Tuesday, May 21, 2013

Sejarah : PEMUDA UMNO PERNAH RANCANG PEMBERONTAKAN BERSENJATA!

Pemuda Umno pernah menyusun untuk menubuhkan Barisan 33. Ianya dicadangkan ditubuh ditiap-tiap cawangan Umno seluruh tanahair. Barisan 33 ini nanti akan melaksanakan perjuangan bersenjata dengan merampas senjatapi yang ada di balai-balai polis.

Kalau dibaca perenggan di atas pasti ianya akan menggemparkan ramai pihak. Ianya bukan berita palsu ataupun reka-rekaan. Peristiwa ini sebenarnya bukan berlaku di tahun 2004 ini tetapi ianya berlaku dizaman sebelum Merdeka. Peristiwa yang bersejarah yang telah membuktikan bahawa Umno pernah merancang untuk menubuhkan pasukan militan bagi mewujudkan huru-hara semata-mata untuk merampas kuasa.

Kadangkala ada pihak cuba menutup dan menyembunyikan bab-bab tertentu dalam lipatan sejarah kerana dirasakan tidak akan menguntungkannya. Namun sejarah tidak mudah dipendamkan begitu sahaja pasti lambat-laun ianya samada manis maupun pahit akan timbul dan diketahui jua. Jika tidak kerana MEMOIR SHAMSIAH FAKEH DARI AWAS KE REJIMEN KE 10 pasti banyak peristiwa yang pernah berlaku seumpama ini akan berlalu begitu sahaja lantaran cuba dipadamkan dari ingatan oleh pihak-pihak yang memilki kepentingan.

Menurut Shamsiah komplot ini telah dirancang oleh tidak lain dan tidak bukan Tuan Hj. Ahmad Badawi iaitu bapa kepada PM dan Presiden Umno hari ini. Ahmad Badawi ketika itu adalah Naib Yang Dipertua Pemuda Umno jawatan itu kini dikenali sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang hari ini kebetulan disandang oleh cucu menantu beliau. Beliau dibantu oleh Samad Idris dan Hamzah Alang.

Persetujuan telah diambil bahawa apabila tiba waktunya Barisan 33 itu nanti akan merampas senjatapi dari balai-balai polis di kampong-kampung serta mendapat khidmat anggota polis dan askar Melayu yang bersimpati dengan perjuangan Umno. Samad Idris juga dikatakan telah mendapat kerjasama dan persetujuan Hj. Othman Saat untuk memperolehi bahan letupan bagi meletupkan pusat bekalan air di Gunung Pulai yang membekalkan air ke Singapura.

Pemuda Umno dikatakan rela dan bersedia untuk berjuang dengan kekerasan hatta sehingga menitiskan darah dan gugur sebagai bunga bangsa yang bermekaran. Malah Samad Idris dan rakannya turut bercadang untuk menangkap dan membunuh terus orang-orang yang menyokong penjajah dan sesiapa sahaja yang membelot dalam perjuangan. Maklumat ini sebenarnya telah dirakamkan oleh Samad Idris sendiri di dalam bukunya 25 TAHUN MERDEKA terbitan 1982 yang Dr. Mahahtir sendiri telah memberikan kata-kata aluan.

Mengapa Shamsiah selaku seorang wanita Melayu yang pernah dicap sebagai pengganas, dan kominis satu ketika dahulu mendedahkan perkara ini pada hari ini? Menurut Shamsiah:

Aku memetik panjang lebar bahagian Pemuda Umno hendak mengangkat senjata ini untuk tatapan dan perhatian masyarakat umum hari ini supaya membandingkan niat atau rancangan Pemuda Umno ini dengan perjuangan bersenjata orang Melayu yang masuk hutan di bawah pimpinan Parti Kominis Malaya yang dicap sebagai pengganas kominis.
Bermakna kalau PKM dan orang seumpama Shamsiah Fakeh ini boleh dicap sebagai pengganas ataupun istilah popular hari ini militant ataupun terrorist maka Pemuda Umno juga seharusnya tidak sunyi dari gelaran yang sama. Dan yang turut mencetuskan idea keganasan itu pula tidak lain dan tidak bukan bapa kepada Pak Lah, PM kita pada hari ini. Kalau demikianlah sejarahnya maka Pemuda Umno serta Presidennya juga perlu diawasi dari masa kesemasa takut-takut idea keturunan mereka itu satu hari nanti akan menghantui pula mereka untuk bertindak terhadap orang-ramai khususnya yang menentang mereka. Wallahualam.



