Thursday, August 19, 2010

Marhaban Bikum! Tiba-tiba Tv China Berbahasa Arab 24 Jam..

Marhaban Bikum! Tiba-tiba Tv China Berbahasa Arab 24 Jam..

JENDELA GLOBAL
“MARHABAN bikum!” sapa seorang pengacara berita tv itu. Lebih kurang perkataan 'salam sejahtera' tetapi dalam bahasa Arab. Kalau di Malaysia, 'Salam satu Malaysia'. Tetapi 'Marhaban bikum' sapaan sembah salam di berita seluruh dunia, diucapkan oleh seorang perempuan bernama Chiang Lu, seorang China, yang membawakan acara berita di sebuah saloran tv asal Beijing.

Walaupun Chiang Lu tidak pakai tudung, namun ia fasih berbahasa Arab. Pasca kejadian Uighur, jelas sekali nampak, pemerintah China cuba mendekati orang Islam. Itu salah satu contohnya. Beberapa minggu lalu China Central Television (CCTV) sudah mulai menayangkan berita dan acara berbahasa Arab, selama 24 jam. Marc Lynch, seorang penganalis media Arab, terkejut melihat perkembangan ini. Untuk apa China lakukan ini? Ada ke orang Arab atau Islam yang menontonnya?

Kesimpulannya, hal ini merupakan sebuah projek besar kerajaan China dalam meraih simpati dunia Islam. Luka berdarah kejadian Uighur masih belum sembuh lagi, China sedar itu. Dia perlu buat sesuatu supaya barangan dan makanan asal China terus mengalir deras ke negara Arab, tidak terhenti kerana pembunuhan durjana di Uighur itu.

Bukan tidak menasabah pihak Arab Islam akan berpihak kepada Muslim Uighur dan akan memengaruhi konsumsi atau kepenggunaan mereka terhadap barangan produk China, walaupun sejauh ini, masih belum terbukti. Fasalnya, di katakan saluran-saluran tv China masih menjadi favorit di Timur Tengah. Beberapa negara menjadi mitra China. Iran misalnya, menjadi mitra kuat bagi China, sedangkan Syria menjadikan China sebagai model pertumbuhan ekonominya.

Tetapi Yaman sekarang ini, sudah membatalkan semua bisnes dengan China dan mereka mulai memboikot produk asal Negara Tirai Bambu itu. Mahukah Malaysia atau Indonesia mengikut rentak Yaman? (AK)

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com