu?

Siapakah Idris Jusoh? Apakah kepakarannya? Pertama, menyekat royalti petroleum Terengganu untuk digantikan dengan Wang Ehsan. Kedua, menggerakkan Gelombang Biru. Gelombang Biru itu disosokkan kepada satu kebangkitan rakyat yang kononnya marah dengan pemerintahan PAS di Terengganu.
Sebenarnya, Idris Jusoh tahu apakah Gelombang Biru sebenarnya. Beliau tahu bagaimana dan mengapa peratus pengundi meningkat mendadak di Terengganu; satu peningkatan yang tak masuk akal. (Sila rujuk kembali data dan perbandingan yang terkandung dalam post-mortem PRU11). Gelombang Biru sebenarnya ialah gelombang pengundi hantu sepertimana yang cuba diaplikasikan di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan Perak sekarang.

Sekarang Pakatan Rakyat bukan sahaja perlu bongkar, yang penting ialah mengumpulkan bukti penglibatan para konspirator sama ada mereka berada di SPR, JPN atau di dalam UMNO itu sendiri. Perbuatan memanipulasi dan menipu dalam hal ehwal pilihanraya adalah satu jenayah besar. Sebuah kerajaan haram boleh terbentuk dan sebuah kerajaan yang sah boleh tersungkur kerana bahana kerja-kerja terkutuk ini.

Kalau Bersih 2.0 boleh direalisasikan dalam keadaan ancaman polis yang begitu tinggi, rakyat tidak lagi akan duduk bersila apabila ditipu dan dikhianati dalam kes jatuh bangun sebuah negeri. Rakyat hanya menunggu kata; kami bangkit serentak menuntut para konspirator politik kotor dibawa kemuka pengadilan. Sama ada mereka itu Perdana Menteri, pegawai SPR atau JPN; kami bangkit menuntut keadilan. Keadilan mesti disempurnakan.

AntiKarat,
27 JUlai 2011.

SIAPAKAH YANG MENDEDAHKAN DOKUMEN KASTAM?


Jahat sungguh manusia yang buat mulut terhadap FLOM
( First Liability Of Malaysia). Tak habis-habis buat fitnah. Baiknya diri yang kena fitnah sehingga tak mahu layan lagi persoalan itu. Masa sekarang lebih baik bantu rakyat. Rakyat perlu bantuan dan pembelaan. Terutamanya dekat-dekat pilihanraya ini. Dua tiga bulan ini rakyat jadi kelaparan sangat secara tetiba. Kesian! Kesian! Dia orang ini tak habis-habis nak main politik fitnah. Kesian kat rakyat yang berbaris panjang nak bersalam tu.

Inilah masanya rakyat akan jeling-jeling permata di jari ini. Taklah mahal sangat. RM24 juta sahaja. Duit simpan sejak dalam perut emak. Queen tak mampu beli ni. Sekadar gaun kuning yang tak berapa sen tu bolehlah. Geram betul aku. Merah padam muka suamiku. Jagalah kau. Kau ingat kau sahaja boleh pakai kuning? Aku dalam punya lebih kuninglah dari you. Ori lagi.
FLOM, orang kata dokumen kastam dah ada di internet. Sialan betullah. Macam mana boleh bocor macam ni. Tak serik-seriklah mereka ni. Kan dah ada seorang mati jatuh bangunan. Tak nak insaf lagi? Tapi, soal-siasat tak akan di buat di tingkat tinggi lagi. Ah, itu tak jadi masalah. C4 kan masih banyak di dalam stor. Baik aku jadikan batu jampi daripada meletup sendiri.

“Kita akan bantu rakyat bukan kerana pilihanraya. Bantu rakyat ni memang dah kerja kita tak kira masa. Kita akan lahirkan modal-modal insan yang akan menjadi permata kepada negara kita apabila mereka dewasa nanti.” Ah, permata lagi. Terkejut beruk FLOM sambil menyembunyikan ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ di balik selendang merah. Rakyat tersenyum, di belakang menyumpah. Kerana cincin sebentuk, tak pasal-pasal aku dikerah.

"Rakyat Perlu Tahu Sekarang...... Taming Sari Di Tangan Jebat."

