Thursday, September 15, 2011

Pemuda PAS akan dedah 10 IC palsu setiap hari



| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mendedahkan kepada media, 10 kad pengenalan palsu setiap hari bermula hari ini.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, usaha itu bertujuan mendesak pihak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja  untuk menyiasat kewujudan  kad pengenalan palsu yang boleh memberi ancaman kepada negara.
Katanya, Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi pilihan raya dengan menggunakan kad pengenalan palsu didakwa di mahkamah dengan segera.
Menurutnya, asas-asas yang membuktikan kad pengenalan palsu adalah kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam The Star pada 24 Julai 2011 yang menyatakan bahawa terdapat kad pengenalan klon (palsu) dalam daftar pemilih sah SPR.
Di samping itu, ujarnya terdapat dua nama yang sama di mana nombor kad pengenalan kedua-duanya hampir sama.
Katanya, kedua-dua identiti itu hanya dibezakan oleh beberapa digit nombor kad pengenalan sahaja.
Selain itu, katanya maklumat pengundi palsu itu pernah diwartakan oleh SPR sebagai pengundi.
Selepas Pemuda PAS membuat pendedahan, katanya SPR telah mengeluarkan daripada daftar pemilih sah atas alasan tiada rekod dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dihubungkan melalui  sistem ALIS (Agency Link-Up System).
“Atas asas ini, maka kami berkeyakinan penuh bahawa kad pengenalan yang terbabit adalah 90% palsu,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Katanya, kewujudan kad pengenalan palsu adalah merupakan pengkhianatan kepada negara.
Tambahnya, keselamatan negara akan terjejas jika pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi itu tidak dikenakan tindakan.
Tegasnya, rakyat negara ini wajib mendesak pihak kerajaan bertindak segera mengatasi masalah yang berlaku.
Justeru, beliau mengharapkan semua pihak termasuk media, pertubuhan politik, NGO, individu berpengarah dan seluruh rakyat Malaysia perlu memberi tekanan kepada pihak kerajaan bertindak membanteras pengkhianatan itu.
“Siarkanlah maklumat yang kami berikan dalam media masing-masing sama ada melalui media baru atau media elektronik atau media cetak.
“Maklumat yang kami siarkan adalah diperolehi daripada daftar pemilih yang sah dan rasmi SPR. Ia adalah maklumat public dan tidak rahsia,” ujarnya.
10 kad pengenalan palsu adalah seperti berikut:
1. Nama: JUMAAYAH BINTI ALUS
Nombor KP: 511122-10-5834
Alamat: Tiada
Dun: Sungai Burong
Parlimen: Tanjong Karang
2. Nama: SAINAM BINTI TUKISAN
Nombor KP: 500307-10-5474
Alamat: Jalan Anggerik
Dun: Sungai Panjang
Parlimen: Sungai Besar
3. Nama: KATIMAH BINTI KADNI
Nombor KP: 500808-01-5290
Alamat: Tiada
Dun: Sri Medan
Parlimen: Parit Sulong
4. Nama: BANYAH BINTI SATEMAN
Nombor KP: 481020-01-5614
Alamat:  Tiada
Dun:  Sedili
Parlimen:  Kota Tinggi
5. Nama: JABIDAH BINTI YUSUP
Nombor KP: 470926-08-5666
Alamat: Manong
Dun: Manong
Parlimen: Kuala Kangsar
6. Nama: KARSINAH BINTI PAIMAN
Nombor KP: 420514-01-5164
Alamat: Tiada
Dun: Pulai Sebatang
Parlimen: Pontian
7. Nama: PONIYAM BINTI SAILAN
Nombor KP: 450930-10-5078
Alamat: Tiada
Dun: Tanjong Sepat
Parlimen: Sepang
8. Nama: SALEH BIN TUPAI
Nombor KP: 650715-12-5013
Alamat: Tiada
Dun: Tanjong  Batu
Parlimen: Kalabakan
9. Nama: TOMINI BINTI SARMAN
Nombor KP: 470109-01-5692
Alamat: Tiada
Dun: Sedeli
Parlimen: Kota Tinggi
10. Nama: AZINAH BT MOHD FAZIN
Nombor KP: 800820-02-5150
Alamat: KM12 Jalan Tokai
Dun: Tokai
Parlimen: Pendang

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com