Wednesday, March 14, 2012

Kos bertunang anak bukti transformasi Najib gagal



Salmiyah Harun,14 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Falsafah transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya dizahirkan dalam konteks mengaut segala kekayaan negara untuk kepentingan keluarga dan kroninya.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al Jundi berkata, Najib adalah seorang Perdana Menteri yang sangat gagal apatah lagi jika dinilai dalam beberapa perkembangan berhubung janji-janji perubahanya.

Jelas Athirah, ini termasuklah janji transformasi dalam konteks ekonomi, sosial, dan politik  malangnya janji itu sehingga kini masih belum jelas.

Beliau berkata demikian bagi mengulas skandal terkini yang mengejutkan rakyat, di mana perbelanjaan pertunangan anak perempuan Najib didakwa dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"DMPP mengambil serius akan hal ini dan ini bukan kali pertama membabitkan urusan Najib terhadap keperluan anak perempuannya.

"Sebelum ini berkaitan hal kunjungan mereka ke Kazakhstan dan kali ini rakyat dikejutkan dengan wujudnya beberapa bil yang bekaitan pertunangan yang mana  bayarannya difahamkan disempurnakan  oleh JPM.

Bagaimanapun, pihak Shangri-La Hotel menjelaskan bayaran bagi majlis tersebut dibayar sendiri oleh Najib, bukannya JPM.

Sehubungan itu, Athirah meminta Najib mengemukakan bukti pembayaran bagi mengesahkan kenyataan Shangri-La.

"Di mana bukti yang menyatakan Najib membuat pembayaran itu, dia perlu buktikan bagi menyanggah dakwaan sesetengah pihak yang boleh menjejaskan imej beliau," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, Najib wajar kemukakan bukti lain andainya maklumat-maklumat yang terdedah kepada rakyat kini tidak benar.

Andainya semua bukti itu benar, Athirah menyeru rakyat mesti bangkit menghukum Najib dan BN dalam PRU13 akan datang memandangkan dasakan mereka meletakkann jawatan hanya akan menjadi satu usaha yang sia-sia.

Hakikatnya, bagi Athirah penyelewengan, pemborosan dan rasuahlah yang menatijahkan Malaysia bangkrup bukannya faktor subsidi kepada rakyat.

"Rakyat dan negara ini sebenarnya berada di dalam situasi yang sangat malang kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu ketara dan berjaya dengan imej pemborosan bukan sahaja berkaitan dengan cara mengurus tadbir negara bahkan juga dalam dia menguruskan keluarga," katanya.

Terdahulu, Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa beliau mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri.

Beliau membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri-La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan atas nama Pejabat Perdana Menteri. 

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com