Tuesday, December 28, 2004

SHAMSIAH FAKEH RATU RIMBA MALAYA
DARI AWAS KE REJIMEN KE 10 (SAMBUNGAN)

Shamsiah seorang yang tidak biasa dengan keadaan hidup di hutan. Dalam memoirnya dicatakan kesukaran beliau ketika berada di sana dan pernah 3 kali sesat dalam hutan berseorangan. Pernah setelah diserang hendap beliau bertempiaran lari pada awalnya berseorangan tetapi setelah menyedari telah kemudian terpaksa mengendong bayinya yang baru lahir, lari merentasi hutan dengan cuma pakaian tidur tanpa senjata. Hutan inilah akhirnya mendewasakan Shamsiah dan memantapkan lagi pegangan beliau terhadap perjuangannya.

Bayi inilah kemudiannya telah dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka. Dalam Memoirnya Shamsiah mencatatkan betapa sedihnya beliau apabila mengetahui keadaan yang sebenarnya namun menerima keputusannya sebagai takdir Allah swt. Cuma yang beliau kesalkan adalah apabila bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad pernah semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Kedua-dua kenyataan tersebut adalah bohong dan dusta menurut Shamsiah.

Ketika berhadapan dengan British dan tentera tempatan yang ditaja mereka Shamsiah telah berjuang habis-habisan dari hutan. Mengapa PKM menentang askar Melayu ketika itu, menurut Shamsiah:

Dalam perang adil dan tak adil memang sukar dielakkan pertumpahan darah. Barangsiapa yang berdiri dipihak penjajah dengan bersenjata sudah tentu akan dibalas, itu salah mereka kerana berdiri di pihak penjajah.
Kata Shamsiah ketika itu mereka sebenarnya bukan pengganas, mereka berjuang untuk membebaskan Negara untuk memeredekakan Negara. Pengganas yang sebenarnya adalah British kerana mereka menentang usaha ini dan bertindak membakar rumah rakyat dan tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu di kampong-kampung.

Namun setelah kemerdekaan Negara pada tahun 1957 PKM terus mengangkat senjata menentang kerajaan Malaya merdeka. Ini dilakukan menurut Shamsiah kerana:

Perang rakyat Malaya yang pada mulanya melawan penjajah British telah berubah menjadi perang dalam negeri sesudah merdeka. Ini adalah perang saudara iaitu perang rakyat Malaya melawan rakyat Malaya. Disinilah letak persoalannya. Tentera Pembebasan Nasional Malaya diubah menjadi Tentera Rakyat Malaya.
Seterusnya dari hutan pada tahun 1956 Shamsiah berhijrah dengan suaminya Ibrahim Mohamad ke China, dihantar oleh PKM untuk belajar. Pasangan ini terus berada di sana dan memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965 mereka ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosialisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran Shmasiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia.

Mereka bebas beroperasi sehinggalah tercetusnya ketegangan di Jakarta apabila berlaku rampasan kuasa tentera dan Suharto mengambil-alih kuasa pemerintahan. Beliau dan rakan-rakannya ditangkap oleh penguasa Indonesia pada tahun 1965 sehinggalah dibebaskan pada tahun 1967 dengan bantuan kedutaan Vietnam. Dan dari sana beliau diterbangkan ke Vietnam dan kemudian kembali ke China.

