Tuesday, March 29, 2011

Mufti-Muftiku sudah menjadi 'Syaitan yang Bisu'? ,



SHAH ALAM 29 MAC : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama tertentu sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati malam tadi, Hadi, menegur pemimpin agama yang enggan tampil menyatakan pendirian terhadap fitnah video seks awal minggu lalu.




Setakat ini hanya bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainu Abidin menyatakan rasa keji beliau atas taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan musuh politik dan menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk menolak perbuatan seumpama itu.

Namun Mufti-mufti yang lain khusus Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh pembangkang berdiam diri atas serangan peribadi terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu. Siapa yang diarahkan untuk berkata benar tapi tidak melakukannya adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, menyifatkan penayangan video lucah itu sebagai perkembangan politik yang menjijikan.


Abdul Hadi menegaskan pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah i “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan politik yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam yang sepatutnya umat Islam menjadi contoh kepada umat lain bahkan bercanggah dengan amalan-amalan demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat sejagat,” katanya.

Abdul Hadi meminta Umno supaya bertaubat dan berhenti menggunakan taktik keji untuk kelangsungan politiknya. “Jangan kita anggap kezaliman itu adalah kekuatan kepada sesuatu kerajaan.

Kezaliman menandakan kerajaan sudah nyanyuk, mengalami kelemahan dan meraba-raba serta membuat apa sahaja untuk mengekalkan pemerintahan,” katanya.


Beliau mengingatkan Barisan Nasional bahawa bahawa setiap fitnah dan penyelewengan yang berlaku merupakan tanda-tanda perubahan bakal disaksikan.

“Percayalah wahai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kamu tidak boleh kekal selama-lamanya dan percayalah kita semua bahawa fitnah-fitnah, kezaliman yang disebar, penyelewengan yang berlaku adalah tanda-tanda awal perubahan akan berlaku,” ujar beliau sambil disambut dengan laungan Takbir.




Berita dan Video dari TVS News, manakala seluruh gambar adalah hasil kerja Ambo-jr tranungkite.net

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com