Monday, August 29, 2011

Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated]

Isu sebenar ceramah Md Sabu
Green Boc   


Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.

Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG

di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca

MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya


KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA



KOMENTAR TUKAR TIUB
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.


Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin.




Apa yang Mat Sabu sampaikan?


Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!

Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net


Ulasan GB


Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.

Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!
 

Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya



Harakahdaily   
 KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

“Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri,” kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

“Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak,” tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.
 

Mesej Raya Presiden PAS



Abdul Hadi Awang   
Assalamualaikum. Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jatidiri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.

Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang.

Apabila berjaya ditarbiah di bulan ramadhan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini.

Selain itu, ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan memberi kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang dihuni oleh pelbagai manusia.

Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia. Selamat hari raya.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman



Bashir Ishak   
KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
(Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini)

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.

Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.

Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam.

Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam.

Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.
Saya seolah sokong Komunis

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.

"Beberapa akhbar dan laman  blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi.

Tuesday, August 23, 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

23.08.2011 - 14:32 Uhr
KLUANG, 23 Ogos — Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak-Elaeis, Jalan Mengkibol di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki ...


23.08.2011 - 14:24 Uhr
KUALA LUMPUR, 23 Ogos ? Seorang pakar forensik mencabar keputusan dan penemuan pemeriksaan perubatan kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan menegaskan laporan perubatan itu adalah kecacatan. Saksi kedua pasukan pembela Dr David Wells memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa laporan disediakan oleh ...


23.08.2011 - 13:53 Uhr
KUALA LUMPUR, 23 Ogos —Syarikat Prasarana Negara Bhd berkata sekurang-kurangnya 30 peratus pakej pembinaan Transit Rapid Massa Lembah Klang telah dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera. Abdul Malik Azman, ketua Jabatan Pengurusan Pemerolehan MRT memberitahu The Malaysian Insider bahawa kuota untuk kontraktor Bumiputera itu sebahagian daripada ...


23.08.2011 - 12:58 Uhr
PEKAN, 23 Ogos ? Seorang peniaga kecil-kecilan dari Pulau Tioman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh pelancong wanita warga negara Perancis, Stephanie Foray. Asni Omar, 36, menyatakan faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Emma Shahriana Ali. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan ...


23.08.2011 - 12:56 Uhr
KUALA LUMPUR, 23 Ogos ? Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan ...


23.08.2011 - 12:44 Uhr
KUALA LUMPUR, 23 Ogos ? Pendakwa raya kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh seorang pegawai perubatan telah mengubah laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008. Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menyerang kredibilti bekas doktor hospital Pusrawi Dr Muhd Osman Abd Hamid ? individu yang melakukan ...


23.08.2011 - 10:09 Uhr
KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihak berkuasa agama di Malaysia perlu berfikiran terbuka untuk menerima pandangan dan pendapat pelbagai pihak tanpa hanya berfikir secara “satu hala.” “Sikap mereka ialah memaksa pihak-pihak lain untuk berfikir satu hala dan ia bukan sikap rakyat yang ...


23.08.2011 - 09:03 Uhr
TOKYO, 23 Ogos — Perdana Menteri Jepun Naoto Kan mengumumkan bahawa jemaah menteri negara itu akan meletakkan jawatan pada 30 Ogos ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Ekonomi Jepun Kaoru Yosano hari ini. Komen perdana menteri yang tidak popular mengesahkan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan dalam beberapa hari lagi, membuka laluan kepada ...


23.08.2011 - 08:31 Uhr
TRIPOLI, 23 Ogos — Saif al Islam, anak lelaki pemimpin Libya Muammar Gaddafi yang ditangkap oleh pemberontak dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, tiba di sebuah hotel dihuni koresponden-koresponden asing di sini awal pagi ini. Koresponden BBC Matthew Price berkata, Saif yang ditanya seorang pemberita lain sama ada Muammar sihat dan berada dalam ...