AntiKarat,
29 Julai 2011


Truth That Cannot Be Covered – Bersih 2.0


Only after we cried, we felt the pain, we will treasure our life. For those who want to cover the truth, we hope you can feel the weight of life, and listen to the voice from bottom of our heart. We don’t want any tragedy, and so we believe you are. -

Thanks for the support and the love guys. This video wasn’t make for blaming or cursing. I believe all who loves malaysia will understand why we share this video.

  • We join Bersih 2.0 for one reason, a fair and clean election.
  • We record everything and present some truth that people need to know.
  • We are not from any party, or any politics.
  • We only hope a better future for our country.

Please help to spread if you believe what we believe, about justice, and democracy.

  • We hope Dear PM, Home Minister, Inspector-General of Police can see this.
  • We hope they can feel how their citizen feel.
  • We hope of justice, a better future.
  • We love Malaysia.

Jenis Gas Pemedih Mata Yang Digunakan FRU

Menurut Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, FRU menggunakan 2 jenis gas pemedih mata. FRU menggunakan kanister model 560 CS yang dikeluarkan oleh Federal Laboratories dan kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc.

Beliau berkata, kedua-dua model kanister berkenaan iaitu dari Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.

Sehubungan dengan itu, kami cuba membuat research mengenai kedua-dua jenis kanister yang digunakan FRU tersebut. Kanister model 560 CS yang dikeluarkan oleh Federal Laboratories boleh dilihat di website mereka di www.defense-technology.com.


560 CS

The Spede-Heat™ 37mm Long Range Round comes from the design of the Defense Technology® #17 Long Range Chemical Projectile Round. The Spede-Heat™ 37mm Long Range Round is designed to deliver one dual-ported chemical
or smoke canister from a 37 mm launcher 150 yards to the intended target zone.

The Spede-Heat™ 37mm Long Range Round is most widely used as a crowd management solution. It is used by Law Enforcement and Corrections for the rapid deployment of chemical agent from maximum stand-off distances. Fired
from a 37 mm launcher, the Spede-Heat – 37 contains one (1) canister ported on each end.

This round may be fixed in the air at an angle of approximately 25 – 30 degrees to achieve maximum stand-off, or it may be skip fired into the target area from closer ranges. When launching, it is recommended to have a spotter to ensure canisters do not land on rooftops or other areas of concern.

The Spede-Heat – C is the colored smoke variation of this product. It may be used for signaling or marking.

The Spede-Heat chemical and smoke projectiles are designed for outdoor use and have fire-producing capability. They are not intended for barricade penetration. Do not fire directly at personnel, as serious injury or death may result.

WARNING: This product is to be used only by authorized and trained Law Enforcement, Corrections, or Military Personnel. This product may cause serious injury or death to you or others. This product may cause serious damage to property. Handle, store and use with extreme care and caution. Use only as instructed.

Source: DEFENSE TECHNOLOGY

Jelas sekali kanister jenis 560 CS ini boleh mendatangkan kecederaan yang serius dan juga maut! Persoalan yang di timbul adalah bagaimana mereka tergamak menggunakan kanister jenis 560 CS ini? Mungkin juga kematian Baharuddin Ahmad, 59 itu disebabkan gas pemedih mata ini.

Kanister yang kedua yang digunakan oleh FRU adalah kanister model ALS5727 yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc (www.alstechnologies.com)

ALS5727

DESCRIPTION
The ALS 5727 launches one pyrotechnic sub-munition that releases a CS smoke agent. The single sub-munition provides a wide area
of coverage for dispersal and control of crowds. The sub-munition is launched up to 150 yards and releases smoke for approximately 25-30 seconds.

HISTORY & BACKGROUND
The ALS 5727 was developed to overcome proximity issues with noncompliant subjects. The round employs a pyrotechnic CS projectile for long range target acquisition. It minimizes direct contact and enhances the safety of deployed officers by denying specific areas to individuals or crowds.

POTENTIAL TARGETS & APPLICATIONS
Individual Targets, Suspect Apprehension, Prison/Civil Rioters.

MECHANISM / TECHNOLOGY
The ALS 5727 is designed to cause disorientation through a tearing and burning sensation in the eyes, involuntary closing of the eyes (blepharospam), coughing, sensation of shortness of breath (dyspnea) and is an irritant to exposed skin surfaces. The ALS 5727 is designed to result in behavior modifications or retreat away from officers or immediate response to issued commands.

