Sunday, January 1, 2012

Jangan layan mahasiswa cara 'kebinatangan'



Muhammad Khairul   
KOTA KINABALU, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini mengutuk sekerasnya tindakan keganasan terhadap sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan memukul dan membelasah mahasiswa tersebut untuk menyeleraikan mereka sebagai satu tindakan yang bersifat ‘kebinatangan’ dan terkeluar dari norma manusia beragama.

“Tindakan tidak berperikemanusiaan dan lebih kepada kaedah ‘kebinatangan’ dalam menyuraikan kemaraan mahasiswa dan anak muda ini,” katanya.

Menurutnya, polis perlu menghormati peruntukkan yang sedia ada dan tidak sepatutnya dalam keadaan jahil dengan menuruti apa sahaja kehendak parti politik tertentu.

“Jangan jadi budak hingusan kepada Umno BN. Tugas anda menyelamatkan hak rakyat… bukan melindungi pemimpin zalim.

“Berlaku adillah kepada semua pihak,” tegas beliau.

Beliau turut menyifatkan agenda transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya politik murahan yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa pengertian.

“Jangan termasuk dikalangan petanda dan ciri-ciri golongan munafik. Apabila bercakap, tidak menepati apa yang diucapkan.

"Sudah-sudahlah berjanji menggula-gulakan kehidupan rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, insiden yang berlaku terhadap mahasiswa bukan sahaja dirasai golongan itu, malah turut dirasai golongan anak muda seluruh negara.

Dalam insiden malam tadi, kira-kira 17 mahasiswa ditahan dan dua orang cedera parah dalam perhimpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, malam tadi.

PPMM gesa buka kertas siasatan kekerasan di UPSI




| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) amat terkejut dengan peristiwa kekerasan yang berlaku terhadap mahasiswa yang berdemonstrasi di UPSI Tanjung Malim semalam sehingga ramai yang ditahan dan beberapa orang dilaporkan cedera parah.

“PPMM menegaskan bahawa hak untuk berkumpul adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan mengikut lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan.
“Sekiranya pun demonstrasi tersebut tidak dilakukan mengikut lunas undang-undang pihak berkuasa seharusnya menangani isu ini dengan lebih berhemah dan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ada,” ujar presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar kepada Harakahdaily.
Katanya, kekerasan di pihak berkuasa perlu dihindarkan melainkan dalam keadaan yang langsung tidak dapat dielakkan.
PPMM, ujarnya amat sedih dan kesal atas kejadian itu kerana seharusnya insiden itu ditangani dengan menjunjung nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
PPMM juga, katanya menggesa mahasiswa yang sedang diberi rawatan atas kecederaan yang dialami diberikan rawatan terbaik bagi memulihkan kesihatan mereka dan bagi mahasiswa yang ditahan dibebaskan dengan segera.
Beliau berkata, sekiranya pihak berkuasa berpandangan ada berlaku perlanggaran undang-undang mereka bolehlah didakwa di mahkamah dan diberi hak membela diri sepenuhnya.
PPMM juga, tambahnya menggesa agar kertas siasatan juga dibuka oleh pihak berkuasa bagi menyiasat insiden itu dan sekiranya terdapat kekerasan yang melampaui undang-undang maka orang yang bertanggungjawab menyebabkan kekerasan sedemikian wajib dihadapkan ke mahkamah untuk diadili mengikut proses mahkamah dan diberi hak juga untuk membela diri sepenuhnya.
PPMM, kata beliau amat khuatir jika insiden yang berlaku di luar negara menjadi pemangkin kepada pihak berkuasa melaksanakan tindakan mereka.
“Insiden sebegini adalah salah satu insiden yang mencemarkan imej negara dari perspektif dunia.
“Insiden ini juga menzahirkan sistem demokrasi yang semakin disanggah oleh pihak berkuasa,” ujarnya.
Justeru, PPMM menyeru pihak berkuasa agar tidak bertindak melampaui batas perundangan yang digariskan di dalam menangani isu-isu sebegini.
Menurutnya lagi, mahasiswa adalah golongan muda yang akan menggalas tanggungjawab pimpinan negara pada masa hadapan.
Mereka, katanya perlu didekati dan disantuni walaupun dalam keadaan perbezaan pandangan dengan mana-mana pihak.
“Mereka perlu dibimbing, dididik dan diselami jiwa mereka bukannya dilayani dengan kekerasan. Mahasiswa adalah agen perubahan dan aset kepada negara.
“Oleh hal yang demikian adalah amat wajar pihak berkuasa menangani isu mahasiswa dengan lebih berhemah dan penuh hikmah,” katanya lagi.
Tambahnya, segala tindakan pihak berkuasa hendaklah berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada di dalam norma dan tatasusila budaya masyarakat Malaysia.

