Dari Pejabat Anwar Ibrahim, at 21.8.10,
Waspada tiupan api perkauman Umno BN, at 21.8.10,
KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua lapisan rakyat dalam negara ini agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno BN.
“Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan Umno BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, lewat hari ini.
Justeru, menurutnya, permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu baru-baru ini adalah merupakan satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara kini.
Beliau berkata, keadaan itu tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.
Kegagalan itulah juga, ujarnya yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC.
Menurutnya, orang Melayu dalam negara ini juga tidak boleh lagi terus percaya bahawa Umno akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang ada dalam negara ini ini menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umno-putra.
Katanya, ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara ini, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan yang dipimpin oleh Umno-BN.
“Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN di kala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.-Hrkh
Peluang Hantar Ucapan dedikasi ucap selamat puasa & hari raya untuk siaran di Radio Rakyat.net, at 20.8.10,
Radio Rakyat.net sedang menerima Ucapan dedikasi ucap selamat puasa & hari raya dari semua rakyat dan pemimpin malaysia di seluruh dunia untuk disiarkan dalam siaran 24 jam kami.
anda boleh rekod suara guna telefon bimbit(hp) dan email ucapan anda ke radiorakyat@gmail.com
Radio Rakyat bersiaran 24 jam di www.radiorakyat.net dan www.radiorakyat.blogspot.com dan juga di rangkaian blog seluruh dunia.
PERCUMA : Kod Widget HTML Radio Rakyat PERCUMA Untuk Blog/Web
cop & paste ke blog/web,akaun friendster/tagged/ myspace anda.
Meriahkah blog/web anda dengan Radio Rakyat
ehsan: Radio Rakyat
Bila Nurul Izzah Usik Zahid, at 20.8.10,
MURIH (marah) sungguh Ahmad Zahid Hamidi kepada Nurul Izzah sampai mengatakan Puteri Reformasi itu menderhaka kepada negara. Sebabnya kerana Nurul Izzah kata kapal selam tidak boleh menyelam. Saya rasa sebelum ini sudah banyak orang kata kapal selam kita tidak boleh menyelam, tetapi mereka itu tidak pun dimurihi Zahid sedemikian rupa.
Apakah kerana Nurul Izzah mendedahkan perkara itu kepada 'surat kobar', (Kompas) Indonesia menyebabkan Zahid naik angin? Begitukah? Zahid marah kerana katanya tuduhan Nurul Izzah itu tidak betul dan ianya satu kenyataan yang jijik. Kata Zahid tuduhan Izzah itu bohong. Buktinya kata beliau kalaulah kapal selam itu tidak boleh menyelam macam mana ia boleh sampai ke Teluk Sepagar, Sabah dari Perancis.
Betul juga?
Pun begitu kenyataan Zahid itu boleh dipertikiakan juga. Siapalah tahu kalau sepanjang seperjalanan dari Perancis itu kapal selam itu berjalan sambil tenggelm timbul. Sekejap tenggelam dan sekejap timbul? Tidak pula ada rakaman video perjalanan kapal berkenaan. Zahid perlu menunjukan video perjalanan kapal selama berkenaan bagi menolak tuduhan kapal selam itu dah masuk air.
Zahid boleh menafikan dengan apa juga alsan. Itu tugasnya. Beliau diletakkan di kementerian itu pun untuk dijadikan gam ataupun plaster bagi menutup mana-mana lubang yang tembus dan tiris dikementerian itu selama ia dipegang oleh orang lain sebelum ini. Mungkin Nazjib Razak sudah mengenal pasti orang yang layak menjadi plaster atau gam hanya Zahid saja.
Jadi menjawab dan membela kementerian itu adalah tugas utama Zahid yang berbayar. Manakala Nurul Izzah boleh mendakwa demikian kerana kapal itu sebelum ini disahkan sebagai rosak - tidak boleh menyelam. Kalau tidak silap, Zahid juga yang membuat kenyataan kapal itu mengalami kerosakan teknikal menyebabkan ia tidak boleh menyelam lama. Kerana kalau menyelam lama kapal itu akan kelemasan.
Keadaan kapal itu diketahui semasa hendak mengada demoktrasi, bagi menunjukkan kehebatan dan kecanggihan kapal yang menelan belanja untuk membayar komisyen saja sebanyak RM400 juta.
Selepas kata Zahid ia akan dibaiki. Kapal itu masa dalam edah jaminan. Syarikat (consultan) yang mengendalikan kapal berkenaan bertanggungjawab tanpa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan perbaikiannya.
Itu senarionya. Jadi bila Zahid mengamuk marahkan Izaah nampak sangat tidak berapa dewasa pemikiran Zahid. Lagi pun siapalah Izzah yang belia hendak herdik begitu sekali? Izzah tak ubah macam anak Zahid sendiri. Macam Nurul Hidayah, nama saja yang serupa tetapi tidak sama. Serupa kerana Nurul Hidayah perempuan Izzah juga anak perempuan, nama bermula dengan Nurul, tetapi seorang jadi ahli parlimen seorang tidak.
