Friday, September 2, 2011

MerdekaReview - Chin Peng

Chin Peng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chin Peng
Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. beliau dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.[1]
Sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng bukan berasal dari China , tetapi beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Kisah hidupnya

Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Namun, buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.
Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.
Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti-Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Service dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.
Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.
Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Kiai Salleh Karim dari Batu Pahat, Johor. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa, malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.
Cubaan MPAJA untuk menguasai pentakbiran ini dari pemerintah sebenar menyebabkan mereka dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya diharamkan dan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya ditangkap.
Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

[sunting] Memimpin Parti Komunis Malaya

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya.
Di bawah pimpinannya, Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu, ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.
Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan atiesme. [perlu rujukan] Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan[perlu rujukan]. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi, malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.
Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

[sunting] Perjanjian Damai

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.
Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

[sunting] Kemerosotan Komunis

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.
Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

[sunting] Kembali ke Malaysia

Cubaannya untuk kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP.[2] Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.") [3]. Ia turut disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas dasar perikemanusiaan [1]
Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.
Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.

[sunting] Rujukan

MerdekaReview - Abdullah C.D

Abdullah C.D

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah.cd.jpg
Nama sebenar Abdullah C.D ialah Che Dat bin Anjang Abdullah. Lahir di Lambor Kanan, Parit , Perak Darul Ridzuan pada tahun 1916.
Beliau menyertai Parti Komunis Malaya pada tahun 1948 dan sejak itu berjuang dengan senjata di dalam hutan menentang penjajahan British di Tanah Melayu . Nama Tanah Melayu ditukar nama kepada Malaysia setelah bergabung dengan Sarawak dan Sabah pada tahun 1963.
Abdullah C.D dilantik menjadi Komander Regimen ke-10 PKM mengetuai pasukan komunis Melayu bergerak di sekitar kawasan Narathiwat di sempadan Malaysia - Thailand dan di dalam hutan Kelantan.
Seperti juga Rashid Maidin dan Chin Peng, Abdullah juga berkahwin dengan gadis Cina yang juga menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

MerdekaReview - Rashid Maidin

Rashid Maidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rashid Maidin.
Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 - 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya.
Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.
Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di Gopeng.

Isi kandungan

[sorokkan]

Kehidupan awal

Rashid dilahir dalam sebuah keluarga miskin di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak pada bulan November, 1917 – tahun berlakunya Revolusi Bolshevik di Russia. Beliau adalah anak sulung daripada lapan adik-beradik. Beliau tamat pendidikan sekolah rendah sehingga darjah lima di sekolah Melayu tetapi kemudiannya mengikuti kursus bahasa Inggeris di sekolah malam dan juga belajar melalui pos.
Akhirnya, dia memiliki kemahiran yang mencukupi serta penguasaan bahasa yang baik untuk bekerja sebagai seorang juruteknik di lombong bijih timah British di kawasan Batu Gajah dan Tanjung Tualang di Perak.
Menurutnya, sejak kecil lagi, dia tertarik dengan cerita mengenai legenda panglima Melayu seperti Datuk Maharajalela berjuang menentang penjajahan British di Perak tetapi apabila dia mula bekerja, tumpuannya hanya untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung keluarganya di Gopeng.

Kerjaya politik

Pada tahun 1939, ketika berusia 22 tahun, Rashid bertemu dengan Tu Lung Shan yang ditugaskan mencari ahli baru PKM di Tanjung Tualang. Kumpulan pimpinan Tu ditugaskan oleh pihak parti untuk menganjurkan aktiviti di kawasan sekitar Tanjung Tualang. Pada masa itu, Tu Lung Shan baru berusia 17 tahun dan Perang Dunia Kedua sudahpun bermula di Eropah yang menyaksikan tentera Jerman menyerang Poland.
Pada mulanya, Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara menyeluruh. Ketika berjuang dalam PKMM, Rashid pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British di pusat tahanan Tanjung Beruas, Melaka serta di Larkin, Taiping, Morib dan Tanjung Beruas. Dia pernah mengetuai mogok lapar dalam pusat tahanan tersebut bersama Pak Sako. Sebagai orang tahanan, mereka dibenarkan bekerja di luar pusat tahanan. Upah yang diberi ialah 75 sen sehari.
Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1941 sejurus sebelum pendudukan Jepun dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak. Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 30 April 1930.

