Tuesday, August 9, 2011

Bukan Islam turut terima sumbangan Ramadhan



Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 9 Ogos: Biarpun bulan Ramadan hanya disambut oleh umat Islam sahaja, namun kerajaan Kelantan itu tidak melupakan masyarakat bukan Islam di negeri itu.

Sempena majlis Iftor Ramadan dan sumbangan kepada golongan miskin anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu, seramai 6 orang bukan Islam yang terdiri dari kaun Cina, India dan Siam turut menerima sumbangan berkenaan.

Mereka yang mewakili 25 Dewan Undangan Negeri di negeri itu menerima sendiri sumbangan dari Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diadakan di Masjid Kota Darulnaim, di sini malam tadi.

Pada masa yang sama Kifalah Sdn Bhd turut menyumbang sebanyak RM1.5 juta kepada penerima untuk pemberian awal Ramadan.

Hadir sama, Ketua Eksekutif, Ir Mustapha Salleh , Adun serta pemimpin masyarakat.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berkata, pentingnya golongan terbabit dijemput sama pada majlis berbuka puasa agar mereka dapat melihat keindahan Islam.

“Pada masa yang sama kita juga dapat memupuk rasa kasih sesama masyarakat pelbagai kaum,”ujarnya.

Sementara itu, Abdul Shakur Sharrie ketika ditemui berkata, sumbangan berkenaan hanya untuk awal Ramadan.

“Kita akan meneruskan sumbangan kepada penerima yang lain, iaitu pada pertengahan dan akhir Ramadan,”ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com