Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr. Burhanuddin al-Helmy | |
Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
Tempoh berjawat 1956 – 1969 | |
Didahului oleh | Abbas Alias |
---|---|
Digantikan oleh | Mohd Asri Muda |
| |
Tarikh lahir | 1911 |
Tempat lahir | Kota Bharu, Perak |
Meninggal | 6 November 1969 (umur 58) Taiping, Perak |
Parti politik | PAS |
Isi kandungan[sorokkan] |
Awal kehidupan
Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[1][2]Aktiviti selepas perang
Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[2][3]Presiden PAS
Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,[2] hingga kematiannya pada tahun 1969.[4] Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.[5] Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".[6] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[2][7]Wafat
Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.Garis masa
Tahun | Peristiwa | Catatan |
---|---|---|
1911 |
|
|
1926 |
|
|
1927 |
| |
1934 |
| |
1942-1945 |
| |
1950 |
| |
1956 |
| |
1959 |
| |
1964-1966 |
| |
10 Oktober 1969 |
|
Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 "Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi", Britannica, Answers.com. Dicapai pada June 24, 2010.
- ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 Leifer, Michael (2001). Dictionary of the modern politics of South-East Asia, edisi 3rd, Taylor & Francis. ISBN 0415238757.
- ↑ Federspiel, Howard M. (2007). Sultans, shamans, and saints: Islam and Muslims in Southeast Asia, University of Hawaii Press. ISBN 0824830520.
- ↑ "That complex entity called Pas", Aliran Monthly, 14 November 2009. Dicapai pada 22 June 2010.
- ↑ Farish Noor. "On the road to change?", Daily Times, 11 April 2008. Dicapai pada 22 June 2010.
- ↑ (2003) Malaysia: Islam, society and politics, Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 9812301615.
- ↑ ""Opposition Plan for Rebellion"", The Age, Fairfax Media, 1 March 1965. Dicapai pada 22 June 2010.
Bacaan lanjutan
- Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy - Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003
Pautan luar
Penyandang Terdahulu | Yang Dipertua Agung/Presiden PAS 25 Disember 1956 – 10 Oktober 1969 | Penyandang Kemudian |
Dato' Dr Haji Abbas Alias | Tan Sri Dato' Mohd Asri bin Haji Muda |
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com