Sunday, May 1, 2011

Biarlah kita hina kerana menuntut ilmu - Bob Lokman



http://buletinonline.net/images/stories/berita46/P1020324.JPG“Kehinaan yang kita tempuhi dalam perjalanan mencari ilmu tidak mengapa kerana nanti ilmu itu akan memuliakan kita. Saya amat menyukai suasana sebegini. Di sekolah-sekolah kelolaan PAS sahaja kita akan jumpa, masjidnya lebih besar dari sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang didirikan kerajaan, muridnya 3,000 orang tapi suraunya boleh memuatkan Cuma 200-300 orang.

Mengambarkan sembahyang bukan suatu agenda penting kerajaan. Saya mengakui bahawa saya bukan seorang bapa yang berilmu tetapi saya inginkan sistem yang ada boleh mendidik anak saya menjadi seorang yang baik. Tak kisah nanti mereka nak jadi apa, doktor, loyar, polis atau apa sahaja, yang penting mereka mesti kenal Allah.”

Itulah antara nasihat yang dilontarkan Saudara Bob Lokman ketika program sepetang bersama Bob sempena Ihtifal Tahunan Muassasah Matla’in Badrain, Jabi petang semalam. Ihtifal yang menjadi agenda kalendar tetap tahunan Muassasah kelmarin 30 April 2011, mengorbankan 6 ekor lembu dan dihadiri ribuan penduduk dari sekitar Besut, Setiu, Pasir Puteh malah ramai tetamu dari kawasan yang lebih berjauhan turut mengunjunginya. 
-BO

Terbukti UMNO Tolak Islam, Maka Sebabnya MCA Boleh Bersamanya



MCA tolak PAS sertai BN jika kekal dasar Islam
MELAKA — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.
“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.

“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.

“PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

Bagaimanapun hari ini Dr Chua menegaskan, MCA tidak akan menghalang Umno dan PAS daripada mengadakan perbincangan antara satu sama lain.

“Baik, ia adalah baik bagi perpaduan orang Melayu dan Muslim, tiada masalah jika mahu berbincang. Kita tidak boleh menghalang orang daripada berbincang.

“Perdana Menteri dan Umno sangat menyedari tetapi jika mereka mahu bertemu tiada masalah untuk mengadakan pertemuan,” kata Dr Chua sambil menambah, dalam negara demokratik, mana-mana pihak boleh mengadakan pertemuan dari dari semasa ke semasa mengenai perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama.

Pelawaan Najib semalam muncul kira-kira seminggu selepas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melontarkan idea mengenai gerakan “1Melayu, 1Bumi” iaitu kempen untuk menyatukan orang Melayu kononnya bagi mengekang politik perkauman dibawa DAP.

Pelawaan Najib itu bagaimanapun ditolak oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Membalas kenyataan Najib itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata beliau dalam satu kenyataan.

Selain Hadi, semalam pemimpin-pemimpin kanan PAS yang lain, antaranya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayub juga menolak bulat-bulat pelawaan Najib.

TERNYATA KINI bahawa UMNO diterima MCA selama ini kerana UMNO menolak dasar Islam.

Jika UMNO melaksanakan dasar Islam, berarti MCA akan tolak UMNO juga.

Ia adalah satu penjelasan yang terang kepada rakyat bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO kini disenangi oleh MCA lantaran ketidak-pedulian UMNO terhadap dasar-dasar Islam, maka dengan sebab itu undang-undang dan mahkamah syariah tidak berfungsi selama ini.

Tahniah UMNO kerana mengikut telunjuk dan kehendak MCA yang hampir pupus itu. 
-GB

Lakukan Sumpah Balas - Perlukah DSAI Layan Cadangan Tokoh Agama?




Harap DS Anwar Ibrahim tak melayan idea tokoh agama yang mencadangkan agar beliau melakukan sumpah balas.

Sebelum ini, semasa kes Saiful ada cadangan dari tokoh agama agar DSAI bermubahalah, ia tidak dilayan oleh beliau. Nampaknya langkah tidak melayannya adalah langkah yang terbaik.