Shamsiah kemudiannya menghadapi situasi pergolakan dalam PKM sehinggalah beliau dan suaminya dipecat dari parti yang mereka anggotai itu lalu menjadi rakyat biasa di China sehinggalah berjaya pulang ke tanahair pada tahun 1994 atas keizinan kerajaan Malaysia. Kepulangannya menjadi mungkin ekoran perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia dan PKM pada tahun 1989 yang bagi beliau menandakan tamatnya permusuhan 41 tahun kedua-dua pihak.

Namun sebagai seorang pejuang tulin bagi Shamsiah perjanjian itu bukan bermakna pihak kerajaan telah menang di medan perang. Ianya lebih merupakan kejayaan kedua-dua pihak di meja perundingan yang sebelum ini tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan sejak perjumpaan di Baling gagal.

Bagi Shamsiah beliau adalah pejuang kemerdekaan Negara walaupun tidak diiktiraf demikian oleh kerajaan. Sumbangan beliau dan rakan-rakannya akan tetap berada di lipatan sejarah walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak tertentu. Secara kesimpulannya untuk memahami perjuangan Shamsiah ini saya petik sebaris perenggan pada prakata Memoirnya:

Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Kominis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.
Sesungguhnya Memoir ini telah Shamsiah gunakan sebaik mungkin untuk membersihkan segala persepsi jahat terhadap beliau. Malah beliau merakamkan:

Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendan dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.
Sejauh manakah ianya dapat diterima terpulanglah kepada para pembaca sekalian. Tak kenal maka tak cinta kata pepatah kita, apakah ianya benar dalam kes Shamsiah?

Monday, December 27, 2004

SHAMSIAH FAKEH RATU RIMBA MALAYA
DARI AWAS KE REJIMEN KE 10

Sekiranya disebut nama Shamsiah Fakeh berkemungkinan ramai anak-anak muda hari ini tidak mengenalinya apalagi dapat mengaitkan beliau dalam perjuangan membebaskan tanahair. Malah nama Shamsiah bagi yang mengecam atau mengenalinya pun apabila disebut maka akan digambarkan wajah seorang pengganas atau terrorist yang pernah terlibat bersama Partai Komunis Malaya PKM satu ketika dahlu sehingga mencetuskan huru-hara dalam Negara.

Bagi kita diluar Shamsiah lebih dikenali sebagai seorang yang ganas dan jahat. Inilah gambaran yang telah diasak bertalu-talu oleh penjajah British kepada kita dan inilah yang telah kita terima dan perakui melainkan bagi mereka yang rapat atau mengenalinya dengan dekat.

Lantaran itu karya beliau yang telah diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia berjudul MEMOIR SHAMSIAH FAKEH DARI AWAS KE REJIMEN KE 10 seharusnya dapat memberikan gambaran yang kontra dari apa yang telah pihak British sajikan pada kita selama ini. Apakah versi British atau versi Shamsiah yang benar, terserahlah kepada rakyat untuk membuat perhitungan. Langkah UKM menerbitkan buku ini seharusnya dipuji demi mendapatkan gambaran sejarah yang seimbang walaupun ada pihak yang mendesak agar karya ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Sesunggunya Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh merupakan satu-satunya parti politik Melayu yang terawal ditubuhkan di tanahair. Ia berfahaman kebangsaan progresif dan kemudiannya melahirkan sayap-sayap lain yang bersifat kiri umpamanya API atau Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai Ahmad Boestamam dan AWAS ataupun Angkatan Wanita Sedar yang diketuai oleh Shamsiah. Memoir Shamsiah ini menghuraikan darihal penglibatan beliau dalam PKMM melalui AWAS dan pendedahan awal beliau terhadap gerakan politik tanahair.

Sesuatu yang menarik dalam bukunya adalah apabila Shamsiah mendedahkan darihal perkahwinannya dengan Ahmad Boestamam. Shamsiah menurut Memoirnya berkahwin sebanyak 5 kali dan perkahwinannya dengan Ibrahim Mohamad adalah yang terakhir baginya. Boestamam tidak pernah menulis darihal perkahwinan ini dalam mana-mana karya beliau. Menurut Shamsiah perkahwinannya dengan Boestamam terganggu dengan penahanan Boestamam oleh kerajaan penjajah British pada April 1947.

