Keberanian kamu mengerunkan UMNO ! MESTI BACA !!
Tahniah kepada Pemuda Unit Amal yang sungguh berani ini ! Anda adalah HERO kami ! Takbir !!
TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.
(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)
Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.
Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.
“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.
Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.
Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis. Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.
“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya. Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.
Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa. - Hrkh
Polis tangkap luar kawasan perintah mahkamah
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing membuat laporan polis hari ini berhubung penahanan tanpa sebab ke atas mereka di Setesen Sentral Kuala Lumpur pada tengahari 9 Julai lalu.
Mahfuz yang hadir berbaju kuning bercetak "Bersih 2.0" bersama Salahudin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Sri Petaling kira-kira jam 10.40 pagi ini.
Kedua-duanya diiringi peguam masing-masing.
(Salahudin dan Mahfuz bersama peguam masing-masing menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat)
Bercakap kepada pemberita selepas itu, kedua-duanya sekali lagi mempersoal berhubung penangkapan tanpa dinyatakan alasan kepada mereka pada hari tersebut.
"Saya tanya apa alasan saya ditahan. Seorang anggota polis bertanya pula kepada saya adakah saya tak tahu hari ini (9 Julai) saya tidak dibenarkan masuk KL," kata Mahfuz.
"Saya kata, KL sentral tidak tidak termasuk dalam kawasan yang disebut dalam perintah larangan itu," tambahnya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Tidak mengindahkan penjelasan itu, polis kemudiaan dakwanya terus menangkap mereka.
Dalam kejadian Sabtu lalu, Mahfuz dan Salahudin antara pemimpin terawal Pakatan Rakyat ditahan dalam usaha pihak polis menggagalkan himpunan Bersih 2.0.
Mereka ditahan kira-kira jam 11.45pg ketika berada di Stesen Sentral KL.
Kedua-duanya juga adalah antara 91 nama yang dilarang mahkamah berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.
Bagaimanapun, dalam perintah larangan yang diperolehi polis dari mahkamah Majistret itu, KL Sentral adalah tidak termasuk.
"Saya tidak buat apa-apa kesalahan. Saya ditahan ketika berada di pintu masuk KL Sentral, bukan di mana-mana himpunan," katanya.
Selain tidak diberitahu alasan ditahan, mereka juga memberitahu, polis tidak membenarkan mereka menghubungi keluarga dan peguam.
Tindakan tersebut ujarnya bertentangan dengan seksyen 28 A (2) Kanun Prosedur Jenayah.
Sehubungan itu, beliau dan Salahudin akan memfailkan saman sivil untuk menuntut gantirugi berhubung tangkapan itu.
"Kami akan failkan saman malu menuntut ganti rugi terhadap penangkapan saya, keresahan isteri, anak dan keluarga saya, serta memalukan imej saya kepada pengundi kawasan saya dan masyarakat antarabangsa,"jelasnya.
Tubuh suruhanjaya pembaikan SPR
Sementara itu, Salahudin ayub berkata, perjuangan menuntut reformasi pilihan raya akan diteruskan biarpun berdepan halangan dari pihak berkuasa.
Tuntutan itu akan ditumpukan kepada reformasi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri dahulu selaku penyelia proses pilihan raya di negara ini.
"Perjuangan ini akan diteruskan oleh parti-parti politik. Kita akan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pembaikan SPR secepat mungkin,"katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. -Hrkh
Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya
Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu. Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.
Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis. Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital. -M'kini
Insiden Tembak Gas Di KL Sentral Satu Perbuatan Jenayah
Naib Presiden PKR N. Surendren menyatakan perbuatan jenayah tersebut merujuk kepada perbuatan melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada orang awam di tempat tertutup dan sempit di laluan bawah berhampiran KL Sentral semalam dan ianya berlaku 'tanpa sebarang provokasi'.
Atas kesalahan itu, pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kata Surendran dalam satu kenyataan media.
"Tindakan polis amat melanggari undang-undang dan standard polis antarabangsa. Tindakan itu sengaja dilakukan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan mereka yang berarak dengan aman. Secara spesifiknya, tembakan gas pemedih mata di ruang tertutup di laluan bawah ialah perbuatan jenayah, yang akan menyebabbkan kecederaan serius atau kematian dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," kata beliau.
