Tuesday, August 10, 2010

SUMBANGAN KEBAJIKAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

PAS kawasan Sg. Petani dibawah Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan mengajak muslimin & muslimat menyertai dengan menyumbang dalam program kebajikan yang telah disusun sepanjang tahun ini :-

1- Sumbangan Hari Raya ( Fakir Miskin / Anak Yatim dan Ibu Tunggal ).
2- Majlis Berkhatan Beramai-ramai ( Cuti sekolah penggal ke 3 ).
3- Sumbangan Peralatan Sekolah ( Bagi pelajar baru tahun satu ).

Sehubungan dengan itu kami memohon muslimin dan muslimat agar dapat menyumbang bagi menjayakan kerja kebajikan ini. Anggaran perbelanjaan yang diperlukan RM 20,000 ( Dua puluh ribu ringgit ). Bersama ini disertakan No Akaun BIMB diatas nama PAS kawasan Sg Petani - 02020010009681.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi sdr Rosli Bin Darus - 019 5674681 ( S/U PAS Kawasan dan juga Tim. Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan ).

1 comment:

  1. Buat handbill.. dan mintak kerjasama MKK untuk membantu mencari dana.a

    ReplyDelete

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com