Wednesday, December 28, 2011

Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran



| Print |
Salmah Mat Husain   
BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Saturday, December 24, 2011

Panas!! Adam Adli Di Ugut Polis



Aktivis Pelajar yang dipercayai menurunkan kain rentang wajah Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi tempoh hari tampil membuat laporan polis atas insiden kecaman ditumbuk dan ugutan yang diterimanya daripada seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.Adam Adli, 22, telah menerima ancaman ditumbuk oleh seorang anggota polis bernama Roslan Mokhtar ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini, Adam (gambar) menyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis yang lain tanpa dihalang mereka.

“Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis,” kata peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar.

Menurut peguam daripada “Lawyer for Liberty” ini lagi, demonstrasi yang dilakukan kumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu tiada sebarang jenayah dilakukan, sebaliknya ini hanyalah satu pelanggaran norma masyarakat yang diterima masyarakat antarabangsa.

“Oleh itu, tindakan kecaman daripada kerajaan dan pihak berkuasa ini harus dihentikan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Adam menjelaskan, isu menurunkan kain rentang itu hanyalah isu yang diputarkan oleh pihak yang takut terhadap gerakan mahasiswa. “Isu menurunkan bendera itu hanya mainan pihak yang takut dengan gerakan mahasiswa, sama dengan fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia di dalam portalnya.

“SMM dengan ini menuntut Naib Ketua Umno Kepala Batas, Reezal Merican memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas pengeluaran artikel fitnah dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri.

“SMM menegaskan, bendera Datuk Seri Najib hanya diturunkan dalam lima minit dan kemudiannya dinaikkan semula, tiada insiden bendera tersebut dipijak,” katanya lagi. Menurut Adam, sekiranya Reezal tidak mengeluarkan kenyataan maaf berkenaan, mahasiswa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Kenyataan itu jelas Adam adalah cubaan untuk memburukkan SMM dan memberikan oersepsi negatif terhadap isu yang dibawa Bebas. SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan tersebut terlalu dangkal dan hanya bersifat sentimen sokongan terhadap perdana menteri tanpa mengulas mengenai kebebasan akademik yang diutarakan mahasiswa. sumber

Salahguna Wang Zakat: Jamil Khir Khianati Orang Miskin, Bukti Beliau Tidak Amanah

Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat

Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).

Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.

“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

“Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah


KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.


“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.


Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.


Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.


Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.


“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendengar aduan penduduk di Taman Sentosa.


Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.


Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.
Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.


“Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki,” katanya.

SPRM serbu pejabat NFC


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.
Pegawai berkenaan, diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut.
Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.
NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar. -M'kini

Harta Anak Tun Det Ada Berapa Juta?





MAHATHIR DI USIA LELAKINYA


KETURUNAN PENYAMUN NEGARA? INIKAH PEMIMPIN
RAKYAT YG DI IMPIKAN KEDAH




Alangkah angkuhnya anak MAHATHIR ini. Dalam usia hanya 37 tahun, kekayaan berbillion Ringgit yang digondolnya dikatakan hasil "usahanya" sendiri. Adakah usaha itu termasuk menipu rakyat, memaksa syarikat awam seperti PETRONAS membeli syarikat mereka yang hampir bankrap, memaksa pegawai kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri tunduk menyembah mereka lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar?

Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi...

Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll

B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat

C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT

D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan

E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang memesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?

Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")

Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB.

Kebolehan politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan menentang Mokhzani. Aklhirnya anak perompak bermisai tebal itu menang tanpa bertanding!

Mokhzani dilantik oleh Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss") Zahid yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak berpengaruh langsung!

Mokhzani merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat!

Mokhzani harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan tanah!

Saya tarik balik kritik Negara Berkebajikan - Hasan Ali


| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Thursday, December 22, 2011

Salah sebuah kapal LCS milik Amerika sekarang...Amerika hanya ada dua, Malaysia mahu membeli enam buah kapal jenis ini


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kerajaan dicadangkan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menilai pembelian kerajaan terutamanya untuk pertahanan negara agar ia tidak lagi dibincang secara umum.
(Salah sebuah kapal LCS milik Amerika sekarang...Amerika hanya ada dua, Malaysia mahu membeli enam buah kapal jenis ini)

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, beliau tidak akan berhenti untuk mendedahkan kepincangan dalam pembelian kerajaan selagi ia berlaku walaupun dituduh 'membahayakan keselamatan negara'.

"Jika begitu, kerajaan kena tubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen untuk membincangkannya, jika tidak kita kena bincang di depan publik," kata Tony daalm sessi dialog khas di majlis 'Dr Dzul Inperson: Night to remember' malam tadi.

Harga naik 50% dalam setahun

Di majlis itu, Tony Pua sekali lagi mendedahkan kepincangan dalam perbelanjaan kerajaan untuk membeli kelengkapan pertahanan negara.

Pada 6 Februari tahun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid mengumumkan kerajaan meluluskan RM6 bilion kepada Tentera Laut Diraja Malaysia untuk membeli enam unit second generation patrol vessels yang akan dibina oleh  Boustead Naval Shipyards.

Ketika mempertahankan harganya yang mahal, Zahid berkata, kapal ini bukan jenis yang biasa tetapi sangat advance dan dikenali dengan nama "littoral combatant ships" (LCS).

Pada bulan Mac lalu, Zahid berkata, kapal ini besar dan cepat dan dilengkapi dengan senjata 'tiga dimensi' iaitu boleh menembak kapal terbang musuh di udara, kapal di laut dan kapal selam di dalam air.

Amerika ada 2, kita mahu 6

Menurut Tony Pua (gambar) , hanya Amerika sahaja mempunyai kapal jenis ini.

"Amerika hanya ada dua buah sahaja iaitu USS Independence dan USS Freedom, sedangkan kita mahu membeli enam buah," kata Tony.

Yang memeranjatkan lagi, katanya, harga kapal ini tidak muktamad lagi pada bulan February ketika kontrak ini ditandatangani.

"Namun ia memeranjatkan apabila Boustead memaklumkan kepada Busra Malaysia bahawa mereka telah menandatangani satu kontrak minggu lalu bernilai RM9 bilion iaitu 50 peratus lebih tinggi dari yang diluluskan oleh kerejaan awal tahun ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Zahid khasnya menjelaskan kenapa harga setiap kapal ini meningkat RM500 juta setiap satu atau RM3 bilion keseluruhannya.

Beliau juga mempertikaikan apa pengalaman yang ada pada syarikat ini untuk membina kapal secanggih itu.

Boustead Naval Shipyard, sebelum ini yang dikenali dengan nama PSC Naval Dockyards pernah membuat  enam naval patrol vessels dengan harga RM6.75 billion atau 26.2% lebih tinggi harganya berbanding dengan kontrak asal yang berharga  RM5.35 billion.

Kapal itu juga diserahkan dua tahun lebih lewat dari masa yang dijadualkan di samping ratusan kelemahan padanya, tambah beliau.

"The information in this e-mail (including attachments) is confidential and is only intended for use by the addressee. If you are not the intended recipient or addressee, please notify us immediately. Any unauthorized disclosure, use or dissemination either in whole or in part is prohibited. Opinions, conclusions and other information contained in this message are personal opinions of the sender and do not necessarily represent the views of the Panasonic Group of companies."