Wednesday, March 2, 2011


Calon PAS Tegaskan Betapa Pentingnya Pengundi Pilih Parti Pembangkang Kiranya Mahu Kerajaan Beri Perhatian Sewajarnya Kepada Nasib Mereka !

KERDAU, 2 Feb - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Hasanuddin Salim (foto) menegaskan betapa pentingnya pengundi DUN Kerdau memilih pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya kecil ini. "Berilah undi kepada pembangkang, berilah undi kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Insya Allah kerajaan ini akan memberi perhatian kepada kita bersama. Kenapa saya berkata demikian, tuan-tuan tengok di tempat yang adanya pembangkang "balance" maknanya ada imbangan.

Kerajaan dia tengok masyarakat di sini bijak, dia cerdik, dia pilih pemimpin berdasarkan kepada keperluan dia. Maka kerajaan yang memerintah dia akan pergi kepada rakyat, dia akan bantu rakyat sejajar dengan perkembangan pada masa itu. Ini yang kita nak, hari ini tuan-tuan tengok itu contoh jalanraya.

Contoh yang lain kita tengok di masjid-masjid, saya berterima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diarahkan ke seluruh masjid dalam DUN Kerdau bersempena pilihan raya kecil", 
katanya. "Dia kena kuliah antara Maghrib dengan Isyak. Tak tau lah mungkin dia takut orang PAS kuliah dan sebagainya itu kita tak kisah. Itu satu perkara yang lain, tetapi saya berterima kasih kepada pegawai JAIP ini yang sepanjang berkempen mereka beri kuliah. Itu satu perkara yang baik".


Ceria, Hasanuddin Salim dan Ustaz Fadhil Nor (Exco Pemuda PAS Pahang)
ketika singgah untuk bersarapan di Felcra Rumpun Makmur pagi tadi


"Tetapi saya minta kebaikan ini dikekalkan. Kerajaan Negeri sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak sahaja menyusun kuliah ini pada masa pilihan raya kecil. Kenapa tidak setahun, daripada awal tahun hingga ke akhir tahun supaya rakyat di dedahkan dengan ilmu.

Tok-tok guru , alim ulamak dan pegawai JAIP diletakkan di masjid-masjid untuk mengadakan kuliah. Alangkah indah dan baik, saya tak marah dengan rakan-rakan saya pegawai-pegawai JAIP, mereka ini kerja dan mereka bukan pembuat polisi. Pembuat polisi adalah orang yang dipilih dalam pilihan raya seperti Menteri Besar, Timbalan dan Exco, ini semua orang yang membuat polisi. Dia dipilih melalui pilihan raya, tetapi pegawai JAIP itu tidak", 
katanya di Felda Jengka 25 malam tadi.
[Sememangnya amat wajar sekali rakyat dan pengundi di DUN Kerdau memilih calon PAS (pembangkang) menang dalam pilihan raya kecil ini. Ia kerana, limpahan projek pembangunan sudah pasti akan datang mencurah-curah ke kawasan Kerdau apabila senario ini berlaku. Lihat saja apa yang terjadi sekarang.

Banyak projek-projek yang tidak dijangka kini dipunggahkan ke kawasan DUN Kerdau. Semuanya kerena mahu membuktikan konon "rakyat didahulukan". Padahal sudah sekian lama BN berkuasa di kawasan itu, Kerdau dilihat begitu "daif" jika dibandaingkan dengan kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Sedangkan Kerdau letakkan berhampiran dengan Temerloh dan mempunyai stesyen keretapinya sendiri. Tapi sungguh "teruja" sekali apabila melihat Pekan Kerdau umpama "pekan koboi" yang terasing dari arus pembangunan itu sendiri. Soalnya, apakah yang dilakukan oleh wakil rakyat terdahulu agaknya.Sekadar berjanji dan terus berjanji tetapi tidak ditunaikan. Mujurlah ada pilihan raya kecil, jika tidak sudah pasti penduduk di kawasan DUN Kerdau akan terus ketinggalan]. -PahangDaily


BN Main "Politik Samseng" di Merlimau...

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari mengingatkan BN agar menghentikan “politik samseng” semasa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang sudah masuk hari keempat hari ini.
“Kita minta BN hentikan politik samseng, sebelum ini pentas DAP dibakar, malam tadi kereta pula kena.
“Politik (samseng) ini digunakan BN untuk menakutkan-nakutkan pengundi-pengundi, kita minta BN hentikan sebelum PAS ambil tindakan sendiri,” katanya.
Kata beliau, polis harus tegas dalam perkara ini dan jangan mengamalkan sikap berat sebelah dalam perkara ini.
“Saya minta pihak polis tegas, BN juga perlu hentikan provokasi ini.
“Provokasi ini tak untungkan sesiapa pun, kalau buat samseng atau ugut apa faedahnya kepada rakyat?” kata Adly sambil menambah, PAS tidak akan membalas terhadap provokasi yang dicipta BN.
“Kita masih boleh bersabar tapi sampai bila? Jadi kita minta supaya ia dihentikan,” tambah Adly.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Gambar menarik bakal YB Merlimau sebelum Menang Prk


KETEPI FAHAMAN POLITIK ... Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (dua kiri) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (tiga kanan) mengetepikan fahaman politik hanya untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi, Jasin, Rabu. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

UMNO akan pastikan menang w/pun apa cara..!!

