Sunday, November 6, 2011

SRI WIJAYA: Kerajaan Islam Yang Disepikan.

Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.

Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.

Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

Suntingan dari Empayar Islam Benua Siam Kedah.


Kerja-kerja penggalian sedang rancak dilaksanakan


Monumen Sungai Batu yang baru ditemui dianggarkan bertarikh 110 Masehi

Dokumentari Sungai Batu, Lembah Bujang Tamadun Terawal Asia Tenggara



RTM SIAR DOKUMENTARI SUNGAI BATU, LEMBAH BUJANG : TAMADUN TERAWAL ASIA TENGGARA

Sebelum ini pakar-pakar arkeologi hanya menemui bangunan-bangunan bercirikan candi purba namun penemuan tapak arkeologi di kawasan Sungai Batu berbeza dengan artifak terdahulu. Hasil penemuan itu amat menakjubkan kerana ia berjaya mengubah perspektif sejarah negara dan meletakkan Malaysia sebagai pusat wujudnya tamadun manusia tertua di Asia Tenggara setakat ini.

Justeru kepada anda yang mahu mengikuti dengan lebih mendalam tentang penemuan tapak arkeologi yang dipercayai tertua di Asia Tenggara mengatasi Angkor Wat di Kemboja serta Borobodur di Indonesia dan Thailand ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokumentari bertajuk Sungai Batu, Lembah Bujang : Tamadun Terawal Asia Tenggara pada 3 Julai 2010 (Sabtu), jam 7.00 malam di TV1.

Dokumentari disiarkan setengah jam ini menyusuri kisah sebuah pusat tamadun yang dilengkapi monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun telah ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM).

Misi penyelidikan yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin itu membuktikan adanya kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah yang serba lengkap dengan konsep sosioekonomi dan perdagangan.

Penyelidikan di kawasan seluas 3 kilometer persegi di sebuah ladang sawit di tepi Jalan Lencongan Merbok itu turut meletakkan ia sebagai pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara mengatasi Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur, Indonesia.

Menariknya selain monumen, pakar arkeologi turut menemui satu tulisan berbahasa Sanskrit Palawa pada satu batu bersurat yang berkisar tentang puisi, mantera serta kehidupan masyarakat purba. Malah penemuan monumen dan kawasan purba ini dianggap lengkap dengan adanya tulisan yang memaparkan kisah serta kepercayaan masyarakat lampau.

Lembah Bujang di Sungai Batu adalah penentuan untuk menjangka tamadun baru yang diketahui wujud lebih lama daripada yang ada di negara jiran sama ada di Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Thailand.

Kompleks arkeologi seluas tiga kilometer persegi yang berada dalam kawasan ladang kelapa sawit itu mempunyai 97 tapak kajian yang dikatakan menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Kepada anda yang mahu mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan penemuan tapak arkeologi ini, pastikan anda menyaksikan dokumentari Sungai Batu, Lembah Bujang : Tamadun Terawal Asia Tenggara pada 3 Julai 2010 (Sabtu), jam 7.00 malam di TV1.

Tags:


Sumber




Pautan bersangkutan alkisah.

  1. http://aduntgdawai.blogspot.com/2009/03/penemuan-baru-sejarah-lembah-bujang.html

  2. http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1025%3Abernama-5-mei-2010-penemuan-tamadun-sungai-batu-mengesahkan-tamadun-awal&catid=189%3Abernama&Itemid=145&lang=bm
  3. http://ogyuni.blogspot.com/2011/03/penemuan-sejarah-monumen-sungai-batu.html
  4. http://www.budiey.com/dokumentari-sungai-batu-lembah-bujang-tamadun-terawal-asia-tenggara/
  5. http://www.bharian.com.my/articles/PenemuanpenempatanSungaiBatusahkantamadunawal/Article/

  6. http://arkeosungaibatu.blogspot.com/2011/02/sungai-batu-di-lembah-bujang.html


No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com