Wednesday, December 8, 2010

PATUT ORANG PANGGIL UMNO NGOK ?


Pemuda PAS sangsi SPR jadikan golongan profesional pengundi pos

SPR menyaran agar sistem undi pos diperluaskan agar merangkumi golongan profesional. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos — tambahan kepada sistem yang ada sekarang dan dipertikaikan Pakatan Rakyat.

Sayap PAS itu berpendapat menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional terbabit menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan Umno-BN.

“Cadangan SPR seakan mahu menambah jangka hayat pemimpin Umno-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen BN dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan Umno-BN dalam PRU ke-13?” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sambil menegaskan sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat, pemimpin muda ini mempersoalkan apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan mereka.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semalam dipetik berkata, pihaknya sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa pilihan raya dalam kategori pengundi pos.

Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan.
Kata beliau, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian.

Mengikut Akta Pilihan Raya, hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan.

“Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh dserahkan di mana-mana termasuk di kompleks beli-belah.

“Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan,” kata Fadhil sambil menambah, hampir setiap pilihan raya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang.

“Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di mana-mana kawasan?” katanya lagi.

Dalam kes anggota tentera, kata beliau, pihaknya mempersoalkan keperluan SPR menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang tidak mendesak sedemikian.

“Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana pengundi yang lain,” katanya.

Menurut Fadhil, alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional sebagai pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima.

“Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif.

“Dewan Pemuda tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka terjejas.

“Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos,” katanya lagi.

Dalam hal ini, kata beliau, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini.

“Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi,” kata beliau lagi.

Jelas beliau, sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, Dewan Pemuda PAS mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos.

“Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun, pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi.

“Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 akan datang,” katanya lagi. -TMI


Semua rakyat jadi pengundi pos

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos.

DPPWP berpendapat, menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional ini menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat.

DPPWP menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan UMNO-BN. Cadangan SPR seakan mahu menambah lagi jangka hayat pemimpin UMNO-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen Barisan Nasional dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan UMNO-BN dalam PRU ke 13?

Sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat. Apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan mereka?

Dalam Pilihanraya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh diserahkan di mana-mana termasuk di kompleks beli belah. Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan.

Hampir setiap pilihanraya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang. Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di mana-mana kawasan?

Dalam kes anggota tentera, DPPWP mempersoalkan keperluan SPR menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang tidak mendesak sedemikian. Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana pengundi yang lain.

Alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional ini sebagai pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima. Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif.

DPPWP tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka terjejas. Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos.

Dalam hal ini, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini. Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi.

Sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, DPPWP mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos.

Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun, pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi. Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke 13 akan datang!

Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. -Hrkh

Selproa Kecam Tindakan Ganas Polis



SHAH ALAM 8 DIS : Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menyelar tindakan pihak polis yang bertindak ganas ketika menyuraikan peserta perhimpunan rakyat anjuran kerajaan negeri, Ahad lalu.

Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail dalam kenyataannya turut meminta pihak polis tidak menjadi 'alat' Umno-Barisan Nasional untuk menghalang gelombang penentangan rakyat terhadap regim itu.

"Kita kecewa dengan sikap pihak polis yang menggunakan kekerasan secara keterlaluan semasa menyuraikan perhimpunan rakyat di hadapan Masjid Negara dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai.

"Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganinya." ujar beliau.

Tambahnya, tindakan itu akan menyebabkan pasukan polis akan terus dicemuh oleh orang ramai dan keadaan ini akan mengambil masa yang lama bagi rakyat menyakini 'keboleh percayaan' mereka terhadap mereka.

Beliau dalam kenyataan yang sama turut menyertakan beberapa keping gambar tindakan keterlaluan pihak polis terhadap Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Daman Huri, yang kemudiannya ditahan oleh pihak polis pada hari tersebut.