Ketika itu Dr Abd Basit Abd Rahman membuat teguran dalam khutbahnya ketika cadangan sumpah diketengahkan. Katanya, sikit-sikit nak suruh orang bersumpah. Ingat sumpah itu perkara main-main. Sumpah itu adalah permainan orang munafiqin! Janganlah ajar masyarakat bersumpah.. Berman-main dengan nama Allah. - al-ahkam.net




Dr Jeya & Arul antara 21 ditahan, suasana berbeza di negara jiran


Lebih 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum pada perhimpunan aman bermula di sekitar monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.

Bagaimanapun, mereka terpaksa berdepan dengan gerombolan polis hingga menyebabkan beberapa tangkapan dibuat termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam.

Polis turut dibantu anggota dari unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) beserta kelengkapan mereka.

Sehingga jam 2.30 petang, mengikut twitter Suaram, bilangan tangkapan terus meningkat kepada 21 orang dan kini ditahan di balai Dang Wangi dan kini proses mengambil keterangan sedang dijalankan.

Suasana perarakan golongan pekerja di Jakarta berlangsung meriah tanpa diganggu polis

Suasana ini jauh berbeza di negara jiran termasuk di Jakarta yang menyaksikan golongan pekerja seramai lebih 10,000 orang berarak dengan dibantu anggota polis.

Suasana sama juga berlangsung dengan baik di Singapura.

Eskay Perlu Dijatuhkan Hukuman Qazaf, Disebat 80 Kali Kerana Tiada 4 Saksi



Perbezaan antara mubahalah dan sumpah biasa

Lafaz sumpah laknat oleh Eskay tidak menepati hukum syarak - Dr Asri

PETALING JAYA: Sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bagi membuktikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam klip video seks bukanlah sumpah laknat (mubahalah) kerana ia tidak menepati hukum syarak.

Menurut mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mubahalah membawa pengertian berikut:

“Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga kemudian kedua-dua pihak memohon agar Allah swt melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama.”

Peristiwa mubahalah disebut dalam Al Quran, ayat 61 Surah Ali Imran, yang bermaksud, “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka:

“Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu.

“Kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”

Seorang pakar akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan Ilmu Hadis, Abu Syafiq Al-Asy’ary yang menulis di dalam blognya, berkata bahawa sumpah dan mubahalah mempunyai pengertian berbeza.

Kebenaran dalam agama

Pengertian mubahalah adalah seperti yang disebutkan di atas dan dilakukan pada perselisihan tegar antara pandangan kedua-belah pihak pada perkara berkaitan kebenaran dalam agama.

Dalam Surah Al Imran ayat 59 hingga 61, Allah swt berfirman bermaksud:

“Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia.

“Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu.

“Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka:

“Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu.

Kemudian kita memohon kepada Allah serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”


Sumpah disebut sebagai halaf caranya seperti dimulakan kenyataan seseorang itu dengan dia menyebut perkataan Wallahi atau Billahi atau Tallahi (bersumpah dengan nama Allah) dengan maksud apa yang dinyatakan adalah benar (tanpa ada melaknat pihak yang lain).

Surah An-Nur ayat 4, sepertimana yang tertera di dalam laman sesawang Jabatan Perdana Menteri menyatakan seperti berikut:

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dalam tafsir Ar Rahman, cetakan 1980, menafsirkan ayat yang sama seperti berikut:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka delapan puluh sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Berdasarkan perlakuan Shazryl yang melafazkan sumpah laknat tanpa membawa empat orang saksi di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu maka beliau boleh dijatuhkan hukuman ‘Qazaf’ iaitu dengan 80 kali sebatan. Sumpah laknat yang dilafazkan oleh Shazyrl bukanlah sumpah mubahalah dan tidak menepati hukum syarak, sebaliknya bersumpah biasa sahaja bagi membuktikan dirinya benar.

Jumaat lalu, di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan bahawa Anwar adalah pelaku dalam klip video seks yang ditayangkan kepada pihak media di Carcosa 21 Februari lalu. -FMT


Sumpah Eskay tidak ikut hukum syarak

PETALING JAYA: KEADILAN menegaskan kaedah yang disarankan oleh salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mahu melakukan sumpah laknat, tidak menepati hukum syarak, kata ketua Penerangannya, Dr Muhamad Nur Manuty.

Menurutnya, tidak ada keperluan untuk Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama mengangkat sumpah tersebut, kerana ia perlu terlebih dahulu mengikut hukum yang digariskan dalam Al Quran.

“Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari’ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil).

“Ini adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan.

“Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sekiranya sumpah digunakan sewenangnya, ia akan memberi akibat kepada sistem kehidupan, malah negara akan turut menjadi porak peranda.

