Friday, November 5, 2010

Bantuan Kemanusia diperlukan

Perhatian! dan tindakan.

Banjir Besar di A/Star, Jitra,Changlun dan Pendang Pohon bantuan kemanusiaan jika ada baju baju yang masih sesuai boleh dipakai tolong kumpul dan hantar ke Maskas Besar PAS Bt 9 untuk diedardisemua tempat tempat mangsa banjir sekitar A/Star Jitra dan Chanloon, Depa juga kekurangan bekalan makanan dan yang paling kritikal bekalan air mineral,. Bantuan doa & sumbangan tuan /puan hanya Allah yang dapat membalasnya/.... Tolong SEBARKAN.


Sekitar Suasana Banjir Di Kedah 2010

DITULIS OLEH AHMAD ZAKI OSMAN   
KHAMIS, 04 NOVEMBER 2010 12:21
Hujan lebat  berterusan selama 2 hari berturut-turut bermula 31 Oktober 2010 menyebabkan air di sungai- sungai utama melimpah.
Di daerah Kota Setar, banjir mula berlaku













pada 1 November 2010 apabila hujan lebat berterusan selama 2 hari berturut-turut di dalam daerah ini serta kawasan tadahan Pedu dan Ahning. Air Sungai Padang Terap dan Sungai Anak Bukit melimpah menyebabkan kawasan di sekitar lembangan sungai tersebut tenggelam. Antara Mukim yang teruk terjejas ialah Mukim Bukit Pinang,Mukim Titi Gajah, Mukim Anak Bukit, Mukim Sungai Baru, Mukim Pumpong, Mukim Alor Merah dan Mukim Langgar
Di Pokok Sena, air melimpahi tebing Sungai Padang Terap dan Sungai Nawa menyebabkan beberapa kampung di sekitar tenggelam. Antara Mukim yang terlibat ialah Mukim Gajah Mati dan Derang
Di Pendang pula air limpahan dari Sungai Pendang dan Sungai Padang Kerbau menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air. Mukim Yang terlibat adalah Mukim Guar Kepayang, Mukim Tobiar, Mukim Air Putih, Mukim Padang Pusing dan Mukim Bukit Raya.

Sila klik pautan "Baca Lagi..." di bawah ini untuk melihat gampar-gambar banjir di sekitar kawasan Alor Setar
                    

D:\wamp\www\images/BanjirNov2010

Klik untuk besarkan: *foto oleh Ahmad Zaki Bin Osman
TERAKHIR DIKEMASKINI PADA KHAMIS, 04 NOVEMBER 2010 12:51


Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com