Dalam hal ini Shamsiah menyatakan betapa Boestamam telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan menghasut melalui karya panas beliau TESTAMEN API yang telah diharamkan oleh pihak penjajah. Boetamam telah didapati bersalah dan kemudiannya didenda seribu dua ratus ringgit ataupun 9 bulan penjara. Boestamam telah membayar denda tersebut dan kemudiannya telah dibebaskan.

Menurut seorang bekas pegawai Polis yang pernah berkhidmat dengan Cawangan Khas Shamsiah sebenarnya telah mendesak Boestamam agar tidak membayar saman tersebut kerana tindakan itu akan dikira sebagai tunduk kepada British sedangkan mereka berjuang menentang British. Namun Boestamam memikirkan yang beliau lebih penting berada diluar dari dibelenggu di penjara maka keputusan Boestamam membayar denda itulah sebenarnya yang telah mencetuskan penceraian mereka kerana Shamsiah tidak dapat menerimanya. Namun dalam memoirnya Shamsiah tidak menyatakan demikian.

Apabila penjajah British mula mengekang gerakan politik Melayu yang dianggap ekstrim dan kiri, Shamsiah dan rakan-rakannya mula terasa tertekan. Penahanan Boestamam dan ramai lagi mengakibatkan API dan badan-badan gerakan kebangsaan lain kemudiannya diharamkan dan lumpuh kecuali Umno. Umno tidak diambil tindakan dan tidak seorang pun ahlinya ditahan oleh kerena menurut Shamsiah jelas parti tersebut pro penjajah malah bekerjasama pula dengan penjajah untuk menekan dan menindas golongan yang dikatakan kiri.

Akibat dari tekanan pihak penjajah yang berterusan inilah akhirnya Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya untuk lari masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan bersenjata dari sana. Shamsiah yakin dengan tindakan ini malah kepada soalan mengapa perlu masuk hutan Shamsiah menyatakan:

Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuang mengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup. Bukan kita yang menutupnya tetapi penjajah British.
Sememangnya perjuangan melalui PKMM dan AWAS merupakan perjuangan demokratik secara terbuka. Namun pihak British tidak pernah selesa dengan tindak-tanduk mereka, lantaran itu pengharaman badan-badan siasah ini bagi Shamsiah dan rakan-rakan merupakan isyarat bahawa berakhirlah perjuangan melalui lunas demokrasi dan bermulalah perjuangan melalui angkat senjata.

Dalam hal ini Shamsiah menulis:

Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan.

 Suntingan dari blog Roslan SMS Conner http://n32.blogspot.com/2004_12_01_archive.html

Friday, April 19, 2013

https://new.livestream.com/accounts/1744335/events/2038706/embed

Wednesday, March 6, 2013

Polis: 4 disyaki militan ditahan di Semporna

Polis: 4 disyaki militan ditahan di Semporna
 
Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan militan dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna.

Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Tentera Diraja Sulu.
NONEMenurut seorang pegawai polis, operasi berkenaan dijalankan oleh satu pasukan ibu pejabat polis kontinjen Sabah selepas menerima maklumat awam.
Seorang pegawai yang enggan dinamakan memberitahu wartawan bahawa lelaki berkenaan disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin dari Filipina manakala seorang lagi memiliki dadah.
Keempat-empatnya tidak bersenjata ketika polis bertindak.
Salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai baju-T dengan logo BN dan juga gambar MP Semporna Datuk Seri Shafie Apdal - menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Pegawai itu berkata, walaupun dokumen keempat-empat individu berkenaan menunjukkan mereka berhak berada di Sabah, kesahihan dokumen berkenaan masih perlu dibuktikan.
Katanya, polis juga menerima pelbagai laporan mengenai kelibat 'penceroboh bersenjata' semenjak kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya dan Kampung Simunul di Semporna pada Ahad lalu.
[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

'Tahukah Najib, perunding yang diupah sokong Israel?'


