Tuesday, November 30, 2010

Kemalangan 3 Kereta & Sebuah Lori Tangki Asid


Melaka: Satu kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori tangki membawa asid dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di KM198, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Ayer Keroh, pagi ini menyebabkan laluan sesak sepanjang tiga kilometer.

Lori tangki asid itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Ia menyebabkan tangki lori berkenaan terhumban ke seberang jalan arah ke Kuala Lumpur dengan asid yang dibawa tertumpah di atas lebuh raya.

Saksi memberitahu, tiga kereta cuba mengelak tangki yang terhumban itu dan melanggarnya.

Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com