Tuesday, November 23, 2010

Kembali ke rahmatullah di pusingan ketiga


Ucapan syukur dan bertuah yang keluar dari mulutku apabila mendengar berita seorang jemaah tabung haji travel kembali ke rahmatullah semasa tawaf umrah pusingan ketiga awal pagi Ahad 31 oktober  semalam.
Beliau sangat beruntung dan sangat bertuah. Tidak dapat mati SYAHID di jalan Allah, tapi di pilih oleh Allah untuk meninggalkan bumi ini semasa UMRAH dan di dalam Masjidil Haram. Dan yang lebih utama di kawasan Kaabah Al Musyarrafah, di kawasan ‘EMAS 1.618′ – pusat bumi.

Beliau beralamat di Seri Kembangan, Serdang datang ke Mekah dengan KT 44 dan tiba di Mekah malam 31 Oktober 2010 Sabtu malam Ahad dari Madinah Al Munawwarah.
Nama jemaah yang bertuah ini ialah Borhan Bin Othman. berumur 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Wan Salhah bt Megat Ahmad.
Pengurus Maktab 98, Tuan Haji Azlan Haron yang menguruskan jenazah beliau dari Masjidil Haram ke Hospital Syishah dan terus ke Masjid Jamik Tauhid untuk di mandikan berkata,”Allahyarham jatuh semasa tawaf pusingan ke 3″.


Ini terbukti semasa penulis mengiring jenazah dari Masjidil Haram selepas di solatkan selepas solat Asar ke perkuburan Syarayik, wajah beliau tidak di tutup. Allahyarham hanya di kafankan dengan kain ihram beliau dan di biarkan wajah beliau terbuka. Ini menandakan beliau telah mendapat SYAHID kecil kerana meninggala semasa di dalam IHRAM.

Semasa penulis menyambut allahyarham di dalam liang lahad atau di dalam kubur, wajah beliau seperti tersenyum lebar. Hingga sekarang saya masih terbayang senyuman beliau. Alhamdulillah semoga beliau di tempatkan di syurga bersama Rasululllah SAW.


Doakan semoga kita semua dapat mati syahid yang sebenar. Kalau tak dapat, berilah kami seperti Allahyarham Borhan Bin Othman ini.


No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com