Wednesday, March 9, 2011


Zambry Kantoii...Kaum India Kecoh Di Perak..

Adun Buntong, A Subramaniam mendakwa pimpinan Umno-Barisan Nasional Perak yang di pimpin oleh Dato' Zambry menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.
"Saya jumpa mereka dan meneliti segala dokumen yang ada pada mereka, saya dapati besar kemungkinan ada unsur penyalahgunaan kuasa di mana semua penghuni telah tinggal di situ sejak 80 tahun.
"Jadi saya hairan banyak kali mereka membuat permohonan kepada pejabat daerah dan agensi kerajaan tetapi tiada sebarang langkah atau tindakan yang diambil tetapi tiba-tiba mereka terima surat peguam mengatakan tanah yang mereka duduki telah diberi hak milik kepada orang lain,"katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.

Menurut Subramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga.

Tambah Subramaniam, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu.

Dalam pada itu, salah seorang penduduk yang ditemui berkata, selain diarahkan supaya mengosongkan kawasan penempatan itu mereka juga dikatakan tidak akan menerima sebarang pampasan.

Sementara itu menurut wakil penduduk yang dikenali sebagai Mohan berkata, penduduk hanya mahukan hak di tempat kediaman yang mereka diami sejak sekian lama.
”Kita nak tempat. Ada penduduk tinggal di sana dan ada juga kuil, kita mahukan tempat,"katanya.

Berikutan kejadian tersebut satu laporan polis telah dibuat di IPD Ipoh kerana notis mahkamah bagi mengosongkan kawasan dihantar kepada penduduk, sedangkan mereka tiada tempat untuk berteduh.
Juragan : Fuhhh...Oii MIC mana lu pigi hah..??Kalau kejadian ni berlaku di Pulau Pinang..siappp..kecoh satu Malaysia,NGOk Melayu pun buat-buat sibuk..wartawan dan TV Haram Jadah akan siarkan kisah ini 24 jam...memang sah..ini lah dasar Umno Munafikkkkkk...Hancurrr Umnooo....

Ahli Parlimen Jerman prihatin kes Fitnah II dan penggantungan Anwar

Anwar dikunjungi sembilan Ahli Parlimen Jerman yang prihatin dengan kes Fitnah II dan penggantungannya sebagai Ketua Pembangkang.
KUALA LUMPUR: Delegasi Ahli Parlimen Jerman hari ini menyatakan keprihatinan mereka terhadap kes Fitnah II dan isu penggantungan Datuk Seri Anwar dari menghadiri sidang Parlimen.
Bercakap kepada KeadilanDaily, Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusoff berkata, mereka juga mahu Ketua Pembangkang itu diberi lebih ruang dalam media tempatan.
“Mereka menyatakan keprihatinan terhadap kedua-dua kes itu, selain berpendapat Anwar seharusnya mempunyai ruang di dalam media.
“Mereka menyatakan komitmen untuk berpihak kepada kebebasan dan demokrasi. Anwar pula menegaskan, KEADILAN komited meneruskan agenda demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan hak secara demokratik,” katanya.
Anwar menerima kunjungan sembilan Ahli Parlimen Jerman di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, bagi mengetahui perkembangan kes Fitnah II dan kisah sebenar penggantungan Ketua Pembangkang itu.
Mereka diketuai Dr Thomas Gambke dari The Green Party bersama Holger Ortel (Social Democratic Party), Stephan Thomae (Free Democratic Party) dan Elisabeth Winkelmeier-Becker (Christian Democratic Union/Christian Social Union).

Sebahagian adalah antara Ahli Parlimen yang menguasai kerajaan manakala sebahagian lagi pembangkang di negara berkenaan. Turut hadir ialah Duta Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber.
Yusmadi berkata, butir perbincangan turut menjurus kepada masa depan Pakatan Rakyat di Malaysia, khususnya peranan KEADILAN dalam senario politik Malaysia.
“Delegasi itu turut bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya, menambah pertemuan berlangsung sekitar sejam bermula jam 5 petang.

Isu FLOM, Nazri Menipu Di Dalam Parlimen?

Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.

“Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010

"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.

Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri.

"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.

Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.

"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri. -mk

Bagaimana boleh dikatakan Unit First lady of Malaysia (FLOM) tidak wajud sedangkan di lamanweb Pejabat Jabatan Perdana Menteri JELAS memaparkan senarai kakitangan FLOM sebelum ianya dibuang selepas ia hangat dipersoalkan?