Kelantan sasar PBT jadi Perbandaran Islam

KETEREH, 8 Dis: Kerajaan Kelantan melahirkan komitmen bagi mencapai sasaran semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dikenali sebagai Perbandaran Islam.
“Malam ini Majlis Daerah Ketereh (MDK) mencipta sejarah apabila muncul sebagai Perbandaran Islam pertama di Malaysia.
“Persoalannya sekarang bagaimana hendak mengisi Perbandaran Islam supaya selaras dengan matlamat yang digariskan,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau memberitahu perkara itu pada perasmian MDK Perbandaran Islam di Dewan MDK di sini, malam tadi.
Perasmiannya disempurnakan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud menggantikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Rahim Che Jusoh, Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Kadok, Azami Mohd Nor dan Yang Dipertua MDK Perbandaran Islam, Tengku Azmi Tengku Jaffar.
Pada 1 Oktober 2005 Majlis Perbandaran Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam.
MDK sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB), ditubuh pada 1 Januari 1979.
MDKB meliputi kawasan seluas 155.90 km persegi merangkumi daerah Peringat, Kadok, Salor, Pendek dan Badak Mati. Pusat pentadbirannya terletak kira-kira 20 km dari Kota Bharu.
Kemudian pada 9 September 2004 kawasan baru dimasukkan ke dalam pentadbiran MDKB iaitu Dearah Beta, Salor, Lembu dan sebahagian mukim Tiong.
Pada 31 Januari 2006 nama MDKB ditukar kepada MDK dan malam tadi ditukar pula kepada MDK Perbandaran Islam.
Takiyuddin berkata, kerajaan negeri berharap PBT lain yang terdapat di Kelantan turut diterap menjadi Perbandaran Islam.
”MDK sesuai dijadikan sebagai Perbandaran Islam memandangkan di kawasan pentadbirannya mempunyai beberapa pusat pengajian tinggi agama.
”Antaranya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Akademi Islam Universiti Malaya dan Masjid Kampung Laut. Kesemuanya terletak di Nilam Puri,” katanya.
Beliau berkata, MDK mencipta sejarah sempena sambutan 1 Muharam 1432 apabila diisytihar sebagai Perbandaran Islam. Ia bermula dari dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan sejak Oktober 1990.
Katanya juga ketika MPKB diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam ada pihak yang mempertikaikan dan menyindir, namun sekarang suara-suara seperti itu tidak kedengaran lagi.
Tengku Azmi berkata, pelbagai usaha dan aktiviti dilakukan bagi merealisasikan MDK sebagai Perbandaran Islam.
Antaranya melaksanakan kempen menutup aurat bagi wanita Islam dan berpakaian sopan bagi bukan Islam.
”Selain itu iklan yang menonjol wanita berpakaian tidak sopan dilarang. Dari segi reka bentuk bangunan baru pula mesti bercirikan Islam.
”Pusat penyebaran ilmu diwujudkan di pasar-pasar termasuk di Ketereh, Mulong, Kadok, Peringat dan Kok Lanas. Majlis ilmu diadakan setiap minggu di pasar terbabit,” katanya.
Beliau juga berkata, MDK sudah mencapai sasaran dari segi jumlah seperti ditetapkan Kementerian Kerajaan Tempatan iaitu 150,000 orang.
Jumlah penduduk di kawasan pentadbiran MDK Perbandaran Islam sekarang seramai 152,166 orang. -Hrkh

Dewan kecoh: Enam MP digantung


Usul tergempar untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini. Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1).
opposition walkout parliament 081210 argueSpeaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata keputusan jawatankuasa itu belum dibentangkan di Dewan rakyat, justeru usul itu tidak perlu disegerakan. Berikutan penolakkan usul itu, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan dewan dalam protes.
Azmin sebelum itu membidas Pandikar Amin kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.
opposition walkout parliament 081210 anwarBoleh dibeli "Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin ketika meminta penjelasan dari mengapa usulnya berhubung tindakan jawatankuasa itu ditolak. Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan. Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras. "Bagaimana jawatankuasa boleh mengatakan bukti dan saksi yang akan dipanggil tidak berkaitan tanpa melihat atau mendengarnya terlebih dahulu?" soal Azmin. Dalam perkembangan yang sama, speaker sekali lagi dibidas kerana enggan berundur dan memberi laluan kepada timbalannya untuk mendengar hujah Azmin. opposition walkout parliament 081210 pc 02Karpal Singh berkata Pandikar Amin tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. "Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal. Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Beliau sebaliknya mengarahkan sidang diteruskan tetapi tidak berjaya kerana ahli-ahli parlimen terus bertikam lidah.
Enam digantung Akibatnya, Pandikar menggantung enam ahli parilimen Pakatan rakyat yang terus berdiri sehingga Dewan Rakyat bersidang semula selepas makan tengahari pada jam 2.30 petang.
opposition walkout parliament 081210 02Mereka yang digantung itu adalah Azmin, Tian Chua (PKR-Batu), Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan Khalid Samad (PKR-Shah Alam). Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide. Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999. azlanPada 3 Disember lalu, ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh - yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka. Berikutan itu, beliau dan seorang lagi anggota - ahli parlimen PKR Subang Jaya bertindak meninggalkan mesyuarat dalam protes. -M'kini
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com