Namun begitu, katanya, itu lah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan orang-orang munafik, berdasarkan gambaran Al Quran dalam surah Al-Munafiqun ayat 2 yang bermaksud.

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

Katanya, sifat orang-orang munafiq sememangnya pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata. Namun begitu, mereka sentiasa dihimpit rasa cemas dan gelabah serta bersifat angkuh dan sombong seperti dinyatakan Allah di dalam ayatnya”(Al-Munafiqun:3-5) yang bermaksud:

“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (batang buruk hampas dan kosong).

“Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.


Menurut Dr Muhammad Nur, isu yang ditimbulkan oleh Trio Datuk T adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu.

“Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini.- Keadilandaily


1) JELAS, sumpah laknat itu tertolak kerana tidak mengikut peraturan syarak. Yang utama Eskay yang menuduh perlu membawa 4 orang saksi yang tsiqah.

2) Jika gagal bawa saksi, maka beliau perlu disebat 80 kali sebatan.

3) Beliau bersumpah atau pun tidak itu di antara dia dengan Allah.

4) Tugas umat Islam di alam syahadah ialah laksana perintah hukum syariat iaitu Qazaf. Jika tidak seluruh umat Islam berdosa dan mengundang bencana Allah. -GB

CERAMAH ANWAR HEBAT DI MACHANG







Sejak keluar video seks Rahim Tambi Chik, puak-puak UMNO sangkakan Anwar akan rebah dan semua pengikut pembangkang akan lari. Tapi mereka silap...lihat sambutan di Bandar Baru Ampang dan terkini malam tadi di Machang Kelantan.

Tahukah anda pada hari diadakan ceramah tersebut, sana sini puak-puak UMNO tabur risalah sana sini mengatakan ceramah Anwar dibatalkan. Malah polis mengadakan road block setiap 3km . Tapi rakyat makin kuat sokongan pada Anwar. Ni yang buat Najib makin berpeluh... 
(gambar dari blog pemuda pas Machang)

Lagi Gambar di sini

SELAMAT HARI BURUH: JOM TUKAQ MAJIKAN




SELAMAT HARI BURUH KEPADA SEMUA BURUH DI MALAYSIA
BUDAK-BUDAK MUDA TAU KA APA ITU BURUH?
BUKANNYA MINYAK MASAK CAP BURUH
KAH! KAH! KAH!


JOM KITA TUKAQ MAJIKAN DALAM PRU 13 NANTI
KITA PILIH MAJIKAN YANG BOLEH,
BAGI KITA GAJI LEBIH TINGGI.
KITA PILIH MAJIKAN YANG BOLEH,
BAGI HARGA BARANG LEBIH RENDAH
BUKANNYA MAJIKAN YANG MENJANA TRANSPORNOSI
KAH! KAH! KAH!

4 Lelaki, RM7 Juta, 3 Minit = Berbaloi-baloi!!!



Inilah yang dikatakan 'smart' penjenayah. Bijak dan berbaloi-baloi. Kalau ditangkap hukumannya pun berbaloi-baloi juga. Tanpa senjata namun tetap berhasil.
Empat lelaki disyaki warga asing melarikan sejumlah barangan kemas bernilai RM7 juta tanpa menggunakan sebarang senjata selepas memperdaya seorang pekerja kedai emas di Jalan Petaling Jaya Utama, malam semalam. Masanya dikhabarkan hanya 3 minit.

Ketika kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, semua pekerja dikatakan sedang sibuk memasukkan sejumlah berlian dan emas ke dalam beg selepas pameran selesai dijalankan.Tiba-tiba muncul tiga individu dan berpura-pura bertanya kepada salah seorang pekerja kononnya untuk membeli barangan kemas.

Ketika pekerja itu sibuk melayan tiga individu terbabit, seorang suspek lain segera melarikan beg yang berisi barang kemas tersebut. Pekerja terbabit hanya menyedari kehilangan barang berkenaan selepas kesemua suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian.

Bukannya apa dan bukannya menyokong penjenayah. Kita juga selalu mendengar berita, dikenakan hukuman penjara hanya kerana mencuri sesuatu di pasaraya, amat tidak berbaloi-baloi.

Guru saya pernah berpesan juga "Kalau buat sesuatu kena bersungguh-sungguh". Kah! Kah! Kah!