Friday, November 12, 2010

Koleksi Gambar Bantuan Banjir




Hari ini giliran PAS Sg Petani Gotong Royong di Pokok Sena.


































































Oooo KEDA Perabih RM3.5juta buat bayaq elaun JKKKP di Kedah


RM3.5j elaun JKKKP dibayar

KULIM 12 Mac - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengeluarkan peruntukan RM3.5 juta untuk pengagihan elaun bulanan kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negeri bagi tempoh Oktober 2009 hingga bulan lalu.
Pengurus Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan KEDA, Arifuddin Habib berkata, peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu dibuat sebagai menghargai jasa dan pengorbanan disumbangkan JKKP dalam memastikan kesejahteraan masyarakat desa.
Katanya, elaun bulanan RM450 bagi Pengerusi JKKKP dan RM200 untuk setiausaha telah dibayar secara berperingkat mulai awal bulan ini.
"Jumlah Pengerusi JKKKP di Kedah yang mendapat elaun ialah seramai 3,800 orang sementara Setiausaha pula 1,897 orang.
"Sehingga kini, KEDA telah mengagihkan elaun tersebut kepada mereka terbabit di sembilan daripada 15 kawasan Parlimen di Kedah. Baki enam Parlimen lagi akan dibayar dalam tempoh terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek elaun bulanan Pengerusi dan Setiausaha JKKKP peringkat Parlimen Padang Serai yang disempurnakan Ketua UMNO Bahagian, Abdul Rahman Mahamud di sini baru-baru ini.
Menurut Ariffuddin, semua pembayaran elaun terbabit akan diuruskan KEDA selaku agensi yang dipertanggungjawab kerajaan untuk membangunkan Kedah.
Dalam pada itu, beliau berharap anggota JKKKP dapat menjalankan tugas dengan proaktif. Lagipun, mana-mana anggota JKKKP yang hadir setiap mesyuarat akan diberikan elaun sebanyak RM30.
"Elaun ini akan dibayar apabila Pengerusi JKKKP menghantar minit mesyuarat kepada pentadbiran KEDA," katanya.




No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com