Bersekutu dengan British

Pada 18 Disember 1941, PKM telah memeterai persefahaman dengan pihak British di Singapura untuk menubuhkan barisan bersatu untuk menghalang pergerakan Jepun ke selatan Semenanjung dan untuk melatih pemimpin PKM dan anggotanya dalam operasi khas menentang musuh.
Mengikut catatan sejarah di pihak British dan PKM, 165 anggota komunis, termasuk Tu Lung Shan dilihat menjalani latihan di Sekolah Latihan Khas 101 (STS101) di Singapura sebaik sahaja perjanjian itu dicapai sehinggalah kejatuhan pulau itu pada 15 Februari 1942.
Menurut Rashid, dia tidak menyertai MPAJA sewaktu pendudukan Jepun kerana dia ditugaskan oleh pihak parti untuk menjalankan tugas-tugas politik, organisasi dan publisiti di sekitar Gopeng, Tanjung Tualang, Malim Nawar dan kawasan lombong di Tronoh, Seputeh serta Nalla.

Pemberontakan bersenjata menentang British

Rashid memilih PKM sebagai wadah perjuangan yang baru. Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand. Di sana, Rashid berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga merupakan ahli PKM. Isteri Cina ini kini bernama Latifah. Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang

Era Perdamaian

Rashid Maidin menetap di perkampungan yang dinamakan "Perkampungan Malaysia" di sempadan selatan Thailand. Jumlah rumah adalah sebanyak 62 buah dan penduduk di situ lebih kurang 200 orang. Orang Melayu Malaysia ada tiga kelamin manakala yang lain semuanya adalah warga Thailand.
Rumahnya dua tingkat yang diubahsuai daripada rumah asal yang hanya mempunyai satu bilik. Kiri kanan dipenuhi pokok dokong, rambutan dan buah-buahan tempatan iaitu pemandangan yang biasa dilihat di kampung-kampung di Malaysia. Di kampung itu, beliau mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Pak Sako berkata Rashid Maidin kuat dan mantap pegangan agamanya.
Di bawah urusan kerajaan Malaysia, Rashid Maidin pergi ke Mekah untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun 1999. Sahabatnya seperjuangannya, Tuan Haji Ahmad Boestaman dan Tuan Haji Ishak Haji Mohamad telah lama meninggal dunia.
Tubuh Rashid Maidin masih tegap dan selalu berpakaian serba putih lengkap berketayap. Wajahnya awet muda dan kelihatan seperti berusia awal 50-an.

Meninggal dunia

Pada 1 September 2006, pukul 9 pagi Tuan Haji Rashid Maidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).
Tuan Haji Rashid Maidin meninggal dunia kerana sakit tua pada umur 89 tahun. Solat jenazah dan pengkebumian telah dilakukan selepas solat Jumaat.

Ghaib

Rashid dikatakan mempunyai keistimewaan boleh menghilangkan diri jika diburu oleh pasukan keselamatan. Beliau juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Rumah itu daripada papan dan bertiang tinggi. Pasukan tentera mengepung rumah itu tetapi tidak dapat menemui Rashid yang dikatakan berada di situ.
Menurut sumber lisan daripada anak nya yang bernama Johan Ariffin, bapanya seorang yang kuat semangat dan tabah menempuh pancaroba. Dia merupakan seorang yang bijak dalam mengatur strategi dan mempunyai kebolehan yang baik dalam berpidato dan berhujah. Johan Ariffin pernah bertugas sebagai anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Sehingga kini, Rashid maidin ada meninggalkan cucu yang bernama Azman dan Hasnur Hadi, seorang usahawan dalam bidang penternakan Lembu tenusu di Ayer Kuning, Perak di bawah Syarikat Megaternak Sdn. Bhd.

MerdekaReview - Pak Sako

Ishak Haji Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pak Sako
Pak Sako menaiki bas pergi ke pejabat
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.
Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Hayat awal

Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang (antara Kampung Tengah dengan Kampung Buntut Pulau), Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-Laki Temerloh (atau kini Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah), Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan.

[sunting] Penulisan dan politik

Pak Sako bosan dengan kerja sebagai pentadbir British dan mendapati hidup sebagai pentadbir British penuh dengan kepura-puraan, pilih kasih dan tidak mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu yang dikatakan hendak diberikan perlindungan oleh pihak British. Dalam tahun 1934 Pak Sako meletakkan jawatan beliau dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu dan menjelajah Semenanjung Tanah Melayu. Pak Sako kemudiannya menumpukan usaha kepada penulisan, politik nasionalis. Pak Sako dipenjarakan sebanyak dua kali (1948 -1953) dan (1965-1966).