 
PKR meminta Perdana Menteri menjelaskan sama ada kerajaan mengetahui bahawa perunding Amerika Syarikat yang diupah untuk menyerang seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penyokong kuat rejim Israel.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad PKR berkata, Najib juga perlu mendedahkan jumlah wang rakyat yang digunakan untuk membayar bekas penulis ucapan George W Bush, Joshua Trevino bagi usaha itu.
Nik Nazmi mendakwa, kerajaan membayar Trevino menggunakan wang rakyat melalui Apco Worldwide.
“Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

“Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara,” katanya.

Tambahnya, kerajaan Malaysia sebelum ini didapati membayar RM 94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010 selain daripada bayaran USD70,000 kepada Apco Worldwide oleh FBC untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Najib.

"Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK, di (negara) mana lagi BN lantik perunding untuk menyerang pembangkang?

"Siapakah yang terlibat dalam pelantikan dan menyelaras perunding ini?," soalnya.

Nik Nazmi seterusnya mendakwa para perunding tersebut terdiri daripada golongan yang "terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam Amerika".

Trevino sebelum ini mengaku menerima USD389,724.70 daripada kerajaan Malaysia untuk mengendalikan blog MalaysiaMatter.com dan MalaysiaWatcher.com.

Pengakuan itu didapati menerusi pemfailan pendapatan beliau dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Bangkai ikan paus terdampar di Pantai Merdeka

Bangkai ikan paus terdampar di Pantai Merdeka
 
Penemuan bangkai seekor ikan paus dipercayai spesis yu paus, dianggarkan seberat satu tan dan berukuran lima meter panjang, menggemparkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan perkelahan Pantai Merdeka, dekat Sungai Petani kelmarin.
  
Ikan paus itu dipercayai berenang dari Lautan Hindi seterusnya memasuki kawasan Laut Andaman, sebelum tersesat dan terperangkap di Selat Melaka.
  
Seorang nelayan yang enggan dikenali berkata kehadiran ikan paus itu mula dilihat terapung di perairan berkenaan kira-kira 4 petang kelmarin, sebelum ditemui terdampar di pesisiran pantai beberapa jam kemudian.
  
"Pada mulanya saya terlihat objek besar seperti longgokan sampah di tepi pantai namun setelah dihampiri, ia adalah bangkai seekor ikan," katanya.
  
Penemuan mengejutkan itu merupakan kejadian ketiga melibatkan penemuan bangkai haiwan marin gergasi selepas berlaku tsunami pada 26 Disember 2004, yang mana pada 18 September 2006, seekor penyu besar ditemui penduduk Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda.
  
Pada 10 Februari 2011, bangkai seekor ikan paus dari spesis bryde's whale, dianggarkan seberat 4,000 kilogram (kg) dan ukuran panjang 12 meter, ditemui di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda.
   

- Bernama
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
 
 
 

Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi' memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini bodoh?

SHARE THIS STORY


-
CARTOONKINI
Memasang bendera salah
 
Pada Jun 2001 saya telah dibawa ke Kamunting sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal dan bercerita panjang dengan tahanan-tahanan dari kumpulan Al-Maunah. Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya.

Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit Jenalik pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5 tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke Bukit Jenalik - tempat perkhemahan kumpulan Al-Maunah - satu kumpulan silat.

Ketika kejadian ini berlaku dunia masih ini belum melihat blog, twitter atau facebook. Hanya ada laman Mahazalim dan Malaysiakini. Laman-laman ini, terutama Laman Mahazalim telah ‘menembak' kisah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya versi United Malays National Organisation.

Lawak seram Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata lima tan boleh dimasukkan ke dalam Pajero dalam masa 15 minit. Najib Razak yang ketika itu menteri pertahanan bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya.

Maka sandiwara ‘rompakan' ini diulang pementasan sekali lagi di kem askar di Kuala Lumpur untuk disaksikan oleh media. Sandiwara kentut kerbau ini sebenarnya dipentaskan kerana Orang Melayu pada ketika itu telah turun ke jalan raya untuk menyingkirkan Mahathir keturunan Iskandar Kutty.