PHYSICAL DATA
Size: Length= 4.8 inch x 1.5inch (37/40mm)
Projectile Weight: Approximately 25 grams per sub-munition
Power Requirements: 37 mm gas gun / M203

PERFORMANCE CHARACTERISTICS
Time to Effect: Instantaneous
Duration of Effect: Seconds to Minutes based on power factor, distance and location of strike.
Effective Range: 0 to 450 feet from impact area based on weather conditions for ALS5727.

DELIVERY MEANS
37 mm gas gun / M203 launcher.

OPERATIONAL STRENGTHS
Uses standard issue gas guns or M203 launchers. Easy to train officers and implement use. Waterproof.

DOCUMENTATION REQUIREMENTS
It is recommended that officers training records be annotated to indicate proper training of less lethal chemical device use has been accomplished.

SPECIFIC WARNING
Never aim at an individual or at a group of individuals. Launchable or hand thrown ammunition can cause contusions, abrasions, broken ribs, concussions, loss of eyes, superficial organ damage, serious skin lacerations massive skull fractures, rupture of the heart or kidney, fragmentation of the liver, hemorrhages and/or death. Medical assistance should be available immediately after an actual deployment of a less lethal munition even if no physical injuries appear on subject or subjects. Pyrotechnic chemical munitions should not be launched or thrown onto roofs, into rooms, dry foliage or similar environments without fire suppression equipment being readily available.

IMPORTANT LIMITATIONS & WARNINGS
All users of ALS Technologies products should review our Statement of Operational Limitations & Warnings available on the ALS corporate web site at http://www.lesslethal.com/oplimits.html. This information should not be construed as proper training in the use of ALS Technologies products. Email training@lesslethal.com or call our Training Director toll free at 1-877-902-4257 to arrange a training course.

Source: ALS Technologies

Kesimpulan di sini, jelas sekali kedua-dua jenis kanister ini boleh menyebabkan kematian. Walaupun pihak polis manafikannya, maklumat yang kita dapat dari kedua-dua website itu sudah jelas.

“Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories,” kata Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

Bukti kanister juga sudah ada di tangan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya. Apa lagi alasan pihak polis akan keluarkan selepas ini

Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL

Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.

“Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan,” kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau juga enggan memberikan komen lanjut berhubung kecederaan yang dialami mangsa berkenaan memandangkan keluarganya masih belum menerima laporan tersebut walau telah berkali-kali mendesak hospital berkenaan.

Namun, polis telahpun menafikan dakwaan bahawa pasukan berkenaan telah melakukan keganasan ke atas Allahyarham Baharudin manakala kecederaan dialami mangsa itu pula berpunca daripada rawatan yang diberikan ke atasnya.

Seorang pegawai kanan Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, tulang rusuk mangsa yang patah itu juga “mungkin” disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Gigi lelaki berusia 58 tahun itu pula “mungkin” patah disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam mulut lelaki berkenaan bagi tujuan “menyedarkannya semula.”

Salleh turut mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.

Ketika ditanya, anak mangsa berkenaan bagaimanapun pantas menjawab, beliau tidak akan memberikan komen selagi belum melihat laporan bedah siasat berkenaan.

“Kami pun tak dapat laporan bedah siasat, sebab kematian pun tak tahu. Jadi tunggu keputusan bedah siasat dahulu baru kami boleh komen,” kata Mohd Nasrul lagi.

Tambahnya, pihak Hospital Kuala Lumpur memberitahu beliau bahawa keluarga mangsa tersebut hanya akan menerima keputusan berkenaan dalam tempoh “empat hingga enam minggu lagi.”

Anggota keluarga Allahyarham sebelum ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga kepada Ketua Polis Negara, mendakwa kecederaan yang dialami mangsa itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.

Malaysiakini

Komisyen Scorpene, individu ketiga akan didedah semasa perbicaraan

KUALA LUMPUR: Komisyen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar ‘pegawai peringkat tinggi’ kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia(Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.

Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.

Individu ‘misteri’ itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.

“Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga,” kata Cynthia kepada Keadilandaily.