Walaupun di atas kertas, memang nampak macam Umno tentu menang di Kerdau tapi realitinya Umno tak berapa nak yakin. Umno takut sangat kalau-kalau calon BN kalah di situ.


Kalau ikut keputusan semua PRK yang ada selepas PRU 12, dari 14 PRK calon PR menang 8 dan calon BN menang 6. Dengan menang 2 PRK serentak kali ni di Kerdau dan Merlimau, PR tak boleh berbangga macam sebelum ni yang selalu kata PR menang lebih banyak PRK dari Umno BN.


Di pihak Umno BN pulak, depa dok kata sokongan rakyat dah pun kembali semula kepada Umno BN, buktinya bila calon BN menang 4 PRK terakhir. memang patut pun Umno berbangga dengan kejayaan tu.


Makanya kalau calon BN kalah kali ni, Umno tak boleh lagi nak berbangga dengan PRK. Kalau kalah di Kerdau maknanya dari 16 calon dari PR menang lebih satu kerusi. Dan yang lebih bermakna lagi, kalau kalah di Kerdau Umno dah tak boleh lagi nak kata sokongan rakyat dah pun kembali semula kepada Umno BN.


Lebih teruk lagi, kalau kalah di PRK Kerdau menggambarkan sokongan kepada Umno sebenarnya semakin berkurang kerana kalau di kubu kuat depa sendiri.


Pasai tu lah Umno akan buat apa saja untuk pastikan kemenangan di Kerdau. Umno tak peduli walau apa pun yang pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya pemimpin PAS akan kata dengan tindakan depa "kepung masjid". Sungguh-sungguh depa kepung sampai tahap semua kuliah dan program ceramah yang dah lama dirancangkan di semua Masjid dalam kawasan Kerdau dibatalkan.


Depa tak peduli walaupun depa tau PAS akan mainkan isu ni sungguh-sungguh. Yang penting, jangan langsung ada ruang untuk PAS berkempen di Masjid walaupun secara tak langsung. Pasainya depa yakin kesan PAS mainkan isu ni tak setara mana berbanding kesan kalau PAS boleh berkempen di Masjid.


Memang tepat tindakan Umno tu dari segi strategi politik pasainya orang Islam yang selalu ke masjid adalah orang yang nak kepada Islam, dan kemungkinan besar orang atas pagar yang nak kepada Islam ni lebih tertarik kepada hujjah yang depa dengar di masjid dari orang PAS yang memang sentiasa bercakap pasai Islam dan cukup dekat dengan Islam.


Macam tu jugak, Umno langsung tak peduli walau apa pun yang pemimpin Pakatan Rakyat akan kata dengan tindakan depa "kepung Felda". Depa sanggup perkuda pengurus Felda dari seluruh Pahang bahkan kemungkinan besar jugak dari seluruh Malaysia berkampung di Kerdau untuk kepung Felda di Kerdau.
"Dari maklumat yang kami terima, seorang pengurus terpaksa menjaga satu blok di kawasan felda, satu blok satu pengurus, ini bermaksa seorang pengurus yang sepatutnya menjaga satu felda, datang ke Kerdau dengan meninggalkan tugas asasi semata-mata untuk menjaga satu blok yang ada 20 buah rumah pengundi," katanya. - Hrkh
Memang tepat tindakan Umno tu dari segi strategi politik pasainya undi orang-orang Felda cukup penting untuk Umno BN. Umno memang nak sangat kalau boleh takdak satu undi pun yang tercicir dari dapat kepada calon Umno. Dengan adanya seorang pengurus Felda jaga 20 buah rumah peneroka, mudak untuk depa buat kerja 'merayu undi' atau lebih tepat lagi kalau aku guna istilah "mengugut undi".


Masalahnya, bagi pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS, apa yang boleh kita buat untuk lawan 2 strategi utama Umno BN tu?


Cenangau Daunkari

Selebriti Terkenal Ini Diupah Pihak Tertentu Ganggu Ceramah Pembangkang

TEMERLOH, 2 Mac: Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS, Bob Lokman, mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.


Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.


“Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.


“Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf,” ujarnya.


