14 NOVEMBER 2010
Tuanku Sultan Kedah dukacita pihak tidak hargai sumbangan Kerajaan Negeri ketika banjir
Ditulis oleh AMELIA HASHIM
Oleh: ALOR SETAR, 14 Nov 2010 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
“Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir,” titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.
Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.
Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam mengahadapi bencana banjir.
Banjir yang melanda negeri Kedah baru-baru ini melibatkan empat daerah iaitu Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com