Wednesday, December 22, 2010

Sambutan Ambang Sejahtera di Dataran Jam Besar, Sungai Petani

ALOR SETAR, 20 Disember – Seluruh lapisan rakyat negeri ini, khususnya warga Sungai Petani beruntung kerana sekali lagi berpeluang bergembira dengan acara Ambang Sejahtera menunggu detik 12 malam menjelang tahun baru 2011 yang akan diadakan di Dataran Jam Besar Sungai Petani.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama barisan exconya serta Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan akan hadir bersama rakyat meraikan  majlis tersebut.
Pada jam 5 petang orang ramai akan  dapat menyasikkan persembahan sepakraga ratus yang terdiri daripada 300 orang dan pertunjukan seni mempertahan diri pelbagai kaum yang terdapat di negeri Kedah ini.
Selain itu, para peminat bola sepak jangan lepaskan peluang melihat aksi perlawanan persahabatan antara Skuad Liga Super Kedah melawan Skuad Piala Presiden Kedah.
Pada sebelah malamnya pula diadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti gendang harmoni, tarian singa dan tarian merak. Persembahan kebudayaan ini juga dimeriahkan oleh Mel bekas vokalis kumpulan Wings dan Paklong.
Di samping itu para hadirin akan didedahkan dengan maklumat terkini serta pembangunan negeri Kedah dengan tayangan multimedia ‘Pencapaian Kedah 2009-2010’ selama empat minit.  Manakala acara kemuncak ialah tembakan bunga api selepas jam 12 malam.

Acara dimulakan seawal  8 pagi dengan persiapan gerai jualan dan pertandingan memasak dan gubahan bunga. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai boleh hubungi Puan Jamaliah Omar di talian 019-4161263. Manakala bagi ibu bapa yang ingin anak-anaknya mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna dan melukis boleh hubungi Ustaz Ridzuan Jaafar di no 012-469296.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com