Masa Zahid baik dengan Anwar dulu dan mengunjungi ke rumah Anwar, Izzah ditegur macam anaknya sendiri. Izzah panggil uncle - bukan ungka kepada Zahid. Bila tiba-tiba Zahid murih begitu sekali yang tidak baiknya Zahid bukan Nurul Izzah. Kalaupun nak murih jangan sampai kata derhaka kepada negara.
Cukup memberi ingatan atau lebih manis dan sopan sebagai seorang bapa, cukup hanya mengatakan dakwaan Nurul Izzah itu tidak betul. Silap tu sayang! Kalau Zahid tegur begitu beliau akan dilihat berwibawa. Seorang menteri pertahanan seperti beliau harus berwibawa, tegas dan dihormati oleh orang. Nak jadi askar bukan sembarangan.
Melihat gelagat Zahid terhadap Nurul Izzah ini apa yang orang nampak yang cerdiknya Izzah. Yang bijaknya Izzah kerana walaupun ahli Parlimen baru tetapi dia sudah dapat mengajak seorang menteri bermain marah-marah dengannya.
Kenyataan balas Zahid itu juga telah memberi kredit besar buat Nurul Izzah. Kalau sebelum ini kenyataan atau pandangan Izzah tidak dipedulikan kini ia sudah mula diperhati. Ini menunjukkan nilai atau wibawa Izzah sebagai MP sudah mulai dipandang.
Bila Zahid bertindak begitu ia menjatuhkan martabatnya sendiri sebaga seorang menteri. Zahid seharusnya mengkaji dulu kenyataan siapa yang lebih dipercayai, apakah kenyataan beliau atau Izzah. Beliau sepatutnya sedar sebagai menteri tentulah kenyataannya lebih diyakini. Jadi tidak sepatutnya kalau dia berbalas tembak dengan Izzah. Apabila beliau menyanggah Izzah ini bermakna Zahid dapat merasakan bahawa orang tidak mempercayai kenyataannya, tetapi lebih percaya kepada Izzah.
Memburukkan lagu keadaan ialah apabila Izzah berjaya menarik perhatian orang dari luar Malaysia dengan pendedahan itu. Apakah Zahid kurang mendapat tempat dalam 'koran-koran' di Indonesia sehingga beliau membidas Izzah berhubung perkara itu? Banyak cerita didengar tentang keakraban Zahid dengan orang Indonesia masakan mereka tidak bisa membantu? Aduhi Zahid, hitungkan berapa banyak kasut Datin Rosmah? [wm.kl.3:00 pm 19/08/10]
Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar
Malam Munajat 1,000 Yaasin pada 22 Ogos, at 20.8.10,
KOTA BHARU, 20 Ogos: Qaryah Ramadhan di bandar raya ini akan terus mencatat sejarah pada 22 Ogos bersamaan 12 Ramadhan apabila acara Malam Munajat 1,000 Yaasin akan diadakan di situ.
Majlis itu akan dirasmikan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.
Acara akan bermula seperti biasa dengan solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh dua orang Imam Qaryah Ramadhan yang didatangkan khas dari Mesir oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) iaitu Syeikh Rejab Saad Yaasin dan Syeikh Ahmad Ramadhan Ayyub Muosa.
Menurut Ustaz Ropien Hassan dari Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Malam Munajat Yaasin itu yang merupakan cetusan idea daripada Takiyuddin Hassan akan dimulakan sebaik sahaja selesai solat tarawih dan pada malam tersebut tazkirah antara dua salam ditiadakan sebagaimana biasa.
“Pihak Qaryah Ramadhan akan mengedarkan surat-surat Yaasin yang diterbitkan oleh MPKB-BRI secara percuma kepada jemaah yang hadir pada malam itu untuk dibacakan secara serentak,” katanya.
Menurut Ropien lagi, pada malam itu juga akan diadakan program Kembara Puisi Mencari Tuhan yang akan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Sanusi Hassan, mantan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang.
Beliau akan menampilkan apa yang dinamakan 4 Disiplin Seni yang merangkumi puisi, deklamasi, ilustrasi dan kaligrafi termasuk bacaan puisi daripada karya beliau, antologi Kembara Puisi Mencari Tuhan.
Sanusi juga adalah pencipta khat rotan yang sedang dipamerkan di Qaryah Ramadhan semenjak ia dibuka Rabu lalu.
Khat rotan yang bersalut cat keemasan itu merupakan surah Yaasin lengkap, dibentuk di atas 147 keping papan, menggunakan 690 meter rotan dan 20288 batang paku. -Hrkh
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com