Ahmadinejad was a leader I admire. He .... people's true leaders. I am excited to see pictures of him here, here . So I copy and paste to be shared in this N3. Ler Mekasih bebanyak. Oh God .... He ni so people-oriented. Not like leaders of 1Malaysia. Iyea ..... so .. very elite! Arrr .... ambik ko, I use 'so'.... 'Very' yet I wear.Hahahaha ... So very elite and so very bastard!! Hollywood these two very different leaders .... like the sky and the earth. You all see why. Any one of the leaders of our eyes look cold?
Welcome to Pas Kawasan Sungai Petani
Aktiviti Masjid Persekitaran >> >> >> >
Friday, November 4, 2011
Isu AUKU: Nazri Boleh Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah
Param: Nazri hampir menghina mahkamahKenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa penghakiman mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang, menghampiri tindakan menghina mahkamah.
“Apa yang dibuat adalah keputusan majoriti bukan orbiter dictum (semata-mata pendapat mahkamah),” kata bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswamy.
“Sebagai orang terpelajar dalam bidang undang-undang, Nazri sepatutnya mengetahui perkara ini. Ataupun Nazri jahil undang-undang?” soal Param yang adalah juga seorang peguam veteran dan bekas presiden Majlis Peguam.
“Nazri, sebagai jurucakap kerajaan tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu kerana beliau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan itu,” katanya memberi amaran.
Nazri membuat kenyataan itu di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa kementeriannya - yang memberikannya imuniti.
Kenapa sekarang baru haramkan Seksualiti Merdeka?
| | Print | |
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoal pihak polis yang baru tahun ini bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008 lagi. Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. "Persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini? Bolehkah kita simpulkan bahawa PDRM dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka? "Apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ianya membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau berkata polis dan Umno BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu. Ini kerana Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevanisan merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung di Annex Gallery bermula 1 November. "Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing," katanya. Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat. Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh. "Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan," katanya. Tambah beliau, semua pihak harus menitik beratkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik - ”good governance”, dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara. |
Akta Kerja bukti BN tidak bela pekerja
| | Print | |
| Fakhri Ali |
Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap dalam majlis ceramah perdana di Dataran Rakyat, Taman Guar Perahu, Penanti, malam tadi. Menurut beliau lagi, akta yang diluluskan membuktikan nasib pekerja tidak dibela. Mereka akan dilabelkan sebagai pekerja kontrak yang tidak mempunyai perlindungan keselamatan serta masa depan. "Kewujudan kontraktor akan menjadi lambakan baru kronisme yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan BN. Ini adalah antara unsur memperbodohkan rakyat. Ia juga merupakan suatu sistem yang menghala ke arah eksploitasi tenaga kerja. "Pindaan ini juga adalah pindaan yang tidak bertanggungjawab. Walaupun rakyat membuat bantahan, mereka masih tetap berdegil untuk mempertahankan projek terancang yang memperlekehkan pekerja dan tenaga kerja dalam negara," ujarnya yang juga Ketua Pembangkang. Jelasnya lagi, sekiranya rakyat tidak menolak kerajaan sedia ada dalam PRU yang akan datang, tidak mustahil banyak lagi rencana bermotifkan kronisme dan penyelewengan sepertimana yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara akan menjadi amalan. "Jika mahu negara dan rakyat selama, perubahan perlu dibuat dengan menolak BN dalam PRU 13 yang akan datang," tegasnya lagi. Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pimpinan PR Pulau Pinang. |
Kalau tiada bantahan, BN biarkan Seksualiti Merdeka?
| | Print | |
| Abdul Aziz Mustafa |
"Walaupun tindakan polis disambut baik, tetapi nampak sangat polis hanya bertindak apabila program tersebut dibantah dan dikecam pelbagai pihak dalam negara ini. "Kalau tidak ada bantahan dan kecaman, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berdiam diri sahaja?" kata beliau sambil membangkitkan program Seksualiti Merdeka telah diadakan sejak 2008 lagi tanpa sebarang tindakan pengharaman oleh kerajaan. Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak ada keupayaan untuk memikirkan buruk dan baik. "Kerajaan tidak tahu mana satu yang buruk dan mana satu yang baik. "Sebab itulah tindakan hanya dibuat selepas ada bantahan dan kecaman sedangkan sejak 2008 lagi program tersebut diadakan tetapi kerajaan tidak bertindak kerana waktu itu ramai yang tidak sedar kewujudan program itu dan bantahan tidak lantang," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menolak tanggapan kononnya kerajaan tidak bertindak sebelum ini kerana ia tidak sedar kewujudan program itu. "Kalau benar kerajaan atau polis tidak sedar kewujudan program itu sejak 2008 lagi, ia membuktikan kerajaan sangat lemah sehingga tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya ini sejak bertahun-tahun lalu. "Mustahil kerajaan mahu mengakui kelemahannya dan oleh kerana itu, kerajaan sedar mengenai program Seksualiti Merdeka tetapi sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana tidak ada bantahan," kata Mahfuz. Beliau juga mempersoalkan motif pihak-pihak yang tidak bermoral mempertikaikan program itu. "Bantahan umumnya didorong oleh kesedaran agama dan moral. Tetapi, jika ada pihak-pihak yang tidak bermoral membantah program itu, apa tujuan mereka? "Ramai yang menyifatkan mereka sebagai pengemis-pengemis habuan politik dan apabila mereka kononnya marah sangat kepada program itu, ramai yang menyifatkan perkara itu didorong oleh kepentingan habuan politik mereka semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kesedaran agama dan moral," katanya. Makhfuz mempersoalkan di mana suara pengemis-pengemis habuan politik itu apabila kerajaan Umno BN mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membatalkan saman ke atas mereka yang ditahan di Zouk Club pada tahun 2005 dahulu. Malah, katanya lagi, apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa seperti campur tangan kabinet selepas serbuan di Zouk Club dan tindakan ke atas ulama selepas tiga gadis Melayu ditangkap kerana menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya menunjukkan sikap sebenar kerajaan Umno BN terhadap persoalan moral. "Sebab itulah, apa yang hendak dihairankan apabila program seperti Seksualiti Merdeka dianjurkan? "Dan, sebab itulah juga kerajaan hanya bertindak selepas program itu dibantah dan dikecam," katanya. |
Komputer riba untuk masjid bandar, jajahan
|
Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen
|
Subscribe to:
Posts (Atom)