Rompakan di Sauk ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Orang Melayu agar jangan berani turun berdemo. Hujahnya amat senang - jika Orang Melayu turun berdemo maka akan berlaku kacau bilau. Ada kumpulan-kumpulan sulit yang akan ambil kesempatan untuk menambah kacau. Justeru, kumpulan silat Melayu bernama Al-Maunah dijadikan mangsa - dituduh hendak melawan Yang di-Pertuan Agong.

Dari perbincangan saya dengan ahli Al-Maunah dalam kem Kamunting semuanya menerima hakikat bahawa mereka telah diperangkap untuk datang ke Sauk. Ada yang dipanggil kerana ada program ceramah agama. Ada yang dipanggil kerana hendak buat latihan silat.

Ada yang dipanggil untuk jumpa-jumpa. Tidak timbul hal rompakan senjata. Tidak timbul agenda nak lawan Yang di-Pertuan Agong. Jelas Kes Al-Maunah ini adalah sandiwara Mahathir keturunan Iskandar Kutty.

Al-Maunah ini kes terbaru. Saya mahu membawa pembaca kepada ke Zaman Konfrantasi: 1963-1965. Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan, Tunku telah memberitahu dia bagaimana pegawai tentera British telah meminta soldadu Malaysia mengebom kapal HMS Eagel yang sedang berlabuh di Selat Melaka. Tulisan Said ini telah disahkan oleh Yap Chin Kwee Setiausaha Politik, Tunku Abdul Rahman.

Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk menyalahkan Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku maka Malaysia boleh mengistiharkan perang terhadap Indonesia. Dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.

Dalam istilah politik kes Bukit Jenalik dan HMS Eagel ini dipanggil ‘memasang bendera salah'. Konsep ini bermula kerana lanun dalam laut sering menggunakan bendera kapal orang lain ketika menjalankan rompakan. Dalam kes Bukit Jenalik bendera itu adalah bendera Al-Maunah. Dengan satu perancangan licik Orang Melayu dan rakyat Malaysia telah ditakut-takutkan dengan kemungkinan berlakunya kacau bilau.

HMS Eagel gagal diletupkan kerana Tunku menolak rancangan jahat ini. Tetapi dalam surah strategi ‘memasang bendera salah' ini dunia tidak akan melupakan kes Telok Tonkin. Telok Tonkin menjadi contoh terbaik sebagai rujukan dan kajian memasang bendera salah.

Pada 2 Ogos 1964 dunia telah gempar dengan berita bagaimana kapal perang Amerika USS Maddox yang berlabuh di Telok Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun pagi terperanjat melihat induk berita akhbar - Amerika diserang. Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negera sekecil Vietnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dalam dunia.

Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara elit politik Amerika telah meluluskan: Gulf of Tonkin Resolution. Dengan lulusnya ketetapan ini maka Amerika telah menghalalkan diri untuk memerangi Vietnam Utara. Hari ini kajian fakta telah membuktikan bahawa TIDAK ada serangan ke atas USS Maddox pada 2 Ogos 1964. Apa yang berlaku hanyalah satu sandiwara.

Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan kerana pada ketika saya menulis ini, ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad Datu. Bendera Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya, media antarabangsa tidak diibenarkan untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazeera telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia ibarat cendawan - disimpan dalam gelap dan dibajai tahi lembu.

Mengikut laporan awal bendera yang tercacak di Lahad Datu ini bersangkutan dengan Yazid Sufaat yang baru kena tahan dibawah undang-undang ISA Baru. Apa sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja. Pada awalnya umum telah diberitahu ada 100 gerila lengkap bersenjata telah mendarat di Lahad Datu. Tetapi tidak diketahui pula dari busut jantan mana Sang Gerila ini datang. Tetiba, beberapa hari kemudian laporan mula beralih.

Jumlah 100 kini menjadi 40 orang. Ke mana 60 orang lagi menikus walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah. Sang Gerila hanya datang dengan penggali dan cangkul.Setelah beberapa hari, muncul pula berita yang melaporkan Sang Gerila ini ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut laporan - sesudah bertemu dengan ‘personaliti ‘ ini Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti yang ingin ditemui ini?

Apakah Sang Gerila ini hendak berjumpa Ziana? Atau personaliti yang dimaksudkan ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.

Terakhir media memaparkan gambar Hishammuddin Hussein meneropong dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu yang sedang tercacak. Perangai meneropong dari jauh telah menjadi tabiat menteri dalam negeri semenjak dia diberi teropong untuk melihat cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu.

Apakah teropong ini hadiah hari jadi dari Ziana atau dari adik Ziana. Ini masih tidak jelas.

Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar Filipina - jumlah gerila ini bukan 40 orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Filipina memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan senjata moden. Gerila ini datang untuk mengancam.

Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan memasang bendera ini? Siapa di belakang bendera ini?

Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja Sabah tentang kad pengenalan palsu sedang bersidang di Kota Kinabalu. Kita juga wajib menyedari bagaimana ‘kilang undi haram dari Sabah' kini telah runtuh.

Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira serangan Mahathir keturunan Iskandar Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.

Setelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah baik untuk Najib. Bendera ini amat cemerlang untuk United Malays National Organsiation. Pada tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini. Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk memasang bendera ini akan meraih keuntungan.

Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek untuk dijadikan sebab musabab oleh Najib untuk menggantung pemilihan di Sabah. Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin dalam tahun 1982.
Pada 1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United Malays National Organisation memasang bendera salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah melompat-lompat berdemo di Kota Bahru. Akhirnya Dewan Undangan Negeri Kelantan di gantung dan Parti Pas tersingkir.

Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga minggu. Dalam laporan Bernama pada 24 Februari yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi' memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini bodoh?
Apakah Najib sudah nyanyuk? Biji durian akan mengeluarkan hasil setelah lima tahun ditanam. Padi boleh dituai setelah tiga bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah empat bulan ditanam.

Mustahil ‘transformasi' ini akan memperlihatkan hasil dalam masa dua bulan. Sesuatu dasar akan dilihat ketrampilan dan kejayaan dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih lama. Rancangan Felda yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya berhasil 15 tahun kemudian.

Justeru soalan wajib ditanyakan: Apakah salah pasang bendera di Lahad Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika pilihan raya Sabah ditangguhkan maka Najib dapat menyelamatkan diri. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Bekas Panglima Tentera darat Malaysia - HOT


 
Bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein berpendapat pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

NONEKatanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

"Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini saya tak fikir ia berlaku.

"Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.

"Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Beliau yang bersara pada 2002, bagaimanapun menjelaskan bahawa pendangannya itu mungkin berbeza sekiranya melihat sendiri keadaan di lapangan.

Bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Pakistan itu hari ini mengumumkan menyertai PKR dan menyokong Pakatan Rakyat secara rasmi.

NONESementara itu para MP Pakatan Rakyat hari ini mengulangi gesaan mereka agar satu sidang Parlimen khas diadakan untuk membincangkan pencerobohan Lahad Datu.

MP Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong, berkata amalan demokrasi menetapkan soal keselamatan dan soal hubungan luar negara diputuskan secara dwipartisan.

"Sebagai ahli parlimen, kami mahu diberi peluang memahami latar belakang isu ini.

"Isu ini mewajarkan satu sidang khas parlimen diadakan," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang media sebelumnya.

NONETurut hadir dalam sidang media itu ialah ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini juga mengulangi gesaan agar Putrajaya menyebarkan lebih banyak maklumat berkenaan insiden itu seperti yang dilakukan Manila.

"Dalam beberapa hari yang pertama, kita dapat lebih banyak maklumat daripada Manila berbanding Malaysia," katanya.

Tambahnya, kerajaan sekurang-kurangnya perlu mengadakan satu sidang meja bulat secara tertutup dengan Pakatan Rakyat.