Menurutnya, Mahkamah Perancis semakin ‘meunjukkan minat’ dalam kes itu ekoran pentadbiran Najib menghantar pulang peguam Wiliam Bourdon yang mengendalikan kes rasuah berkenaan.

“Seperti rakyat Perancis yang terkejut dengan penghantaran pulang William Bourdon, kini mahkamah di negara itu semakin berminat dengan kes ini. Kecenderungan ini sama ditunjukkan oleh mahkamah Perancis seperti kes di Pakistan,” kata Cynthia.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan 11 jurutera Perancis mati dalam serangan bom di Karachi pada 2002. Kejadian tersebut didakwa berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class.

“Jelas ada perkara sulit yang sangat-sangat ingin disembunyikan Najib sampai sanggup ‘menendang keluar peguam hak asasi William Bourdon.

“Suaram juga sedang memikirkan tindakan lanjut akibat keputusan kerajaan tempoh hari,” sambung Cynthia.

Dalam pada itu, beliau tidak pasti sama ada penghantaran pulang William merangkumi arahan sebagai ‘persona non-grata’ iaitu individu yang dihalang dari memasuki Malaysia, atau pun larangan kemasukan bersifat sementara.
“Itu kena tanya Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri). Mereka menghalau William tanpa asas yang jelas. Namun, kami akan undang lagi beliau ke Malaysia.

“Apa yang menjadi isu ialah imej Malaysia tercemar teruk. Penduduk di Eropah terkejut dengan tindakan kerajaan dan semakin tertarik untuk terus mengikuti kes ini,” katanya.

Justeru, Cynthia mengalu-alukan sumbangan berterusan rakyat Malaysia kepada Suaram untuk membiayai kes perbicaraan di mahkamah Perancis yang bakal bermula September ini.

Keadilandaily

Najib takut rahsia Scorpene, Altantuya dan komisyen ketiga dibongkar

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghalau peguam, William Bourdon takut rahsia rasuah Scorpene sebanyak RM540 juta terbongkar dan kaitannya dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Ini termasuk pendedahan mengenai satu lagi komisyen ketiga membabitkan pegawai kerajaan peringkat tertinggi di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam berkenaan pada 2002.

Aktivis Suara Rakyat Malaysia, Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru ditemui bahawa komisyen tersebut “lebih besar” daripada yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Perimekar merupakan syarikat milik Abdul Razak Baginda, rakan baik Najib yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh Altantuya- perantara bagi urusan pembelian Scorpene.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata demikian mengulas tindakan pentadbiran Najib menghantar pulang peguam dari Perancis itu.

“Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini.
Chegu Bard berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.

“Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon,” kata Ketua Cabang Rembau itu.

Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam.

Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.

Mengulas lanjut, Chegu Bard mengingatkan semua pihak bertapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini.

“Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua.

Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.

Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk

Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.

Keadilandaily

SPR akhirnya akui wujud pengundi hantu

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya “klon” kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.

Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.

Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”.

Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ia merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.



“Ini merupakan kenyataan “U-turn” SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.

“Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Sebelum ini, SPR enggan percaya bahawa wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih mereka malah menolak tuntutan bersih agar daftar pemilih dibersihkan.

Sehinggalah Bersih mengadakan himpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai lalu, namun SPR tetap dengan pendirian mereka untuk mengenepikan tuntutan bersih itu.

Pada 21 Julai lalu, Suhaizan mendedahkan satu fakta bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 2 Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama.

Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201.

Ianya boleh disemak melalui pautan SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Menurut Suhaizan, kes Mariam Su dan Murugan Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pertamanya JPN telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti dan keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali.

“Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”.

“Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah,” jelasnya lagi.

Beliau juga hairan kenapa sistem pengkalan SPR membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

Menurutnya, jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

“Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah,” tegasnya.

Harakahdaily.net

Kerajaan silap anggap biometrik selesaikan masalah

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Kerajaan silap apabila menyifatkan langkahnya memperkenalkan sistem biometrik boleh meredakan kebimbangan terhahap ketelusan pilihan raya kerana sistem ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat.

“Sistem biometrik hanya diketahui oleh pegawai dan tidak diketahui oleh rakyat dan petugas. Ini menyebabkan ia tidak telus kerana masalah sebenar pengundian adalah apabila ia tidak telus,” kata Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.

