Sunday, March 6, 2011

Gambar gambar PRK Merlimau & Kerdau


Dakwaan Beli Undi, MP DAP Buat Laporan Polis


















MERLIMAU 6 MAC : Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau.

Dalam laporan polisnya itu, Sim berkata, dia bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Beliau mendakwa, dia mendapati seorang ahli majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi, lapor portal Malaysiakini.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak kekecohan, kata Sim, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi dan merupakan satu kesalahan melanggar peraturan pilihan raya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

Kekecohan di PRK Kerdau






Tengok nii..Penyokong Umno Jadi "Gila Babi"...

Penyokong2 Umno/BN menari lambak di Merlimau
Unit Amal dibelasah oleh samseng2 BN semasa Ali Rostam melawat UPU Chin Chin sebentar tadi...

Inilah salah seorang samseng tahi minyak BN
Budak2 suruhan Umngok menunjukkan aksi yg memalukan di khalayak ramai...

Gambar Pergaduhan di SMK Kerdau..SPR kata penyokong
PAS yang menyerang...Tapi dalam gambar ni Penyokong
Umno "Gila Babi" yang tunjuk samseng...Hampehhh


Hancusss Umnooo...!!

Lintas Lansung PRK N27 Merlimau & N28 Kerdau






Hari ini berlangsung serentak pengundian bagi pilihan raya kecil Dun Merlimau di Melaka dan Dun Kerdau di Pahang.

Di PRK Merlimau, pertandingan satu lawan satu antara PAS yang diwakili Yuhaizad Abdullah dan Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad sementara di Kerdau PAS diwakili Hassanuddin Salim dan BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.


MERLIMAU

8.44 am: Di Chin Chin calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di sana, menemani ibunya membuang undi.

8.00 am Kesemua 7 pusat mengundi telah dibuka tepat jam 8 pagi tadi. 7 pusat mengundi: Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Ladang Merlimau, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.



























KERDAU

8.20 am: Calon PAS, Hassanuddin Salim akan memulakan lawatan ke tempat mengundi jam 8.20 pg di Sek. Keb. Paya Taram

Terkini..SPR Bacul,Tuduh Penyokong PAS Cetuskan Keganasan..??

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.
"Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.
"Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.
Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.
Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Yuhaizad optimis pengundi buat perubahan



JASIN, 5 Mac: Menjelang hari pengundian esok, calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah membuat rayuan terakhir agar pengundi-pengundi memilih beliau agar dapat membawa suara mereka ke Dun Melaka.
Yuhaizad berkata, beliau optimis pengundi-pengundi akan membuat perubahan di Dun berkenaan.
"Setelah tujuh hari berjumpa dengan seluruh pengundi Dun Merlimau ini harapan saya begitu tinggi hasil reaksi yang diberikan oleh seluruh pengundi.
"Kita begitu yakin pengundi-pengundi Dun Merlimau ini memberi satu kejutan untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok.
"Kita harap supaya pengundi-pengundi kepercayaan kepada saya untuk saya memberikan khidmat terbaik kepada mereka," kata beliau ketika ditemui di program kelab bermotor ARC Melaka di Merlimau Baru, petang tadi (gambar).
Beliau juga mengingatkan pengundi-pengundi agar dapat keluar awal pagi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Saya harap pengundi dapat keluar dengan lebih awal dan tak terlalu tergopoh gapah," katanya.
Beliau juga berkata, kehadiran pihak polis dapat membantu menjaga keselamatan pengundi-pengundi dan sebarang provokasi yang mungkin berlaku.
"Kita yakin keselamatan semua terjamin dengan pasukan polis yang mencukupi dan saya harap pengundi-pengundi dapat membuat pilihan yang bijak," katanya. -Hrkh

 Kempen mesra rakyat PAS tarik pengundi


JASIN, 5 Mac: Masuk ke hari terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) Merlimau, PAS secara keseluruhannya berpuas hati dengan pendekatan calonnya, Yuhaizad Abdullah mendahului calon Umno BN.
Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, selain memberi tumpuan kepada kemenangan PAS di Dun ini, kejayaan besar adalah apabila PAS berjaya menyampaikan mesej perjuangan parti itu dan Pakatan Rakyat kepada pengundi-pengundi.
Menurutnya, ianya boleh disifatkan sebagai kejayaan kerana pelbagai halangan ditempuhi daripada Umno BN sepanjang berlangsungnya tempoh kempen.
"Sepanjang kempen PRK Merlimau ini, PAS berjaya menyampaikan mesej perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat walaupun terdapat beberapa kekangan dan halangan.
Beliau juga berkata, calon PAS mendahului calon BN dalam pendekatan kempen mesra rakyat apabila beberapa cara kempen yang dilakukan PAS ditiru oleh Umno BN.
"Cara kempen PAS mendahului calon Umno. Pendekatan calon PAS ditiru pula oeh Umno seperti pemberian bunga kepada wanita.
"Calon PAS membangkitkan masalah pengangkutan awam, maka terus penduduk Merlimau mendapat khidmat MARA liner. Banyak rungutan yang sudah disampaikan kepada beliau sepanjang berkempen.
"Rupa-rupanya banyak masalah di Dun Merlimau yang masih terlindung di sebalik slogan yang indah.
Idris turut menyifatkan keputusan PAS menyertai PRK ini sebagai tindakan tepat memandangkan banyak tuntutan rakyat yang sebelum ini diabaikan, segera ditunaikan BN.
"Walaupun beberapa insiden yang tidak diingini berlaku seperti cermin kereta dipecah, poster dan risalah yang berunsur fitnah, tayar kereta dan motor dipancit, gangguan ceramah oleh budak-budak upahan, keputusan PR menyertai PRK ini adalah tepat, di mana banyak tuntutan rakyat dipenuhi oleh BN yang selama ini tidak ditunaikan," katanya.
Cina dan India beri sambutan
Menurut Idris juga, pengundi di Merlimau bersifat terbuka meskipun dari segi luarannya menunjukkan sokongan kepada BN.
"Alhamdulillah pengundi di Dun Merlimau merupakan masyarakat yang terbuka dan boleh berubah walaupun di luar nampak berwajah Umno.
"Peluang ini memberi kesempatan kepada PAS untuk menerangkan dasar PAS yang berteraskan Islam kepada penduduk Dun Merlimau secara dekat. Mungkin selama ini mereka menganggap PAS adalah parti yang pelik di kalangan mereka.
Katanya juga, PAS sangat gembira dengan sambutan yang diberikan pengundi Cina dan India kepada calon PAS sehingga menimbulkan keresahan kepada Umno BN.
"Orang bukan Islam sudah tidak gerun kepada PAS, waaupun pelbagai tohmahan dan fitnah kepada PAS disampaikan," katanya. -Hrkh

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com