[sunting] Utusan Melayu

Pak Sako merupakan orang yang pertama bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas kepada penerbitan akhbar tersebut. Beliau meninggalkan Warta Malaya dan menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk berkempen bagi penubuhan Syarikat Utusan Melayu. Pak Sako bertugas di Utusan Melayu di bawah ketua pengarang Abdul Rahim Kajai. Semasa pemerintahan Jepun, Pak Sako menjadi pengarang Berita Malai.
Pak Sako terus tinggal di Hulu Langat walaupun bekerja di Kuala Lumpur. Untuk ke pejabat, Pak Sako menggunakan pengangkutan awam. Buat seketika Pak Sako mempunyai sebuah kereta Fiat semasa dia bekerja di Rembau… tetapi Pak Sako tidak memandu, dan terpaksa menggunakan drebar. [1]

[sunting] Kesusasteraan

Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi lebih dari 1,000 naskhah koleksi kesusasteraan hasilan beliau. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya yang terkenal iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sasterawan. Beliau juga bergiat cergas untuk menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang ditujukan kepada orang-orang British dan juga sebagai kritikan kepada orang-orang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan Melayu dalam penulisannya, dan mengagungkan budaya Melayu dengan membandingkannya dengan budaya Inggeris yang kurang kualiti dan terlalu agresif.

[sunting] Anugerah

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Universiti Malaya telah menganugerahkan kepadanya Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada 29 Jun 1973. Pada 29 Mei 1976, Pak Sako telah menerima anugerah "Pejuang Sastera" daripada Perdana Menteri. Hasil penulisannya termasuk:-
  1. Budak beca. Marang: Mohamad bin A. Rahman, 1957.
  2. Judi karam. Singapura: Geliga, 1958.
  3. Pengantin baru. Singapura: Geliga.
  4. Putera Gunung Tahan. Singapura: Geliga, 1937.

[sunting] Kematian

Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor.

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan

  • Harry Aveling, trans., Ishak Haji Muhammad: The Prince of Mount Tahan, Singapore: Heinemann Educational Books, (Asia), 1980.
  • Harry Aveling, trans., Ishak Haji Muhammad: The Son of Mat Mat Lela, Singapore: Federal Books, 1983.
  • Ishak Haji Muhammad, "Ilham Mencipta Putera Gunung Tahan", Dewan Sastera, April, 23, 1976.

MerdekaReview - Prof Dr Zulkiflee bin Muhammad

Zulkifli Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
[1]
Dato'Prof Dr Zulkiflee bin Muhammad

Ahli Parlimen
untuk Bachok, negeri Kelantan
Tempoh berjawat
1959 – 1964

Tarikh lahir 22 Mac 1927
Tempat lahir Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak
Meninggal 6 Mei 1964
Kuantan, Pahang
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Pasangan Datin Ustazah Asiah Kamaruddin
Agama Islam
Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Bachok, Kelantan pada 1959-1964.

Isi kandungan

[sorokkan]

Pendidikan

  • Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit hingga tamat Darjah 5.
  • Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat Madrasah Aziziah' sehingga tahun 1937.
  • 1940, memasuki Sekolah Agama Idrisiah, Bukit Chandan,Perak.
  • 1947, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya ke American University, Mesir.

Kegiatan ilmiah

  • 1951-Penasihat Lembaga Pembangunan Sastera, Perak.
  • 1954-Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang.
  • 1955-Ketua bahagian politik dalam Kongres Pemuda Melayu.
  • Beliau diantara pimpinan Pelajar Melayu ketika beliau menuntut di Mesir

Politik

  • 1956-menyertai parti Islam Setanah Melayu (PAS)
  • 1959-Memenangi pilihan raya Umum 1959 bagi Kawasan Parlimen Bachok, Kelantan.
  • 1956- dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (sekarang Parti Islam Se-Malaysia) ketika Dr Burahnuddin Al Helmy dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS.
Beliau seorang pemidato yang hebat dan disegani kawan & lawan. Beliau mencipta rekod berucap di parlimen selama 4 jam. Di Parlimen beliau banyak membangkitkan isu-isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirby dan Brinsford di United Kingdom.
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Prof Zulkifli:
“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”

Kematian

Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6hb Mei 1964. Beberapa jam sebelum itu beliau sempat menyampaikan amanat kepada pimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di Dewan PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan yang dikenali 'Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad'. Beliau disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar,Perak.
Sempena mengenang jasanya kepada parti, dewan di Pejabat PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (Tempat Tuan Guru Dato' Haji Nik Ab Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Pagi Jumaat sekarang) dinamakan'Dewan Zulkeflee Muhammad' bersempena nama beliau. Beliau juga dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan oleh Sultan Kelantan,Sultan Yahya Petra yang membawa gelaran 'Dato' pada 11 Julai 1964.Beliau juga dianugerahkan gelaran 'Profesor' dari Universitas Sawerigading,Makassar, Indonesia sewaktu beliau masih berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.

Jasa & sumbangan

  • Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.
  • Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.
  • Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan.
  • Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953),
  • Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
  • Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za'ba.

