Friday, September 2, 2011

MerdekaReview - Prof Dr Zulkiflee bin Muhammad

Zulkifli Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
[1]
Dato'Prof Dr Zulkiflee bin Muhammad

Ahli Parlimen
untuk Bachok, negeri Kelantan
Tempoh berjawat
1959 – 1964

Tarikh lahir 22 Mac 1927
Tempat lahir Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak
Meninggal 6 Mei 1964
Kuantan, Pahang
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Pasangan Datin Ustazah Asiah Kamaruddin
Agama Islam
Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Bachok, Kelantan pada 1959-1964.

Isi kandungan

[sorokkan]

Pendidikan

  • Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit hingga tamat Darjah 5.
  • Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat Madrasah Aziziah' sehingga tahun 1937.
  • 1940, memasuki Sekolah Agama Idrisiah, Bukit Chandan,Perak.
  • 1947, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya ke American University, Mesir.

Kegiatan ilmiah

  • 1951-Penasihat Lembaga Pembangunan Sastera, Perak.
  • 1954-Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang.
  • 1955-Ketua bahagian politik dalam Kongres Pemuda Melayu.
  • Beliau diantara pimpinan Pelajar Melayu ketika beliau menuntut di Mesir

Politik

  • 1956-menyertai parti Islam Setanah Melayu (PAS)
  • 1959-Memenangi pilihan raya Umum 1959 bagi Kawasan Parlimen Bachok, Kelantan.
  • 1956- dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (sekarang Parti Islam Se-Malaysia) ketika Dr Burahnuddin Al Helmy dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS.
Beliau seorang pemidato yang hebat dan disegani kawan & lawan. Beliau mencipta rekod berucap di parlimen selama 4 jam. Di Parlimen beliau banyak membangkitkan isu-isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirby dan Brinsford di United Kingdom.
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Prof Zulkifli:
“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”

Kematian

Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6hb Mei 1964. Beberapa jam sebelum itu beliau sempat menyampaikan amanat kepada pimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di Dewan PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan yang dikenali 'Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad'. Beliau disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar,Perak.
Sempena mengenang jasanya kepada parti, dewan di Pejabat PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (Tempat Tuan Guru Dato' Haji Nik Ab Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Pagi Jumaat sekarang) dinamakan'Dewan Zulkeflee Muhammad' bersempena nama beliau. Beliau juga dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan oleh Sultan Kelantan,Sultan Yahya Petra yang membawa gelaran 'Dato' pada 11 Julai 1964.Beliau juga dianugerahkan gelaran 'Profesor' dari Universitas Sawerigading,Makassar, Indonesia sewaktu beliau masih berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.

Jasa & sumbangan

  • Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.
  • Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.
  • Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan.
  • Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953),
  • Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
  • Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za'ba.

Buku & Rencana

Prof Zulkifli Muhammad juga menghasilkan beberapa buku dan rencana.Antaranya;-
Buku

• Masyarakat dan Syariat
• Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup
• Pegangan Hidup Umat Islam

Rencana

• Falsafah Akhlak dalam Islam
• Umat Islam Sekarang makin Mundur
• Peranan Filem Dalam Masyarakat
• Economic Justice
• Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

Pautan luar

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com