|
Welcome to Pas Kawasan Sungai Petani
Aktiviti Masjid Persekitaran >> >> >> >
Monday, June 13, 2011
Jawatankuasa siasat IPP tidak wakili suara rakyat Hazayani Zakaria
IPP: JK khas kabinet tidak memihak kepada rakyat Harakahdaily
|
Bersih 2.0 diteruskan walau Perkasa halang

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.
Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.
"Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.
Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta.
Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.
"Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya.
Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman.
"Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya.
Declare perang fizikal
Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar.
"Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata.
"Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya. -hrkh
Perakuan: Kebebalan Blogger Umno
Kesian blogger-blogger pencacai goblok Umno... sudahlah hari-hari kerjanya tiada lain selain menabur FITNAH, tidak cukup disumpah seranah oleh rakyat.... pemimpin mereka sendiri pula menabur racun hati.. !!
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.
Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.
"Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan.
"Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Ketua UMNO bahagian itu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua ahli UMNO memainkan peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka. - BERNAMA
Nelayan mogok: Harga ikan didakwa naik 30 peratus
Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.
Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.
“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.
Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.
Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu. -M'kini
Isu yang harus di baca dan di fahami
Telah lebih seminggu berakhirnya muktamar PAS yang berlangsung di Taman Melewar. Seminggu lebih jugalah media2 berat sebelah UMNO memainkan pelbagai isu yang berkait dengan keputusan muktamar yang lalu. Geram dan meluat dengan isu2 yang dimanipulasikan dan dikelirukan membuatkan aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku dapati dan fahami dari muktamar yang lalu.
Sebelum kita terus kepada isu2 yang di bangkitkan mari kita lihat perbezaan suasana muktamar PAS dengan Mesyuarat Agung UMNO. Kita tengok tempat pun cukup lah. Dengan tengok tempat berlangsungnya muktamar pun kita sudah dapat tahu perbelanjaan wang untuk menjayakan muktamar tersebut. Selidik pula UMNO di mana tempatnya. Kalau nak dibandingkan perbelanjaan dari sudut persediaan tempat ternyata PAS tewas di situ. Tapi persoalannya dari mana datangnya dana tersebut? UMNO.. Sudah pasti mereka menggunakan wang kerajaan yang mereka anggap duit kerajaan adalah duit UMNO sendiri. PAS.. hanya mampu menggunakan duit parti yang juga tempat simpanannya adalah didalam kocek ahli sendiri. Ini baru kita tengok tempat berlangsungnya program. Belum kita tengok tempat perwakilan menginap. Umno.. Perwakilan di sediakan hotel yang selesa. PAS.. Pandai2 la perwakilan sendiri. Kalau takde duit. Kat dalam kereta pun jadi la.
Mari kita tengok isu2 yang dimainkan selepas muktamar berakhir. Pertamanya persoalan perubahan pucuk pimpinan. Kalau kita tengok sebelum muktamar berlangsung media2 UMNO sibuk mencanang bahawa gandingan ulama’ antara Tn Guru Hj Hadi dan Ustaz Nasa adalah satu gandingan yang sangat mantap. Apa tanda di situ? Mereka sangat takut andai Mat Sabu pemidato yang vokal dalam isu2 negara dari memenangi jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya apa yang ditakuti UMNO menjadi kenyataan apabila keputusan pemilihan muktamirin memihak kepada pimpinan yang diistilahkan pimpinan perang di angkat menjadi pimpinan. Bila berlaku perkara ini mereka mula mencanang tentang isu kepimpinan ulama’ disisihkan pula.
Kita kena faham bahawa hiraki kepimpinan PAS tidak sama dengan UMNO. Kalau dalam UMNO ulama’ di letak di bawah biro agama semata2. Tapi jauh berbeza di dalam PAS. Ulama’ telah di letakkan khas di tempat tersendiri. Setiap keputusan yang ingin diputuskan akan di syurakan di majlis syura yang sememangnya terdiri dari ulama’. Penegerusi Majlis Syura ataupun dikenali Mursyidul Am PAS selaku penasihat tertinggi pula adalah merupakan seorang ulama’ haraki yang di segani kawan mahupun lawan iaitu Tn Guru Nik Aziz Nik Mat. So kat sini kita boleh lihat ulama’ tetap diletakkan di hiraki tertinggi dalam pembuat keputusan2 akhir yang melibatkan pergerakan parti.