Antara mangsa yang terkena serangan tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan di jalan bawah (underpass) KL Sentral ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri mengalami kecederaan di bahagian mukanya ketika menyelamatkan pemimpin itu.
Ironinya, walaupun dirakam lensa kamera media seluruh negara termasuk Reuters akan kejadian di Stesen Sentral Kuala Lumpur itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa Anwar cedera dan menyatakan tembakan gas pemedih mata hanya dilepaskan di sekitar Pudu dan tidak di tempat lain.
Jawatankuasa Penggerak Bersih dan Pakatan Rakyat menganggap Bersih 2.0 semalam sebagai “satu kejayaan besar” dengan lebih 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Setelah kumpulan kami yang aman memasuki laluan bawah itu, kami berhadapan dengan sepasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berbaris dan menghalang laluan di hadapan dan bersenjatakan gas pemedih mata. Naib Presiden Tian Chua kemudian pergi ke barisan polis tersebut untuk berunding tetapi polis terus bereaksi dengan menjerit, mengetuk perisai mereka dan menghalakan senapang pemedih mata ke arah kami," terang Surendren.
Selain Anwar, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut mengalami kecederaaan ekoran insiden itu. -tvsnews
A Samad Said ajak golongan muda ubah negara
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.
“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.
Beliau melahirkan rasa bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk mengadap sultan bagi menyerahkan memorandum.
"Tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU,” kata Pak Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk menuju ke Stadium Negara petang Sabtu lepas.
“ Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat. Ini rumah kita,” katanya.
Bagi beliau, rakyat ke stadium Merdeka dengan bertekad untuk menyatakan hak tetapi disekat, di layan buruk oleh pihak polis dan FRU.
Menurut Pak Samad, dia datang daripada KL Central. Namun belum pun sempat sampai KL Central mata beliau sudah pedih ditembak dengan gas pemedih mata yang sangat dasyat.
"Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat. Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas?" soal tokoh yang dinobatkan sebagai Sastrawan Negara itu.
Menurut Pak Samad, mereka datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi tidak kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung dalam perbincangan dengan beberapa orang pimpinan NGO.
Berbagai alasan yang diberikan oleh polis. “saya benar-benar rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji kepada rakyat.
"Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium.
"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun sudah beberapa kali diminta.
“Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?” soal beliau.
Sehubungan itu, beliau memberikan peringatan:
“saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang," tegasnya.
Menurut beliau, dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."
Justeru itu, beliau berharap semua rakyat harus fikirkan masa depan negara ini.
"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," kata Samad yang diikuti dengan laungan takbir daripada rakyat yang berhimpun disitu.
Gandakan kejayaan Bersih 2007
Sementara itu pula Saudara Mazlan Aliman pejuang rakyat pula berkata, “walaupun kita hadapi ugutan dengan ancaman sekatan daripada pihak berkuasa polis yang dikuasai oleh Umno tetapi kita berjaya hadapi dengan tenang dan dapat berkumpul dengan aman melebihi 300, 000 rakyat yang datang dari seluruh negeri”.
Demokrasi petang ini mencatat sejarah apabila ratusan ribuan manusia berkumpul di merata tempat.
"Message ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut pilihanraya yang telus dan bersih. Dengan itu saya harap kepada semua peserta himpunan Bersih 2.0 jadikan himpunan ini sebagai pusingan ke dua.
"Kalau 2007 ribuan penduduk berkumpul dalam himpunan bersih sehingga Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas lima negeri dan akan datang saya harap kita akan rampas semua negeri di Malaysia ini," katanya dengan disambut laungan takbir.
Beberapa badan NGO, aktivis anti ISA juga turut beri ucapan menuntut keadilan dalam pilihanraya ke 13 nanti. -Hrkh
Gempar! Utusan Malaysia Edisi Khas Sempena BERSIH Dikeluarkan Hari Ini. Mari Tengok!
yang mana satu korang nak beli?
hahaha
korang boleh tengok perbezaan perjumpaan situasi di atas.
sebelah kiri perjumpaan paksaan untuk membodek
sebelah kanan perhimpunan rakyat untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.
mereka datang dengan sukarela dan tangan kosong.
sampai ke mati umno nak bodek najib!
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com