Dzulkefli mengulas pengumuman SPR persetujuan kerajaan agar biometrik digunakan untuk pengesahan pengundi di hari pilihan raya nanti.

Sistem ini akan disambungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan status sesaorang pengundi.

Persoalan sistem ini menjadi hangat kerana hilangnya keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan kewibawaan SPR.

Ini kerana, pelbagai maklumat tersebar kononnya beberapa pemimpin kanan SPR dilantik khas oleh pemimpin kerajaan untuk mempastikan kemenangan BN.

Usaha pimpinan kampus pendidikan tinggi di Malaysia untuk menggunakan sistem yang serupa dalam pilihan raya kampus juga ditentang hebat oleh pelajar kerana isu ketidakyakinan kepada pengendali pilihan raya.

Dr Dzulkefli yang baru dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, sebaliknya, sistem menggunakan dakwat kekal adalah yang terbaik setakat ini kerana ia boleh dilihat oleh semua orang yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau yakin, sistem biometrik yang cuba hendak diperkenalkan SPR dan mendapat sokongan Kabinet ini tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Tahniah kepada rakyat

Namun begitu, beliau mengucapkan tahniah kerpada rakyat negara ini, khasnya Bersih 2.0, kerana akhirnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) mengakui bahawa sistem pilihan raya di negara ini tempang dengan adanya pengundian berganda untuk seorang pengundi.

“Setelah mengakui hakikat inilah, kerajaan mahu memperkenalkan sistem biometrik ini,” kata Dr Dzulkefli.

Namun, kata Dr Dzulkefli, penyelesaian yang diberikan kerajaan BN ini seumpama mahu menggunakan senjata besar yang canggih, misile misalnya, bagi membunuh seorang ‘bandit’ .

“Ia tentu berbelanja besar dalam masa yang suntuk kerana timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyidin telah mengumumkan pilihan raya sudah tidak beberapa bulan saja lagi,” katanya.

Beliau yakin, sebagaimana pembelian dakwat sebelum ini, projek ‘biometrik’ akan tinggal cadangan sahaja.

“Jika ia hendak dilaksanakan juga, kerajaan akan hadapi masalah belanja yang besar, latihan, keyakinan rakyat dan sebagainya,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada kerajaan agar isu ini diselesaikan dengan cara yang semudah mungkin.

“Mengapa takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal sedangkan ia terbukti berjaya di negara yang paling lama demokrasinya di dunia sebelah sini iaitu India.

“Cara ini mudah dan telus kepada rakyat kerana isu sebenar adalah ketelusan. Guna biometrik hanya akan dapat ditentusahkan oleh pegawai bertugas sahaja berbanding dakwat kekal yang boleh disaksi oleh semua yang berada dalam tempat mengundi,” kata beliau lagi.

Beliau tidak dapat membayangkan kerumitan yang bakal berlaku di hari mengundi nanti jika sistem biometrik diperkenalkan dalam keadaan tanpa latihan yang cukup kepada pegawai dan kefahaman yang jelas dari rakyat.

Harakahdaily.net

Sunday, July 24, 2011

Memo bantah cabul hak mahasiswa catat sejarah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.

Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.

"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.

"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi.

Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.

Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.

Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa.

Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu.

"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,” kata Nuruddin mengakhiri perbualan.

2,000 sertai solat hajat

Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa.

Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.

Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.

Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.

Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.

Video polis sesuai zaman TV hitam putih

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.

Buat apa saya tipu

Harakahdaily

GEORGETOWN, 23 Julai: “Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Justeru, katanya semua yang polis paparkan dalam tayangan video mengenai kemalangan melibatkan beliau pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.

“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika ditemubual di sini, semalam.

Bagi menangkis tohmahan jahat polis, beliau sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Salleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” ujarnya semasa ditanya mengenai kesihatannya selepas pembedahan berkenaan.

Menurut Hanipa yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS pula, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.

Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Tiga hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

(TEMUBUAL PENUH DENGAN MOHAMAD SABU DI DALAM HARAKAH TERBARU)

Saturday, July 23, 2011

Video polis adalah rakaman sahih dan sah

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:11 pm Post subject: Video polis adalah rakaman sahih dan sah
suntingan dari Teranungkite Online
Reply with quote

Muhyiddin , Hishamudin dan Rais merupakan Menteri Kabinet yang semakin menyerlahkan kebangganggan mereka kepada untuk dijadikan tatapan Rakyat Malaysia .. Ada 3 kenyataan media berkenaan BERSIH oleh mereka yang menampakkan rendah akal pemimpim umno untuk menilai sesuatu isu........ selepas 2 minggu BERSIH di lancarkan


TPM - http://www.malaysiakini.com/news/170855---- Video polis adalah rakaman sahih dan sah, kata TPM

Hishamudin --- http://www.malaysiakini.com/news/170832 Hisham: Pihak buat laporan palsu akan didakwa

Rais---- http://www.malaysiakini.com/news/170828 RTM akan siarkan video polis pada himpunan BERSIH

disertakan koleksi video2 BERSIH buat Rujukan Muhiyddin , Hisyamudin dan Rais untuk di jadikan bukti agar tidak semakin bengap atau sengal akal untuk hari mendatang


PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:13 pm Post subject:Reply with quote

Bersih 2.0 Rally- Police violence at Tung Shin Hospital

Back to top
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:15 pm Post subject:Reply with quote

(60,000 view in 24 hrs) LATEST BERSIH.!! POLICE ATTACKED PUBLIC PEOPLE.!! WTF.!!! (Susil'z)

Back to top
View user's profile Send private message
sp4n4r
Kadet
Kadet


Joined: Aug 21, 2010
Posts: 4670
Location: Pegi Mampuslah BN

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:16 pm Post subject:Reply with quote

tak hitam putih pun.... jika hitam putih macam video 3 trio, nak gak percaya.... Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:17 pm Post subject:Reply with quote

709 Bersih 2.0 Police using force on Civilians 09-07-2011 PDRM



http://www.youtube.com/watch?v=4Fkwu8-DWxI&feature=player_embedded#at=38
Back to top
View user's profile Send private message
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:19 pm Post subject:Reply with quote

BERSIH 2.0: Kezaliman Penguasa (3).flv



http://www.youtube.com/watch?v=8YK4pucRY4s&feature=player_embedded
Back to top
View user's profile Send private message
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:21 pm Post subject:Reply with quote

[BERSIH 2011] Live Footage From Al-Jazeera



http://www.youtube.com/watch?v=uqegLG8wfxc&feature=player_embedded
Back to top
View user's profile Send private message
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:26 pm Post subject:Reply with quote

Mat Sabu dilanggar kereta Waja Polis



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eDUTAt91U2w
Back to top
View user's profile Send private message
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:36 pm Post subject:Reply with quote

Malaysian police brutality against peaceful protesters





http://www.youtube.com/watch?v=SaYIhpl1s0Q&feature=related
Back to top
View user's profile Send private message
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:40 pm Post subject:Reply with quote

Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/2011



http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI&feature=related
Back to top
View user's profile Send private message
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:42 pm Post subject:Reply with quote

Bersih 2.0: Arrests at Masjid Jamek



http://www.youtube.com/watch?v=6_79OisOQxI&feature=related
Back to top
View user's profile Send private message
asura
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Sep 04, 2007
Posts: 3508

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:52 pm Post subject:Reply with quote

sp4n4r wrote:
tak hitam putih pun.... jika hitam putih macam video 3 trio, nak gak percaya.... Laughing Laughing Laughing Laughing LaughingLaughing

itu lain ..tu video berteknologi tinggi.

boleh cut, paste, edit, convert dan upload diri sendri ke Youtube/blogspot.
mane ade video camtu di dunia? ko jgn terkejut dgn kecanggihan Malaysia
Malaysia Boleh!


Back to top
View user's profile Send private message
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 12:55 pm Post subject:Reply with quote

Bersih 2.0 Tear Gas Fired At Us In The Tunnel (Raw Video) KL Sentral 2pm 9/7/2011 Part 1/5



http://www.youtube.com/watch?v=uFWduXFANAI&feature=related
Back to top
View user's profile Send private message
faceoff
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 01, 2010
Posts: 320

PostPosted: Sun Jul 24, 2011 1:15 pm Post subject:Reply with quote

Bersih 2.0 rally (MOSTWANTED)



http://www.youtube.com/watch?v=sezLZdeAOdw&feature=related