Timbul pula isu golongan professional. Ini pun aku tak faham. Dulu ketika PAS di dokongi kebanyakan dari golongan ulama’ UMNO mengatakan Gerakan Islam berbentuk parti ini adalah JUMUD kerana hanya didokongi oleh golongan berkopiah. Namun kini, Setelah fikrah PAS berkembang dari sekolah pondok ke bilik bedah, ke bengkel kereta, ke makmal sains, ke meja akauntan, ke cerun batuan, ke meja jurutera dan ke setiap ceruk minda professional masyarakat maka mereka kecoh pula tentang ulama’ di sisihkan. Memprofessionalkan ulama’ dan mengulama’kan professional. Usaha yang sangat menarik yang berjaya dilaksanakan oleh PAS. Jika dahulu Ulama’ hanya pandai mengajar kitab kuning di pondok2. Tapi kini telah berubah. Begitu banyak ulama’ yang begitu hebat dari sudut organisasi dan skill interpersonal. Golongan professional pula kini sudah mampu untuk ke hadapan memberi ceramah memetik ayat2 quran dan hadith di dalam ceramah mereka.
Seterusnya isu merubah dasar parti. Sebelum cakap banyak aku cadangkan UMNO pergi baca dulu dasar PAS dan bandingkan dengan dasar diorang. Di mana islam itu diletakkan dalam kedua dasar parti tersebut? Dari negara islam ke negara kebajikan. Isu dasar yang dimainkan oleh media UMNO. Sebelum tu kita perlu memahami tentang negara islam terlebih dahulu. Kalau diikutkan sememangnya istilah negara islam dalam islam sememangnya tidak wujud. Yang ada adalah wilayah islam ataupun Darul Islam. Dalam usaha menghalau penjajah lah yang memangkinkan munculnya istilah negara islam yang ditambah lagi dengan tercetusnya Revolusi Iran.
Jenama dan pengisian. Istilah seterusnya yang perlu kita beri perhatian. Antara kedua jenama dan pengisian ini mana yang lebih penting? Kita melihat negara kita telahpun dijenamakan sebagai negara islam namun di mana letaknya pengsianya dari segala aspek? Dalam membentuk sesuatu ada 2 method yang kita boleh pilih. Kita analogikan dengan perbuatan ingin menunjukkan air milo kepada kawan kita. Pilihan pertama kita mengambil mug milo percuma dan mengatakan ini adalah air milo.(walaupun di dalamnya mungkin hanya air bio aura je.) Pilihan kedua adalah kita buat dahulu air milo itu di dalam mug nescafe. Kita tunjukkan kepada kawan kita. Ini adalah airi milo. Bila sampai satu masa yang sesuai kita tuangkan ke dalam mug milo yang tersedia. Hakikatnya ianya masih terisi dengan air milo bukan?
Pandangan aku yang kerdil di gelanggang siasah ini merasakan pilihan kedua ini yang cuba dilakukan oleh pimpinan PAS. Substance nya masih sama cuma jenamanya berubah atas dasar kedinamikan jemaah itu sendiri. Prinsipnya masih sama cuma perlaksanaannya sedikit diharmonikan dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain. Memetik kata2 Ustaz Asri di webnya.
“Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam”
Begitu juga kata2 Tn Guru Hj Hadi..
“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.
Inlah yang terjadi di Malaysia. Meletakkan jenama Negara Islam sebagai satu jenama sempena rakyatnya yang majoritinya adalah umat islam. Namun kita selidiki di mana perlaksanaannya di medan masyarakat? Islam itu hanya diletakkan sebagai nama semata2.