Penulis lirik lagu terkenal seperti “Isabela” dan “Pada syurga di wajahmu” itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.


“Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.


“Ketika ini barulah saya mula terasa satu cabaran. Kalau tidak hidup saya happy tanpa merasakan sesuatu yang perlu diberi perhitungan,” kata cicit kepada tokoh Islam terkenal tanah air, Tok Kenali itu.


Bob menyertai PAS secara rasmi ketika menyerahkan borang keahlian semasa program Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah bulan lalu.


Mengenai pergaulan barunya, Bob kerkata beliau nampak dalam PAS tidak ada protokol sangat.
“Semasa saya bergaul dengan orang Umno dulu, pemimpinnya jangan kata nak duduk di kalangan orang ramai, tempat nak sembahyang pun nak tempat elit... kecualilah bila tiba musim PRK macam ni,” tambahnya disambut gelak ketawa pendengar.


Mengenai masa depannya, Bob berkata beliau kini dalam proses belajar ilmu-ilmu agama dan bercita-cita untuk menjadi pendakwah pada masa depan.


Sebab saya percaya golongan muda mahukan Islam, sebab jiwa mereka mahukan keadilan, kebaikan dan kebebasan. Tetapi mereka tak faham tentang keadilan Islam atau tak diberitahu tentang kebaikan dan kebebasan dalam Islam.”

PAS Melaka Serah Bukti Kepada SPRM


Timbalan Pesuruhjaya I Pas Melaka, Adly Zahari (gambar): semalam memberi keterangan selama kira-kira tiga jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Melaka (Maim).


Adly berkata, beliau berbuat demikian antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari berkaitan laporan yang dibuatnya kepada pihak berkenaan 23 Februari lalu.


“Saya telah menyerahkan segala bukti penggunaan wang zakat sebanyak RM13.85 juta untuk membina bangunan MAIM dan penyerahan hak milik tanah Maim kepada satu syarikat walaupun tempoh perjanjian telah tamat.

“Ini termasuk bukti penjualan tanah lot 105 dan 106 kepada pihak ketiga oleh syarikat berkenaan dan mengapa Maim masih tidak mengambil tindakan terhadap syarikat itu kerana secara jelas kontraktor berkenaan tidak melaksanakan projeknya,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Taman Muhibbah di sini, semalam.

Menurutnya, SPRM telah berjanji akan menyiasat secara telus dakwaan itu.

“Kita berharap SPRM dapat kotakan janjinya kerana saya akan sentiasa akan menghubungi mereka mengenai perkembangan siasatan itu. Projek pembangunan secara usahasama dengan syarikat itu gagal kerana pihak berkenaan dikatakan mengingkari perjanjian dengan tidak membina kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada Jun 2004.

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama itu mengakibatkan Maim mendahulukan wang zakat untuk membina kompleks bangunannya. -SH


Apa guna lulus Al Azhar tapi tolak Islam?’

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan bahawa Hasanuddin Salim yang menjadi calon PAS kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau lebih baik dari calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad kerana beliau berjuang pada jalan Allah.

“Apa erti ada sijil (Universiti) Al Azhar tetapi bersekongkol dengan parti yang tidak mahu kepada Islam.

“Walaupun Hasanuddin bukan lulusan Al Azhar, cuma pelajar tempatan, beliau tetap lebih baik kerana berjuang dengan parti yang berkhendakan Islam,” kata Nasruddin kepada FMT ketika dihubungi hari ini.


Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas perbandingan kelulusan antara Syed Ibrahim dan Hasanuddin yang menjadi perbualan di Kerdau.

Syed Ibrahim berkelulusan Universiti Al Azahar dan merupakan bekas pegawai khas agama kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob manakala Hasanuddin pula berkelulusan Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam.

Baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengarah pilihan raya PAS Kerdau berkata, calon PAS tidak perlu mempunyai kelulusan dari Al Azhar.

Mengulas lanjut perkara ini, Nasruddin berkata, dari sudut kelulusan ia tidak semestinya dari Al Azhar sahaja.

“Apa yang penting calon mempunyai perjuangan agama (Islam) sebagaimana calon kita (Hasanuddin),” tegas Nasruddin.

Ketua Pemuda PAS itu juga menegaskan bahawa kempen PAS khususnya yang membabitkan Pemuda berbeza sedikit bagi disesuaikan dengan suasana di Kerdau.

Menurutnya, pengundi Melayu masih mengekalkan sokongan kepada PAS sebagaimana dalam pilihan raya umum 2008.

“Tidak benar mengatakan bahawa pengundi Melayu tidak lagi menyokong PAS tapi pengundi Melayu di kawasan Felda dan kampung Melayu tradisional dari dulu lagi menyokong BN,” tegasnya.


Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com