Ia bukan sahaja menimbulkan kekeliruan seperti didakwa Nazri, malahan yang nyata ia satu penipuan, satu salahlaku yang melibatkan JPM yang tidak pernah berlaku di dalam era PM-PM sebelum Najib, menyediakan unit khusus untuk isteri PM.

Kedua, Nazri berkata "Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”

Bukankah itu penyalahgunaan tenaga kerja kakitangan awam yang sepatutnya bekerja untuk tugas-tugas rasmi PM dan bukan isteri PM?

Ketiga, beliau menambah, "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” tetapi beliau juga berkata "kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76".

Bukankah itu jelas satu penipuan? -GB

P’raya: PAS terus tuntut walau SPR bakul sampah

KUALA LUMPUR : PAS tidak akan berputus asa untuk meneruskan empat tuntutan mengenai demokrasi pilihan raya yang dibakulsampahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa berkata, bagi meneruskan tuntutan itu, PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan kali kedua seperti yang berlaku pada 2007.
Ini kerana katanya, pilihan raya umum ke-12 dan siri pilihan raya kecil selepas itu, SPR bersikap berat sebelah iaitu memberi keutamaan kepada BN sahaja.
"Sehari demi sehari hal demokrasi diuji dalam negara kita. SPR tidak memainkan peranannya dan pengalaman yang sudah banyak kita alami dalam siri pilihan raya.
"Tuntutan Bersih pada pilihan raya umum ke-12 masih belum dilaksanakan malah mungkin tidak dikaji langsung oleh SPR dan tuntutan-tuntutan kita dibakulsampahkan.
"Saya tidak menolak sekiranya tuntutan PAS, NGO dan Pakatan Rakyat keseluruhannya terhadap demokrasi tidak dilayan dan diperbetulakn kerajaan, kita akan melancarkan satu lagi himpunan Bersih secara besar-besaran ke Istana Negara sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk kita minta suara kita didengar," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Empat tuntutan berkenaan ialah pemansuhan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS itu turut menyentuh mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat yang mendapat kritikan hebat daripada BN.
Katanya, janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan sebagai baik pulih kepada pengurusan ekonomi negara yang semakin pincang di bawah pentadbiran BN.
"Kami menawarkan Buku Jingga dan ada yang bertanya bagaimana nak laksanakan janji itu. Memanglah setakat ini kita tak boleh laksanakan sebab kita belum duduk sebelah sana (BN).
"Sebab itulah kami berikan tawaran, ada benda yang kita boleh buat dalam tempoh seratus hari. Dalam tempoh seratus hari pun kita boleh menjanjikan sesuatu, apatah lagi kalau kita memerintah.
"Segala yang kami tawarkan itu bukan kita buat sambil-sambil bersila, sambil-sambil bersembang.
"Kami punya satu kumpulan pakar ekonomi, satu kumpulan yang membuat kajian daripada semua sudut dan tawaran ini akan disusuli dengan komitmen untuk mengembalikan kehebatan negara yang mula runtuh di bawah BN," katanya. -Hrkh

Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang TG Nik Aziz

Lagi pemimpin Umno 'serang' TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Katanya, kecenderungan TG Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

Mohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. -mk


Dakwa BN guna taktik kotor

KOTA BHARU – Biarpun akur dengan keputusan di Kerdau dan Melimau, Pas dakwa kekalahan kedua-dua calonnya itu disebabkan Barisan Nasional (BN) guna agensi kerajaan untuk berkempen.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak halalkan kemenangan itu kerana jentera kerajaan termasuk media perdana bersikap berat sebelah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak hirau sokongan pengundi Melayu kepada Pas merosot kerana pada kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) itu disifatkannya berat sebelah.

Mereka lihat demokrasi dipraktikkan di negara ini tidak sama seperti yang mereka pelajari. Ini menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Sebagai pemimpin Pas, mana-mana menteri, pihak berkuasa, yang salahguna kuasa, saya tak halal dunia akhirat,” katanya.

Nik Aziz berkata, pelbagai bentuk tekanan berlaku sehingga ada ahli Pas masuk UMNO dalam sekelip mata sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi sebenar.