Negara kebajikan adalah satu istilah yang menjadi titik temu antara PAS PKR dan DAP. Dalam memacu perubahan di Malaysia titik temu seperti ini amat penting. Namun harus diingat prinsip dan dasar utama masih kekal. Semoga suatu masa nanti air milo di dalam mug nescafe ini mampu di tuang ke dalam mug milo.
Cukup sekadar ini sedikit ulasan aku di atas isu2 yang berlegar di media berat sebelah BN kini. Mereka memanipulasi kenyataan dan cuba mengelirukan masyarakat bahawa PAS telah mengubah prinsipnya. Perlu jelas disini bahawa prinsipnya masih kekal hanya penjenamaan yang berubah seperti yang telah aku nyatakan di atas. Semoga sedikit ulasan ini mampu memperjelas fikrah korang dan terutamanya juga kepada aku yang bersama dengan Jemaah Islam PAS ini.
Wallahualam..
Berkenalan Dengan PJ PAS Selangor: Hajat Sembelih Kambing Tak Sampai
Dr Rani hargai kepercayaan, anggap pikul amanah beratSHAH ALAM - Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman menyifatkan pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor yang baru sebagai satu amanah berat untuk dipikul.
Menurutnya, beliau sebelum ini telah menolak tawaran untuk menggantikan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan bernazar jika tidak pilih.
Namun menurutnya, beliau terpaksa memikirkan semula tawaran tersebut setelah beberapa ulama parti menasihati beliau untuk menerima jawatan jika telah dipilih sebulat suara oleh pimpinan pusat.
”Saya sendiri telah bernazar untuk sembelih kambing jika tidak dipilih sebagai pesuruhjaya Pas negeri, kerana saya melihat ia sebagai satu amanah berat untuk dipikul.
”Namun, kini semua terpulang kepada pucuk pimpinan parti, saya akan menunggu surat rasmi pelantikan tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, sekiranya dipilih menjadi pesuruhjaya negeri, beliau akan memastikan misi utama mengekalkan Negeri Selangor di tangan Pakatan Rakyat (PR) tercapai.
Menurutnya, beliau akan berbincang dan bekerjasama dengan kesemua pemimpin Pas negeri khusus dalam persediaan pilihan raya kali ini.
”Saya menganggap salah satu tugas yang berat untuk dipikul adalah untuk membawa Pas Selangor menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
”Namun, saya berpendapat kesemua keputusan berhubung pilihan raya, perlu diputuskan oleh kesemua ahli jawatankuasa negeri termasuklah timbalan pesuruhjaya negeri, setiausaha, bendahari dan lain-lain,” katanya. -SH
BIODATA DR. ABD. RANI BIN OSMAN
UMUR : 50 TAHUN
ASAL : PELABUHAN KLANG
MENETAP : KAPAR, KLANG
KELAYAKAN AKADEMIK : IJAZAH PERUBATAN, UNIVERSITY TANTA, MESIR
PEKERJAAN : DOKTOR
PENGALAMAN KERJAYA : HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
JAWATAN DI DALAM PARTI : YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KAPAR, NAIB PRESIDEN YAYASAN AMAL MALAYSIA
Tuan Dr. Haji Abdul Rani bin Osman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi DUN N42 Meru, Selangor.
Pilihan Raya Umum 2008
Pada pilihan raya umum yang lepas, beliau telah bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melawan calon dari Barisan Nasional (BN) Md. Ghazali Md Amin. Keputusan pilihan raya tersebut telah memihak kepada beliau :-
* Dr. Abdul Rani Osman (PAS) (14,826)
* Md. Ghazali Md. Amin (BN) (9,313)
* Majoriti : (5,513)
* Jumlah Undi : (24,478)
* Peratus Mengundi : (82.29%)
* Undi Rosak : (339)
Kerjaya
Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. Beliau yang berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir telah membuka klinik tersebut semenjak sekian lamanya dan bertempat di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.
Perkhidmatan yang beliau sumbangkan amat dirasai dan dihargai penduduk Meru. Kini, klinik beliau diselia oleh beberapa orang doktor gantian dan pelatih justeru beliau kini merupakan seorang wakil rakyat.
Mesra rakyat
Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.
Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agama dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.