23.08.2011 - 07:45 Uhr
KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Kementerian Dalam Negeri sedang menimbang bentuk tindakan termasuk kemungkinan saman ke atas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin kerana melemparkan tuduhan berhubung Program 6P. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi ...


The Malaysian Insider :: ALL

23.08.2011 - 14:24 Uhr
KUALA LUMPUR, 23 Ogos ? Seorang pakar forensik mencabar keputusan dan penemuan pemeriksaan perubatan kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan menegaskan laporan perubatan itu adalah kecacatan. Saksi kedua pasukan pembela Dr David Wells memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa laporan disediakan oleh ...


23.08.2011 - 14:20 Uhr
KUALA LUMPUR, Aug 23 — Pakatan Rakyat (PR) accused Barisan Nasional (BN) today of copying its economic policies on tackling rising living costs. The federal opposition’s claim came after Second Finance Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said last Sunday that government efficiency unit Pemandu would assist those earning below RM3,000 to deal with ...


23.08.2011 - 13:53 Uhr
PETALING JAYA, Aug 23 — PKR strategy chief Rafizi Ramli attacked today rival airlines MAS’ and AirAsia’s recent share swap deal, claiming it was an example of the ruling Barisan Nasional’s (BN) misuse of government-linked companies (GLCs)to fund mega projects to avoid being publicly accountable. This, the economist told reporters, was an early ...


23.08.2011 - 13:53 Uhr
KUALA LUMPUR, 23 Ogos —Syarikat Prasarana Negara Bhd berkata sekurang-kurangnya 30 peratus pakej pembinaan Transit Rapid Massa Lembah Klang telah dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera. Abdul Malik Azman, ketua Jabatan Pengurusan Pemerolehan MRT memberitahu The Malaysian Insider bahawa kuota untuk kontraktor Bumiputera itu sebahagian daripada ...


23.08.2011 - 13:50 Uhr
KUALA LUMPUR, Aug 23 — A forensic pathologist has challenged the results and findings of the Hospital Kuala Lumpur (HKL) medical examination done on Datuk Seri Anwar Ibrahim’s accuser Mohd Saiful Bukhari Azlan, claiming that the medical report itself was “deficient.” The defence’s second witness, forensic pathologist Dr David Wells told the High ...


23.08.2011 - 13:38 Uhr
KUALA LUMPUR, Aug 23 — Mobile phone operator Axiata Group posted a 15 per cent rise in second-quarter profit today, driven by increased demand for data services and improved contributions from regional operations. Income from data services such as wireless broadband, internet access and other non-voice facilities is driving growth for Malaysia’s ...


23.08.2011 - 13:35 Uhr
TAWAU, Aug 23 — Sekolah Menengah Agama Kunak’s hostel was destroyed in an early morning fire today. Firemen rushed to the hostel when alerted at 12.49am said Kunak fire and rescue department chief Kamaruddin Sabanah, according to Bernama Online. There were no reported fatalities among the 201 students who reside there. 12 firemen managed to put ...


23.08.2011 - 13:21 Uhr
SYDNEY, Aug 23 ? The chief of Standard & Poor’s will step down next month, to be replaced by a senior Citibank executive, in a move announced a few weeks after the credit rating agency downgraded US government debt and sparked a row with Washington. S&P’s parent, McGraw-Hill Companies Inc, said today that Deven Sharma, who has served as S&P ...


23.08.2011 - 13:06 Uhr
KUALA LUMPUR, Aug 23 — Syarikat Prasarana Negara Bhd will reserve at least 30 per cent of the Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) construction packages for Bumiputera contractors. Abdul Malik Azman, Prasarana’s head of MRT Procurement Management Department, told The Malaysian Insider today that the quota for Bumiputera contractors was part of ...
23.08.2011 - 13:06 Uhr
KUALA LUMPUR, Aug 23 — Syarikat Prasarana Negara Bhd will reserve at least 30 per cent of the Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) construction packages for Bumiputera contractors. Abdul Malik Azman, Prasarana’s head of MRT Procurement Management Department, told The Malaysian Insider today that the quota for Bumiputera contractors was part of ...