“Mereka menang tu menanglah, tapi biarlah ‘gentleman’. Macamana boleh Pas melawan kerajaan. Macam mana tak kalah, Pas lawan kerajaan. Saya mewakili pejuang Islam tidak menghalalkan penyalahgunaan kuasa ini.

“Apa tidaknya, kemajuan atau pembangunan di negara ini seakan hanya boleh dilihat bila ada kematian wakil rakyat, kita mesti adil bukan kerana demokrasi tapi kerana Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz mengingatkan kerajaan bahawa tindakan yang dilakukan BN itu seperti ‘bom jangka’ yang boleh meletus bila-bila masa. -SH

Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka jangan lupa bahawa beliau telah dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno kerana didapati terlibat dengan politik wang (rasuah).

Beliau yang amat dikenali satu ketika sebagai Bapa Rasuah UMNO cuba menggambarkan kemenangan BN di PRK Merlimau sebagai satu kemenangan yang kononnya sahih, bersih, telus dan ikhlas - sedangkan apa yang berlaku ialah rasuah yang berleluasa tatkala kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau sehingga ada laporan polis dibuat membuktikan pembelian undi memang berlaku di dalam PRK berkenaan. Tak cukup sekadar memperalatkan semua jentera kerajaan, UMNO BN terus melacurkan sistem pilihanraya untuk mencapai kemenangan.

Hal tersebut berlaku kerana SPR yang menjalankan kerja secara senget sebelah, memejamkan mata terhadap gejala rasuah apabila ia dilakukan oleh BN.

Namun satu hari nanti, BN akan hancur lebur tanpa serangan sesiapa kerana ia akan reput dengan sendiri kerana hukum alam akan berjalan - kemenangan yang diperolehi secara penipuan dan rasuah adalah kemenangan yang rapuh dan kerajaan Melaka seluruhnya bakal binasa lantarannya. -GB

Judi: Muhyiddin persenda Islam

KOTA BHARU, 9 Mac: Sejak 20 tahun lalu rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama faham, Kelantan berbeza dengan negeri lain kerana tiada premis perjudian dan pusat-pusat hiburan.
Malah kelebihan itu menjadi instrumen utama bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini, sehingga Kota Bharu dan Rantau Panjang sesak setiap kali musim cuti persekolahan.
Masyarakat bukan Islam juga faham keharmonian hidup mulai dirasai kerana perbuatan yang menyalahi moral dikawal kerajaan negeri.
Bukan setakat itu sahaja, ada isteri penduduk bukan Islam datang menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakam ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana bertindak mengharamkan premis perjudian.
Kata nyonya terbabit sebelum ini keluarganya porak peranda kerana suami suka berjudi.
Anehnya selepas 20 tahun keharmonian dalam kehidupan masyarakat berlangsung, tiba-tiba ada pihak yang mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menyerbu tempat menjual loteri secara gelap.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan MPKB BRI menyerbu premis yang disyaki menjual loteri sepatutnya disokong semua pihak.
“Rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan kaum sudah faham, perbuatan judi mendatangkan banyak kesan negatif. Rumah tangga porak peranda, anak-anak terbiar.
“Jadi langkah pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan kerana ada pihak yang melanggar peraturan sesuatu yang perlu dipuji.
“Tidak berbangkit PBT tidak berbincang dengan premis berkenaan kerana tuan punya kedai tahu mereka melanggar peraturan,” katanya di sini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan kerajaan negeri mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar PAS melayan masyarakat bukan Islam.
Malah ada pemimpin masyarakat bukan Islam di sini berhujah tindakan membanteras premis perjudian boleh mengurangkan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, setiap premis peniagaan menjalankan urusniaga berdasar kepada permohonan lesen yang dibuat.
“Tak kan pula kedai menjual buku mengambil kesempatan menjual benda lain yang tidak terkandung dalam syarat lesen premis seperti yang dimohon kepada MPKB BRI.
“Lebih-lebih lagi kalau mereka menjual tiket loteri lagilah salah kerana ia bertentangan peraturan PBT di negeri ini,” katanya.
Oleh itu beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin Yassin mempertikaikan langkah Kelantan mengharamkan judi sebagai mempersendakan agama sendiri.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Abdullah Ya’kob berkata, tindakan tegas PBT membanteras pihak yang melanggar peraturan dapat menyelamatkan gejala sosial daripada terus menular. -Hrkh

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com