Buku & Rencana

Prof Zulkifli Muhammad juga menghasilkan beberapa buku dan rencana.Antaranya;-
Buku

• Masyarakat dan Syariat
• Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup
• Pegangan Hidup Umat Islam

Rencana

• Falsafah Akhlak dalam Islam
• Umat Islam Sekarang makin Mundur
• Peranan Filem Dalam Masyarakat
• Economic Justice
• Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

Pautan luar

MerdekaReview - Dr Burhanuddin Al Hilmi

Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr. Burhanuddin al-Helmy
Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi

Tempoh berjawat
1956 – 1969
Didahului oleh Abbas Alias
Digantikan oleh Mohd Asri Muda

Tarikh lahir 1911
Tempat lahir Bendera Negeri Perak Kota Bharu, Perak
Meninggal 6 November 1969 (umur 58)
Taiping, Perak
Parti politik PAS logo.svg PAS
Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (1911, Kota Bharu - 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia)[1] merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Isi kandungan

[sorokkan]

Awal kehidupan

Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[1][2]

Aktiviti selepas perang

Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[2][3]

Presiden PAS

Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,[2] hingga kematiannya pada tahun 1969.[4] Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.[5] Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".[6] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[2][7]

Wafat

Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Garis masa

Tahun Peristiwa Catatan
1911
  • Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.
  • Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908
  • Sharifah Zaharah berasal dari Melaka
1926
  • Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera
  • Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah
  • Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin
  • Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'
1927
  • Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang

1934
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.

1942-1945
  • Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun

1950
  • Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura

1956
  • Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias

1959
  • Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959

1964-1966
  • Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia
  • Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda
  • Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.

10 Oktober 1969
  • Meninggal dunia akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA

Rujukan

  1. 1.0 1.1 "Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi", Britannica, Answers.com. Dicapai pada June 24, 2010. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Leifer, Michael (2001). Dictionary of the modern politics of South-East Asia, edisi 3rd, Taylor & Francis. ISBN 0415238757.
  3. Federspiel, Howard M. (2007). Sultans, shamans, and saints: Islam and Muslims in Southeast Asia, University of Hawaii Press. ISBN 0824830520.
  4. "That complex entity called Pas", Aliran Monthly, 14 November 2009. Dicapai pada 22 June 2010. 
  5. Farish Noor. "On the road to change?", Daily Times, 11 April 2008. Dicapai pada 22 June 2010. 
  6. (2003) Malaysia: Islam, society and politics, Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 9812301615.
  7. ""Opposition Plan for Rebellion"", The Age, Fairfax Media, 1 March 1965. Dicapai pada 22 June 2010. 

Bacaan lanjutan

  • Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy - Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

Pautan luar


Penyandang Terdahulu Yang Dipertua Agung/Presiden PAS
25 Disember 195610 Oktober 1969
Penyandang Kemudian
Dato' Dr Haji Abbas Alias Tan Sri Dato' Mohd Asri bin Haji Muda

MerdekaReview - Khadijah Sidek

Khadijah Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesateria Bangsa
Khadijah Sidek pernah menjadi ketua Wanita UMNO sebelum 1956. Ketika itu ia dikenali sebagai Pergerakan Kaum Ibu UMNO.
Khadijah Sidek menggantikan Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah sebagai Pergerakan Kaum Ibu UMNO . Tengku Budriah memegang jawatan itu selama 3 bulan sahaja (September 1953 - 1954). Sebelum Tengku Budriah ialah Tan Sri Zainun Sulaiman atau Ibu Zain. Ibu Zain mengundurkan diri kerana masalah kesihatan. Khadijah Sidek diberhentikan / dipecat dan diganti oleh Tun Fatimah Hashim sebagai pemanhgku jawatan atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Dipecat

Khadijah Sidek merupakan seorang wanita yang berani dan vokal menyuarakan masalah wanita. Beliau berani dipecat oleh parti UMNO . Beliau selalu bertentang pendapat dengan Syed Jaafar Albar dan Mohamad Yassin bin Abdul Rahman (bekas Setiausaha Agung UMNO dan saudara lelaki Tun Dr Ismail Abdul Rahman). Khadijah menuntut agar wanita turut dipilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1955 . Khadijah Sidek sebagai ketua Ksaum Ibu UMNO Johor mengugut 'tidak akan bergerak' jika tiada wakil wanita. [1]
Setiausaha Agung UMNO ketika itu terkejut dengan tuntutan dan ugutan itu. Setiausaha Agung UMNO mendesak agar wanita UMNO mengugurkan tuntutan yang dikira melampau itu.

[sunting] Ahli parlimen PAS

Khadijah Sidek menjadi Ketua Kaum Ibu PAS era 1950-an. Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dari kalangan wanita setelah menang di Parlimen Dungun, Terengganu. Pembangkang di parlimen ketika itu ialah Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah.